Laman Webantu   KM2: 6398 File Size: 10.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 471: KQ: Tolonglah: Kami Tidak Inginkan AG Badut dan Hakim Boneka
By Kim Quek

22/11/2001 2:45 pm Thu

20.11.2001


Tolonglah: Kami Tidak Inginkan AG Badut dan Hakim Boneka

(No Puppet AG and Puppet Judges, Please!)

Oleh: Kim Quek

Kenaikan pangkat Abdul Gani Patail menjadi seorang Peguam Negara (AG) yang baru adalah satu tamparan kepada rakyat Malaysia, kerana perlantikan itu muncul selepas Mahkamah Persekutuan (yang merupakan Mahkamah Agung di negara ini) telah memperlekehnya kerana perananya yang memutarkan bahan-bukti terhdap mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim ketika beliau dibicarakan dulu.

Dalam satu penghakiman yang terbaru (28.6.01), Mahkamah Persekutuan telah mengenepikan kes hukuman menghina mahkamah terhadap peguam Anwar, Zainur Zakaria; para hakim telah mepertikaikan secara berulang-ulang kelakuan haprak Gaani dalam memainkan peranan untuk mengugut menjatuhkan hukuman mati dengan tujuan mendapatkan pengakuan palsu daripada beberapa sahabat Anwar dengan tujuan untuk menghukum Anwar. Perdebatan para hakim itu menunjukkan tanpa kesangsian betapa wujudnya satu konspirasi antara pihak pendakwa dan hakim untuk menghukum Anwar walaupun secara tipumuslihat.

Sebagai pendakwaraya utama dalam kes Anwar, Gani sepatutnya disiasat dengan pantas dan segala tindakan jenayahnya itu dibawa ke muka pengadilan. Sebaliknya, negara menjadi terkejut apabila dia kini dinaikkan pangkat menjadi seorang Peguam Negara dengan segala kekuasaannya yang ada, kerana itulah pangkat yang selama ini memberikan kuasa pada penyandangnya menentukan apakah mahu mendakwa ataupun tidak sesiapa yang dia suka.

Perlantikan yang mengejutkan ini muncul ekoran dua lagi perlantikan hakim kanan yang menjadi satu pertanda yang jelas betapa Pentabdir Utama mencampuri badan kehakiman negara. Sekaligus ia menjadi satu benteng pertahanan untuk menghalang tindakan mereformasi perundangan negara yang diusahakan oleh Ketua Hakim Negara Mohd. Dzaiddin Abdullah.

Dua perlantikan hakim yang dicemuh rakyat itu adalah Ketua Hakim Malaya Ahmad Fairus dan Hakim Mahkamah Persekutuan Mohtar Abdulllah.

Ketika menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dulu Fairuz pernah menolak rayuan Zainur Zakaria terhadap hukuman kerana mengaibkan mahakamah, yang kemudiannya diketepikan dengan peringatan yang berat kerana terdapat banyak ketidak-keruan di dalamnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 28.06.01. Prestasi Fairus yang haprak sebagai seorang hakim dan perlantikannya yang melompat seorang lagi hakim yang lebih kanan dan mempunyai sejarah perilaku yang sungguh gemilang sudahpun menjadi satu bahan kritikan dalam majalah tajaan Majlis Peguam Malaysia.

Mohtar Abdullah pernah menjadi Peguam Negara (AG) yang memimpin satu pasukan pendakwa raya dalam kes perbicaraan Anwar. Selain daripada kelakuannya yang sungguh mengaibkan dan boleh dipertikaikan, dalam kes Anwar itu, termasuklah persekongkolannya dengan Gani memutar-belitkan segala bahan bukti dalam skandal itu, Mohtar telah dikritik dengan hebatnya kerana amalan memilih-milih kes untuk didakwa dan tindakan mengenepikan tuduhan jenayah termasuk perbuatan merogol dan korupsi terhadap seorang pemimpin kanan UMNO. Pada waktu yang sama dia bertindak cepat menghukum secara tidak adil dan saksama pemimpin Pembangkang yang mendedahkan tindakan jenayah para pemimpin kerajaan.

Perlantikan yang bemuslihat besar itu sudah tentu mencetuskan banyak ketidak-puasan apakah keazaman Ketua Hakim Negara mahu mengembalikan martabat badan kehakiman kepada martabat kebebasannya itu akan ditumpulkan dan diterbalikkan, terutama sekali memandangkan tempoh khidmatnya selama dua tahun itu akan berakhir dalam masa satu tahun lagi.

Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang kehilangan daya mengimbangi perilaku demokrasi pemerintahnya. Justeru, usaha mengembalikan kebebasan badan kehakiman negara adalah satu perkara hidup ataupun mati.

Selama berada di bawah cengkaman pemerintahan mahathir yang menjangkau dua dekad, Malaysia sudah bertukar daripada sebuah negara demokrasi kepada satu regim diktator gara-gara beberapa perundangan yang menekan dan zalim. Parlimen sudah menjadi dewan tukang angguk, kebebasan akhbar adalah fenomena di lipatan sejarah, siaran TV dan radio hanya dimonopoli oleh propaganda kerajaan, perhimpunan rakyat yang ditaja oleh Pembangkang diharamkan, pemimpin pembangkang ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan tanpa penentuan tempohnya, perundangan mahkamah sudah dibungkus (sehingga baru-baru ini dapat diperbetulkan sedikit) dan pilihanraya hanya merupakan majlis suka-suka yang banyak kepalsuannya.

Pemerintahan kuku-besi Mahathir secara bersendirian, telah membuatkan korupsi kembang membiak, dan sistem kronisme menguntungkan kumpulan elit dengan bertopengkan dasar hak keistimewaan Melayu. Dasar budaya memuakan sesuatu kaum yang tertentu yang begitu berakar-tunjang kini melarutkan daya saing rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa, dan menggugat keupayaan ekonomi negara untuk bersaing di dunia pasaran global. Salahlaku pengurusan di pihak atasan dan segala kerja songlapan wang rakyat sudahpun mengecutkan sumber negara yang ada. Yang lebih dahsyat lagi, tindakan ganas Mahathir mendakwa dan menghukum mantan timbalanya Anwar Ibrahim sedangkan beliau sudah dijangka menggantikan jawatannya, dan kekejamannya menindas pergerakan 'Reformasi' yang direstui Anwar sudahpun menjerumuskan Malaysia ke kancah keaiban di peringkat antarabangsa. Kedaulatan undang-undang di negara ini sudah terhumban begitu jauh ke jurang keaiban sehinggakan amat sukar untuknya melantun naik untuk meraih kepercayaan pelabur asing.

Senario persekitran yang sungguh kelam ini, memberi hanya satu ruang berlandaskan perlembagaan untuk rakyat yang mahukan reformasi di Malaysia dalam usaha menyingkirkan kuasa politik yang berkarat itu dengan cara mendapatkan keadilan melalui perundangan. Satu badan kehakiman yang betul-betul bebas barulah mampu mengekalkan keadilan kepada rakyatnya, dan mengembalikan satu suasana pertandingan untuk memegang kuasa antara pemegang jawatannya dengan sesiapa yang mencabarnya.

Satu contoh yang baik ialah kisah rayuan Anwar terhadap hukumannya dalam kes perbicaraan yang pertama. Kes itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 November, 2001, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana, seperti yang diberitahu, ada seorang hakim yang sedang sakit. Seandainya Anwar berjaya dengan rayuannya itu dan juga dalam beberapa rayuan yang menyusulnya terhadap hukuman yang ditanggungnya, dia berkemungkinan dibebaskan daripada penjara.

Begitulah juga halnya dengan pemimpin Reformasi yang kini ditahan tanpa perbicaraan bawah undang-undang zalim ISA. Mereka sudahpun membuat rayuan terakhir kepada mahkamah Persekutuan terhadap penolakan permohonan 'habeas corpus' mereka. Kes ini yang dijadualkan pada 19 November telah ditangguhkan juga, seperti yang diberitahu kepada kita, disebabkan ada seorang hakim yang sakit. Seandainya pemimpin Reformasi ini berjaya dengan rayuan mereka, ia membawa erti mahkamah sudah masuk campur menghentikan perbuatan menahan dan mendera untuk ditahan di bawah ISA yang dikenakan sewenangnya terhadap pemimpin pembangkang.

Kesan bersepadu seandainya Anwar dibebaskan dan juga pembebasan kepada para pemimpin Reformasi, akan dengan spontan menyegarkan kembali parti politik mereka, Keadilan Nasional. Maruah Anwar yang tidak terjejas sebagai seorang pemimpin baik di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa, dan kemasyhurannya di kalangan masyarakat Melayu sudah tentu merupakan satu cabaran yang amat besar kepada Mahathir. Apabila pergerakan Reformasi melaungkan jeritan anti-korupsi secara bersatu-kaum, sudah tentu ia langsung menjadi satu badan politik alternatif untuk menguburkan Barisan Nasional yang kini sudah terlalu melekit kerana bergelumang dengan politik wang dan fahaman perkauman yang ketinggalan zaman.

Senario di atas bukannya satu omongan, tetapi satu kenyataan yang tidak jauh di depan mata, seandainya Ketua Hakim Negara berjaya mengembalikan martabat kebebasan sistem perundangan negara dan mengasaskan satu insitutsi yang berkesan peranannya, menjalankan tugas dengan telus dan berkesan memenuhi apa yang dimestikan oleh Perlembagaan.

Oleh kerana semua parti Pembangkang sudahpun mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar sebagai bakal perdana menteri Malaysia, adalah tidak sukar untuk Anwar menyatupadukan semua kekuatan Pembangkang menjadi sebuah kerajaan yang berkesan dengan pemimpin berbakat untuk memimpin negara ini mengahadapi cabaran baru yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam dunia ICT dan globalisasi. Besar kemungkinannya Malaysia akan dapat diselamatkan daripada bencana pemerintahan haprak Mahathir yang begitu lama penuh dengan salahurusnya.

Memang tidak sukar untuk melihat apakah negara ini dapat bertahan sebagai satu negara demokrasi yang berwibawa. Ketua Hakim Negara mestilah diberikan kuasa untuk melaksanakan reformasi kepada sistem kehakiman negara dengan segara, tanpa campurtangan Pentadbir Utama. Perlantikan Gani sebagai AG, Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya dan Mohtar sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, adalah merupakan hambatan utama yang menyerlah yang bertujuan membantutkan segala tindakan melaksanakan reformasi kepada sistem perundangan negara yang berjalan dengan cemerlangnya. Oleh kerana Perdana Menteri adalah manusia utama yang merancang perlantikan ini semua mengikut perlembagaan, tekanan dan desakan yang maksima harus diarahkan agar beliau memperbetulkan perlantikan yang silap ini.

Satu badan kehakiman yang bermaruah adalah merupakan barisan terakhir pertahanan kita terhadap usaha Perdana Menteri mahu mengenepikan apa juga cebisan hak asasi manusia yang masih lagi berbaki. Eloklah kita mengambil pendirian sekarang ini dan melakarkan satu garisan yang tidak dapat dilangkah oleh Perdana Menteri dalam usahanya memuaskan nafsu serakahnya untuk mengabdikan raykat negara ini semuanya.

Marilah kita tolak AG badut Mahathir dan semua hakim bonekanya dengan segala keupayaan kita.

Kim Quek.

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6397