Laman Webantu   KM2: 6365 File Size: 4.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 462: IUK: Fisk - Imej Busuk Pakatan Utara Yg Disokong AS
By Robert Fisk

15/11/2001 11:02 pm Thu

Independent UK.
13/11/01.

Imej Busuk Pakatan Utara Yang Disokong Amerika Syarikat

(US-Backed Northern Alliance's bloody Reputation)

Oleh: Robert Fisk

Kemenangan mengejut Pakatan Utara di Afghanistan mungkin merupakan satu berita baik kepada Barat tetapi berita yang tidak baik akan menyusul tidak jauh di belakangnya. Semua anggota bersenjata Uzbek, Tadjik dan Hazara yang merupakan anggota angkatan tentera Pakatan Utara (PU) pernah mempunyai rekod haprak kerana kezaliman mereka dan menyiksa para tawanan perang, yang dijangka berulang semula dalam beberapa hari yang mendatang dan sudah pasti akan mencemarkan nama Amerika dan Britain ke jurang keaiban yang dalam.

Beberapa cerita ngeri bagaimana lebih 100 orang pejuang Taliban-Pakistani yang telah ditembak mati setelah menyerah kalah di Mazar-i-Sharif - dan para anggota bersenjata PU 'merayau-rayau di jalanraya' bandar yang ditinggalkan itu - tidak menjadi berita yang mengejutkan mereka yang sedar akan keganasan yang pernah dilak kan oleh sekutu baru Amerika itu ketika peperangan 1992-96 di Kabul, dulu.

Kepada warga Amerika dan juga segelintir anggota Britain dalam pasukan Barat yang ada di Afghanistan - gelagat pasukan Pakatan Utara itu merupakan satu masalah yang besar. Oleh kerana anggota tentera darat kita berada di Afghanistan, kita tidak boleh melepas tangga apabila hak asasi manusia dicemari oleh anggota bersenjata PU itu; namun sehingga kini tidak ada sebarang berita bagaimana Amerika ataupun Britain cuba melarang kelakuan keji ini. Malahan, mereka tidak pun mampu menyekat PU memasukki Kabul. .

Pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh pasukan yang semacam ini kerap memalukan kuasa besar yang turut menerima mereka sebagai sekutu perang. Kumpulan Contras di Nicaragua dan pasukan militia Phalangist di Lebanon, telah berlaku zalim sehingga memalukan sekutu perang mereka; Amerika dan Israel. Pihak yang terakhir ini terlibat dengan pembunuhan ganas di Khemah Pelarian di Sabra dan Chatila pada 1982. Kalau dijenguk kembali rekod lama PU ketika melakukan jenayah perang di Kabul antara 1992-96 dulu, menunjukkan kumpulan sekutu yang mengandungi PU, Amerika dan Britain, dan sesiapa juga yang akan menyertai mereka nanti, tentu mahu menunjukkan pengaruh terhadap pasukan daripada Utara Afghanistan itu.

Di Mazar-i-Sharif dan Herat, memang tidak ramai orang Pashtun, yang secara tradisinya memang memihak kepada pasukan Taliban.

Tidak berapa jauh di bahagian selatan, PU akan bertembung dengan musuh tradisinya yang sebenar. Pada 1997, puak Hazara di Mazar telah membunuh lebih 600 militia Taliban yang telah mengambil alih bandar itu dan kemudiannya membunuh dengan kejam berdozen pelajar Pakistan yang mengiringi pasukan Taliban itu. Dalam beberapa peristiwa berdarah berikutnya, beribu banduan Taliban telah ditembak mati dalam lubang besar yang menjadi kubur mereka, bersama beberapa dozen warga Pakistan. Seorang warga PU yang berpaling tadah, Jeneral Pahlawan Malik, pernah membunuh 2,000 tawanan perang Taliban yang telah diazab dan dibiarkan kebuluran sebelum ditembak mati.

Ramai yang dicampak ke dalam telaga. Ramai lagi yang dibunuh secara terancang. Salah seorang penglima di bawah pemerintahan General Malik pernah menceritakan: ' Di malam hari ketika keadan gelap dan senyap sunyi kami arahkan kira-kira 150 tawanan perang kaum Taliban untuk menutupi mata mereka, dan tangan mereka diikat di bahagian belakang sebelum diangkut dalam kontena ke daerah padang pasir. Kami suruh mereka berbaris 10 orang setiap satu, di hadapan lubang yang sudah digali di hadapan mereka dan melepaskan tembakan. Semua itu memakan masa enam malam sahaja.'

Ada satu peristiwa di mana tawanan perang warga Taliban telah disumbat dalam beberapa kontena dan dikunci dari luar pada musim panas: 1,250 orang mati kesesakan nafas semacam ini. Apabila mayat mereka dikeluarkan daripada kontena itu, rupanya hitam kerana kepanasan.

Apakah semua ini akan berulang lagi? Tidak ada sebab untuk mempercayai Pakatan Utara telah memahami apakah ertinya hak asasi manusia. Mereka dibekalkan peluru oleh Russia dan bantuan logistik oleh Amerika. Beberapa gambar dalam akhbar Pakistan semalam menunjukkan betapa anggota bersenjata PU mendahului satu pasukan kecil askar Barat memasuk kawasan pergunungan Afghanistan Utara. Adalah tidak mungkin askar-askar kita ada membawa beberapa peraturan Konvensi Geneva untuk diedarkan kepada teman-teman baru mereka.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6357