Laman Webantu   KM2: 6425 File Size: 12.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 489: Al-Ahram: Usul Pulang Ke Asal
By Absar Alam

28/11/2001 10:52 pm Wed

[Terlalu banyak pihak yang bertelagah di Afghanistan sejak dahulu kala lagi di mana senjata pemusnah dibekalkan oleh pihak yang ketiga. Malah lebih banyak senjata dan bom yang mencurah tiba dari bantuan yang amat sangat diperlukan oleh rakyat Afghan. Bukankah itu sebenarnya satu keganasan? - Editor]


Al-Ahram Weekly

Usul Pulang Ke Asal

(Back to square one)

Oleh: Absar Alam

Kemunculan beberapa anggota komando Russia yang tidak diketahui bilangannya di pangkalan udara Bagram, dekat Kabul pada Isnin lalu, menunjukkan munculnya satu lagi pelakon baru dalam drama yang sedia ada - dan yang ini memang ternyata pro-Pakatan Utara - sedangkan inilah ketikanya pihak pembangkang itu dikritik hebat oleh pasukan bersekutu yang dipimpin oleh AS kerana merampas kuasa di Kabul.

Britain sudahpun mengerakkan 100 orang anggota komando untuk menjaga keamanan dan melindungi masyarakat awam daripada gangguan yang mencetuskan pembunuhan bersahaja. Namun, masalah keselamatan sudah menjadi genting setelah lima wartawan Barat terbunuh di siang hari oleh pengganas yang tidak dikenali pada Isnin lalu di Sirobi, berdekatan Jalalabad. Tiga orang wartawan telah bertolak ke Kabul daripada Jalalabad tanpa sebarang iringan pasukan kawalan. Di Sirobi, mereka telah ditahan oleh orang yang bersenjata, dan diarah keluar daripada kereta dan dibunuh serta merta. Wang adalah motif sebenarnya pembunuhan.

Ekoran pengunduran Taliban, bekas panglima perang telah kembali semula memacak kawasan jajahan mereka. Bandar Kabul dan persekitarannya sudah menjadi kawasan yang dikawal oleh pemimpin Tajik, Burhanuddin Rabbani, yang juga merupakan bekas presiden Afghanistan. Sehingga 1996, Rabbani merupakan orang yang paling berdarjat di Afghanistan. Namun, keengganan mengongsi kuasa dengan pihak lain mencetuskan krisis politik yang akhirnya berkesudahan dengan penyingkirannya daripada Kabul oleh pasukan Taliban. Di Mazar-i-Sharif, komander Uzbek Jeneral Abdurrashid Dostum mengendalikan pentadbirannya sendiri. Wilayah Bamiyan ialah di bawah kuasa kumpulan Shia Hazara. Herat pula dikuasai oleh seorang pemimpin popular Ismail Khan.

Keadaan di wilayah lain masih belum jelas kerana sekitar 3,000 anggota pasukan Taliban masih berjuang mempertahankan Konduz minggu ini daripada dirampas oleh Pakatan Utara. Mereka sedang terkepung, dan sekitar 2,000 anggota Taliban itu adalah warga Arab dan Pakistan, asalnya. Mereka masih lagi merundingkan satu penyerahan diri secara bersyarat dengan Pakatan Utara. Namun, Pakatan Utara masih tidak mengampunkan anggota bersenjata daripada negara asing di kalangan Taliban itu. Pakatan Utara telah memberikan kesanggupan menerima penyerahan warga Afghan, tetapi tidak berminat dengan orang asing.

Bandar Kandahar di selatan, merupakan kampung halaman puak Pashtun yang merupakan tiang seri kumpulan Taliban. Kerana itu Kandahar masih merupakan pusat semangat dan kubu kuat kerajaan Taliban. Tidak jauh daripada situ ialah Quetta yang terletak di bahagian Pakistan. Pada minggu ini para pemimpin suku kaum Pashtun ini telah bersidang untuk merencana satu peralihan kuasa daripada Taliban Pashtun kepada kumpulan Pashtun yang bukan ahli Taliban. Puak Pashtun bukan-Taliban sudahpun memberikan katadua agar peralihan kuasa tiu disetujui ataupun mereka terpaksa menghadapi padahnya. Duta Taliban ke Pakistan, Mullah Abdul-Salam Zaif ketika berada di Quetta sekembalinya daripada Kandahar kelmarin, telah memperakukan keazaman Taliban untuk mempertahankan Kandahar sehinga peluru terakhir.

Apapun kesudahannya, selatan Afghanistan akan dikuasai oleh penglima Pashtun. Haji Abdul Qadir seorang komander, dan adik kepada Abdul Haq yang pro-Amerika tetapi mati dibunuh beberapa minggu lalu, sudahpun menguasai Jalalabad. Qadir telah mengetuai satu kafilah beratus kenderaan, bersama beberapa dozen wartawan, daripada Peshawar ke Jalalabad minggu lalu, ketika mengambil-alih kuasa bandar itu. Para penduduk di situ sudahpun mengumumkan perlantikannya sebagai seorang gabenor di wilayah itu.

Wilayah Nangarhar di bahagian utara Afghanistan telahpun dirampas oleh Maulvi Younis Khalis, seorang komander Pashtun yang terkenal sejak era Russia pada 80-an dulu. Walaupun beberapa komnder yang berbeza dan panglima perang suku-kaum telah membahagi-bahagi Afghanistan kepada beberapa wilayah di kalangan mereka, penguasaan itu berakhir hanya beberapa batu di luar kawasan pusat kuasa mereka. Dengan demikian, keadaan telah menyorot kembali kepada keadaan 1996, ketika perang-saudara menyala bersemarak menyeluruhi Afghanistan.

Apabila dicengkam oleh kerakusan semua panglima perang Afghan ini, yang bunuh-membunuh antara satu dengan lain untuk kuasa dan wang, menghumban negara itu ke kancah kecelaruan apabila orang yang bersenjata luas bergerak merompak, merogol dan mengganas dengan bebasnya. 'Kami tidak akan pulang ke Afghanistgan selagi semua penyamun yang mengganas itu sudah pergi,' kata Razia seorang pelarian yang menduduki satu kawasan setinggan di bandar Rawalpindi, Pakistan. Sebagai seorang wanita Tajik, Razia kehilangan dua orang abang yang berjuang menentang Soviet Russia dan beliau berkata dia tidak selesa dengan pasukan angkatan tentera Pakatan Utara, pasukan Taliban ataupun bekas perdana menteri Pashtun yang ganas dulu, Gulbuddin Hekmatyar untuk memerintah Afghanistan. Hanya Raja Zahir Shah yang mampu membawa kedamaian di negara saya,' kata Razia yang mempunyai tiga orang anak lelaki..

Apapun pergolakan perang yang akan terus berlaku, peranan utama dalam percaturan itu masih dipegang oleh Amerika Syarikat, yang kini sedang menyibuk mengesan pemimpin al-Qaida Osama bin Laden, pemimpin Taliban Mullah Mohamed Omar dan lain anggota Al-Qaeda di Afghanistan.

Namun, ada sumber diplomatik yang menyebut bahawa pihak bersekutu memang menjangkakan tercetusnya semula panglima perang merata-rata.

'Perkara ini memang sudah dijangkakan. Inilah kesan kelompongan politik yang wujud dan apabila banyak senjata bersepah di Afghanistan. Lagipun ramai bekas panglima perang sudah lama menunggu masanya untuk berlaku keadaan seperti ini sejak lima tahun yang lalu. Seandainya usaha antarabangsa untuk mewujudkan satu kerajaan sementara lembab jadinya, keadaan akan menjadi bercelaru lagi,' kata seorang diplomat barat.

Adalah dijangkakan, apabila AS sudah selesaikan masalah mereka dengan Osama Laden, ataupun Kandahar tumpas daripada cengkaman Taliban, usaha untuk mewujudkan satu kerajaan sementara yang dianggotai oleh semua puak di Afghanistan akan mula bertandak mengikut rentaknya.

Terjemahan: SPAR

fighter




Asal:

http://www.ahram.org.eg/weekly/2001/561/5war1.htm

Al-Ahram Weekly Online
22 - 28 November 2001
Issue No.561


Back to square one

With the Taliban losing its control over most Afghan cities, civil war is likely to sweep the country, Absar Alam writes from Islamabad

The arrival of an undisclosed number of Russian commandos at Bagram Airbase, near Kabul, on Monday indicates the entry of a new player in the game -- one that has a distinctly pro- Northern Alliance stance -- at a time when the opposition is being criticised by the US-led coalition for capturing Kabul.

Britain has already sent 100 troops to restore law and order and forestall the threat of civil war and the killing of civilians. Security concerns, however, have reached new heights with the wanton daylight killing of five journalists by unknown armed bandits on Monday in Sirobi, near Jalalabad. These journalists were travelling to Kabul from Jalalabad without any security escort. Near Sirobi, they were stopped by armed men, taken out of their cars and executed. The motive, apparently, was money.

Law and order, it seems, has broken down as Afghanistan reverts to a grid of numerous fiefdoms following the Taliban's departure from most Afghan cities and provinces. In northern Afghanistan, the NA has swept through Mazar-i Sharif, Samangan, Baghlan, Pul-i Charkhi, Bagram, Herat, Bamiyan, Takhar and Shindad provinces -- and now Kabul.

In the wake of the Taliban's retreat, former warlords have returned to claim the territories. The city of Kabul and its surrounding areas are under the control of Tajik leader Burhanuddin Rabbani, the former president of Afghanistan. Until 1996 Rabbani was the top man in Afghanistan, but his refusal to accept a power- sharing deal launched a political crisis that ultimately led to his ouster from Kabul by the Taliban. In Mazar-i Sharif, Uzbek commander General Abdurrashid Dostum is running his own administration. Bamiyan is under the command of Shi'a Hazara tribe. Herat is under the command of popular leader Ismail Khan.

The situation in the remaining provinces is still unclear as 3,000 Taliban troops were still fighting the Northern Alliance in Konduz province this week. Surrounded by all sides, these Taliban troops -- out of whom at least 2,000 are believed to be Arab and Pakistani nationals -- are trying to secure a negotiated surrender through the United Nations. The NA, however, is unwilling to pardon "foreigners" among the Taliban. Although they have agreed to take Afghan Taliban as prisoners of war, the NA commanders want to eliminate all non-Afghan Taliban fighters.

The southern city of Kandahar, the spiritual and military Pashtun heartland where the Taliban has strong support, is still under the control of the Taliban regime. In the bordering Pakistani city of Quetta, Afghan Pashtun elders met this week to extract a negotiated handing over of power from Taliban Pashtuns to non-Taliban Pashtuns. Non-Taliban Pashtuns have issued an ultimatum to the Taliban to transfer power or face war. Taliban ambassador to Pakistan Mullah Abdul-Salam Za'if, on his arrival in Quetta from Kandahar yesterday, vowed that the Taliban will defend Kandahar to the death.

Whatever the result, southern Afghanistan will continue to be ruled by Pashtun commanders. Haji Abdul-Qadir, a Pashtun commander and brother of the US-backed assassinated commander Abdul-Haq, has taken over Jalalabad. Qadir led a caravan of hundreds of vehicles, along with several dozen journalists, from the Pakistani city of Peshawar to Jalalabad last week when he captured the Pashtun-dominated city. His fellow tribesmen have already announced that they accept him as governor of the province.

The province of Nangarhar in north-eastern Afghanistan has fallen to Maulvi Younas Khalis, another Pashtun commander known from the days of fighting the Russians in the '80s. Although different commanders and ethnic warlords have divided Afghanistan's various parts among themselves, their control ends a few miles outside their domain. The situation has reverted back to 1996, when civil war raged through Afghanistan.

In the grip of these Afghan warlords, who fought each other for power and money, the country was at the mercy of armed groups that raped and plundered at will. "We will not return to Afghanistan unless these thugs that are ruling over my motherland [are gone]," said Razia, an Afghan refugee residing in a poor district of the Pakistani city Rawalpindi. An ethnic Tajik, Razia lost her two brothers in the fight against the Russian occupation and says she does not want forces from the Northern Alliance, the Taliban or former prime minister and notorious Pashtun warlord Gulbuddin Hekmatyar ruling Afghanistan. "Only King Zahir Shah can bring peace to my country," Razia, a mother of three boys, said.

The obtaining military situation on the ground notwithstanding, the key player in the new great game in Afghanistan is still the United States, who is currently still busy tracking down Al- Qa'eda leader Osama Bin Laden, Taliban founder Mullah Mohamed Omar and other Al- Qa'eda members inside Afghanistan.

But diplomatic sources maintain that the Allies anticipated the ongoing warlordism. "This is nothing unexpected. There is a political vacuum and a huge amount of arms have been pumped into Afghanistan recently. Also, a number of ex- commanders have been waiting in the wings for the last five years. So this amount of jockeying for power was expected. However, if the international efforts to put in place an interim government are slow, then things will become messy," said a Western diplomat.

It is expected that once US is done with Bin Laden, or Kandahar falls, the efforts to install a broad-based, multi-ethnic government in Afghanistan will gain momentum.