Laman Webantu   KM2: 6359 File Size: 13.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 459: MUK: Kelesuan Perang Di Wajah Blair Jelas Terbayang
By Oonagh Blackman

14/11/2001 2:32 pm Wed

[Blair begitu beria-ria membantu Amerika sehingga sanggup bekerja bagai nak gila padahal itu semua sia-sia sahaja. Britain dan Amerika sudahpun dianggap pengganas dunia yang tidak berhati manusia. Dan itu tidak akan mampus dikikis dari minda mungkin untuk selama-lamanya. Britain akan menjadi sasaran dan rakyat Britain sendiri yang akan terkena dan merasai sengsara. Itu semua boleh dielak jika Blair panjang aqalnya dan tidak terlibat dari mula. - Editor]


Mirror UK

Kelesuan Perang Di Wajah Blair Jelas Terbayang

Oleh: Oonagh Blackman (Deputy Political Editor)

Empat jam sudah berlalu sejak Boeing 777 meluncur naik melepasi ruang udara pangkalan udara India, tetapi Tony Blair masih lagi berjalan mundar-mandir di kabin pesawat itu. Perdana Menteri itu sudah begitu teransang disebabkan adrenalin yang mengalir garang sehingga beliau terkedu kerana keletihan seperti orang lain dalam penerbangan pulang daripada satu missi diplomatik yang sungguh mengazabkan.

Tidak ramai yang masih berjaga ketika saya mencelikkan mata dan melihat Mr. Blair, masih berjaga dengan secangkir teh di tangannya, bersembang-sembang dengan seorang pramugari di sisi.

Salah seorang anggota petugas pesawat itu berkata kemudiannya: 'Sungguh menakjubkan. Saya hairan bagaimana dia menjalankan tugasnya.'

Namun, Perdana Menteri itu kelihatan sungguh tertekan keadaannya. Tetapi, beliau sudah berterbangan lebih 40,000 batu melalui beberapa zon waktu dengan 31 penerbangan dalam masa 51 hari.

Missi yang pertama ialah penerbangannya ke Berlin, New York dan Brussels. Pada 3 Oktober, dia terbang ke Moscow, Islamabad dan New Delhi, India.

Kerana masih tidak puashati dengan tugasnya itu, dia telah terbang ke Oman untuk berjumpa pasukan tentera British yang menjalani latihan di sana. Penerbangan itu dibuatnya daripada Geneva sebelum bertolak pula ke Mesir.

Kemudian dia membuat beberapa lawatan yang besejarah. Bermula pada 30 Oktober, dia pergi ke Syria, Arab Saudi, Jordan, Jerusalem, Tebing Gaza dan Genoa di Italy sebelum beralih pulang.

Pada hari Rabu dia telah menaiki concorde ke Washington untuk bertemu George W Bush sebelum berpatah balik semula untuk berbincang dengan Raja Abdullah di Jordan dan pemimpin Pakistan Pervez Musharraf. Mr. Blair telah kehilangan sedikit berat badannya sejak berterbangan selepas September 11 menonjolkannya ke pentas dunia dalam usaha memerangi keganasan.

Selain berterusan meminum teh, dia memakan buah-buahan dan banyak air galian. Ketika saya bertanya seorang pembantu, kalau-kalau Perdana Menteri menerima suntikan vitamin, dia menjawab secara tidak meyakinkan: 'Tidak, dia cuba menyihatkan badan melalui permainan tennis.'

Mr.Blair tentu telah menghabiskan hanya sembilan jam untuk tidur selama tiga malam dia berada di Russia, Pakistan dan India untuk perbincangan mengenai anti-keganasan.

Sejak itulah semakin ketara tekanan fisikal yang menghantuinya. Ketika PM menurun tangga pesawat jet di Heathrow pada jam 2 pagi lapan hari yang lalu, dia memang kelihatan terlalu keletihan.

Akan tetapi, ada salah seorang penasihatnya berkata: 'Dia mempunyai keupayaan untuk menumpukan perhatian ke atas setiap isu dalam cara yang yang menentu dan kemudian mampu menukar haluan untuk menutupkan mata barang sekejap.

Namun, ada ketikanya batteri yang kuatpun boleh kekurangan kuasanya.

Isnin lalu ketika menghadiri persidangan CBI, dia menjadi tertekan.

Penulis politik Simon Hoggart menulis; 'Oleh kerana keletihan, Dia menunjukkan satu wajah yang sungguh lesu, keletihan dan kebingungan.

'Saya menantikan seseorang yang berani melaungkan: 'Cukuplah, PM. Tibalah masanya merehatkan badan daripada segala keributan.'

Malam kelmarin, selepas menghadiri satu seminar di Downing Street mengenai Sistem Keadilan Pemuda, Mr. Blair berundur ke Chequers.

Tetapi, oleh kerana PM Sepanyol, Jose Maria Aznar datang melawat, memang tidak banyak peluang untuk beliau beristirahat.

JILL PALMER Wartawan Perubatan Mirror menulis kenapa Tony Blair harus mengurangkan perjalanannya

Tekanan fizikal dan psikologi selama lapan minggu sudahpun menampakkan kesannya pada Tony Blair.

Kekurangan tidur, waktu makan yang tidak menentu, kekurangan berriadah, semuanya menyebabkan keletihan beliau itu amat ketara.

'Jet-lag' ataupun penerbangan yang jauh memang mengenakan kesan yang mencengkam, merobah corak kehidupan seharian. Apabila tiba masa untuk melelapkan mata, tidur itu merupakan satu kemestian yang tetap diselang-seli dengan berjaga.

Apabila dia meluru daripada satu negara ke negara lain, Tony Blair tidak mempunyai masa secukupnya untuk menyesuaikan dirnya dengan keadaan itu. Sistem waktu dalam badannya mudah meragam, kerana tidak dapat mengecam suasana untuk tidur ataupun berjaga, bersarapan pagi ataupun makan malam.

Keadaan dalam pesawat yang selalu dipam udara di dalamnya adalah satu bahaya kepada keselamatan, mengasak tekak dan mata dan penerbangan yang berpanjangan bererti Tony Blair tidak mampu makan pada waktu yang biasa sehingga terpaksa terlupa melayan keperluan otaknya.

Jadual kerjanya tidak memberikan masa lapang untuk berriadah dan menghirup udara segar. Keadaannya adalah penting untuk menyegarkan tenaga, melegakan tekanan dan menyediakan satu perasaan selesa.

Tetapi, selain masalah fizikal ini, tekanan mental memang menyeluruh dan boleh menyebabkan kesakitan dan keperitan, berpeluh, kurang hadam, malahan kerunsingan dan tekanan.

Semua itu menyebabkan keletihan yang dahsyat dan kalaulah Mr. Blair tidak melapangkan masanya, dia berkemungkinan akan jatuh kerana keletihan yang amat sangat.

Pendapat DONALD ANDERSON MP Pengerusi Dewan Rakyat 'Foreign Affairs Select Committee' mengatakan missi diplomasi PM adalah sesuatu yang berpatutan

ANDA tentu telah mendengar ramai orang berkata: 'Ini adalah peperangan Amerika. Tony Blair seharusnya berdiam sahaja di negaranya sendiri.'

Tetapi, kita sudahpun terlibat. Bukan sahaja kerana ramai rakyat Britain yang menjadi mangsa pada September 11.

Tuduhan sudah tertumpu kepada Osama bin Laden, yang dilindungi oleh Taliban. Wujud satu ancaman sebenar kalaulah ini tidak dihentikan, dia akan menggunakan kimia, senjata biologi dan nuklear terhadap kita. Patutlah Tony Blair begitu aktif bagi pihak kita semua.

Saya baru pulang daripada New York dan Washington di mana pegawai tinggi di sana memuji Perdana Menteri. Presiden Bush pernah berkata pada Rabu dulu: 'Kita tidak ada sahabat yang lebih hebat daripada Great Britain. Saya tidak ada orang lain yang lebih sesuai untuk berbincang masalah bersama, selain Tony Blair.' (catatan penterjemah - ini cakap penyangak besar tanpa memikirkan betapa tersentuhnya hati rakyat Amerika yang bertungkus lumus menyokong beliau di Amerika.)

Memang seronok menjadi warga Britain di AS hari ini. Mr. Blair telah menonjolkan pengaruh kami sebenarnya. Dia telah membantu membina satu pakatan dan menentukan betapa keperluan rakyat Afghan itu seharusnya menjadi agenda utama. Dia tahu cara terbaik untuk kencapai kejayaan dalam mengnyahkan Osama bin Laden dan kawan-kawannya yang jahat itu.

Blair baru sahaja membina jambatan kedamaian antara orang Palestin dan Israel (sayangnya jambatan itu bertahan beberapa hari sahaja - penterjemah) Mr. Blair menyuntik kekuatan bertolak-ansur di mana perlu dan sedang memainkkan peranannya yang baik untuk kita semua turut bergaya di situ.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/ page.cfm?objectid=11416838&method=full


Blair worn out after global support trips

By Oonagh Blackman
Deputy Political Editor

FOUR hours after the Boeing 777 had soared out of an Air Force base in India Tony Blair was still pacing up and down the cabin.

The restless Prime Minister was too charged up with adrenaline to collapse with exhaustion like everyone else on the flight home from his latest gruelling diplomatic mission.

Few were awake when I looked up and saw Mr Blair, mug of tea in hand, chatting to an air stewardess.

One of the flight crew said later: "It's amazing. I don't know how he does it."

However, the PM looked absolutely shattered.

Drained: Tony Blair

But then he has travelled more than 40,000 miles through several time zones on 31 flights in 50 days.

His first mission took him to Berlin, Paris, New York and Brussels. On October 4 he flew to Moscow, Pakistan capital Islamabad and New Delhi, India.

Not content with that, he later met troops on training exercise in Oman - via Geneva - and then left for Egypt.

Then came the big one. Starting on October 30 he went to Syria, Saudi Arabia, Jordan, Jerusalem, the Gaza Strip and Genoa in Italy on the way home.

On Wednesday he was on Concorde to meet George W Bush in Washington before heading home for talks with Jordan's King Abdullah and Pakistan leader Pervez Musharraf. Mr Blair has shed a noticeable amount of weight since he took to the skies after September 11 to dominate the world stage in the war on terror.

Apart from copious amounts of tea, he eats fruit and drinks litres of mineral water.

When I asked an aide if the PM was having vitamin jabs he replied unconvincingly: "No, he tries to keep fit playing tennis."

Mr Blair must have had nine hours sleep in three nights as he visited Russia, Pakistan and India for anti-terrorism talks.

That was when the physical strain began to show. As the PM stepped from the jet in Heathrow at 2am eight days ago he looked weighed down with fatigue.

But one of his advisers said: "He is blessed with the ability to concentrate on each issue in a focused way and then switch off suddenly and get a nap.

"But at some point the batteries get drained."

That moment came last Monday at the CBI conference.

Political writer Simon Hoggart wrote: "Because he is tired. He gives the appearance of being awfully, dreadfully, numbingly, head-spinningly tired.

"I longed for someone to shout: 'Enough, PM. Time for jim-jams and a milky drink and up the wooden hill for you'."

Last night, after attending a Downing Street seminar on the Youth Justice System, Mr Blair retreated to Chequers.

But with Spanish PM Jose Maria Aznar visiting, there was little chance of a proper rest.

JILL PALMER Mirror Medical Correspondent on why Tony Blair should cut down on his continual travelling

THE physical and psychological stresses and strains of the past eight weeks are taking their toll on Tony Blair.

Sleep deprivation, irregular meals, lack of exercise. They all add up to the signs of exhaustion he is showing.

Jet-lag has an extremely debilitating effect, disrupting daily patterns. Sleep, when it comes, is fitful and interrupted.

As he rushes from country to country Tony Blair has little or no time to adjust. His body clock is shot to pieces, not knowing whether he should sleep or wake, eat breakfast or dinner.

The pressurised, dry air inside aircraft is a health hazard, affecting the throat and eyes and continual travelling means Tony Blair is not eating regular meals so missing out on essential "brain food".

His schedule has left little time for exercise and fresh air. Both are essential to boost energy, relieve depression and provide a general "feel-good" factor.

But apart from the physical problems, the mental stress is overwhelming and can lead to aches and pains, palpitations, indigestion, even anxiety and depression.

It all adds up to total exhaustion and, if Mr Blair doesn't take some time out soon, he could be close to collapse.

DONALD ANDERSON MP Chairman of the Commons Foreign Affairs Select Committee on why PM's shuttle diplomacy is right

YOU must have heard all the whiners, saying: "This is America's war. Tony Blair should stay at home."

But we are involved. And not just because so many Britons were victims on September 11.

The finger of blame points to Osama bin Laden, sheltered by the Taliban. There is a very real threat that if not stopped, he will use chemical, biological and even nuclear weapons against us. No wonder Tony Blair is so active on behalf of us all.

I have just returned from New York and Washington where senior officials praised the Prime Minister. President George W. Bush said on Wednesday: "We have no better friend than Great Britain. I've got no better person I would like to talk about our mutual concerns than Tony Blair."

It is good to be British in the USA today. Mr Blair has given us real influence. He has helped build the coalition and ensure the needs of the people of Afghanistan are high on the agenda. He knows the best way to succeed is to get rid of bin Laden and his evil friends.

He has started building peace between the Palestinians and Israel. Mr Blair brings a moderate strength where it matters and is doing a great job for all of us.