Laman Webantu   KM2: 6358 File Size: 13.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 459: TLdn: B2 - Kesilapan Mengisytiharkan 'Peperangan'
By Sir Michael Howard

14/11/2001 1:27 pm Wed

[The world is inviting disaster with this declaration of war. Terror won't simply dissappear through this kind of war. Infact it would reappear in other forms which we have not seen before. - Editor]


Kesilapan Mengisytiharkan 'Peperangan' - Bahagian 2

(Mistake to declare this a 'WAR')

Oleh Sir Michael Howard

'Seperti yang kita telah alami sejak abad yang lalu, perjuangan menentang keganasan itu, sekurang-kurangnya di Ireland Utara, adalah tidak serupa dengan cara memerangi dadah ataupun peperangan terhadap jenayah. Pada asasnya, ia merupakan satu peperangan 'menawan hati dan minda'; dan adalah elok dirakamkan di sini betapa frasa itu pertama kalinya dicipta dalam satu kempen yang paling berkesan yang pernah melibatkan Angkatan Bersenjata British - Darurat di Malaya dalam 1950-an dulu (satu kempen yang mengambil masa sekitar 15 tahun untuk sampai kepada penamatnya.) Tanpa kejayaan menawan hati dan minda, seseorang itu tidak berjaya mendapat risikan, dan tanpa bahan risikan para pengganas tidak akan dapat ditumpaskan.

'Para penjenayah ataupun pengedar dadah bukannya mempunyai ruang yang bebas untuk bergerak dan dalam setiap kempen memerangi mereka kerajaan selalunya menerima sokongan yang memihak kepadanya. Namun seperti yang kita sedia maklum, seseorang yang dianggap pengganas di satu tempat mungkin merupakan pejuang kebebasan kepada satu pihak. Para pengganas boleh ditumpaskan hanya apabila tanggapan masyarakat awam, baik di negara sendiri ataupun di luar, memberikan sokongan kepada pihak yang berkuasa dan mengikhtiraf mereka sebagai penjenayah dan bukannya sebagai wira.'

'Dalam percaturan kepintaran yang dimainkan oleh penjenayah dan pihak yang berkuasa, seperti yang kita alami di Palestin dan Ireland, pihak pengganas dikira menang peperangan mereka seandainya mereka berjaya menjentik semangat pihak berkuasa untuk menggunakan kekuatan tenaga memerangi mereka. Ini membuatkan mereka berada di satu kedudukan yang selamat dan memberansangkan. Sama ada mereka menghilangkan diri untuk bertarung lagi ataupun mereka ditumpaskan dan diikhtiraf sebagai mati syahid. Dalam usaha memerangi mereka ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa dan ini akan terus melumpuhkan kewibawaan kerajaan.

'Siapakah yang dapat melupakan peristiwa Black Sunday (Ahad Gelita) di Ireland Utara, apabila beberapa das tembakan senjata kecil daripada British Army telah memberikan kemenangan propaganda kepada IRA sehinggakan pada saat kinipun kerajaan British kecundang daripada usaha untuk menang? Kalaulah begitu hebatnya bencana yang dicetuskan oleh ledakan senapang raifel, bagaimana pula kisah bencana yang disebabkan oleh ledakan bom? Saya hanya mampu mencadangkan bahawa ia adalah laksana menghapuskan sel-sel kanser dengan menggunakan api-pembakar. Apapun dalil ketenteraannya, pengeboman Afghanistan, yang mencetuskan 'bencana perang' yang tidak dapat dielakkan, akan melunturkan apa juga cebisan lonjakan nilai murni kehidupan yang kita nikmati hasil pengeboman ngeri yang menghunjam Pusat Dagangan Dunia itu.

'Saya amat benci menyebutnya, tetapi dalam masa enam bulan gelora yang akan memendungi dunia, walaupun tidak akan dilupakan, dan kemudiannya diingati sejarah secara terus merakamnya; sedangkan setiap gambar sebuah hospital dibom disiarkan di TV, atau kanak-kanak terus menjadi mangsa jerangkap samar, atau pelarian menjadi sengsara dihalau keluar oleh tindakan ketenteraan barat, akan memperkasakan kebencian seteru kita, untuk menerima kemasukan rekrut baru menganggotai kumpulan pengganas mereka dan menabur bibit kecurigaan yang segar dalam benak para penyokong mereka semua.

'Saya tidak mempunyai banyak keraguan betapa kempen di Afghanistan itu telah dipilih hanya berasaskan budibicara politik dan ketenteraan yang paling baik, dengan penuh kesedaran akan segala muslihat ketenteraan dan bahaya politik, dan keyakinan yang ikhlas bahawa tidak ada alternatif yang lain. Seperti yang disebut dengan munasabahnya oleh orang Amerika, ia merupakan satu keadaan 'AOS': 'All Options Stink' di mana semua pilihan itu memang membahayakan. Namun, dalam mengasak kita untuk membuat pilihan itu semua, para pengganas telah memilih muslihat yang pertama dan paling penting sifatnya.

'Saya juga dapat memahami dalil ketenteraan yang memacu kempen itu. Ia berasaskan satu andaian politik betapa pentingnya rangkaian pengganas itu mesti dimusnahkan secepat yang mungkin sebelum ia melaksanakan lebih banyak kemusnahan. Lagipun ia merumuskan bahawa rangkaian ganas itu adalah hasil rancangan unggulan seorang insan yang bukan kepalang pintar kebajingannya. Itulah Osama bin Laden, seandainya beliau dapat dimusnahkan bererti akan melumpuhkan walaupun tidak menghancurkan pergerakan jaringannya. Osama Laden (pernah) beroperasi di sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang degil dan enggan menyerahkannya kepada pengadilan antarabangsa. Semua pemerintah ini mesti dipaksa untuk menukar pendirian mereka. Jalan yang paling cepat untuk merobah pendirian mereka ialah melalui pengeboman udara, terutama disebabkan masalah logistik yang amat sukar dan besar kalau dilancarkan serangan besar-besaran wilayah mereka. Oleh kerana andaian begini, apakah alternatifnya yang kita miliki?

'Akan tetapi dalil yang terbaik dan logik yang paling jelas kerana menarik, mempunyai nilai yang rendah sekiranya dicetuskan oleh andaian yang salah. Saya tidak ragu lagi kalaulah ada suara lantang yang terdengar di Washington dan Whitehall mempertikaikannya dan menuding ke arah bahaya yang disebabkan oleh tindakan ketenteraan. Jika demikian, sudah pasti suara lantang itu akan ditenggelami oleh kesanggupan politik yang menggegarkan: Sesuatu Mesti Dilakukan. Suara yang sama mesti mempersoalkan kebijaksanaan yang sama, kalaupun tidak disebabkan kebetulannya, memperakukan bahawa Osama Laden sebagai insan utama terlibat dalam jaringan keganasan itu; sambil memomokkannya, sedangkan ramai orang lain yang memberikan status kewiraan yang dinikmati oleh 'pejuang kebebasan' sepanjang hayat mereka.

'Kini kita dihantui dilema yang dahsyat. Kalaulah kita kemukannya ke majlis pengadilan kita akan memberikanya satu pentas propaganda berstatus global. Kalaulah kita musnahkan beliau - mungkin dengan cara 'menembaknya ketika cuba melepaskan diri' - dia akan dianggap mati syahid. Kalau dia mampu melepaskan diri, dia akan anggap seorang Robin Hood zaman ini. Dia tidak boleh kalah. Walaupun dia dimusnahkan, adalah sukar untuk mempercayai bahawa satu jaringan sejagat yang dianggotai manusia yang cerdik dan pandai seperti mana mereka taksub dan zalim dan tidak mampu berfungsi secara berkesan sehinggalah mereka dapat dikesan oleh usaha risikan dan operasi polis, dengan syarat segala tindakan mereka itu tidak mesti diketahui dan tersebar luas di akhbar. Proses semacam itu, seperti yang disebut dengan betulnya oleh Ketua Turus Pertahanan, bekemungkinan memakan masa berdekad untuk dilaksanakan.

'Kini operasi itu sudahpun bermula dan mesti diteruskan untuk kejayaannya; agar kejayaan itu membolehkan kita mengundur diri dengan penuh kehormatan dan untuk menyeronokkan industri media mengisytiharkan 'kemenangan' (walaupun kehendak 'kemenangan' itu dan segala cakap besar ala-Churchil yang menemaninya, menunjukkan betapa media dan ahli politik masih tidak memahami jenis masalah yang menghantui kita.) Hanya selepas melakukannya barulah mungkin meneruskan usaha sebenar yang saya sebutkan itu, yang tidak akan menjelaskan peperangan yang menakjubkan dan tidak ada kemenangannya yang jelas.

'Ada satu analogi oleh Sir Michael Boyce mengenai Perang Dingin yang ada kepentingannya. Bukan sahaja ia berpanjangan tempohnya, tetapi dingin pula sifatnya. Ada satu bahaya yang ia akan bertukar rupa menjadi satu peperangan nuklear, yang akan mengecewakan semua pihak. Bahaya peperangan nuklear secara berleluasa, nampaknya sudahpun berkurangan, walaupun untuk satu ketika, ia sudah diganti dengan yang lain. Kalau adapun yang kurang menakutkan, kemungkinan akan tercetusnya satu pertembungan budaya yang berlanjutan yang bukan sahaja akan memecah-belahkan dunia ini tetapi menghancurkan penyatuan dalaman daripada masyarakat pelbagai budaya yang semakin meningkat. Lagi lama peperangan terbuka memerangi keganasan, baik di Afghanistan ataupun di tempat lain, makin besar lagi bahaya yang akan terjadi.

'Tidak ada sebab menyangkakan bahawa Osama bin Laden menikmati lebih banyak simpati dalam dunia Islam, berbanding sebagai contohnya, yang dinikmati oleh Ian Paisley dalam dunia Kristian. Dia merupakan satu fenomena yang muncul beberapa kali dalam sejarah kita - seorang pemimpin agama yang berkarisma dan bersikap liar kepada barat sehingga mencetuskan satu ketaksuban yang kadangkala menghenyak sebuah negara. Ada satu ketika dulu wujud seorang Mahadi di Sudan ketika abad ke-19 dulu, dan juga seorang 'Mullah Gila' di Somaliland pada awal ke-20an dulu. Sebenarnya, mereka memberikan masalah tempatan yang tulin, walaupun sebahagian anggota British Army itu terpaksa dikerah untuk menentang Mahadi dan para penyokongnnya.

'Perbezaannya pada waktu ini ialah; para pemimin semacam itu mampu mengrekrut para penyokong daripada segenap penjuru dunia, dan mereka berupaya menyerang balas daripada segenap penjuru dunia juga. Bukannya mereka itu mewakili Islam ataupun diizinkan oleh Islam, tetapi akar umbi ketokohan mereka terletak pada masalah Islam yang agak ganjil yang semakin memburuk sejak tempoh terakhir abad kedua puluh. Inilah dia yang mencabar budaya Islam dan nilainya disebabkan budaya material dan sekular daripada barat; dan kegagalan mereka menyerap serangan barat itu.

'Ini merupakan satu perkara yang amat luas yang tidak melayakkan saya bercakap mengenainya, tetapi yang kita mesti faham seandainya kita masih punyai harapan, bukan semata-mata mahu menang Perang Dingin, tetapi dalam usaha menyekatnya bertukar menjadi lebih panas.

Apabila diimbas kembali semua itu, adalah menakjubkan betapa sedikit sahaja kita memahaminya, krisis yang besar-besar yang menghantui sebahagian besar masyarakat dunia daripada Maghribi merentasi Timur Tengah dan Asia Tengah menjangkau luas kepada Selatan Asia dan Asia Tenggara hinggalah menyeluruhi Filipina. Semua krisis itu menyeluruhi perkara penduduk berlebihan, yang kurang maju, dipaksa meniru cara Barat sejak awalan pasca moden dulu sedangkan mereka belum lagi bersedia memahami apakah ertikata tamadun itu sebenarnya. Ini bukannya satu masalah mengenai kemiskinan berbanding kekayaan, dan saya khuatir ia adalah pertanda budaya materialisme barat yang cuba mempengaruhinya. Ia sudah menjadi satu pertembungan yang amat menyerlah antara budaya ketauhidan yang tradisi dan lama berakar-umbi, di setiap tempat yang tidakpun banyak bezanya dengan Eropah ketika Zaman Pertengahan dulu, dengan nilai kebendaan sekular di zaman 'Enlightment' (pengajaran melalui kebangkitan agama)

'Saya lebih selesa memikirkan, dengan penuh terima kasih kepada pengalaman imperial kita, betapa pihak British telah memahami segala masalah itu - ataupun kita sendiri yang sepatutnya berkelakuan begitu - dalam keadaan lebih baik daripada masyarakat lain. Mungkin lebih baik daripada jiran kita orang Peranchis. Tetapi bagi kebanyakan orang Amerika ia mesti disebut di sini Islam merupakah sesuatu yang baru kepada mereka - dan sesuatu, seperti begitu banyak kawasan hitam pada peta dunia dulukala, mereka fikirkan itulah kawasannya yang dihuni oleh naga.

'Inilah wilayahnya di mana kita terpaksa memerangi hati dan minda untuk memenanginya seandainya kita mahu berjaya dalam perjuangan melawan keganasan. Kubu terdepan dalam perjuangan ini bukannya di Afghanistan. Ia terletak di beberapa negara Islam di mana kerajaan moden sedang digugat serangbalas kumpulan tradisi: Turki, Mesir, Pakistan adalah beberapa nama sebagai contohnya yang amat ketara. Seperti yang kita juga sedar, kubu terdepan ini berada di antara jalanraya di negara kita. Kepada orang-orang ini peristiwa September 11 memang satu peristiwa ngeri, tetapi semua itu berlaku lebih jauh dan lama dulu di satu dunia yang amat berbeza. Mereka yang merana hasil serangan udara Barat ataupun pencerobohan Israel dipaparkan di TV setiap malam sebagai manusia, walaupun jauh tempat duduknya, adalah mereka yang dianggap bersaudara.

'Itu sebabnya usaha memanjangkan peperangan ini mempunyai kesan yang amat berbahaya. Pendapat rakyat Amerika semakin mendesak kini agar perang itu dipanjangkan pula dalam satu gelagat 'Langkah Panjang' merentasi apa yang disebut sebagai 'negara samseng'; bermula dengan Iraq, untuk membasmikan keganasan untuk kebaikan berpanjangan di dunia ini. Saya tidak terfikirkan dasar lain yang berkemungkinan bukan sahaja memanjangkan peperangan ini, tetapi akan menentukan kita tidak akan memenanginya.

'Saya faham pada tengah hari tadi, mungkin juga pada ketika ini, Perdana Menteri (Blair) sedang memberikan satu ucapan meminta rakyat British agar mempunyai semangat juang. Ini merupakan sesuatu yang sama pentingnya dengan sikap kita berdiri megah dengan bergaya.

Sir Michael memberi ucapannya di Royal United Services Institute

...Tamat....

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6353