Laman Webantu   KM2: 6441 File Size: 8.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 498: Pravda: Peperangan Yang Semakin Mendatang
By Dmitry Litvinovich

1/12/2001 1:48 am Sat

Pravda.Ru

Peperangan Yang Semakin Mendatang

(War At Threshold)

Oleh Dmitry Linvinovich - Pravda.ru

Mendung galak berarak di angkasa Iraq, membuatkan suasana semakin mendesak. Timur Tengah sedang dihantui peperangan yang sudah berada di pintu gerbangnya. Selasa ini pesawat pengebom Amerika dan British sekali lagi menghunjam sasaran ketenteraan di selatan Iraq. Mengikut seorang pegawai Pentagon, ini adalah satu tindak balas kepada Baghdad kerana mengugut mahu menghalang pesawat udara yang mahu mengawasi 'zon larangan untuk penerbangan'.

Serangan seperti ini sudah lumrah sejak dulu lagi walaupun kali ini, persoalannya ialah mengenai operasi AS dan Great Britain yang kelihatan lebih hebat daripada biasa: Sekitar 3,000 askar AS telah menjalani latihan ketenteraan di Kuwait, tidak jauh daripada sempadan Iraq.

Tidak ada sesiapa yang akan pedulikan latihan ini, kalau tidak kerana satu peristiwa, yang pernah berlaku hampir sama waktu dulu. Hari ini, Kuwait menghantar satu nota bantahan kepada Majlis Keselamatan negara mengadu provokasi yang dilakukan oleh Iraq di bahagian sempadannya.

Kuwait mendesak agar 'kerajaan Iraq menghentikan pencerobohan kawasan sempadan dan menghormati kedaulatan negaranya'. Dokumen bantahan itu menyatakan peristiwa terkini itu 'menunjukkan Iraq mempunyai niat untuk mengkucar-kacirkan keadaan di bahagian sempadan untuk memacu ketegangan di rantau itu'.

Keadaan begini bukanlah satu perkara baru. Pagi tadi, Presiden George W. Bush telah meminta dengan kerasnya agar Baghdad menerima lawatan pemeriksa PBB di wilayahnya untuk memeriksa program ketenteraan Iraq. Jika tidak, seperti yang dijelaskan oleh Bush, Saddam Hussin akan 'memahami tidak lama lagi apa yang akan singgah sebagai bahananya'. Setiap negara yang merancang senjata yang menghancurkan akan menjadi sasaran Amerika Syarikat dalam peperangannya membasmi keganasan, kata beliau.

Rupanya Afghanistan hanya merupakan medan permulaan. Seandainya seseorang merencana senjata punah-ranah yang mahu digunakannya untuk mengancam seluruh dunia, dia akan diserang. Itu sebabnya Kuwati bertindak selari dengan pergerakan pesawat pejuang Amerika. Malahan ia merupakan satu jemputan untuk Amerika campurtangan dan menghukum pihak yang mengancam. Laksana pucuk dicita ulam mendatang, Washington memang sudah lama mencari helah untuk meggugurkan bom punah-ranah di bumi Iraq.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Saddam Hussain telah melaksanakan kerja-kerja diplomatik yang aktif dengan negara Arab dan berjaya dengan usahanya itu. Kini, di Muscat, ibu negeri Oman, satu persidangan Menteri Luar enam negara Teluk (GCC) sedang bermula.

Ketua jabatan luar Arab Saudi, UAE, Kuwait, Oman, Qatar, dan Bahrain akan membincangkan 30 persoalan dalam satu agenda yang dibahagi kepada dua kumpulan. Persoalan mengenai dasar luar yang berkisar masalah Afghanistan, hubungan dengan Iraq dan Iran, keadaan di Timur Tengah, dan beberapa isu pembangunan kerjasama dalam rangka kerja GCC. Adalah dijangkakan, para menteri akan merakamkan pendirian yang tidak berbelah bagi mereka terhadap rencana pentadbiran AS untuk melebarkan kempen anti-keganasan dengan memalitkan Iraq dan Yemen.

Kelmarin, Baghdad membuat satu tindakan mendapatkan perlindungan Russia. Di satu forum yang diberi nama 'Russian-Iraqi Economical Forum' di Moscow, perwakilan Baghdad memberikan jaminan kepada orang Russia betapa Russia mempunyai kedudukan utama dalam kompleks minyak dan gas di Iraq. Kini, Russia hanya perlu melaksanakan tugas untuk mengekalkannya. Berdasarkan kenyataan ini, Timbalan Menteri Luar Russia, Alexander Saltanov memberikan penjelasan betapa Iraq memang sentiasa diberikan keutamaan oleh Russia dalam segala dasar luar negara.

Moscow nampaknya mengambil langkah berhati-hati pada ketika ini. Russia tidak akan menyatakan sokongannya terhadap Iraq secara terbuka. Russia tidak mempunyai sebarang agenda untuk bertelagah dengan Washington. Di waktu yang sama ia tidak berniat untuk menyimpang jauh dan hanyut daripada agenda dasar luar negaranya.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/11/28/22201.html

2001-11-28 DMITRY LINVINOVICH:

WAR AT THRESHOLD

Clouds are gathering over Iraq, and this seems to be serious. The Middle East is at the threshold of a new war. This Tuesday, American and British aircraft again delivered missile strikes on military targets in south of Iraq. According to a Pentagon official, this was a reciprocal measure to Bagdad's threat to prevent the flight of aircraft patrolling 'no-fly zone.'

Such attacks have become usual long ago, though this time, the question is about a more large-scale operation of the US and Great Britain: about 3,000 US military men joined the military training carried out in Kuwait, not far from Iraqi border.

Nobody would have paid much attention to this if not for an event that happened practically at the same time. Today, Kuwait sent to the UN Security Council a protest against a provocation committed by Iraq on the emirate's border. Kuwait demanded to make 'the Iraqi government stop border violations and to respect Kuwait's territorial integrity and sovereignty." The document also states that the recent incidents 'prove Iraq's intention to destabilize the situation on the border to escalate tension in the region.'

The situation is really not very usual: this morning, US President George Bush demanded that Bagdad admit UN inspectors onto its territory to observe Iraqi's military program. Otherwise, George Bush explained, Saddam Hussian would 'soon understand with what it is frought for him.' Countries creating weapons of mass destruction could be targets of the US in its war on terrorism, he added.

Afghanistan seems to be only a start. If creates weapons of mass destruction with which he wants to terrorize the whole world, he will be brought to account. Therefore, Kuwait's activities fully correspond with US plans. As a matter of fact, this is a direct invitation for the US to intervene and to punish the aggressor; all the more Washington has been for a long time searching for a reason to deliver a mass bomb strike against Iraq.

During recent months, Hussain has been carrying out active diplomatic work with Arab countries and has made a progress. Today, in Oman's capital city of Muscat, a meeting of the foreign ministers of six member countries of Arab Gulf Co-operation Council (GCC) is opening. Heads of foreign offices of Saudi Arabia, United Arab Emirates, Kuwait, Oman, Quatar, and Bahrain will discuss 30 questions on the agenda, which are divided into two groups: questions of foreign policy, to which situation around Afghanistan belongs; relations with Iraq and Iran, and the situation in the Middle East; and issues of co-operation's development in the framework of GCC. It is expected that the ministers will express their irreconcilable position on US administration's probable plans to spread the anti-terrorist campaign to Iraq and Yemen.

Yesterday, Bagdad made a step to secure Russia's protection: on the Russian-Iraqi economical forum in Moscow, authoritative representatives of Bagdad assured Russians that the Russian Federation took priority-driven positions in oil and gas complex of Iraq. Now, the only task of the Russians is to keep them. To this statement, Russian deputy foreign minister Alexandr Saltanov explained that Iraq took an important place among foreign policy priorities of Russia, so everything connected with this country draws its leadership's rapt attention. Moscow's position is very careful. It hardly will openly support Iraq at the moment. A quarrel with Washington does not fit into Moscow's plans, though it is not intending to drift.

Dmitry Litvinovich PRAVDA.Ru