Laman Webantu   KM2: 6337 File Size: 5.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 447: Guardian: Rangkaian Osama 'merancang ratusan serangan'
By Julian Boger

10/11/2001 10:10 am Sat

Guardian

Rangkaian Osama Laden 'merancang ratusan serangan'

(Bin Laden network 'plotted hundreds of attacks')

Oleh: Julian Boger di Washington.

Serangan udara yang mengerikan pada September 11 dulu merupakan hanya secebis srangan daripada satu rencana besar oleh Osama bin Laden dan Al-Qaida, mengikut yang dilaporkan kelmarin. (Awas ini berita propaganda yang mesti diketahui oleh setiap orang Melayu yang beragama Islam)

Sejak tiga tahun yang lalu, perisikan AS telah mengesan beberapa rencana (plot) terhadap kedutaan Amerika di 14 negara, kebanyakannya di Asia dan Afrika dan terdapat lebih 600 ugutan yang berwibawa mengenai serangan itu. Ada yang dapat dielakkan dengan penangkapan, ataupun peningkatan kewaspadaan. Ada yang nampaknya sudah dibatalkan ataupun sengaja ditangguhkan.

Jangkauan pengaruh bahaya keganasan dan ambisi Al-Qaida telah didedahkan dalam satu buku terbaru tulisan Peter Bergen, seorang penganalis keganasan CNN yang pernah menemubual Osama Laden di Afghanistan pada tahun 1997. Buku itu berjodol 'Holy War Inc - Inside the Secret World of Osama bin Laden, mengisahkan al-Qaida sebagai satu MC yang mempunyai pelaburan dalam bentuk sel pengganas di seluruh dunia. Bergen berpendapat, seandainya Osama Laden terbunuh, ahli lain akan menggantikannya, termasuklah dengan segala kemungkinan anak lelakinya Mohammed ataupun ketua unggulan pertubuhan itu, Ayman al-Zawahiri.

Selama satu tahun, Osama Laden telah berhubungan dengan rangkaian empayarnya melalui satu telefon satelit yang sebesar komputer bimbit yang dibeli di New York dengan harga US$7,500 pada 1996. Tetapi, tidak berapa lama selepas itu, dia semakin sedar bahawa hubungan perbualannya dipantau oleh satelit AS. Sejak itu, mengikut catatan Bergen, Osama berhubung dengan gelombang radio ataupun secara bersemuka, menyebabkan kerja-kerja pemantauan AS menjadi tunggang-langgang.

Mengikut cerita buku itu, al-Qaida telah merancang serangan ke atas tiga buah kedutaan AS tahun ini; di Yemen, Bangladesh dan India. Rencana di India itu telah digagalkan dengan penangkapan dua orang di New Delhi yang membawa bersama mereka enam kilo bahan ledakan. Perancang utama operasi itu ialah Mohamed Omar al-harazi, yang juga merupakan ketua sel yang melancarkan serangan mengebom kapal perang US Cole tahun lalu.

Holy War Inc memperlekehkan peranan CIA dalam menubuhkan kumpulan pengganas yang berpangkalan di Afghanistan sepanjang 1980-an dulu. Ketika peperangan menentang Soviet Union, Osama bin Laden bekerja rapat dengan perisikan Saudi, kata Mr. Bergen. 'Osama Laden sebenarnya ketika itu bertugas sebagai satu cabang perisikan Saudi.'

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.guardian.co.uk/Archive/
Article/0,4273,4294475,00.html

Thursday November 8, 2001

Bin Laden network 'plotted hundreds of attacks'

Julian Borger in Washington

The attacks on US targets culminating in the September 11 suicide hijackings were only a fraction of the onslaught planned by Osama bin Laden and al-Qaida, it emerged yesterday.

Over the past three years, US intelligence detected plots against US embassies in 14 countries, mostly in Asia and Africa, and there were over 600 more "credible threats" of attacks. Some were thwarted by arrests or stepped up security. Others appear to have been suspended or may still be pending.

The global extent of al-Qaida's terrorist ambitions is revealed in a new book by Peter Bergen, CNN's terrorism analyst, who interviewed the Saudi fugitive in Afghanistan in 1997. The book, Holy War Inc.- Inside the Secret World of Osama bin Laden, portrays al-Qaida as a multinational corporation with "investments" in terrorist cells all over the world. Mr Bergen argues that if Bin Laden is killed, other members will take his place, including possibly his son Mohammed, or the "eminence grise" of the organisation, Ayman al-Zawahiri.

For about a year, Bin Laden kept in touch with his empire through a computer-sized satellite telephone bought from a New York company for $7,500 in 1996, but he soon became aware his conversations were being intercepted by US satellites. Since then, Mr Bergen writes, he has been communicating by radio or in person, rendering the huge US surveillance operation largely futile.

According to the book, al-Qaida plotted attacks on three US embassies this year, in Yemen, Bangladesh and India. The Indian plot was foiled by the arrest of two men in New Delhi with six kilos of high explosive. The mastermind behind the attack, Mohamed Omar al-Harazi, was also the cell operations leader in the attack on the US Cole warship last year.

Holy War Inc. plays down the CIA's role in creating the Afghan-based Islamic terrorist groups during the 1980s. During the war against the Soviet army, Bin Laden had closer links with Saudi intelligence, Mr Bergen reports. Bin Laden was "effectively working as an arm of Saudi intelligence".