Laman Webantu   KM2: 6416 File Size: 11.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 481: WorldNet: Hentikan Peperangan Rahsia
By Patrick Buchanan

26/11/2001 1:04 am Mon

WorldnetDaily.com

Hentikan Peperangan Rahsia

(No more undeclared wars)

Oleh: Patrick Buchanan

'Kita pernah ditipu oleh FDR (Roosevelt) kerana dia tidak mempunyai keberanian berpolitik untuk meyakinkan kita untuk berperang,' demikian ucapan Wakil Rakyat Clare Luce pada 1944.

Sasaran Luce ketika itu ialah seorang presiden yang sudah dideakan setaraf Lincoln dan Washington. Para penyokong FDR telah menganyang Clare Luce kerana cuba menghina seorang pemimpin jagoan, sedangkan tidak ramai yang berani menafikan adanya kebenaran dalam setiap perkataan yang disebut oleh Luce.

Apapun alasannya yang meyakinkan sehingga terbabitnya Amerika dalam Perang Dunia Kedua, sebetulnya FDR telah menipu rakyat Amerika untuk berperang. Ketika dia berucap dengan liciknya untuk meyakinkan golongan ibu bapa Amerika ('Saya sudah sebut perkara ini dulu lagi, tetapi saya akan ulanginya berkali-kali: anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dihantar untuk berperang di bumi orang') Sedangkan ketika itu dia sudah menghidu peperangan dan menyanggah Jerman dan Jepun.

FDR telah mengarahkan beberapa kapal Amerika menghalang kemaraan armada Jepun dengan harapan kapal itu dilanggar dan tenggelam. Dia telah memberikan satu rahsia kepada Lord Halifax yang menyalahi perlembagaan negara, berupa keyakinan bahawa Amerika akan mempertahankan segala wilayah jajahan Raja Britain di Pasifik. Dia telah menolak usaha berdamai yang ditawarkan secara rahsia oleh Putera Konoye dari Jepun dan telah mengeluarkan satu katadua yang berupa rahsia kepada regim Tojo pada November 26, 1941.

Hnery Stimson yang ketika itu meruapakan Menteri Perang Amerika telah mencatatkan dalam diarinya dua minggu sebelum serangan Pearl Harbour, 'Kita harus merencana mereka ....melepaskan tembakan yang pertama.' FDR berdosa dan bersalah kerana jenayah perang yang sungguh dahsyat. Tetapi seperti yang disebut oleh Marshal Moltke kepada Admiral Tirpitz, ketika memberikan arahan kepada tentera Jerman menyerang Belgium yang berkecuali pada 1914, 'Kejayaan sahaja menentukan betapa berbaloinya peperangan itu.'

Amerika telah berjaya sepenuhnya. Pada 1945, dengan matinya FDR pada petang tercapainya kemenangan yang menyeluruh dalam 'Peperangan yang Bagus' itu, manusia tidak lagi ambil peduli bagaimanakah sesuatu peperangan itu bermula. Namun, politik kita sudah diracuni oleh kenyataan Roosevelt yang penuh kepalsuan, seperti juga caranya Truman memulakan peperangan di Korea ('satu tindakan kepolisan') dan begitu juga di Vietnam, apabila ramai senator mengetahui kemudiannya betapa mereka telah dibohongi mengenai peristiwa Teluk Tonkin yang tidak pernah wujud sebenarnya.

Kini, Amerika disondol oleh peperangan yang tidakpun diisytiharkan, terhadap Iraq. Inilah masanya kita memerlukan satu kebenaran bahwasanya sudah sampai masanya untuk Kongres melaksanakan tugas, dan berdebat untuk memutuskan mengenai peperangan ataupun kedamaian. Kita tidak perlu lagi melihat dunia politik kita diracuni untuk satu generasi lagi oleh persekongkolan satu Parti Perang dan satu Parti Kedamaian yang muncul kesan satu lagi peperangan yang tidak diisytiharkan. Pelbagai persoalan memerlukan jawapan.

Apakah Saddam terlibat dengan serangan ngeri September 11? Apakah dia bertanggungjawab dengan serangan anthrax? Apakah dia merelakan kewujudan kem operasi al-Qaida? Betulkan dia bersiap dengan senjata nuklear ataupun kimia (bio-terror) untuk menyerang kita? Seandainya jawapannya ialah 'Ya' maka bolehlah Kongres menyatakan segala bahan buktinya kepada seluruh negara dan merelakan kuasa presiden untuk memimpin kita berperang.

Henry Hyde, Pengurusi Dewan Rakyat dan Joe Biden, Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Perhubungan Luar, seharusnya menjalankan tugas kepada negara dan sejarahnya, dan bertegas, menentukan Kongres mempunyai peranan yang utama dalam keputusan untuk berperang ataupun berdamai. Mereka berdua telah berkata, tidak mahukan negara berperang dengan Iraq. Tetapi cakap sahaja tidak memadai

Pada hari Ahad, Penasihat Keselamatan Negara, Condoleeza Rice, nampaknya telah memberi penekanan bahawa Presiden Bush mempunyai hak dan kuasa untuk bertindak memerangi Saddam, seandainya itulah pilihannya. Tetapi, dari mana dia menerima kuasa ini? Sejak bila Kongres merelakan kuasa itu kepadanya, ataupun meluluskan serangan AS terhadap negara Arab yang tercatat sebagai musuh dalam senarai Parti Peperangan itu?

Amerika Syarikat mampu menyerang Iraq dari udara bila-bila masa, tetapi pasukan tentera darat yang diperlukan untuk penaklukan itu belum bersedia lagi. Angkatan tentera AS telah dikurangkan menjadi separuh sahaja berbanding dulu sejak operasi Desert Storm. Ini bererti kita memerlukan beberapa bulan untuk bersiap sedia menggembleng tenaga untuk melancarkan serangan - ini adalah peluang untuk berdebat secara rasional.

Sebetulnya, suasana separuh histeria, Parti Peperangan menunjukkan tidak ada sebarang bahan bukti yang boleh mensabitkan Saddam kepada September 11 dan sebarang peperangan mengganyang Iraq hanya merupakan satu pergerakan bidak di papan catur yang di bawa merata-rata. Tetapi, peperangan terhadap Iraq akan menjejaskan perhubungan kita dengan Britain, Russia dan NATO, sehingga memecah-belahkan sekutu perang kita di Afghanistan, menyalahkan kemarahan Arab di jalanan, dan menggugat kestabilan sekutu Arab kita, Jordan, Mesir, dan Arab Saudi. Seandainya kerajaan Saudi tumbang gara-gara meledaknya satu revolusi rakyat disebabkan serangan kita terhadap Iraq, Bush akan kehilangan semua simpanan minyak yang menyebabkan ayahnya pergi berperang pada 1991.

Tibalah masanya untuk Kongres berdebat lagi mengenai Iraq dan Saddam Hussein. Apakah akan ada usaha pengekangan ataupun peperangan? Kalau jawapannya ialah berperang, kita mempunyai hak untuk mengetahui kenapa, dan menentukan mereka yang memimpin kita untuk berperang itu menanggung risikonya. Kita tidak mahu peristiwa ngeri di Municah ataupun di Yalta berulang lagi, demikian kata Bush. Dia memang benar dengan pendapat itu. Tetapi eloklah kita tambah sikit lagi:

Hentikan peperangan rahsia. Hentikan peperangan mengikut nafsu-nafsi presiden.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.worldnetdaily.com/news/
article.asp?ARTICLE_ID=25424


No more undeclared wars

By Patrick J. Buchanan

FDR "lied us into war because he did not have the political courage to lead us into it," Rep. Clare Luce blurted out in 1944.

The target of Luce's accusation was a president who by then had entered the pantheon alongside Lincoln and Washington. FDR's courtiers savaged the lady for maligning the Great Man, but few could credibly deny the truth of what she had said.

No matter the justice and nobility of America's cause in World War II, FDR had lied us into war. Even as he soothingly reassured the mothers and fathers of America ("I have said this before, but I shall say it again and again and again: Your boys are not going to be sent into any foreign wars"), he was stoking war, and provoking Germany and Japan.

FDR lied about the secret war he had ordered U.S. warships to conduct against German U-boats. He lied about who fired the first shots when the U.S. destroyers Greer and Kearney were attacked. He lied about having discovered Hitler's plans for the conquest of South America and the Nazification of Christianity. No such plans existed except in the fertile and creative minds of British intelligence.

FDR sent picket ships out into the path of the Japanese fleet in the hope they would be sunk. He gave Lord Halifax secret, but unconstitutional, assurances America would defend His Majesty's colonies in the Pacific. He spurned a secret peace offer from Japan's Prince Konoye and issued a secret ultimatum to Tojo's regime on Nov. 26, 1941.

As Secretary of War Henry Stimson wrote in his diary two weeks before Pearl Harbor, "We should maneuver them into ... firing the first shot." FDR was guilty of impeachable high crimes. But as Field Marshal Moltke told Admiral Tirpitz, as he ordered the German army to invade neutral Belgium in 1914, "Success alone justifies war."

And America succeeded absolutely. And with FDR's death on the eve of total victory in the "Good War" in 1945, people no longer cared how the war had begun. Yet, our politics were poisoned by Roosevelt's mendacity, as it would be by Truman's undeclared war in Korea ("a police action") and by Vietnam, when senators learned they had been deceived in the Tonkin Gulf incident.

Today, America is being stampeded into a new undeclared war, against Iraq. Thus it is a time for truth - a time for Congress to do its duty, and debate and decide on war or peace. We do not need to have our politics poisoned for yet another generation by the mutual recriminations of a War Party and a Peace Party in the aftermath of yet another undeclared war. Questions need answering.

Was Saddam involved in the massacres of Sept. 11? Was he behind the anthrax attacks? Is he harboring terrorist cells of al-Qaida? Is he preparing nuclear or bio-terror weapons to attack us? If the answer is "Yes," let Congress lay out the evidence before the nation and empower the president to take us to war.

Henry Hyde and Joe Biden, chairmen respectively of the House and Senate foreign relations committees, should assume their duty to the nation and history, and assert Congress' rightful role in the decision on war or peace. Both have said that they oppose a war on Iraq. But that is not enough.

On Sunday, National Security Adviser Condoleezza Rice seemed to assert that President Bush had the justification and right to take us to war against Saddam, should he so choose. But where did he get this authority? When did Congress cede it to him, or authorize U.S. attacks on the other Arab states on the War Party's enemies list?

While the United States could launch air strikes on Iraq at any moment, the ground troops needed for an invasion are not in place. And given the halving of U.S. forces since Desert Storm, it would take months before they are ready to march - time enough for reasoned debate.

Indeed, the semi-hysteria of the War Party suggests it does not have the evidence to convict Saddam of Sept. 11, and a war on Iraq is but the next move on the little chessboards of empire they carry about in their book bags. But a war on Iraq could ravage our relations with Britain, Russia and NATO; shatter the Afghan war coalition; inflame the Arab street; and destabilize our Arab allies, Jordan, Egypt and Saudi Arabia. Should the Saudi monarchy fall to a revolution as a result of an attack on Iraq, Bush would have lost the oil storehouse his father went to war to defend in 1991.

It's time for Congress to debate again Iraq and Saddam Hussein. Is it to be containment or war? If it is to be war, we have a right to know why, and to hold accountable those who take us into war. No more Munichs, no more Yaltas, Bush said. Right he is. But let us add:

No more undeclared wars. No more presidential wars.