Laman Webantu   KM2: 6341 File Size: 4.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 450: IANS: Amerika Masuk Perangkap Osama
By Ela Dutt

10/11/2001 4:43 pm Sat

[Amerika mungkin teraib besar dalam peperangan ini kerana terlalu gopoh menyerang bertubi-tubi sehingga orang awam dan kanak-kanak tidak diperduli. Ini bukan sikap penyayang tetapi satu tindakan keganasan yang amat terang. Patutlah AS kini sudah semakin hilang kawan...
- Editor
]


Indo-Asian News Service

Amerika Masuk Perangkap Osama

(US Falling Into bin Laden's Trap)

Oleh: Ela Dutt

Washington (IANS) - Seorang pakar Amerika mengenai Asia Selatan, telah memberi ingatan kepada AS agar tidak terus terjebak kepada perangkap Osama Laden, sambil menyebut betapa strategi tentera di Afghanistan tidak mampu berfungsi dengan baik.

Professsor Barnett Rubin, pengarah pengajian di New York University's Centre on International Corporation, telah memberitahu demkian kepada Kongres. 'Buat masa ini, nampaknya ada beberapa tahap strategi ketenteraan di Afghanistan yang tidak mengenai matlamat kita, dengan berkesan.

'Saya amat rungsing bahawa kita semakin terjerlus dalam perangkap yang dipasang oleh Osama Laden,' demikian pendapat Rubin kepada House International Relations Committee yang membincangkan pendapat mengenai masadepan Afghanistan.

AS telah melancarkan serangan udara selama satu bulan lamanya setakat ini dengan tujuan mahu mendesak Osama Laden mengaku kalah. Rubin berpendapat sasaran pengeboman AS itu telah memangsakan masyarakat awam yang tidak berdosa menyebabakn mereka membenci AS dan menyulitkan missi AS dan sekutunya untuk menubuhkan satu pentadbiran pasca-Taliban.

Ini juga telah memudarkan pendapat umum dalam dunia Islam dan beberapa bahagian masyarakat Eropah.

'Pengeboman dan kempen besar-besaran AS untuk menggembleng satu pasukan tentera darat yang besar mengalahkan Taliban itu akan menghasilkan satu usaha memulihkan Afghanistan, ataupun mencapai sasaran yang menjadi matlamat presiden Amerika,' kerana 'betapapun kita mengganas menyerang mereka tidak pula kita mempunyai niat untuk menggerakkkan askar kita sendiri untuk menguasai bumi mereka itu.'

Tidak ada satu pasukan asing yang mengirim tentera daratnya akan berjaya menakluki Afghanistan, kata beliau, sambil menambah bahawa pengeboman itu semua sudahpun mencetuskan semangat patriotik di kalangan rakyat Afghan.

AS mengebom kubu pertahanan Taliban sebagai membantu pergerakan pakatan Utara untuk mara di bahagian serangan hadapaan mereka, terutama sekali untuk merampas Mazar-e-Sharif dan Kabul. Namun, dia memberikan ingatan bahawa penentang Afghan itu bukannya calon terbaik untuk mengambil tempat Taliban kerana ia hanya merupakan sebahagian daripada jawapan kepada muslihat besar itu.

Sambil memberikan penjelasan kewujudan beberapa fraksi dalam pasukan penentang Taliban, Rubin menyatakan betapa perlunya dicari alternatif lain yang dapat menghindari hak asasi manusia oleh puak-puak yang kini sedang disokong penuh oleh Washington.

Dia menyebut bahawa gelagat Amerika menyokong Front Utara pimpinan Burhanuddin Rabbani dan Pakatan Utara itu, akan memperkasakan lagi kedudukan Taliban di bahagian Selatan dan di kalangan penduduk bandar yang takutkan berulangnya peristiwa 1992-1996, apabila tercetusnya perang saudara sehinggakan Kabul musnah dan ribuan manusia telah terkorban.

'Hanya satu kerajaan Afghan yang berakar-umbikan pentadbiran Pashtun di bahagian Selatan Afghanistan akan dapat menyudahkan kerja merapuhkan kedudukan Al Qaida,' katanya sambil menambah memang tidak ada cara lain untuk menjanjikan kemenangan ketenteraan yang mencapai sasaran AS tanpa penyelesaian politik.

Pentadbiran Taliban adalah dikuasai oleh Kaum Pashtun, yang merupakan 40 peratus penduduk Afghanistan yang ditaksirkan sekitar 16 juta. Tetapi Pakatan Utraa itu hanya dianggotai oleh Tajik, Hazaras, Uzbek dan minoriti lain.

Terjemahan: SPAR.

Asal:

http://news.eians.com/2001/11/08/08trap.html