Laman Webantu   KM2: 6348 File Size: 8.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 454: CSM: Waspada dengan kumpulan pelampau Amerika
By G. Ackerman, C. Loeb

12/11/2001 9:20 am Mon

Christian Science Monitor
Edisi 19/10/2001:

Waspada dengan kumpulan pelampau Amerika

(Watch out for America's own extremists)

Oleh: Gary Ackerman dan Cheryl Loeb

Monterey, Calif. - AS mesti berwaspada akan kemungkinan meledaknya bahana yang tidak dingini gara-gara rencana mengenakan peraturan keselamatan baru yang ketat. Kumpulan pelampau tempatan mungkin naik angin dengaan undang-undang itu, sehingga teransang untuk mengganas juga.

Memang sudah wujud beberapa desas-desus, yang ketara. Sebagai reaksi kepada serangan September 11 itu, satu kumpulan pelampau Kristian telah mengeluarkan satu amaran kepada Amerika melalui laman web mereka: 'Anda telah gunakan peristiwa kemusnahan ini untuk meneruskan propaganda dan berlakon menonjolkan kejagoan sebagai penegak keadilan dan perjuangan kebebasan di dunia ini. Saya tidak pun bertindak tetapi saya akan serang balas sehingga anda tidak mampu bangkit semula.'

Perkara ini mungkin bersifat retorik, tetapi masalahnya ada rakyat Amerika yang tidak puashati dan mempunyai rasa kebencian yang mendalam terhadap kerajaan mereka dan sanggup serta berupaya mencetuskan huru-hara terhadap sasaran kebangsaan, yang tidak boleh diperlekehkan. Tentu boleh diingatkan lagi kisah Timothy McVeigh dan pengeboman Oklahoma city pada 1995.

Apabila diambil kira kumpulan ini, kemungkinan salah satu ataupun lebih dari itu yang mungkin terbabit dalam pengedaran surat mengandungi anthrax yang dikirimkan kepada sasaran bernama memberikan kredibiliti kepada tindakan mereka.

Jumlah kumpulan yang aktif di AS adalah lebih besar dari yang disangkakan oleh masyarakat ramai. Walaupun jumlah kumpulan itu telah meningkat sehingga sekitar 800 pada pertengahan 1990-an, masih wujud sekitar 200 kumpulan yang mendesak pembubaran Persekutuan Amerika itu ataupun mendesak perubahan kepada cara negara ini ditadbirkan.

Beberapa kumpulan pelampau tempatan telah menunjukkan minat kepada senjata bukan konvensional seperti yang dimilikki oleh pertubuhan yang sama di Timur Tengah. Pada pertengahan 1980-an, beberapa pertubuhan yang berpaksikan ajaran Kristian; 'The Covenant', 'the Sword', dan 'the Arm of the Lord', telah merencana satu serangan yang membinasakan kepada beberapa bandar besar Amerika dengan cara meracuni bekalan air dengan potassium cyanide. Pada awalan 1990-an, anggota kumpulan militia anti-kerajaan, 'the Minnnesota Patriots Council' telah dapat memilikki toksin 'ricin' yang sungguh berbahaya.

Pada 1995, aktivis anti-kerajaan Larry Wayne Harris telah ditangkap kerana memilikki satu jenis anthrax yang didapati tidak pun berbisa. Sebelum itu dia pernah ditangkap kerana memiliki bakterium yang boleh menyebabkan penyakit hawar, dan pernah menulis satu buku yang diterbitkannya semula memberi penerangan bagaimana menggunakan senjata biologi.

Kiriman elektronik ideologi para militan yang anti-kerajaan mengugut kemungkinan serangbalas terhadap peningkatan keselamatan pasca Sept.-11. Semua militan ini kerap mendewakan kejagoaan kulit-putih, fahaman 'apocalyptic' ataupun kepercayaan penonjolan Kristian yang melampau. Mereka menganggap kerajaan persekutuan (Amerika) sebagai memusuhi rakyat, menafikan rakyat AS hak asasi rakyat dan cenderung dikotak-katikkan segala kemahuan yang dicadangkan oleh teori konspirasi sejagat seperti 'Ode Baru dunia,' di mana semua tentera yang dipelopori oleh PBB menguatkuasakan undang-undang zalim

Kumpulan pelampau seperti itu mungkin merasakan tertekan apabila FBI diberikan lebih banyak kuasa yang menyeluruhi penelitian dan pengesanan. Lagipun, peningkatan penguatkuasaan undang-undang persekutuan dan anggota tentera di lapangan terbang, majlis sukan, stesen metro, dan beberapa majlis yang lain. Mereka mungkin percaya bahawa rencana yang dicadangkan untuk memperkenalkan kad pengenalan adalah satu cara lain untuk kerajaan untuk menindas rakyat AS kepada pemerintahan yang 'menekan'. Rencana menggembeling pesawat pengawasan NATO untuk mengawal angkasa Amerika akan memperkukuhkan kepercayaan kumpulan tersebut bahawa kerajaan sengaja mahu mencengkam pemerintahannya secara zalami keatas rakyat.

Sememangnya, Amerika perlu mengetatkan keselamatan negaranya. Tetapi, peraturan baru itu akan mencetuskan reaksi bangkangan daripada pelampau AS. Ini memerlukan satu pemantauan berterusan keatas mereka. Sambil menangani musuh di seberang laut, kita mesti tidak mengabaikan musuh dalam negara.

Tamat.

Gary Ackerman dan Cheryl Loeb adalah penyelidik di Monterey Institute of International Studies di bahagian Chemical and Biological Weapons nonproliferation Program at the Center for Nonproliferation Studies.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.csmonitor.com/2001/1019/p11s3-coop.html

October 19, 2001

Watch out for America's own extremists

By Gary Ackerman and Cheryl Loeb MONTEREY, CALIF. - As the United States puts in place stringent new security measures, the nation must also watch for a possible unintended consequence: Domestic extremist groups may be inflamed by the new laws, inciting them to violence as well.

There are already ominous rumblings. In response to the Sept. 11 attacks, one extremist Christian group posted a warning to America on its website: "You have sought to use these events of destruction, to further your agenda and feign your image of justice and freedom fighter to the world. I have not sent you but I shall drag you in a bed of afflictions that you shall not recover from again."

This may be just rhetoric, but the chance that there are disaffected Americans who harbor intense hatred for their own government and are willing and capable of committing violence against national targets must not be ignored. Remember Timothy McVeigh and the Oklahoma City bombing of 1995.

Given the existence of these groups, speculation that one or more may have been involved in the spate of anthrax-filled letters going to prominent American targets has some credibility.

The number of such groups active in the US is much higher than many people realize. While the number of groups peaked at about 800 in the mid-1990s, there are still almost 200 known groups that actively seek independence from the Union or a forcible change in the way this country is governed.

Domestic extremist groups appear to have just as much, if not more, interest in unconventional weapons as their Middle Eastern counterparts. In the mid-1980s, a Christian survivalist group known as The Covenant, the Sword, and the Arm of the Lord, hatched a plan to carry out a mass-casualty attack on major American cities by poisoning water supplies with potassium cyanide. In the early 1990s, members of an antigovernment militia group, the Minnesota Patriots Council, acquired the deadly toxin ricin.

In 1995, antigovernment activist Larry Wayne Harris was arrested for possession of a strain of anthrax that turned out to be nonlethal. He had previously been caught with the bacterium that causes the plague, and had written a self-published book on how to create and use biological weapons.

The ideology of antigovernment militants telegraphs the possibility of a backlash against heightened security, post-Sept. 11. These militants often embrace white-supremacist, apocalyptic, or extremist Christian identity beliefs. They view the federal government as an enemy of the people, depriving US citizens of their civil rights and pandering to interests suggested by vast global-conspiracy theories such as the "New World Order," under which United Nations-led foreign troops will impose a despotic rule over the US.

Such extremist groups may therefore feel affronted if the FBI is granted more extensive powers of surveillance and detection. Ditto, the increase of federal law-enforcement and military personnel at airports, sporting events, metro stations, and other public venues. They may believe that the proposed plan for a system of national identification cards is just another way for the government to subjugate US citizens to its "oppressive" rule. The plan for NATO surveillance planes to patrol American skies will only further cement the beliefs of these groups that the government is illegally imposing its "tyrannical" rule on the people.

America, of course, needs to increase its security. But new measures do raise the specter of a possible backlash from US extremists. Continued attention to these groups is called for. While fighting the enemy without, we must not forget the enemy within.

Gary Ackerman and Cheryl Loeb are research associates at the Monterey Institute of International Studies in the Chemical and Biological Weapons Nonproliferation Program at the Center for Nonproliferation Studies.