Laman Webantu   KM2: 6414 File Size: 13.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 479: HW: Pelahap Pergolakan Perang
By Harvey Wasserman

26/11/2001 12:59 am Mon

ColumbusAlive.com

Pelahap Pergolakan Perang

(The War Profiteers)

Oleh: Harvey Wasserman

Pintu neraka yang paling dalam adalah diperuntukkan khas kepada mereka yang rakus dan meraih keuntungan daripada penderitaan orang lain. Demikianlah yang akan dialami oleh mereka yang meraih keuntungan daripada pergolakan peperangan.

Ketika pengebom Amerika menghujani Afghanistan, dan Perlembagaan Amerika yang menyangkuti hak asasi manusianya dikecai-kecaikan atas nama patriotisme, khinzir-khinzir korporat (corporate hogs) sedang menyondol tabung wang rakyat. Dengan bertopengkan keadaaan darurat negara, dengan berkipaskan bendera yang dikibar, mereka menyondol dengan rakusnya mengikut cara yang tidak mudah diperlakukan kalaulah keadaan aman membolehkan pengamatan gelagat mereka. Malahan, sejurus berlakunya episod September 11, akhbar The Wall Street Journal telah menerbitkan satu artikel yang kini amat difahami ramai, mendesak para konservatif dan korporat mengambil peluang mengongsi durian runtuh yang melonjakkan populariti Bush.

Berikut adalah beberapa catatan kerja busuk mereka:

Pemaju Nuklear

Perdebatan hangat yang sudah berpanjangan selama 30 tahun, menyerlahkan satu hakikat betapa para pengganas boleh meledakkan sesuatu reaktor atom dan menyebabkan bencana yang sungguh besar padahnya. Perkara ini amat difahami sekarang oleh media, orang awam dan juga ahli kerajaan. 'The Nuclear Regulatory Commission' (Suruhanjaya Pengawalan Nuklear) NRC kini memperakui betapa reaktor nuklear tidak kebal daripda serangan jet. Tentera national Guard sudahpun dikerahkan menjaga sekitar 193 reaktor itu dan laluan udara sudahpun diubah. Tetapi, langkah yang paling ketara - menutup semua reaktor - masih tidak dibincangkan dan disebut langsung. Siapa yang akan menanggung belanja peraturan pengawalan yang ketat ini?

Apabila kos sebenar diambilkira, reaktor nuklear (nukes) adalah merupakan pengeluar bahan tenaga yang paling mahal, walaupun tanpa mengira kos tambahan pengawalannya. Reaktor (di Amerika) menyumbang hanya 18 peratus bekalan elektrik, yang merupakan hanya lapan peratus bahan tenaga - yang mudah digantikan dengan punca yang lebih murah, lebih selamat dan lebih bersih dan lebih efisen, tanpa menyebut punca kuasa angin dan kuasa solar. Tetapi pemaju nukes adalah golongan yang menguasai pentadbiran Bush dan Kongres. Ketika kita di Amerika membayar kos penyeliaan reaktor semasa ia sedang terancam, industri ini mendesak dilakukan pembaharuan kepada 1957 Price-Anderson-Act, melindunginya daripada sebarang bahana berlakunya kemalangan dan sabotaj. Lain kali kalau ada tukang canang nuke berbohong mengenai keselamatan reaktor, tanya dia 'Kenapa tidak ambil insuran secara persendirian?'

The Star Warriors:

September 11 membuktikan betapa hapraknya segala sistem anti-peluru berpandu yang memang sudah tidak berguna sejak dulu lagi. Tetapi semua pedagang alat kelengkapan perang masih ghairah mahu kerajaan lancarkan projek di angkasa lepas, yang ada kaitan dengan apa yang sejak lama menonjolkan 'missile shield' (pelindung missail) yang bertaraf sialan. Dengan berlagak mengibar bendera keperwiraan mereka, para pedagang sialan ini telah menyondol belanjawan sebanyak 8 bilion dollar.

Pedagang Minyak:

Para setiakawan petroleum di Rumah Putih dan Kongres sedang menyibuk mengambil peluang tragedi nasional ini dengan merencana satu rancangan pembekalan tenaga yang penuh tipu muslihatnya. Contohnya ialah penggerudian di Alaska National Wildlife Refuge (Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Alaska) yang didakwa akan membebaskan kita daripada bergantung kepada bekalan luar negara. Tetapi sejak berlakunya embargo pada 1973, pedagang minyak ini telah melanggari janji mereka menyediakan ekonomi bekalan tenaga alternatif yang berassaskan sumber bergantian dan efisen. Kini kita masih mengimpot lebih banyak minyak berbanding dulu.

Gimik yang difikirkan berunsur patriotik ialah dengan memasang saluran paip untuk minyak sepanjang 800 batu, yang baru-baru ini memeranjatkan seorang pemburu yang mabuk yang menganggap saluran itu adalah seekor anakonda (ular besar dan panjang) raksasa. Tembakan pertamanya telah menyebabkan keseluruhan sistem saluran itu ditutup, dan mencetuskan pencemaran alam yang tidak dapat dibayangkan bahananya. Bayangkan apa yang akan dilakukan oleh pengganas sebenar kalau melihatkan projek yang berharga berbilion dolar itu? Bila agaknya kita mahu menggunakan kuasa solar?

Penyangak Korporat Yang Biasa:

Bertopengkan kesibukan perang, pentadbiran Bush sedang mengusulkan satu rancangan raksasa yang disebut 'stimuls package' (imbohan penggalak) yang sebenarnya merupakan satu rebat cukai yang besar - kerana menyorot ke belakang hingga pertengahan 1990-an - untuk dinikmati oleh syarikat besar yang rakus dan tamak haloba. Antara yang akan menikmatinya ialah Enron, satu syarikat gas gergasi di Houston yang telah mencurahkan berjuta dollar kepada tabung Republican. Firma ini diketuai oleh Kenneth Lay, kroni Bush. Dulu, Enron dianggap satu syarikat yang sungguh cemerlang sehinggalah muncul berita sebenar yang didedahkan di internet mengenai kehaprakan pengurusannya yang tidak cekap dan pelbagai kegiatan yang haram. Enron mencuba membuat penukaran usaha daripada bahan bakar fossil kepada 'electronic data transmission' tetapi gagal melaksanakannya. Kini, Republican yang berstatus penggalak 'free market' mahu menganugerahkan kegagalan mereka dengan wang rakyat. (Sebab mereka sudah belajar daripada cara Mahathir mengupah Tajuddin Ramli dan Halim Saad dan anak-anaknya kerana kehaprakan menguruskan syarikat masing-masing dan diganti dengan wang rakyat!!!!!)

Perkhidmatan Penerbangan

Perkhidmatan Amerika merupakan perkhidmatan yang paling teruk mengecewakan rakyat Amerika. Selama bertahun mereka telah menentang usaha untjuk mencapai satu piawaian keselamatan. Sebahagian besar kesalahan terjadinya Episod ngeri September 11, adalah disebabkan kedegilan mereka memasang kunci pada pintu masuk kabin juruterbang (cockpit). Begitu juga dengan menggaji petugas di udara dan membayar pegawai keselamatan sewajarnya. Disebabkan sikap yang mengaibkan itu, mereka kini menerima lebih 15 bilion dollar wang rakyat Amerika, sambil menghentikan beribu pekerja yang tidak berdosa dan mengagihkan bonus yang lumayan kepada para pegawai tingginya.

Pencemar Alam Sekitar:

Bertopengkan pergolakan perang, Jabatan Dalaman yang dipimpin oleh Gail Norton, sedang menghapuskan apa juga bentuk perlindungan alam sekitar yang masih ada, dengan mengagihkan kawasan yang besar-besar kepada perlombongan, pembalakan, penternakan tenusu, sebagai contohnya. Di waktu yang sama, lihatlah nanti bagaimana Homeland Security Force (satu pasukan keselamatan negara yang baru ditubuhkan) akan menyerang pergerakan pencinta alam yang tidakpun ganas itu. Seperti yang dijanjikan oleh Joe McCarthy, semuanya akan bergema semula.

Panglima Dadah

Ketika Menara Pusat Dagangan Dunia tumbang dulu, turut terbenam ialah berjuta dollar hasil pasaran opium yang pernah disalurkan kepada tabung Taliban oleh Bush seperti pembayaran paling akhir pada musim bunga yang lalu. Osama bin Laden dan kumpulan fasis Afghan adalah merupakan ciptaan perang dadah dan minyak. Keseluruhan Dunia Ketiga, kaedah menangani masalah dadah kebangsaan adalah persis seorang lelaki yang terlebih berat badannnya yang mahu menghentikan sifat suka makan dengan memusnahkan beberapa kedai kueh dan membunuh mereka yang mengeluarkan tepung gandum. Sejak 1970-an Amerika Syarikat telah membelanjakan berbilion dollar meracuni pokok dadah dan memenjarakan penghisap dadah. Kalulah wang itu dibelanjakan untuk memperkasakan kawalan menentang keganasan, Menara Pusat Dagangan Dunia tentu masih tegak dengan megahnya.

Tamat. 8 November, 2001.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.columbusalive.com/
2001/20011108/110801/11080103.html


The War Profiteers

Who's patriotically cashing in on the September 11 terrorist attacks?

by Harvey Wasserman

The hottest circles of Hell are reserved for those who profit from the misfortunes of others. None is worse than those who profit from war.

As our bombers pummel Afghanistan, and as our Constitutional rights are shredded in the name of patriotism, the corporate hogs are snorting at the public trough. Under cover of national emergency, waving their flags, they are greedily gouging us in ways not possible under peacetime scrutiny. Indeed, soon after the September 11 bombing, the Wall Street Journal published an infamous piece urging conservatives and corporations to cash in on Bush's windfall popularity.

Here are a few of the most grotesque:


The Nuke Pushers: After 30 years of heated debate, the reality that terrorists could blow up an atomic reactor and inflict incalculable damage seems to have finally sunk in among the media, the public and even some members of government. The Nuclear Regulatory Commission now admits U.S. reactors cannot withstand a jet crash. The National Guard has been dispatched to many of our 103 reactors and flight paths have been altered. But the obvious step-shutting them all down-remains undiscussed. Also unmentioned: Who will pay for all this heightened security?

When all real costs are tallied, nukes are our most expensive form of energy, even without the added security costs. Reactors provide just 18 percent of our electricity, just eight percent of our energy-easily replaceable with cheaper, safer, cleaner and more reliable efficiency and conservation, not to mention renewable wind and solar power. But the nuke pushers own this administration and Congress. So while we pay to keep the reactors running under siege, the industry demands renewal of the 1957 Price-Anderson Act, shielding it from any liability in case of an accident or sabotage. Next time a nuke flack lies about reactor safety, ask: 'Why can't you get your own private insurance?'


The Star Warriors: September 11 proved the utter worthlessness of an anti-missile defense system. But the big weapons merchants still want a whole new level of militarism in outer space, which is what this 'missile shield' nonsense is really all about. Cashing in on the inevitable flag waving, the rocketeers took another $8 billion in pure pork.


The Oil Barons: The petroleum partners in the White House and Congress are sleazing through this national tragedy with an energy plan larded with hype. For example, drilling the Alaska National Wildlife Refuge is allegedly to help us get off foreign oil. But since the first embargo in 1973, the oil barons have squashed the promise of an alternative energy economy based on renewable sources and efficiency. So we now import more oil than ever.

The latest patriotic gimmick is pumping still more oil through an 800-mile above-ground pipeline, which a drunken hunter recently mistook for a giant polar anaconda. His single bullet shut down the entire line while creating a major environmental disaster. So what could an actual terrorist do to this multi-billion-dollar, ecologically suicidal 'lifeline'? How about this time we go solar?


The Usual Corporate Suspects: Under cover of war, the administration is pushing a gargantuan 'stimulus package' that's little more than a huge tax rebate-dating back to the mid 1990s-for the greediest and seediest of our corporate giants. Up there is Enron, the Houston gas giant that's poured millions into Republican coffers. Led by Bush crony Kenneth Lay, Enron seemed a rare corporate success story until a recent torrent of news about mismanagement and possible illegalities poured into the Internet. Enron tried to leap from fossil fuels to electronic data transmission but melted down. So now the 'free market' Republicans want to reward their failure with our money.


The Airlines: Nobody has failed America more dramatically than the airlines. In the spirit of deregulation they've refused for years to meet basic security standards. Much of the blame for September 11 lies with their greed-driven refusal to put locks on cockpit doors, place marshals on flights and actually pay security personnel. As 'retribution' for their disgraceful sloth, they got more than $15 billion of our money, laid off thousands of innocent workers and took huge executive bonuses.


The Eco-Destroyers: Under cover of war, Gail Norton's Interior Department is shredding whatever environmental protections we had left, slipping huge public giveaways to the mining, timber and cattle industries, among the many. Meanwhile, watch the Homeland Security Force use its anti-terror powers to attack the non-violent environmental movement. As Joe McCarthy would say, it'll be déjà vu all over again.


The Drug Warriors: Lost in the World Trade Center dust were the millions of anti-opium dollars Bush poured into Taliban coffers as recently as this past spring. Osama bin Laden and his Afghan fascists are as much a product of the drug war as of oil. Throughout the Third World, the official approach to our national drug problem has been akin to an overweight man attempting to cure his overeating by blowing up certain bakeries and killing people who make flour. Since the 1970s the U.S. has spent countless billions poisoning plants and imprisoning pot smokers. If that money had been used to actually protect us from terrorism, the World Trade Towers might still be standing.

November 8, 2001

Copyright © 2001 Columbus Alive, Inc.