Laman Webantu   KM2: 6452 File Size: 15.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 504: CPunch: Kisah Seorang Raja Afghan dan Nazi
By Tariq Ali

4/12/2001 1:13 am Tue

Counterpunch

Kisah Seorang Raja Afghan dan Nazi

(The Afghan King and the Nazis)

Oleh: Tariq Ali

Beberapa minggu dulu saya pernah meramalkan kekalahan mendadak Taliban. Perkara itu memang amat jelas kerana ketiadaan sokongan ketenteraan dan logistik para pencipta mereka - Angkatan Tentera Pakistan - pasukan Taliban mudah lumpuh, tetapi harga yang telah dibayar untuk kejayaan meraka dulu adalah sesuatu yang tidak mudah diterima.

Pakatan Utara adalah satu rangkuman persekongkolan para penyamun. Ini dapat dilihat cara mereka merantai para penentang untuk dilanyak oleh keretakebal sambil disaksikan oleh orang ramai, membunuh dengan kejam banduan yang tidak bersenjata, menyungkil sumbi emas daripada mulut mayat, merogol lelaki dan perempuan. Semua kegiatan bajingan ini adalah merupakan sebahagian kerja harian para pengawal industri dadah heroin. Kebanyankan kerja-kerja kebinatangan ini dilaksanakan dengan disaksikan oleh askar komandao AS, agensi CIA dan segelintir askar SAS British (pasukan komando) yang telah dihantar oleh Blair.

Bagaimana pula dengan 2000 askar Jarman yang akan dihantar ke Afghanistan? Ataupun ke Iraq? Eropah tidak pun tahu-menahu segala kisah kekejaman ini, kerana yang melakukanya kini dianggap para 'sahabat'. Tetapi dunia Arab tahu apa yang sedang berlaku sebelum tercetusnya pembunuhan kejam beramai-ramai di Mazar Sharif. Peraturan perang Konvensyen Geneva memang sengaja diperlekehkan setiap hari.

Pada mulanya Pakatan Utara telah diberi ingatan agar tidak masuk bandar kabul dan menguasainya. Tetapi walaupun mereka mengengkari janji itu, Pakatan Utara sudah diberi status 'sekutu kita'. Begitu juga halnya dulu ketika Osama bin Laden dan para pengawal muda yang membantunya ketika zaman kegemilangan mereka waktu Perang Dingin dulu. Nampaknya keadaan itu semua tidak memberi pelajaran kepada sesiapa dan tidak memberi peluang untuk mengimbau peristiwa lama.

Yang paling jelas, keadaan di Afghanistan adalah memang tidak tenteram. Hanya mereka yang pintar berangan-angan yang mampu menceritakan sebaliknya. Sebarang tanggapan bahawa Pakatan Utara dapat bertahan lama adalah merupakan bahan ketawa. Perang untuk menguasai wilayah sudahpun bermula di kawasan yang 'dibebaskan' daripada kuasa Taliban di Kabul. Terlalu banyak benda yang menjadi bahan percaturan. Barat terus menyaksikan semua ini. Wang yang lumayan banyaknya sudah menjadi bahan janji manis. Putin dan Khatami sudah pun menyatakan semua pihak berhati-hati. Tetapi masalah yang lama membengkak sudah tentu akan meledak kerana nanah yang semakin banyak. Apabila komando keluar meninggalkan tempat itu, samada bersama Osama Laden ataupun tanpa iringannya, Pakatan Utara akan sedar betapa wang yang dijanjikan itu tidak kunjung tiba dan terpaksalah peperangan diteruskan juga. Segala propaganda ala 'boy scout' (budak pengakap) betapa 'kita akan membina dunia' hanyalah satu bahan untuk santapan orang sebangsa sahaja. Bangunan untuk sekolah, hospital ataupun rumah kediaman tidak akan mula dibina pada musim bunga tahun depan seperti yang telah dijanjikan. Itu juga kisahnya yang pernah dijanjikan dulu di Kosovo. Seandainya bekas raja yang sudahpun berusia 87 tahun itu diusung dengan kereta beroda daripada Rome, apakah yang akan jadi seterusnya? Tidak banyak yang akan dilakukan, kata Barat, kecuali usaha mereka untuk mencuba meyakinkan puak Pashtun bahawa segala kepentingan mereka akan dijaga dengan baiknya.

Kalau diambil kisah lama, ada pertanda menunjukkan Zahir Shah tidak akan berpuashati dengan kisah lama. Orang-orang perwakilannya sedang keresahan di persidangan Afghan di Bonn, walaupun mereka diberikan layanan di sebuah hotel yang pernah menjadi tempat penginapan Nevillie Chamberlain. Ada satu dokumen daripada jabatan luar Jarman bertarikh 3 Oktober, 1940 (yang telah dipintas dan ditafsirakan makna kodnya oleh alat 'Enigma' semasa Perang Dunia Kedua dulu) yang menarik untuk dibaca isi kandungannya. Surat itu dikirim oleh Setiausaha Negara Weizsacker kepada kedutaan Jarman di Kabul dan eloklah kita petik sedikit kandungan isinya

'Seorang mentgeri Afghan ada bertemu saya pda September 30 dan mengirim salam Presiden dan Menteri Perang, sambil mendoakan kejayaan kita dalam peperangan ini. Dia bertanya apakah rencana Jarman di Asia sama alirannya dengan harapan Afghan. Dia telah membayangkan kisah penekanan negara Arab dan merujuk perihal 15 juta Afghan (Pashtun kebanyakanya yang menetap di North West Frontieer - Tariq Ali) yang terpaksa merana di wilayah yang dikuasai oleh India;. Saya menyatakan bahawa adalah matlamat jarman untuk membebaskan penduduk di wailyah itu yang masih dijajah oleh British, dan mengembalikan semula hak mereka. Pendapat saya ini telah menggembirakan menteri Afghan ini. Beliau menyatakan bahawa keadilan hanya akan dirasai oleh Afghanistan seandainya wilayah negara mefreka dapat diluaskan sampai ke tebing Indus, dan ini seharusnya diambil kira apabila India dilepaskan oleh Britain......Menteri Afghan itu menjawab betapa Afghan telah menunjukkan bukti kesetiaannya dengan menolak desakan Britain agar memutuskan hubungan dengan Jarman. Hari ini dia mahu menyerahkan ingatan Afghanistan itu sebagai satu ingatan dan dia minta perkara ini dirahsiakan; kerana dia menganggap segala harapan Aghanistan dalam hal ini ada kaitannya dengaan masa hadapan.

Menteri khas yang menjadi perutusan Raja Afghanistan ke Berlin dulu itu ialah seorang muda yang bernama Zahir Shah. Yang disebut Menteri Presiden itu ialah pamannya Sardar Muhammad hashim Khan. Yang amat menarik dalam perutusan jarman itu bukanlah kisah kebencian terhadap Britain, kerana itu adalah satu perkara biasa ketika itu. Yang menarik ialah keinginan untuk menubuhkan 'Greater Afghanistan' dengan mengambil kira tanah Pakistan yang kini disebut North West Frontier Province dan ibukotanya Peshawar. Itu sebabnya kemunculan semula Zahir Shah amat ditentang oleh Pakistan. Mereka tahu betapa raja itu tidak pernah akur kepada keputusan 'Durand Line' walaupun sebagai satu garisan sempadan sementara. Pakistan amat risau kalau-kalau beliau mencetuskan kebangkitan nasionalisme Pashtun.

Keputusan Islamabad untuk menghumban Taliban agar berperang dan membiarkan Kabul tumpas adalah sebahagian satu rencana untuk menyelesaikan masalah Pashtun. Agama merupakan satu amalan yang merentasi nasionalisme perkauman. Sebaliknya dua unsur ini sudah bertaut. Satu kumpulan yang proTaliban, Tehrik-e-Nifaz-e-Shariah-e-Mohammaed (TNSM) telah bertindak tegas di zaman pemerintahan Benazir Bhutto. Kaum wanita dipaksa mengenakan 'burqa' yang menutupi seluruh muka, TV telah diharamkan dan kalau dijumpai dibakar. Begitu juga perakam video. Undang-undang tegas seperti pemotongan tangan telah dikuatkuasakan.

Bhutto tidak berdaya untuk membantah dan hampir lumpuh pemerintahannya kerana itu. Tetapi pada minggu lalu, Musharraf telah memenjarakan pemimpin TNSM itu, Soofi Mohammed Saeed. Di waktu yang sama Taliban kalah teruk di Afghanistan dan penangkapan Soofi Mohammed Saeed mencetuskan keadaan huruhara di beberapa bahagian Pakistan, terutama sekali sejak ramai pejuang Taliban pulang ke Pakistan.

Bukan semua tindakan balas perang yang dahsyat ini dapat diketahui sepenuhnya. Tetapi, keadaan tenang yang dapat dilihat di Pakistan adalah sesuatu yang amat mencurigakan. Kumpulan fundamental 'Lashkar e-Taliba' pernah mengancam memerangi kerajaan seandainya ada usaha untuk merampas senjata mereka. Soalnya sekarang berapa kuatkah pengaruh mereka di kalangan tentera Pakistan, masihi menjadi tandatanya. Kemasukan bantuan tentera AS dan penarikan sekatan ekonomi telah membuatkan para penentang Musharraf dalam angkatan tentera Pakistan mengalah untuk sementara dan tidak mengacaunya. Tetapi untuk berapa lama?

Akan tetapi, keadaan di Kashmir menunjukkan aktiviti kekecohan yang mencetuskan bencana bulanan yang semakin tinggi berbanding keadaan di Palestin. Ini berlaku ekoran pertempuran antara askar India dan pejuang jihad daripada Pakistan yang berantakan sambil menyiksakan penduduk Kashmiri yang tidak berdosa. Kalaulah Delhi bertindak menggunakan konsep 'peperangan membasmi keganasan' sebagai contohnya tindakannya, dan membuat keputusan untuk mengebom pangkalan pengganas di Pakistan, keseluruhan rantau benua itu akan meledak dan bergolak.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.counterpunch.org/tariqking.html

November 30, 2001

The Afghan King and the Nazis: A German Dispatch From 1940 Shows King Mohammed Zahir Shah's True Colors

By Tariq Ali

Some weeks ago, I predicted a rapid defeat of the Taliban . It was obvious that without the military and logistical support of their creators--the Pakistan Army--they would collapse, but the price being paid for this "victory" is unacceptable.

The Northern Alliance is a confederation of monsters. Attaching dissidents to the chains of a tank and crushing them in public view, executing defenceless prisoners, extracting gold teeth from corpses, raping men and women, are all part of a day's work for these guardians of the heroin trade. Blemishes of yesteryear? No such luck. Much of this is going on today under the approving gaze of US marines, CIA agents and the handful of SAS men that Blair was allowed. And where will the 2000 German troops now be sent? To Iraq? Europe has been spared pictures of most of these atrocities, because the perpetrators are "our friends", but Arab viewers knew what was going on long before the massacre of Mazar Sharif. The Geneva Convention is being violated every single day.

From being told that they were not allowed to take Kabul, the Alliance have now been promoted to the full status of "our allies". Just like Osama Bin Laden and his praetorian guard in the glory days of the Cold War. Learn nothing. Forget nothing.

The facts are these: the situation in Afghanistan is inherently unstable. Only fantasists could suggest otherwise. The notion that the Alliance in its present form could last out a few years is risible. Turf wars have already begun in "liberated" Kabul, though open clashes have been avoided. There is too much at stake. The West is watching. Money has been promised. Putin and Khatami are urging caution. But the dam will burst sooner rather than later. Once the Marines depart with or without the head of Bin Laden, the Alliance will discover that there is no money for anything these days except waging war. The boy-scout propaganda that "we're re-making the world" is designed for domestic consumption. Schools and hospitals and homes are not going to be sprouting next spring or the one after in Afghanistan or Kosovo. And if the 87 year-old King Zahir Shah is wheeled over from Rome, what then? Nothing much, thinks the West, except to try and convince the Pashtuns that their interests are being safeguarded.

Judging from past form indicates that Zahir Shah might not be satisfied with the status quo. His people were in fine fettle at the Afghan summit in Bonn, where they were put up in the hotel where Neviille Chamberlain used to stay. A document from the German Foreign Office, dated 3 October, 1940 (cracked by the Enigma decoder during the Second World War) makes fascinating reading. It is from State Secretary Weizsacker to the German legation in Kabul and is worth quoting in some detail:

"The Afghan Minister called on me on September 30 and conveyed greetings from his Minister President and the War Minister, as well as their good wishes for a favourable outcome of the war. He inquired whether German aims in Asia coincided with Afghan hopes; he alluded to the oppression of Arab countries and referred to the 15 million Afghans [Pashtuns, mainly in the North West Frontier Province ---TA] who were forced to suffer on Indian territory. My statement that Germany's goal was the liberation of the peoples of the region referred to, who were under the British yoke, as well as the restoration of their rights, was received with satisfaction by the Afghan Minister. He stated that justice for Afghanistan would be created only when the country's frontier had been extended to the Indus; this would also apply if India should secede from Britain...The Afghan remarked that Afghanistan had given proof of her loyal attitude by vigorously resisting English pressure to break off relations with Germany. Today he wanted to present Afghanistan's wishes as a matter of precaution, but he requested strict secrecy; he called a fulfilment of these wishes a matter for the future."

The King who had dispatched the Minister to Berlin was the 26-year old Zahir Shah. The Minister-President was his uncle Sardar Muhammad Hashim Khan. What is interesting in the German dispatch is not so much the hatred for Britain, which was normal at that time. It is the desire for a Greater Afghanistan by the incorporation of what is now Pakistan's North-West Frontier Province and its capital Peshawar. Zahir Shah's return is being strongly resisted by Pakistan. They know that the King never accepted the Durand Line, not even as a temporary border. They are concerned that he might encourage Pashtun nationalism.

Islamabad's decision to hurl the Taliban into battle and take Kabul was partially designed to solve the Pashtun question. Religion might transcend ethnic nationalism. Instead the two combined. A proto-Taliban group, Tehrik-e-Nifaz-i-Shariah- e-Mohammed (TNSM) seized a large chunk of Swat during Benazir Bhutto's government. It forced women to veil themselves in "burqas", banned watching television and had a public bonfire of TV sets and videos (in Italy this could be seen as a protest against Berlusconi, but not in Pakistan!) imposed "Islamic punishments" including amputations.

Bhutto was helpless and paralysed, but last week Musharraf imprisoned the TNSM leader, Soofi Mohammed Saeed. Coming on the heels of the Taliban defeat this could create an ugly atmosphere in parts of the country, especially since many Taliban have returned to Pakistan.

Not all the repercussions of this crude war of revenge have come to the fore, but the surface calm in Pakistan is deceptive. With armed fundamentalists of the Lashkar-e-Taiba threatening to "take on the government" if attempts are made to disarm them, the question of how much support they enjoy within the military establishment becomes critical. The inflow of US military aid and the lifting of sanctions has persuaded Musharraf's opponents within the Army to leave him in place, but for how long?

Add to that the appalling situation in Kashmir with a monthly casualty rate higher than Palestine, where Indian soldiers and Pakistani-infiltrated jihadis confront each other over the corpses of Kashmiri innocents. If Delhi were to use the "war against terrorism" as a precedent and decide to bomb the terrorist bases in Pakistan, the sub-continent could implode.

Tariq Ali, a frequent CounterPunch contributor, is the author of The Stone Woman, just published in paperback by Verso. His new book, The Clash of Fundamentalisms, will be published in March, 2002