Laman Webantu   KM2: 6413 File Size: 14.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 478: ATimes: Perjanjian Yg Menjanjikan Omongan Kosong
By Syed Saleem Shahzad

26/11/2001 12:58 am Mon

AsiaTimes

Perjanjian Yang Menjanjikan Omongan Kosong

(Talks promise only hot air)

Oleh: Syed Saleem Shahzad

KARACHI - Perundinan yang ditaja oleh PBB untuk menubuhkan kerajaan campuran dijangka bermula di Bonn pada Isnin ini (setelah dipindahkan atas alasan keselamatan daripada Berlin). Pendirian yang bersulam kedegilan di pihak Pakatan Utara dan penyokong utama merka, Russia, Iran dan India merupakan peleceh segala ruang tertubuhnya hasrat yang diidamkan.

Ramai pakar berpendapat bahawa persidangan itu hanya merupakan kerja sia-sia kerana ketiadaan wakil Taliban, walaupun mereka dianggap pihak yang tumpas dalam peperangan itu Khamis lalu. Taliban mengaku kalah dan menyerahkan pertahanan mereka di bandar Kunduz di wilayah Utara. Ini bererti Taliban hanya mempunyai kuasa yang terhad kepada kubu kuat tradisi di Kandahar, yang juga merupakan kediaman pemimpin agama mereka Mullah Omar, dan beberapa provinsi lain yang mereka tidak dapat sahkan.

Namun, Taliban masih merupakan pasukan yang tersusun di wilayah Pashtun di bahagian timur negara Afghanistan, dan cara putarbelit segala kuasa mentadbir Kabul masakini sudah tentu mengenepikan sebarang penglibatan Taliban dalam perundingan. Sekaligus mereka mahu menggalakkan kemunculan semula sistem masyarakat berpanglima semata-mata sebagai helah untuk mengenepikan majoriti Pashtun agar terus berpecah dan menanah.

Perundingan itu dijangka diuruskan dengan beberapa pemimpin Pashtun yang berkumpul di bawah naungan bekas raja Zahir Shah dan perwakilan kerajaan Pakatan Utara, yang dianggotai oleh kumpulan kecilan Tajik, Uzbek dan Hazara. Sedangkan Pashtun merupakan 40 peratus penduduk negara itu yang berjumlah 20 juta semuanya. Yang turut diundang menghadiri perundingan itu adalah beberapa perwakilan daripada apa yang disebut sebagai kumpulan Peshawar dan Cyprus, yang melibatkan para pelarian dan ?Afghan diaspora?.

Setakat ini sudah terbayang perpecahan di beberapa wilayah Afghanistan yang dikatakan telah dikuasai oleh tentera Pakatan Utara. Contohnya, Herat yang terletak di bahagian barat telah dirampas oleh pasukan bersekutu pimpinan Hizbi-Wahadat dan askar pimpinan Ismail Khan, yang pernah menjadi gabenor bandar itu. Kemudian dua pasukan yang mulanya bersatu itu telah berperang sesama mereka sehingga membolehkan Khan mengambil kuasa mutlak kawasan itu.

Kunhar yang merupakan wilayah timur yang didominasi oleh Pashtun, berkemungkinan menjadi contoh di masa depan. Pada awalannya ia telah diserahkan oleh pasukan Taliban kepada Hizbi Islami pimpinan Gulbaddin Hikmatyar, seorang panglima perang Pashtun yang tegas. Kini, nampaknya lima kumpulan yang bertentangan sudah muncul pula, setiap satu menonjolkan seorang komander yang bebas. Mereka adalah Komander Mullah Zareen, Kamdad, Rozi Khan, Najamuddin dan Amanullah.

Perpecahan menjadi kawasan berpuak-puak ini adalah amat menyerlah di wilayah Nangarhar di mana Haji Qadeer yang pada mulanya dilantik sebagai ketua, tetapi kini diasak oleh beberapa pasukan Hizbi Islami, Younis Khalis dan Hikmatyar. Bandar Jalalabad yang hampir dengan Pakistan, sedang dikuasai oleh Qadeer. Dia pernah lari untuk hidup dalam buangan di Peshawar ketika Taliban berkuasa dari 1996. Beliau adalah adik kepada Abdul Haq, yang pernah dihukum tembak oleh Taliban pada Oktober dulu ketika merencana satu pergolakan di kalangan akar umbi pertubuhan Taliban.

Demikianlah, tanpa Taliban, perwakilan Pashtun di Bonn akan tidak membawa sebarang makna kerana tidak ada sesiapa yang layak berucap bagi pihak beberapa ramai panglima perang yang berselerak kumpulannya. Mereka ini sudahpun menampakkan nafsu merompak dan menyauk, seperti kelakuan mereka dulu sebelum munculnya Taliban untuk meredakan keadaan.

Mereka yang akan bersuara lantang bagi pihak Pashtun adalah mereka yang hidup di luar negara dan tidak berani menjejakkan kaki di bumi Afghanistan kerana mereka sudah tidak mempunyai hubungan akar umbi dengan masyarakat yang berpaksikan kabilah. Mereka ini termasuklah Zahir Shah dan Syed Ahmed Gailani, yang dianggap Pashtun kerana kepintaran berbahasa Pashto, sedangkan sebenarnya dia adalah seorang Syed, anggota minoriti berfahaman Sufi di Afghanistan dan diiktiraf sebagai berdarah Arab.

Berasaskan senario ini, Burhanuddin Rabbani, pemimpin Pakatan Utara, memang menggunakan istilah yang tepat ketika mengambarkan persidangan itu sebagai satu ?lambang? sahaja dalam usaha untuk mewujudkan satu kerajaan campuran yanng melibatkan semua pihak disebabkan segala usaha dulu-dulu untuk menegakkan keamanan di Afghanistan tidak pernah mencapai kejayaan. Sudah tentu, usaha ini pun akan menjadi satu sarkas media sahaja.

Iran, Pakatan Utara (Afghanistan), Russia dan mungkin juga India telah merencana agenda mereka yang berasingan, dan segalanya akan berlaku mengikut program mereka, sedangkan kepentingan pelabur utama dalam drama ini - AS, Britain dan Pakistan - sudah bertukar peranan menjadi tukang perhati sahaja.

Pakatan Utara sudahpun mendesak pengunduran askar asing, terutama sekali British, daripada bumi Afghan dan tidak mahu mereka datang semula. Pada waktu yang sama, usaha diplomatik sedang bergolak melibatkan Iran, India, Ruussia untuk menubuhkan satu pakatan pertahanan serantau.

Turki, Uzbekistan dan Russia menyokong panglima perang Jeneral Rashid Dostum, yang kini menguasai Mazhar e-Sharif, yang berdekatan dengan sempadan Uzbekistan. Herat yang dekat dengan Iran kini dikuasai oleh Ismail Khan yang memang beroperasi dari pangkalannya di Iran.

Sejarah Afghanistan memang disulam oleh kerajaan yang tidak tetap perwakilannya. Di kalangan bekas pasukan mujahideen, pasukan pimpinan Ahmad Shah Massoud, yang mati dibunuh sejurus sebelum peristiwa September 11, mempunyai hubungan rapat dengan bekas regim komunis di akhir 1980-an dulu. Kesannya, ketika mujahideen menyerang Kabul dari utara dan selatan, Najeebullah yang menerima nasihat Soviet, kerana dia ketika itu merupakan ketua kerajaan komunis Afghanistan, telah menyerah kalah kepada Massoud dan tidak kepada kumpulan lain. Kumpulan Massoud, Jamiat-i-Islami, adalah diketuai oleh Burhanuddin Rabbani, dan dianggotai secara besar-besaran oleh Tajik yang tidak merupakan perwakilan yang sesuai untuk menyeluruhi negara. Inilah sebab tercetusnya peperangan saudara.

Sejak 1992, terdapat 12 usaha besar yang kebanyakannya ditaja oleh PBB ataupun negara-negara Islam, telah diusahakan untuk mengembalikan keamanan dan menyusun semula negara itu. Tidak ada satupun yang berjaya.

Begitu juga, setelah termatrainya lima buah perjanjian, kebanyakannya oleh pemimpin yang hidup dalam buangan. Tidak satupun yang berkesan, termasuk yang disetujui di Mekah, kota suci umat Islam. Inilah yang menyebabkan Taliban mengambil peranan untuk melaksanakan satu undang-undang ketat, dan setidaknya mereka adalah daripada kumpulan kabilah yang sama - Pashtun.

Dengan demikian, adalah satu tanggapan yang salah memikirkan bahawa pengunduran Taliban itu membawa erti ribuan manusia boleh menghilang hanya dengan petikan jari sahaja. Apabila mereka diganyang oleh AS dan sekutunya puak Taliban membuat perjanjian dengan Gulbaddin Hikmatyar selama beberapa minggu sehingga mereka mengisytiharkan, dalam usaha menjaga airmuka, bahawa mereka menyerahkan kuasa kepada komander tempatan. Inilah satu muslihat perang untuk melihat apakah dihentikan segala pengeboman dan untuk mengelak usaha Pakatan Utara menyerang mereka daripada pinggiran Kabul. Pasukan Taliban, yang masih perkasa secara selamba telah menganggotai dua kumpulan di bawah naungan Hizbi Islami.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.atimes.com/c-asia/CK23Ag01.html

November 23, 2001 atimes.com


Talks promise only hot air

By Syed Saleem Shahzad

KARACHI - With United Nations-brokered talks on a new broad-based Afghan government due to begin in Bonn on Monday (moved from Berlin for security reasons), inflexible positions on the part of the Northern Alliance and its main supporters, Russia, Iran and India, are likely dampen any chances of a multi-ethnic and truly representative government being agreed upon.

Most experts believe that the conference will be an exercise in futility as it will take place without Taliban representation. Despite their military defeats - the latest being their surrender on Thursday in the northern city of Kunduz, leaving them only in control of their southern bastion of Kandahar, home of their supreme leader Mullah Omar, and nearby provinces - they cannot be discounted.

The Taliban are still the only organized force in the Pashtun belt in the east of the country, and the dismissive way in which the forces now controlling Kabul have ruled out any participation of the Taliban in talks indicates that they are really trying to encourage warlordism to keep the majority Pashtuns fractured and ineffective.

The talks will now go ahead with some Afghan Pashtuns, grouped around former king Zahir Shah, and representatives of the Northern Alliance's government, made up of minority groups of Tajiks, Uzbeks and Hazaras, while Pashtuns make up 40 percent of the country of 20 million people. Also present at the open-ended talks will be representatives of the so-called Peshawar and Cyprus groups involving refugees and the Afghan diaspora.

Already, though, there are signs of fragmentation in some of the parts of Afghanistan held by Northern Alliance troops. For instance, Herat to the west was captured by the joint forces of the Hizb-i-Wahadat and those of Ismail Khan, the former governor of the city. But the two sets of troops then clashed and Khan has now taken almost total control.

In the Pashtun-dominated eastern provinces, Kunhar is an example of how the country might look in the future. Initially it was handed over by the Taliban to the Hizb-i-Islami of Gulbaddin Hikmatyar, a hardline Pashtun warlord. Now it appears that five rival groups have emerged, each with an independent commander. These include Commanders Mullah Zareen, Kamdad, Rozi Khan, Najamuddin and Amanullah.

The disintegration into fiefdoms is also evident in Nangarhar province where Haji Qadeer was initially nominated the chief, but strong pockets of both factions of the Hizb-i-Islami, Younis Khalis and Hikmatyar, still exist. The city of Jalalabad in the province, close to Pakistan, is under Qadeer's control. He had lived in exile in Peshawar while the Taliban were in power from 1996. He is the brother of Abdul Haq, who was executed by the Taliban in October while trying to foment a rebellion in their ranks.

In this situation, without the Taliban, Pashtun representation in Bonn will be meaningless because no-one will be able to talk on behalf of the scores of warlords and their scattered groups, who already have shown an inclination for looting and plundering, just as they did in pre-Taliban days.

The people who will speak for the Pashtuns are those who are in exile and dare not set foot in Afghanistan as they no longer have roots in the tribal-based society. These include former monarch Zahir Shah and Syed Ahmed Gailani, and even he is only Pashtun from the language he speaks; ethnically he is a Syed, a minority Sufi Muslim sect in Afghanistan, and viewed as an Arab.

Given this picture, Burhanuddin Rabbani, the leader of the Northern Alliance, has rightly called the conference a "symbolic" effort to establish a broad-based government as past attempts over many decades to impose peace on Afghanistan have proved fruitless. Undoubtedly, too, it will turn into a media circus.

Iran, Afghanistan (Northern Alliance), Russia and to some extent India have formed their own agenda, and everything is likely to follow their program, while the interests of the main investors in the drama - the US, Britain and Pakistan - have been reduced to virtual observers.

The Northern Alliance has already demanded the withdrawal of foreign troops, mostly British, from Afghan soil, and does not want any more to return. At the same time, secret diplomatic efforts are under way with Iran, India, Russia to form a regional defense alliance.

Turkey, Uzbekistan and Russia back the Uzbek warlord General Rashid Dostum, who controls Mazar-e-Sharif, close to the border with Uzbekistan. Herat, close to Iran, is under Ismail Khan who was operating from his base in Iran.

Afghanistan has a history of unrepresentative governments. Among the former mujahideen forces, the militia of Ahmad Shah Masoud, assassinated shortly before September 11, had better links with the former communist regime of the late 1980s. As a result, when the mujahideen attacked Kabul from the north and from the south, on the advice of the Soviets, Najeebullah, the then head of Afghanistan's communist government, surrendered to Masoud rather than any other group. Masoud's group, the Jamiat-i-Islami, led by Burhanuddin Rabbani, was pre-dominately Tajik and as such not truly representative of the country. Civil war was the inevitable result.

Since 1992, 12 major attempts, mostly sponsored by United Nation or Islamic nations, have been made to instill some sense of peace and order in the country, but none have succeeded.

Similarly, five accords have been signed, mostly by leaders who were in exile. None of these have been effective, including one agreed upon in Mecca, the spiritual heart of Muslims. This paved the way for the Taliban to move in and impose their strict discipline, and at least they were of the same ethnic group as the majority of the populace - Pashtun.

It is a misconception, then, to think that with the reversals of the Taliban thousands of people can simply vanish into thin air. Given the relentless bombing by the US and its allies, the Taliban made an agreement with Gulbaddin Hikmatyar several weeks under which they declared, in a face-saving gesture, that they were handing over power to his local commanders. In fact, this was a ruse to see an end to the bombing and to prevent the Northern Alliance from striking out of Kabul at them. The Taliban forces, very much intact, have silently melted into the two factions of Hizb-i-Islami.