Laman Webantu   KM2: 6351 File Size: 7.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 457: BGlobe: Mereka Yg Menggunakan Proksi Adalah Pembunuh Juga
By Michael Kranish

12/11/2001 10:09 am Mon

The Boston Globe

Mereka Yang Menggunakan Proksi Adalah Pembunuh Juga

(When those who play proxy are killers)

Oleh: Michael Kranish in Washington

Pembunuhan beramai-ramai itu terjadi pada satu malam bulan Mei, 1997, di bahagian utara Afghanistan. Sekitar 3,000 orang askar telah dikepung. Ramai yang telah dibunuh dengan kejamnya di kawasan gurun pasir; yang lain dipaksa terjun ke dalam telaga, di mana bom tangan dilontarkan untuk membunuh mereka.

Semua yang dijadikan mangsa dan dibunuh dengan kejam itu adalah pasukan Taliban, dan para pembunuh mereka adalah anggota pasukan Pakatan Utara. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu disambut ulangahunnya setahun kemudian dengan cara yang sama. Kali ini ia dilakukan oleh Taliban dengan geram sebagai satu langkah membalas dendam.

Kekejaman itu yang memang lama diketahui oleh kumpulan hak asasi manusia dan hanya baru kini diketahui secara meluas oleh dunia, adalah salah satu sebab utama kenapa Amerika Syarikat . memilih Pakatan Utara sebagai tulang-belakang usaha menubuhkan kerajan pasca Taliban di Afghanistan.

Kekejaman itu mencetuskan beberapa persoalan yang menakutkan, seperti: apakah AS akan mengusahakan pengadilan terhadap mereka dalam Pakatan Utara yang pernah dituduh melanggar hukum undang-undang antarabangsa; dan apakah AS sendiri tidak melanggar undang-undang kerana bersekongkolan dengan kumpulan-kumpulan penganas semacam itu?

Kini, semakin ramai pengkritik kumpulan Taliban berkata bahawa mereka amat khuatir kalau-kalau Taliban akan digantikan oleh beberapa kumpulan yang telah menjalankan segala keganasan itu dulu.

Michael Ignatief, pengarah 'Harvard University's Carr Centre for Human Rights Policy', berkata: 'Kita berkemungkinan terjebak dengan keadaan mempertahankan hak asasi manusia dengan proksi ataupun wakil yang sebenarnya merupakan kumpulan ganas yang melanggar hak asasi manusia itu. Ini merupakan masalah kita sebenarnya.'

'Alternatif kepada berurusan dengan proksi yang tidak berwibawa itu ialah dengan menggembelingkan 250,000 askar Amerika di bumi Afghanistan.'

Bekas setiausaha pertahanan, Caspar Weinberger, membuat perbandingan keadaan ini dengan kaedah AS bersekutu dengan Soviet Union pada Perang Dunia Kedua. 'Pada dasarnya inilah pandangan saya terhadap Pakatan Utara.'

Sejarah Afghanistan yang terbaru menunjukkan bahawa beberapa kumpulan yang berperang (saudara) itu selalunya membalas dendam setelah mencapai kemenangan dengan membunuh masyarakat awam yang ada hubungan dengan puak yang mereka kalahkan. Beberapa pegawai AS amat sangsi bahawa keganasan yang terbaru terhadap orang awam akan berulang lagi seandainya kumpulan Pakatan Utara dibenarkan mengambil alih bandar besar selepas AS selesai melancarkan pengebomannya. Itu sebabnya penekanan dibuat terhadap cara menubuhkan satu kerajaan pasca-Taliban, yang dianggotai banyak kaum.

Ada satu perundangan yang telah disediakan oleh Senator Patrick Leahy daripada Vermont, yang kini menjadi punca persoalan yang dicetuskan apakah AS mempunyai hak memberikan bantuan kepada pakatan itu. Akta itu menegah pasukan pemberontak bersekongkolan dengan kerajaan luar. Tetapi, Jabatan Pertahanan berkata bahawa undang-undang itu tidak boleh diambil kira kerana Pakatan Utara adalah satu kumpulan berenjata yang tidak ada kaitannya dengan kerajaan yang sedang berkuasa.

Baru-baru ini, Setiausaha Pertahanan, David Rumsfeld, bertanya sama ada bantuan AS kepada pakatan itu melanggari undang-undang Leahy itu, beliau telah menjawab: 'Saya bukannya seorang peguam, tetapi saya diberitahu (perkara itu) tidak.

Akhirnya, kata beliau, Afghan akan menjadi 'bangsa yang lebih baik apabila Taliban dan al-Qaeda sudah dimusnahkan.'

Dengan demikian, Joost Hilterman, daripada kumpulan bebas 'Human Rights Watch', berkata bahwa bantuan AS itu setidak-tidaknya melanggari semangat perundangan Leahy itu. 'keseluruhan perundangan itu ialah melindungi AS daripada terbabit dengan semua individu yang melakukan kezaliman.'

Tamat.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.boston.com/globe/


When those who play proxy are killers

By Michael Kranish in Washington

The massacre happened one night in May 1997 in northern Afghanistan. About 3,000 soldiers were rounded up. Many were executed in the desert; others were forced into wells, where death came by grenade.

The victims were the Taliban, and the killers were members of what is now called the Northern Alliance. That massacre was followed a year later by a nearly identical one by Taliban forces seeking revenge.

Such atrocities, long known to human rights groups but only now becoming more widely known, are one of the main reasons behind United States reluctance to embrace the Northern Alliance as the backbone of a post-Taliban government in Afghanistan. The atrocities also raise troubling questions, such as: should the US try to bring to justice those in the Northern Alliance previously accused of violating international laws; and is the US violating a law aimed at preventing involvement with certain kinds of rebel groups? Even some of the most ardent critics of the Taliban say they are disturbed by the prospect that the Taliban might be replaced by groups that have committed atrocities.

Michael Ignatieff, director of Harvard University's Carr Centre for Human Rights Policy, said: "We could be in the dubious position of defending human rights with proxies who are notorious human rights violators. We have a real problem."But there might be no choice, he said."The alternative to working with dubious proxies is 250,000 American ground troops."

The former secretary of defence, Caspar Weinberger, compared the situation with the way the US allied itself with the Soviet Union in World War II. "That is basically how I feel about the Northern Alliance."The recent history of Afghanistan shows that warring factions often exact revenge after their victories by killing civilians of opposing groups. Some US officials fear that new atrocities against civilians may occur if alliance factions are allowed to take over the big cities after the US bombing campaign. That is why so much emphasis is being placed on how to set up a broad-based post-Taliban government.

A law written by Senator Patrick Leahy of Vermont is at the heart of questions raised about whether the US can legally aid the alliance. The act outlaws arming rebel groups associated with another government. But the Defence Department says the law does not apply in this case because the Northern Alliance is an insurgent group not tied to a government in power.

The Secretary of Defence, Donald Rumsfeld, asked recently whether US aid to the alliance violated the Leahy law, replied: "I'm not a lawyer but I'm told [it does] not."In the end, he said, Afghans would be "one heck of a lot better with the Taliban and al- Qaeda gone".

However, Joost Hilterman, of the independent group Human Rights Watch, said that US aid to the alliance at the very least violated the spirit of the Leahy law. "The whole purpose of the law is to protect the US from being associated with individuals who commit atrocities."