Laman Webantu   KM2: 6400 File Size: 10.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 472: MUK: Kesilapan Tentera
By Ruki Sayid

22/11/2001 3:13 pm Thu

Mirror UK
21.11.2001.

Kesilapan Tentera -

(Military Mistake)

Oleh: Ruki Sayid

Sekarang baru pukul satu tengah hari dan aku merasa lapar. Sudah lapan jam aku tidak menjamah sebarang makanan dan aku amat ghairahkan satu cawan kopi.

Tetapi, di bulan Ramadhan ini, seperti juga umat Islam sedunia, aku sedang berpuasa bermula dari subuh sehinggalah mentari terbenam selama tiga puluh hari lamanya.

Ini bererti tidak ada makan dan minum - waima setitik air yang boleh disentuh oleh bibir, bermula lima pagi ketika bermulanya puasa, hingglah 4.08 p.m. apabila aku boleh berbuka.

Menunggukan waktu boleh makan semula aku sudah berpuasa untuk 11 jam lamanya. Tetapi kenapa aku lakukannya?

Ramadhan adalah satu pertanda ketika ayat pertama Al Quran diturunkan kepada Nabi Mohammad (saw) pada 610 SM, menjadikannya salah satu waktu yang penting dalam kalendar Islam.

Bulan Ramadahan memang mendapat catatan istimewa dalam Kuran sebagai satu bulan di mana puasa itu mesti diamalkan oleh setiap insan Muslim yang sihat. Yang dikecualikan adalah wanita yang mengandung, sakit ataupun sedang menerima rawatan dan perubatan.

Seseorang yang tidak mampu berpuasa dikehendakki memberikan makanan kepada insan yang memerlukannya, sebaik sahaja maghrib tiba.

Ibu saya yang berusia sekitar 70-an dan semakin pulih daripada satu pembedahan, memang terkecuali daripada peraturan itu kerana bertegas mahu berpuasa kerana ia menjadi satu ingatan betapa baiknya nasib kami.

Alangkah beruntungnya kita kerana sihat dan tinggal dalam keadaan yang selesa di rumah, menikmati makanan dan air bersih tanpa bersyukur. Bulan ini memberikan kita peluang menumpukan minda dan mengingatkan badan akan penderitaan berjuta manusia lain di dunia ini yang berpuasa setiap hari kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Berpuasa tidak bererti kita berhenti berusaha. Saya masih pergi bekerja, ditekan oleh kesesakan lalulintas selama dua jam setiap hari dan uba bertenang mengharunginya, tanpa gam-kunyah untuk dimamah dan 'Starbucks' untuk melupakan keadaan yang sesak.

Di hujung minggu aku masih perlu mengasuh anakku yang berusia enam tahun dan kawan-kawannya sambil kerap mengingatkan diri agar tidak mengambil secebis kentang dari pinggannya ataupun menjilat sos tomato yang meleleh dari mulut botol kepada jariku yang menahannya. Kalau itu berlaku bererti, puasaku (atau Roza dalam bahasa kami) dikira batal.

Di tempat kerja, memang sukar untuk menumpukan usaha apabila perut sentiasa bergelora, sedangkan dipersekitaran semua yang ada menikmati sandwich, kropok kentang ataupun minuman panas. Namun inilah satu latihan untuk memperkuatkan keazaman diri.

Di kebanyakan tahun, Ramadahn muncul dan menghilang di Britain. Tetapi, pada tahun ini - kerana pengeboman di Afghanistan - ia bukan sahaja menjadi sebahagian bahasa harian kita, tetapi sudah merupakan satu sambutan yang lebih penting di kalangan ummah.

Kini Ramadhan menjadi satu peringatan kepda beberapa peristiwa yang terjalin enam minggu selepas Oktober - ketika bermulanya seangan udara terhadap Afghanistan.

Inilah satu negara yang begitu tertekan dengan penduduknya yang telah merana disebabkan kemarau panjang yang berlanjutan tiga tahun lamanya dan kini dijahanamkan oleh serangan udara pimpinan Amerika.

Di musim Ramadhan, umat Islam seluruh dunia boleh bayangkan apa yang diperlukan oleh warga Afghan. Walaupun otakku memikirkan perlunya pengeboman itu kerana mahukan kebaikan, hatiku memberitahu perbuatan itu adalah salah - menggugurkan bom yang berkuasa besar ledakannya kepada sebuah negara yang cuba menghormati satu bulan yang suci. Saya percaya inilah dia yang menjadi satu dilema kepada setiap umat Islam. Sememangnya, para pengganas yang mencetuskan serangan ngeri kepada New York dan Washington pada September 11, mesti ditangkap dan dimusnahkan tanpa perlu dolak-dalik lagi.

Akan tetapi, untuk meneruskan kerja-keja menggugurkan bom yang besar dan dahsyat pada bulan Ramadhan itu adalah merupakan pil pahit yang sukar ditelan oleh umat Islam.

Dunia mudah lupa betapa taksubnya umat Islam kepada agamanya dan Islam bukan sahaja merupakan satu agama, manusia.

Ramai yang bersolat lima kali setiap hari, dan berjuta yang mengerjakan rukun Haji di Mekah setiap tahun. Kanak-kanak belajar mengaji Al Quran yang ditulis dengan abjad Arab sejak kecil lagi dan kita perlu perhatikan betapa penuhnya masjid ketika sembahyang Jumaat untuk meyedari betapa umat Islam mempunyai kebanggaan dalam akidah mereka.

Kalaulah Osama bin Laden berani menyerang London pada Hari Krismas, reaksi yang akan didengar mungkin berbunyi 'Beraninya dia membuat kerja ini?'

Demikianlah, peraturan yang sama harus diambilkira ketika mengebom Afghanistan di bulan Ramadahan.

Sedangkan tentera Jarman dan British berhenti berperang pada hari Krismas semasa Perang Dunia Pertama dulu untuk bermain bola di kawasan lapang yang tidak bertuan. Kedua pihak telah mengakui ketika itu, bahawa semasa berperang, mereka cuma manusia biasa dan kerana itu menghormati sesuatu pihak dengan penuh kehormatan, walaupun untuk sehari sahaja.

Saya percaya satu usaha mewujudkan gencatan senjata, untuk membolehkan bekalan makanan dihantarkan, dapat dijadikan satu iktibar kepada dunia luar betapa Barat memahami pentingnya bulan yang suci ini.

Mungkin juga semua orang (bukan beragama Islam) berpuasa untuk satu hari. Ini akan membawa kesedaran kepada semua betapa rakyat Afghan menangani kesengsaraan mereka setiap masa.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/ page.cfm?objectid=11435009&method=full


THE SIGNIFICANCE OF RAMADAN - WHY I FAST

By Ruki Sayid

IT'S one o'clock and I'm starving. It's been eight hours since my last meal and I'm gasping for a cup of coffee.

But it's Ramadan and, like millions of Muslims around the world, I'm fasting from sunrise until sunset over a period of 30 days.

This means no food or drink - not even a sip of water must pass my lips from 5am when my fast begins, to 4.08pm when my fast opens.

By the time I can eat again, I will have gone without food and fluids for just over 11 hours. So why do I do it?

Ramadan marks the time when the first verses of the Koran were revealed by Allah to the Prophet Mohammed (peace be upon him) in 610AD, making this one of the holiest times in the Islamic calendar.

The month of fasting is specifically mentioned in the Koran as one which should be observed by all healthy Muslims - but with exceptions for those who are pregnant, ill or on medication.

Anyone who cannot fast is urged to feed a needy person when dusk falls.

My mum, who is in her 70s and recovering from an operation, is exempt but insists she will fast because it serves as a reminder of how lucky we all are.

How fortunate we are to have our health and live in comfortable homes where we take food and clean water for granted. This month focuses the mind and reminds the body of the suffering of the starving millions around the world who fast every day because they have nothing to eat.

Just because you are fasting doesn't mean life grinds to a halt. I still go to work, sit in a two-hour traffic jam trying to be calm when I wish I had a stick of gum to chew on - and there's no Starbucks to start the day.

At weekends I still have to feed my six-year-old and his friends and have to constantly remind myself not to pinch a chip off his plate or lick the ketchup which has run from the bottle onto my fingers. If I do, my fast (or Roza) becomes void.

At work, it's hard to concentrate when my tummy's rumbling yet all around me are eating sandwiches and crisps or enjoying hot drinks - but it's a great exercise in will power.

Most years Ramadan passes unnoticed in Britain but this year - because of the bombing of Afghanistan - it has not only become part of our daily language but has assumed greater significance for Muslims.

Ramadan has served to underline the events of the six weeks since October 7 when we began the air strikes against Afghanistan.

HERE is a country so impoverished and with people who have suffered a drought for three successive years being blitzed in a US-led attack.

During Ramadan, Muslims around the world can empathise with the Afghans' needs. While my mind agrees that for the greater good the bombing must continue, my heart tells me it is morally wrong to unleash such incredible firepower on a nation trying to observe a holy month. And this, I believe, is the dilemma most Muslims face. Yes, the terrorists behind the atrocities in New York and Washington on September 11 must be captured or destroyed - that goes without saying.

But to continue the heavy bombardment during Ramadan is a bitter pill for many Muslims to swallow.

The world often forgets how devout Muslims are and that Islam is more than a religion - it's a way of life.

Many pray five times a day, and millions make the pilgrimage to Mecca each year. Children learn to read the Koran in Arabic from a very young age and you only have see how full mosques are for Friday prayers to realise that Muslims take great pride in their faith.

If Osama bin Laden dared to attack London on Christmas Day, the reaction would be "How could he do this?"

For Muslims, the same rule applies to the bombing of Afghanistan during Ramadan.

Even the Germans and the British stopped fighting on Christmas Day during World War I to play football in no-man's land. Both sides accepted that, while they were at war, they were all human beings and as such they treated each other with dignity, albeit for one day.

I believe a token ceasefire, if only to allow food through, would show the world the West truly understands how important this month is.

Or maybe if everyone fasted for one day, it would bring home the suffering the Afghan people cope with every day.