Laman Webantu   KM2: 6371 File Size: 5.7 Kb *

| KM2 Index |


DL: Reformasi Berjalan Kaki Sahaja - Puteri Umno DiTangkap Basah Pula
By Dahlia

16/11/2001 4:08 am Fri

REFORMASI BERJALAN KAKI SAHAJA...

Ketika menulis, baru saya betul-betul terasa. Terasa sesuatu yang begitu dashyat semakin membelenggu kita agar tidak akan dapat lepas walaupun sudah berkali-kali mencuba. Kita sekarang terpaksa berjuang dengan berjalan kaki sahaja yang pastinya akan membuat ramai menjadi putus asa. Tidak kurang pula yang asyik terdemam seperti saya! Orang melayu yang dulunya perkasa sudah menjadi semakin lemah dan tidak terdaya bila minda mereka dengan mudah dapat ditawan dengan sedikit silapmata sahaja oleh seorang pendatang asing dari Kerala.

Tetapi bila membaca buku 'Long Walk to Freedom' oleh Nelson Mandela dan menyelami buku 'Meniti Lautan Gelora' oleh Pak Said Zahari, saya tersenyum seketika. Tidak mengapa berjalan panjang kerana kita akan sampai juga akhirnya. Bukankah sejarah merakam perjuangan sebegini sebenarnya lebih cenderung untuk berjaya dan amat berbisa lagi perkasa?

Kita mungkin berjalan kaki diluar sana tetapi di dalam (dan di sini?) kita sebenarnya berjalan jauh lebih pantas dari umno.

'Infact, such struggle is more likely to hit the target....,' kata seorang kawan saya.


SAKIT REFORMASI DAN SAKIT UMNO

Saya ingin memetik satu emel yang tiba dipangkuan saya:

'Reformasi seperti sakit tapi kita masih mempunyai ubat tetapi umno sudah getir dan tiada sesiapa pun mampu mengubatinya. Kalau akar sudah beracun pohon akan mati juga lambat-launnya'

'Mahathir bukan membaiki umno tetapi dia menyembunyikan masalah dan penyakit umno. Inilah tektik beliau sekian lama. Itulah juga cara dia menyembunyikan kegetiran ekonomi Malaysia. Segalanya dianjakkan agar tidak nampak malapetaka yang bakal tiba. Padahal sial itu akan datang menghempap kita juga,'

'Penyakit yang tidak dibuang akan membunuh tuannya,'

'Mahathir memang mahukan kita demam dan tercedera sentiasa. Pembangkang dan reformis sentiasa diasak dan dibiarkan bercelaru dan terkeliru sepanjang masa dengan pelbagai muslihat dan propaganda. Itulah yang berlaku kepada DS Anwar dan banyak lagi (termasuk di alam siber) sehingga ada yang sudah lenyap terus selama-lamanya.

'Bagaimana kita mahu menang jika membisu seribu bahasa? Bulan takkan jatuh ke riba! Apabila kita berhenti bersuara Mahathir sebenarnya sudahpun menang dengan percuma.

Dengan menutup ruang untuk bersuara Mahathir sebenarnya sudah mempamirkan di mana kelemahannya. Soalnya mengapa kita tidak mengetuk pintu yang menggerunkannya itu? Patutlah kita sekarang seperti tidak kemana-mana,'


PUTRI UMNO ATAU GUNDIK UMNO?

Baru-baru ini salah seorang AJK Puteri umno di sebuah negeri yang terkenal dengan kasinonya telah ditangkap basah dengan seorang ADUN. Tetapi berita ini tidak disiarkan, mungkin kerana ada campur tangan pihak tertentu yang memadamkan rekod tangkapan berkenaan, demi menjaga aib ADUN tersebut, malah menjaga imej umno (imej?? hahaha..!!) itu sendiri.

Khabarnya si Puteri itu adalah anak kepada AJK umno Cawangan dan AJK penaja Puteri umno Bahagian, merangkap penyelaras Puteri DUN di bawah ADUN berkenaan. Memang terkejut besar isteri si ADUN tersebut sehingga terpaksa berbomoh-bomoh. Sayang Mona Fandey sudah tiada jika tidak mungkin dia boleh bagi petua yang 'advanced' satu dua.

Walaupun begitu saya tidak fikir kisah ini begitu menghairankan jika ia berlaku di dalam umno. Kisah-kisah hebat seperti kes Rahim Tambi Cik, Megat Junid, Shahidan Kassim, Najib, Sabaruddin Chik, Khalil Yaakob dan beberapa tokoh lagi jauh lebih dahsyat daripada itu. Semua kes mereka dianggap 'selesai' atau buang kes sahaja oleh samada pihak Mahkamah, maupun pihak berkuasa. Begitulah berkuasanya pihak berkuasa di Malaysia.


PUTERI UMNO RAMPAS APA SAJA

Oleh kerana sudah lama tidak menulis, sekali menulis, ingin juga saya menyapa sdri Azalina Othman yang asyik menyibuk mengkritik pihak-pihak yang dianggap tidak favour kepada kerajaan sehingga menendang tidak tentu hala. Tetapi yang jatuh berdepap siapa sebenarnya? Memorandum untuk memecat TNC dulu apa cerita? Buang diam-diam ke?

Ramai tidak tahu Puteri umno telah beraksi biadap merampas mikrofon di sidang akhbar Naib Canselor Universiti Malaya satu ketika dulu. Kes Norhayati pula sudah senyap terus di persada berita. Putri umno sudah tersungkur pada pusingan pertama lagi dan lenyap terus bila loceng pusingan kedua bermula! Putri umno sudah gagal merampas kampus dan terpaksa cabut lari hampa.

Sekarang kes rampas kasih dan sayang pula sehingga bergegar rumah umno sendiri sampai tercabut tangga. Harap-harap tak berbadan dua kerana hal itu Makcik umno yang jaga!

Isk, isk... punyalah Azalina menyibuk, sehingga tak sempat nak tegur atau beri pesanan pada anak buah sendiri sehingga para penaja puteri umno ni, belum apa-apa lagi dah terbabas ke dalam genggaman ADUN sendiri. Mungkin kes yang cuba ditutup dengar ini bukan kes pertama, kerana kes-kes seperti budak-budak pompuan umno di bawa ke disko dan pub-pub, dibawak menziarahi Hadyai dan Medan pun dah kedengaran. Cuma, mungkin Mak Cik Rafidah tidak mendapat buktinya. Kalau tidak... fuh, naya Azalina kena tibai!

Dahlia/KL