Laman Webantu   KM2: 6415 File Size: 3.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 480: AS Merencana Perang Berlanjutan Selepas Afghanistan
By Rense

26/11/2001 1:01 am Mon

Baghdad, Iraq
20 Nov. 2001.

Amerika Merencana Perang Berlanjutan Selepas Afghanistan

(US To Contrive Successive Wars After Afghanistan)

Amerika Syarikat akan meneruskan usaha memprovokasi konflik bersenjata di merata dunia sehaik sahaja ia berjaya membungkus perang salibnya di Afghanistan, demikian pendapat seorang pegawai Iraq pada Selasa lalu. "Washington akan merencana perang di sini dan sana dalam usaha mencetuskan alasan untuk mengekalkan bala tenteranya" menyibuk di beberapa wilayah di bawah tipu muslihat menegakkan panji-panji yang mempertahankan maruah Amerika Syarikat "dan apa yang disebut sebagai sekutunya". Demikian yang disiarkan oleh Atti-Thawra, lidah rasmi Baath Party di Iraq.

Amerika Syarikat sedang berlagak seolah-olah dia sahaja pemimpin unggul dunia, polis dunia dan hakimnya, dan seluruh dunia mesti menerima segala peraturannya dan penghukumannya," kata akhbar itu. Akhbar harian tentera Al-Qadissiya berkata bahawa dengan memanjangkan bidang "penekanan", AS sebenarnya mencari helah "menutup tipu muslihat yang menghantuinya selepas menyerang Afghanistan dan mengisytiharkan perang kepada negara lain yang tidak menyokong perang salibnya itu."

Washington juga ghairah mahu "memperkasakan kepimpinannya dalam order dunia," kata akhbar itu. Baghdad merupakan musuh ketat Washington sejak Perang Teluk 1991, berpendapat ia berkemungkinan menjadi sasaran yang lagi satu oleh Amerika Syarikat. Inipun telah disebut-sebut oleh Amerika dalam usaha untuk meneruskan kempen anti-keganasannya setelah tamatnya perang di Afghanistan nanti. Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.rense.com/general17/iraq.htm

US To Contrive Successive Wars After Afghanistan

Iraq 11-20-1

BAGHDAD - The United States will continue to provoke armed conflicts around the world once it has wrapped up its "crusade" in Afghanistan, Iraq's official press said on Tuesday. Washington "will contrive wars here and there in order to create pretexts to keep its forces in occupation" of various regions under the banner of defending the United States "and its so-called allies," wrote Ath-Thawra, mouthpiece of Iraq's ruling Baath Party.

The United States "is behaving as if it were the world's leader, policeman and judge, and the world must accept its rulings and punishments," the paper said. The army daily Al-Qadissiya said that by expanding the scope of its "aggression," the US would be seeking to "cover up the impasse in which it finds itself after attacking Afghanistan and declaring war on all countries that do not support its crusade."

Washington would also be seeking to "assert its leadership of the world order," the paper said. Baghdad, Washington's sworn foe since the 1991 Gulf War, says it expects to be the next target of the United States, which has indicated it will pursue its anti-terror campaign after the end of the war in Afghanistan.