Laman Webantu   KM2: 6423 File Size: 3.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 488: AS Akan Hantar Tahanan Perang Al Qaida ke Guam
By Reuters

26/11/2001 1:29 am Mon

Reuters

AS Akan Hantar Tahanan Perang Al Qaida ke Guam

(US Says al Qaeda Prisoners may Be Taken To Guam)

WASHINGTON (Reuters) - Angkatan tentera AS berkata Jumaat lalu kemungkinan pulau Guam di Pasifik, digunakan sebagai tempat tahanan pejuang Al-Qaeda yang ditangkap di Afghanistan.

Jurucakap Tentera Udara AS Marcella Adams bagi 'US Pacific Command in Hawaii' berkata belum ada sebarang keputusan muktamad yang dibuat mengenai penempatan pejuang al-Qaeda dan tahanan perang yang lain daripada Afghanistan sebelum mereka dikenakan tuduhan rasmi.

'Guam memang dalam pertimbangan,' kata Adams melalui telefon. 'Tetapi, buat masa ini ia hanya dalam pertimbangan. Dan kami tidak membincangkan keseluruhan operasi mendatang.'

US Pacific Command memang menyelia angkatan tentera Amerika di Pasifik dan rantau Lautan Hindi.

Apabila ditanya mengenai laporan bahawa kepulauan Samoa ataupun Mariana sedang diperbaiki sebagai bakal tempat memenjarakan tahanan perang daripada Afghanistan, Adams menjawab betapa dia 'belum mendengar apa-apapun mengenai American Samoa dan Marianas'.

Catatan penterjemah: Kepulauan yang disebut itu memang diketahui sebagai tempat pembuangan para perisik upahan Amerika di Afrika dan Timur Tengah. Tidak lama dulu beberapa keluarga Arab Sudah yang dilatih di Nigeria dan Ghana untuk menyusup masuk ke Libya dan Iraq serta Iran telah dipindahkan ke pulau tersebut oleh AS. Taktik Amerika itu telah ditiru oleh Australia baru-baru ini apabila menempatkan pelarian Afghan di Vanuatu. Satu hari nanti tidak menghairankan ada di kalangan mereka yang datang ke Kuala Lumpur menjadi rakan niaga orang UMNO.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://news.excite.com/news/r/011123/21/ news-attack-prisoners-guam-dc

U.S. Says Al Qaeda Prisoners May He Taken to Guam

Updated: Fri, Nov 23 9:55 PM EST

WASHINGTON (Reuters) - The U.S. military said on Friday it might use the western Pacific island of Guam to lock up members of Osama bin Laden's al Qaeda network who are captured in Afghanistan.

Air Force Lt. Col. Marcella Adams, spokeswoman for the U.S. Pacific Command in Hawaii, said no final decision had been made concerning where to house al Qaeda or other prisoners from Afghanistan before they face formal charges.

"Guam is a consideration," Adams said by telephone. "But right now it's just a consideration. And we don't discuss a whole lot of future operations."

The U.S. Pacific Command oversees American military forces in the Pacific and Indian Ocean regions.

Asked about reports that America Samoa or the Mariana Islands also were under consideration as potential locations for prisoners from Afghanistan, Adams said she "hadn't heard anything about American Samoa or the Marianas."

The United States is waging war in Afghanistan against the Taliban militia and its allied al Qaeda network, blamed for the Sept. 11 attacks on New York and Washington.