Laman Webantu   KM2: 6344 File Size: 8.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 453: IUK: Video AS Tunjuk Manusia Berkecai Kena Ledakan Bom
By Andrew Buncombe

10/11/2001 5:36 pm Sat

[Kalaulah serangan AS iu begitu berjaya sudah berlambak gambar diserahkan oleh Pentagon kepada media. - Editor]


Independent UK
9 November 2001

Video Amerika Menunjukan Manusia Berkecai Kena Ledakan Bom

(US shows video of man being blown apart)

Oleh: Andrew Buncombe di Washington

Panglima yang memberikan taklimat itu menyebutnya sebagai 'satu keganjilan' apabila dia menayangkan satu gambaran pengeboman Amerika - satu klip video menunjukkan seorang insan yang berkecai badannya menjadi ribuan cebisan hasil serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (yang berharga tiga juta dollar setiap satu - penterjemah).

'Anda akan melihat dua kenderaan, yang satu berhenti di sebelah yang satu lagi,' kata General Peter Pace yang menjadi komander Marine Corps ketika dia memberikan taklimatnya itu. 'Anda akan dapat melihat manusia ini berdiri di antara dua kenderaan itu sebelum satu peluru berpandu mengena kedua kenderaan itu.'

Panglima perang ini yang merupakan timbalan pengerusi Ketua Turus Bersekutu Tentera Amerika Syarikat - tidakpun tahu lokasi sebenar serangan itu ataupun jenis peluru berpandu yang digunakan. Dia tidakpun tahu apakah sebenarnya kenderaan yang dijahanamkan itu - apakah itu keretakebal ataupun trak pengangkut minyak - kerana imej yang samar diambil oleh kamera pesawat pengebom. Namun itu merupakan satu pandangan yang ganjil, juga.

Tidak ada sesiapa yang menganggap akan ada sesuau yang menarik dalam serangan peluru berpadu Anglo-Amerika itu.Tidak ada sesiapa yang menafikan kemungkinan orang awam akan menjadi mangsa dalam apa yang disebut sebagai bencana peperangan. Tetapi minggu ini, selepas lima minggu mereka menjahanamkan bumi Afghanistan, Pentagon telah mendedahkan segala kesan kerja musibat yang sungguh menjijikkan dan mencetuskan perasaan yang mengerikan.

Apabila lebih banyak persoalan yang dikemukakan mengenai kebijaksanaan dan kepintaran merencana kempen itu secara khusus dengan serangan daripada angkasa, ia membuatkan Pentagon menjadi tertekan untuk meyakinkan betapa yang teruk digasak itu ialah kumpulan Taliban. Walaupun ketiadaan gambar yang jelas dan menucukupi untuk meyakinkan cadangan mereka, Pentagon masih terus berlakon bahawa serangan mereka itu telah banyak memusnahkan Taliban dan anggota al-Qaida, Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld, menyatakan betapa dia pernah melihat laporan menunjukkan Taliban tewas dua kali dalam sehari; ada yang memangsakan enam orang dan ada kalanya 20 anggota Taliban yang mati.

General Pace telah diminta jumlah sebenar anggota Taliban yang mati. Dia menjawab: 'Saya tidak boleh membarikan sebarang taksiran, tetapi saya dapat tunjukkan corak peperangan kita... Anda tentu mendengar kisah serangan pasukan berkuda - dan ini adalah pasukan pembangkang - yang menunggang kuda untuk memerangi kereta kebal dan kereta perisai. Jadi inilah pasukan tempatan yang agresif yang sanggup menyerang kubu lawan dan kita memberikan sokongan kepada mereka sebaik mungkin.'

Kelmarin, General Tommy Franks, yang mengepalai peperangan itu, telah ditanya soalan yang sama. Dia menjawab soalan wartawan itu dengan merujuk pada satu tahap kepada ajaran Sun Tzu , seorang komander China yang menulisnya 2,400 tahun dulu dalam buku ketenteraannya 'The Art of War'. General Franks menyebut betapa 'setakat ini pasukan Taliban sudah kehilangan sedikit pejuanggnya berbanding hari permulaan perang itu.'

Memang nampak sangat putar-belit dan tipu muslihat yang penuh fantasi itu yang kadangkala muncul daripada Pentagon. Washington sudah semakin sedar betapa serangan udara itu menjejaskan hubungan baiknya dengan rakan sekutu yang lain. Washington sedar, setiap kali sebiji peluru berpandu tersalah sasar, seperti yang berlaku di Kabul, Rabu lalu dan membunuh sepasang pengantin baru di perkampungan yang ramai penduduknya, sehinggakan berselerakan harta benda mereka, lebih banyak persoalan yang ditonjolkan.

Amerika juga semakin sedar, di sebalik segala pengeboman yang menggila, kebanyakan anggota Taliban yang berjumlah 50,000 kesemuanya masih bertahan di kubu mereka, sambil menunggukan masa pasukan Pakatan Utara datang menghampiri bandar utama seperti Mazar-e-Sharif, yang telah dikuasai oleh Taliban sejak 1998.

Solan utama yang menghantui para perancang utama tentera AS ialah berapa lamakah lagi serangan ketenteraan itu dikhususkan kepada serangan udara sambil memproksikan serangan darat kepada pasukan Pakatan Utara yang tidak boleh diharapkan itu. Berapa banyak lagipun taklimat Pentagon pada masa depan tidak akan mampu menyaluti muslihat bahawa tentera darat Amerika dan Britain seharusnya turun padang memerangi Taliban di bumi Afghanistan. Tidak dinafikan pula nanti, apabila fenomena itu benar-benar terjadi, akan muncul lebih banyak gambaran yang 'lebih ganjil' lagi.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=104024

Independent
9 November 2001

US shows video of man being blown apart

By Andrew Buncombe in Washington

The General called it a "rather unique" view of the bombing - the video clip he played showed a man being blown into a thousand pieces by a US satellite-guided missile.

"You'll see two vehicles, one pull up next to another," said Marine Corps General Peter Pace in his commentary on the clip. "You'll see an individual walk between the two vehicles just before a guided munition destroys both vehicles."

The general - the vice-chairman of the US Joint Chiefs of Staff - did not know the precise location of the strike or type of missile used. He could not even tell exactly what the two vehicles were - they might have been armoured carriers or fuel tankers - from the fuzzy images taken by the plane's gun camera. Still, it was a rather unique view all the same.

No one expected the Anglo-American military campaign launched inside Afghanistan to be a pretty thing. No one doubted there would be innocent civilian victims - the so-called "collateral damage". But this week, five weeks into the war, the Pentagon revealed the result of its handiwork with footage that was as gruesome as it was mesmerising.

As more questions are asked about the wisdom and efficacy of a military campaign that is almost entirely aerial bombing, the Pentagon is desperate to persuade people that the Taliban is being hit hard. Though they cannot release precise figures, the Pentagon claims that scores of Taliban and al-Qa'ida fighters have been killed by the airstrikes. The US Defence Secretary, Donald Rumsfeld, said that he saw reports detailing Taliban losses twice a day; sometimes were six victims, sometimes 20.

General Pace was asked if he could be more precise on the numbers of Taliban dead. He replied: "I can't give you an estimate, but I can give you a flavour for the type of war ... You have [heard] about cavalry charges - and this is opposition forces -- riding horseback into combat against tanks and armoured personnel carriers. So these folks are aggressive. They're taking the war to their enemy and ours. We are supporting them as best we can."

Yesterday, General Tommy Franks, the man leading the war, was asked a similar question as he briefed reporters. Referring at one point to Sun Tzu, the Chinese commander who 2,400 years ago wrote the military treatise The Art of War, General Franks said only that "the Taliban now has less fighters than it had when it started".

There is a serious side to the spin and near-fantasy that sometimes emerges from the Pentagon. Washington is acutely aware that the support for air strikes among its international allies is slowly but steadily slipping. It knows that every time a missile goes astray - as one apparently did on Wednesday night in north-west Kabul, hitting a residential area and killing a newly-wed couple and scattering their belongings - more questions are asked.

It also realises that despite the bombing effort, most of the Taliban's 50,000 or so fighters remain in the field, still countering efforts by the Northern Alliance to advance on key cities such as Mazar-i-Sharif, which was captured by the Taliban in 1998.

The key question facing military planners is how long the campaign can consist only of airstrikes and the use of the less-than-reliable Northern Alliance as a proxy. No amount of Pentagon briefings can obscure the fact that American and British soldiers are likely to have to go in soon to fight the Taliban on the ground. No doubt that will provide us all with another "unique view".