Laman Webantu   KM2: 6383 File Size: 10.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 469: WorldNet: Bersarapan Pagi Dengan Wakil Taliban
By Aaron Klein

19/11/2001 1:42 am Mon

WorldNetDaily.com

Bersarapan Pagi Dengan Wakil Taliban

(Breakfast with the Taliban)

Oleh: Aaron Klein

Catatan Editor: Aaron Klein ialah bekas editor 'The Commentator' sebuah akhbar keluaran mahasiswa Yeshiva University di New York. Beliau menarik perhatian antarabangsa bulan Mei lalu, kerana membuat perjalanan menemubual beberapa anggota Al-Qaida yang dipimpin oleh Osama bin Laden. Dia pernah membuat satu laporan khas mengenai temubual itu semua dengan tajuk 'My weekend with Enemy,' yang telah diterbitkan di banyak akhbar perdana di empat negara. Klein pernah mendapat wawancara khas dengan ketua PLO Yassir Arafat, bekas perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak dan aktivis Princeton, Dr. Peter Singer.

Januari lalu, Klein telah berdepan dengan wakil Afghanistan di AS, Abdul Hakeem Mujahid. Beberapa hari kemudiannya, Mujahid dan pembantunya telah disuruh keluar ekoran perbalahan dengan beberapa pegawai Amerika di persidangan PBB di Manhattan. Temubual ini merupakan yang terakhir pernah diberikan oleh wakil Taliban di Amerika.

Saya tiba di Flushing, Queens bersama seorang jurugambar, menuju alamat yang telah diberikan, setelah memeriksa beberapa kali alamat itu adalah satu maklumat yang betul. Bangunan yang diperbuat dengan batu-bata merah itu terletak di tengah-tangah perkampungan warga Taiwan, memang tidak berapa sesuai untuk dijadikan pejabat kepada salah satu organisasi yang paling ditakuti oleh dunia. Kompleks apartmen itu telah diubahsuai untuk dijadikan pejabat beberapa orang doktor. Kami mendaki beberapa anak tangga yang sempit ruangnya, melepasi beberapa papan tanda yang bertulis, 'Proctology', 'Gastroenterology,' 'Endoscopy', dan akhirnya 'Islamic Emirate of Afghanistan - Emiriyah Islamiah Afghanistan.'

'Selamat datang,' kata Mujahid, berkaki ayam dan menyarung sepasang stokin kuning dan memakai blazer. Kamar itu memang baik hiasannya, lengkap dengan permaidani mewah. Sekeping peta Afghanistan terpasang jelas di dinding. Satu talian radio teruske Kabul, memang berdecit-decit di kamar sebelah.

Menunggukan pembantunya menyediakan sarapan, Mujahid memberikan penjelasan kenapa dia berada di Amerika. 'Semoga rakyat Amerika faham keadaan di Afghanistan,' dan meminta pengikhtirafan PBB akan kerajaan kami secara rasmi.'

Selama itu, walaupun Taliban menguasai 95 peratus bumi Afghanistan, masyarakat antarabangsa hanya memperakui kerajaan Burhanuddin Rabbani yang lama dijatuhkan, dan yang hanya dapat bertahan di wilayah utara negara itu.

Saya memang belum makan apa-apa dan merasa lapar pada pagi itu.

Selalunya sarapan pagi bermakna saya akan menghadapi bagel, krim kiju, bebuahan, bijirin, kopi dan jus oren. Tetapi saya nampak pembantu mujahid membawa beberapa dulang hidangan yang membuatkan air liur mula mahu menitis.

Kemudian saya dapat melihat apa yang dihidangkan. Kekacang dalam pelbagai bentuk dan rupa sera jenisnya, hazelnuts, chesnuts, cashewnuts, macademia, walnuts, pistachio, pecans. Mata Mujahid membesar sambil menggengam pistachio untuk disuap ke mulutnya, sambil mmpersilakan saya secangkir teh hijau. Perasaan lapar saya menurun secara tiba-tiba. Mungkin kerana tidak biasa melihatkan kekacang sebagai bahan sarapan, agaknya.

'Mari kita bincangkan sikit akan dakwaan akhbar,' kata saya, mencuba menarik minatnya kepada wawancara itu. 'Kenapakah wanita tidak dibenarkan bekerja?'

'Kami tidak menegah kaum wanita bekerja,' jawab beliau. 'Cuma pada waktu ini, kaum wanita lebih diperlukan untuk kerja-kerja di rumah. Saya sungguh hairan kenapa anda mengambil berat kisah itu. Ketika Soviet Union menjajah Afghanistan, Amerika Syarikat membantu kami, tetapi pada waktu itu tidak adapun seorang wanita yang keluar bekerja. Kenapakah Amerika tidak membangkitkan soalan ini pada waktu itu?'

'Apakah wanita mendapat pendidikan?'

'Ini pun satu soalan yang ganjil,' jawab beliau. 'Al-Quran mengeluarkan peraturan agar semua insan diberi pendidikan - sama ada lelaki waima perempuan. Bagaimana pula anda mentohmah kami menentang kaum wanita menerima pendidikan mereka?'

'Apakah wanita pergi sekolah?'

'Belum lagi. Kami sedang membangunkan semula negara kami. Malangnya, kami tidak punyai sumber untuk masa ini untuk mendidik semua orang tetapi ini semua adalah dalam perancangan kami. Kami tidak pernah menentang kaum wanita menerima pendidikan. Malahan ada kumpulan tertentu yang menentang kami kerana mereka tidak mahukan wanita pergi ke sekolah. Kami akan laksanakan persekolahan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan secepat mungkin.'

Saya menjangkakan beliau akan menafikan laporan adanya manusia yang direjam dengan batu di hadapan orang ramai. Tetapi dia telah memeranjatkan saya.

'Betul, itu adalah sebahagian undang-undang negara,' jelas beliau. 'Sebagai contoh, seandainya ada seorang lelaki dan perempuan melakukan penzinaan dan terdapat empat saksi yang melihatnya, mereka boleh dihukum rejam dengan batu. Setiap hukuman yang diberikan kepada orang kami dilaksanakan di hadapan khalayak ramai; ini adalah untuk menyedarkan orang lain tidak mengikutinya. Di Amerika, anda menghukum pesalah secara berahsia dan akibatnya jenayah yang sama diulang-ulang.

Saya bertanya Mujahid apa yang disyorkannya kepada Amerika.

'Bush harus menghukum mereka dalam stadium,' kata beliau dan saya hampir tertumpahkan teh hijau di cawan.

Dia menyalahkan wujudnya 'tuduhan palsu media' terhadapa hak asasi manusia yang tercemar itu kepada : Keengganan Barat 'untuk menerima kewujudan sebuah kerajaan yang tidak dapat dikawalnya.' Dia amat yakin pihak media telah digunakan sebagai alat propaganda untuk menghalalkan kegagalan masyarakat sejagat yang gagal mengiktiraf kuasa Taliban.

Bagaimana pula dengan kisah Osama Laden?

'Oh, dia memang merupakan satu masalah kepada kami. Ketika kami tiba di bahagian timur negara pada 1996, kami dapati Osama Laden sudahpun menghuni di situ. Kami benarkan beliau menetap di situ kerana mengenangkan jasanya ketika kami memerangi Soviet. Dia mudah dikawal sebenarnnya. Kami telah beritahu dia untuk tidak mencuba menjatuhkan kerajaan lain ataupun memerangi mereka. Dan dia akur dengan peraturan itu.'

'Yang jelas dia telah mengancam negara lain. Apakah anda benar-benar percaya Ben Laden tidak terlibat dengan serangan Menara Pusat Dagangan Dunia pada '93 dulu' Ataupun pengeboman kedutaan Amerika di Afrika Timur? Bagaimana dengan serangan terhadap askar Amerika di Somalia? Ataupun USS Cole di Yemen?

'Anda mesti faham, Osama bukannya merupakan seorang manusia yang suka menyorok sesuatu. Dia adalah seorang yang berani. Kalaulah dia menyerang sesuatu tentu dia berbangga dengannya. Dia pernah mengisytiharkan bahawa dia tidak terlibat dengan serangan terhadap kedutaan Amerika di Afrika. Begitu juga dengan serangan terhadap Menara Pusat Dagangan Dunia, dia pernah menafikan penglibatannya. Tetapi, kami juga faham akan peraturan hak asasi manusia dan perlembagaan negara Barat yang menyebut setiap insan itu dikira tidak bersalah sehinggalah terbukti kesalahannya. Setakat ini tidak ada satu mahkamahpun yang membuktikan beliau bersalah. Kami minta bahan bukti itu tetapi pihak kamu tidak pun menyediakan sebarang bukti yang sahih.'

Nampaknya Osama merupakan satu isu hangat yang menyegarkan Mujahid.

'Saya terpaksa menyebut kisah tawaran hadiah bernilai $5 juta dollar untuk mendapatkan Osama. Anda cuba mengebom beliau. Dia menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai FBI. Anda merupakan kerajaan yang paling perkasa. Tetapi kenapa masih tidak berjaya menangkapnya?' sambung beliau sambil ketawa.

Salah satu perkara yang dirungutkan oleh Barat ialah penanaman 'poppy' oleh Taliban. Afghanistan membekalkan kira-kira 75% keperluan candu haram. Saya tanyakan Mujahid bagaimanakah kerajaannya yang begitu keras sanggup membenarkan rakyatnya mengeluarkan 'opium', yang amat bercanggah dengan Hukum Syariah.

'Kami amat menentang keras pengeluaran dadah, penggunannya dan pengedarannya. Memang kami mempunyai maslah besar dengan tanaman 'poppy'. Tetapi, tahun lalu pemimpin Taliban Mullah Muhammad Omar telah mengisytiharkan mesti mengurangkan penanaman poppy sehingga satu pertiga, dan arahan itu nampak hasilnya.'

Saya cabar dia akan maklumat itu: PBB beranggapan bahawa pengurangan sebanyak 28 peratus itu adalah disebabkan kemarau panjang di wilayah tersebut, dan juga kerana rencana 'Penanaman Tanaman Alternatif'.

Tetapi Mujahid bertegas bahawa bantuan PBB tidak pernah muncul dan pengisytiharan Mullah Omar adalah bertanggungjawab kepada pengurangan kawasan tanaman dadah itu. 'Cuba tanya kerajaan anda kenapakah mereka tidak hormati perkara ini. Kenapakah mereka masih gunakan propaganda lama''

Sepanjang perbualan itu Mujahid tidak mempunyai masalah bercakap untuk dirakamkan. Cuma ketika dia berbincang mengenai Israel. Saya fikir dia tahu, apapun yang akan disebutnya dia berkemungkinan menerima padahnya.

Dia memberitahu anak-anaknya yang tinggal bersama beliau, menghadiri sekolah swasta tajaan institusi Islam. Pada tahun lalu, mereka pertama kali merasa makan pizza dan menikmatinya. Mereka tidak dibenarkan menonton TV kecuali siaran berita. Tetapi dia mengaku anak-anaknya sudah pun menonton rancangan Disney, walaupun 'tidak di rumah saya'. Mereka faham masa terluang lebih baik digunakan untuk membaca Al-Quran.'

Saya bertanya Mujahid apakah ada isu lain yang dia ingin bincangkan.

'Saya sebenarnya tidak hairan sangat dengan Barat. Kami lebih gembira dikenali oleh warga Afghanistan dan menerima sokongan mereka, untuk menjadi rakan sekutu antara kaum yang gembira.'

Kemudian, saya meminta diri untuk pulang.

Kini, setelah mengikuti pergolakan terakhir Amerika di Afghanistan, saya masih terfikirkan di manakah Mujahid sekarang ini? Bagaimana pula keadaannya? Kalaulah secara kebetulan Mujahid ada terbaca kisah ini saya ingin mengirimkan pesan untuk memberitahu Osama bin Laden bahawa saya mengucapkan: 'Hi'.

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6376 Ref: http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=25336