Laman Webantu   KM2: 6379 File Size: 2.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 468: FEER: Cerdik-pandai Malaysia Mengelak Daripada Berpolitik
By Risikan FEER

19/11/2001 12:30 am Mon

FEER Intelligence:

Cerdik-pandai Malaysia Mengelak Daripada Berpolitik

(Malaysian Academics Avoid Politics)

16/11/01

Malaysia mahu meningkatkan hubungannya dengan Amerika Syarika tetapi tidak berminat dalam apa bentuk bantuan daripada warga cerdik pandainya. Beberapa minggu sebelum menjelangnya November 8-9 di mana satu persidangan mengenai Malaysia telah dilangsungkian di Johns Hopkins University, School of Advanced International Studies. Kementerian Luar di Kuala Lumpur telah menelefon kira-kira sedozen cerdik pandai Malaysia dan pemimpin politik meminta mereka tidak menerima jemputan menghadiri persidangan itu di Washington. Akhirnya hampir semuanya mengaku kecut terhadap tekanan itu sehinggakan hanya seorang sahaja ilmuan yang berpendirian bebas, K.S. Jomo daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang sanggup menerima jemputan tersebut. Persidangan itu berjalan lancar juga dan salah satu majlis yang hangat ialah antara beberapa ahli parti pembangkang dengan Khairy Jamaluddin seorang pembantu khas dan anak menantu kepada Abdullah Badawi.

Kenapakah boleh wujud satu sikap liar terhadap satu persidangan berstatus antarabangsa dan ditaja oleh sebuah universiti ternama, daripada warga rakyat Malaysia sendiri? Pegawai Malaysia menuding jari ke arah Duta Malaysia di Washington, Ghazali Sheikh Abdul Khalid. "Apakah yang difikirkan oleh Bridget Welsh" (ataupun kalau lebih kesat lagi, "Bridget Welsh ingat dia siapa?") demikian kata-kata Ghazalli yang diulang tayang oleh beberapa pegawai yang mengadu di Kuala Lumpur. Tetapi begitulah cemuhan duta (haprak) Malaysia terhadap seorang pakar perhubungan Amerika-Malaysia yang menerajui persidangan itu dan telahpun mempersilakan duta haprak itu untuk memberikan ucaptamanya. Dia telah menolak jemputan itu dengan kesatnya dan memimpin satu pemboikotan majlis itu di kalangan para diplomat Malaysia. Hubungan antara Washington dengan Kuala Lumpur memang meragam selepas Anwar Ibrahim dihukum penjara pada tahun 1998. Tetapi keadaan menjadi mesra semula sejak September dengan tercetusnya serangan keganasan di Amerika Syarikat.

Catatan penterjemah: Sikap Duta itu bukan perkara baru. Cuba fikirkan apa yang dibuat oleh duta Malaysia di luar negara selama ini kalau bukan untuk menjaga kepentingan pemimpin politik yang bersantai di sana. Cuba bayangkan apa peranan Dolah Komunis ketika menjadi Duta di Amerika dulu!!!!

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6370 Ref: http://www.feer.com/2001/0111_22/p010intell.html