Laman Webantu   KM2: 6363 File Size: 12.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 460: CNOE: Yang Bagus, Yang Jahat dan Yang Paling Jahat
By Eric Margolis

15/11/2001 10:15 pm Thu

[Sila maklum tulisan ini berbentuk sindiran yang bercampur-campur. Baik dan jahat tidak boleh diukur dari kacamata manusia yang sudahpun buta. Di zaman moden ini paparan serta kata-kata kerap menipu manusia laksana satu silapmata sehingga si pintar pun kekadang terpedaya. - Editor]


Canoe Toronto
11.12.2001

Satu Dongengan Afghan

Yang Bagus, Yang Jahat dan Yang Paling Jahat

(The Good, The Bad, And The VERY Bad)

Oleh: Eric Margolis (Editor Ehwal Luar)

Afghanistan memang mengelirukan. Di sini adalah peraturan untuk mengesan semua pelakon dalam jihad memerangi keganasan. Puak Taliban - Jenis Afghan yang paling jahat. Kumpulan yang disebut mengamalkan ajaran purba dan memakai serban, tidak mencukur jambang dan membungkus kaum wanita mereka. Mereka telah berdegil menolak tuntutan AS untuk menyerahkan tetamu mereka Osama bin Laden, seorang wira peperangan menentang Soviet. Setiap negara yang berani menyanggah Amerika Syarikat (Paman Sam) memang didera dengan pengeboman menyeluruh.

Kumpulan Taliban ini menguruskan pentadbiran negara berasakan ajaran Islam, yang memang dibenci di zaman ini - kecuali, apa yang diamalkan oleh Israel, di mana rakyatnya berkata bahawa negara mereka itu adalah pemberian Allah, kerana itu mereka adalah bangsa yang BAIK, tidak seperti penduduk setempat yang suka membuat kacau yang bergelar Palestin, yang di anggap sebagai pengganas dan merupakan golongan yang JAHAT. Presiden Bush berkata beliau mendapat pengajaran daripada Kitab Injil, dan ini adalah satu perkara yang BAIK, tetapi apabila ketua Taliban, Mulah Omar mengikut ajaran Al-Quran, itu dianggap sesuatu yang GILA.

Puak Pakatan Utara - adalah Afghan jenis yang BAIK, walaupun mereka menguruskan kegiatan perdagangan opium dan dipimpin oleh penjenayah perang. Mereka berpura-pura beratur dengan baik dan bersumpah untuk menghancurkan Taliban - dengan syarat AS menjalankan kerja-kerja berlawan. Kelengkapan senjata mereka datangnya daripada Russia dan mereka dibekalkan wang oleh CIA. Mereka amat mudah dikenal kerana memakai uniform buatan Iran dan bertopi, tidak memakai serban. Kaum wanita mereka berbungkus juga seperti Taliban yang mereka kata kumpulan purba.

Pada September 10, 2001 Pakistan dianggap sebuah negara pengganas yang diperintah oleh seorang diktator tentera yang JAHAT, Gen. Pervez Musharraf, yang menyokong Taliban dan mempunyai ramai sahabat beragama Islam yang JAHAT. Tetapi pada September 15, Pakistan secara tiba-tiba menjadi satu sekutu yang suci murni, dalam usaha berjihad memerangi keganasan. Lantas, Pakistan mengenepikan sahabat lamanya, Taliban dan merelakan negara itu digunakan oleh tentera AS. Musharaf kini dianggap BAIK, dipuji oleh barat sebagai berani dan berwawasan, walaupun 88% rakyatnya yang tidak bersetuju dengan pujian itu. Sebelum Bush dilantik menjadi Presiden Amerika, dia tidakpun dapat mengingati nama pemimpin Pakistan itu bila disoal oleh seorang wartawan. Kini, Bush dan Musharraf adalah berkawan baik.

Amerika Syarikat dianggap BAIK, kerana menguruskan urusan negaranya sendirian, tetapi menjadi mangsa tekanan Islamic-Nazi yang ganas, mengikut taksiran Bush yang pintar, dan merupakan bekas rakan kongsi ahli keluarga Osama Laden. Oleh kerana AS pernah berperang melawan Syria, Lebanon, Iraq, Iran, Sudan, Somalia dan Afghanistan, adalah tidak seharusnya ia dijadikan satu kepercayaan yang Amerika memusuhi orang Islam. Beberapa ramai kawan baik Amerika - seperti Shah Iran, Saddam Hussein, dan wargaadiraja Arab Saudi, Maghribi dan negara Teluk - merupakan warga Islam. Oleh kerana Israel menggunakan keretakebal dan helikopter buatan Amerika untuk menghancurkan kebangkitan Palestin dan membunuh pemimpin Palestin - semua itu adalah tindakan yang BAIK dan merupakan tindakan menentang keganasan - dan tidak ada sebab kenapa orang lain mesti marah kepada Amerika Syarikat. Washington telah mengarahkan pihak media melakukan penapisan berita secara sukarela agar rakyat Amerika tidak tersentuh dengan liputan TV yang menunjukkan ramai kanak-kanak Afghan yang mati.

Russia merupakan pihak yang menang besar dalam segala kekecohan besar ini. Pemimpin mereka yang sungguh bijak, Vlad Putin telah berjaya memujuk Bush agar percaya bahawa kisah kezaliman Russia menghenyak puak Chechen adalah bersifat 'anti-keganasan'. Dana Amerika mengalir memasuki Kremlin. Pihak Russia telah menekan AS agar menghenyak Taliban, dengan menjimatkan belanja dan usaha mereka. Begitu juga dengan Israel yang berusaha agar AS menggugurkan bom dengan menggunakan B52 ke atas Iraq, Lebanon, Libya, Yemen, Syria dan Iran.

Arab Saudi - penaja kewangan utama kumpulan pelampau Islam - dengan syarat pelampau itu tidak membuat kacau di negara kaya-minyak itu. Arab Saudi membantu dan menyokong Taliban dan kumpulan pelampau Wahabbi di Afghanistan dalam peperangan berahsia mereka menentang Iran. Kewujudan tentera AS di Arab Saudi menghindari arakyatnya daripada menggulingkan warga istana mereka. Satu ketika dulu Arab Saudi yang juga dikenali sebagai 'Arab kita' dianggap BAIK, tetapi kini, kerana mereka enggan membunuh orang Islam yang seagama dengan mereka secara besar-besar, mereka sudah dicop oleh media AS sebagai JAHAT.

Iran - yang dianggap pengganas-melampau yang PALING JAHAT sehinggalah Sept.11, telah membuat kacau di kalangan Afghan selama 20 tahun. Kumpulan mullah Tehran, amat membenci mullah Taliban dan Pakistan. Kerana mereka lebih bijak daripada Arab, yang turut dibenci oleh mullah Iran, kumpulan mullah Iran yang amat licik itu bermain silap mata dengan AS., dan telah berpura-pura memberikan sokongan kepada pasukan Pakatan Utara yang dianggap BAIK untuk memusnahkan Taliban yang diiktiraf JAHAT.

Dakwaan AS dulu bahawa Iran adalah sebuah 'negara pengganas,' dan bersalah kerana mengebom pangkalan tentera AS di Arab Saudi, sudahpun digugurkan. Iran kini dianggap sebagai BAIK JUGA. Minggu lalu - para pengganas, Tamil Elam telah melancarkan serangan relamati di Sri Lanka. 'Pengganas' Basque telah membunuh seorang hakim Sepanyol dan meledakkan sebuah bom yang berkuasa tinggi di Madrid; 'pengganas' IRA telah meledakkan sebutir bom di Britain. Tidak ada satupun kekecohan yang muncul daripada Washington. Keganasan mengikut tafsiran Amerika diambil kira sebagai keganasan hanya kalau ia dilakukan terhadap kepentingan Amerika.

OSAMA bin LADIN - diiktiraf PALING JAHAT dan masih lagi bernyawa setelah satu bulan dijadikan sasaran utama ketenteraan Amerika. Beliau mengajak umat Islam berjihad terhadap Barat, sedangkan apa yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat Islam ialah berjihad menentang masyarakat mereka yang haprak dan yang membuatkan mereka menjadi hamba abdi putaran muslihat politik barat. Saudara Osama dilihat sebagai satu tokoh yang mempunyai sifat keramat di Dunia Ketiga, kerana berani memomokkan media AS. Ramai lagi yang mahu mencontohi Osama dan menunggukan masanya.

Strategi AS menghujani bumi yang dibom itu kerana mahukan ia hancur lebur persis keadaannya pada abad ke-4 dulu, dan memusnahkan Osama Laden dan mahu menghapuskan semua kumpulan JAHAT yang memakai serban sebelum mereka menang lagi.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.canoe.ca/Columnists/margolis.html

November 11, 2001

An Afghanistan primer:

The good the bad and the ... VERY bad

By ERIC MARGOLIS Contributing Foreign Editor

Afghanistan is very confusing. Here's a quick guide to help keep track of all the players in the crusade against terrorism.

The Taliban - VERY BAD Afghans. These dour 11th-century rustics wear turbans, don't shave and cover up their womenfolk. They have defied the U.S. by refusing to hand over guest Osama bin Laden, a national hero of the war against the Soviets. Nations that defy Uncle Sam get carpet bombed.

These wicked Talibs run a state based on Islamic law, an outrage in our modern age - except, of course, in the case of Israel, whose people say they were given their state by God, and that's GOOD, except for troublemaking local inhabitants, called Palestinians, who are terrorists and BAD. U.S. President George Bush says he draws instruction from the Bible, and this is GOOD, but when the Taliban's Mullah Omar follows the Koran, that's EVIL.

The Northern Alliance - GOOD Afghans, even though they run the opium trade and are led by war criminals. They make nice parades and vow to crush the Taliban - provided the U.S. does all the fighting. Their arms come from Russia, their money from the CIA. You can easily spot them because they wear baggy Iranian uniforms and caps, not turbans. They cover up their women, just like those insensitive Taliban brutes.

Pakistan - on Sept. 10 it was a borderline terrorist state run by a BAD military dictator, Gen. Pervez Musharraf, who backed the Taliban and had lots of EVIL Islamic friends. By Sept. 15, however, Pakistan had become a heroic ally in the crusade against terrorism. Pakistan shamelessly ditched its old ally, the Taliban, and handed over the country for use by the U.S. military. Musharraf, now GOOD, is hailed in the West for courage and vision, though 88% of his voiceless people heartily disagree. Before getting somewhat elected, President Bush couldn't even name Pakistan's leader when asked by a reporter. Now, Bush and Musharraf are new best friends.

The USA - GOOD, minding-its-own-business, totally innocent victim of evil Islamic-Nazi forces, according to the well-read Bush, a former business partner of the bin Laden family. Just because the U.S. has gone to war against Syria, Lebanon, Iraq, Libya, Iran, Sudan, Somalia and Afghanistan is no reason to believe it has anything against Muslims. Some of America's best friends - like the shah of Iran, Saddam Hussein, and the enlightened royal families of Saudi Arabia, Morocco, and the Gulf - have been Muslims.

And just because the Israelis use U.S.-made tanks and helicopters to crush the Palestinian uprising and assassinate its leaders - a GOOD act of counter-terrorism - that's no reason for anyone to get mad at the United States. Washington has even thoughtfully got the media to censor itself so Americans won't be upset by TV footage of dead Afghani children.

Russia - the big winner in this unfolding mess. Clever leader Vlad Putin hornswoggles Bush into backing Russia's barbaric repression of Chechens as "anti-terrorism." American cash flows to the Kremlin. The Russkis are pressing the U.S. to crush the Taliban, saving them the nasty, expensive job. Ditto for Israel, trying hard to get U.S. crusaders to B-52 Iraq, Lebanon, Libya, Yemen, Syria and Iran.

Saudi Arabia - main financier of extremist Islamic groups - provided they stay far away from the oil kingdom. Backed the Taliban and extremist Wahhabis in Afghanistan in a covert war against hated foe Iran. U.S. troops based in Saudi Arabia prevent its people from overthrowing their beloved royal family. The Saudis - a.k.a. "our Arabs" - used to be GOOD, but now, because of their reluctance to help kill large numbers of fellow Muslims, they are being rebranded by the U.S. media as BAD.

Iran - VERY BAD ultra-terrorists until Sept. 11. Iran has been stirring the Afghan pot for 20 years. Tehran's mullahs hate the Taliban's mullahs, and Pakistan. Being much cleverer than Arabs, whom Iranians also hate, Iran's slippery mullahs are playing footsie with the U.S., and jointly backed the GOOD Northern Alliance against the BAD Taliban. Previous U.S. claims Iran was a "rogue state," and guilty of the bombing of U.S. military bases in Saudi Arabia, have been quietly dropped. Iran is now PRETTY GOOD.

Terrorists - Last week, Tamil "terrorists" staged bloody suicide attacks in Sri Lanka; Basque "terrorists" murdered a Spanish judge and exploded a powerful car bomb in Madrid; the IRA detonated a car bomb in Britain. Not a peep came from Washington. Terrorism, in the American definition, boils down to acts of violence only against American interests.

Osama bin Laden - ULTRA BAD and still alive and frothing after a month of being a bull's eye for America's vast military might. Calls Muslims to launch a jihad against the West, when what Muslims really need is a jihad against their own rotten societies that make them a helpless prey to western political and economic exploitation. Brother Osama is increasingly seen in the Third World as a saintly figure, thanks to his demonization by the U.S. media. Many Osama wannabes are waiting in the wings.

U.S. strategy - Carpet bomb 'em back to the 4th century, waste bin Laden, and get the hell out before the BAD GUYS in turbans win.