Laman Webantu   KM2: 6336 File Size: 9.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 446: Guardian: Skuad Relamati Taliban Bersiap Utk Bertindak
By Rory Carroll

10/11/2001 10:02 am Sat

The Guardian

Skuad Relamati Taliban Bersiap Siaga Untuk Bertindak

(Taliban suicide squads primed for action)

Oleh: Rory Carroll di Islamabad

Para pemimpin Taliban telah mengizinkan penubuhan skuad relamati untuk mencari dan memusnahkan sasaran Amerika bersama pakatan Utara dalam satu fenomena mempertingkatkan penentangan mereka terhadap serangan darat, demikian dilaporkan kelmarin.

Beberapa pasukan militan telah dikatakan mendapat kebenaran melilit badan mereka dengan bahan ledakan dan memasang perangkap yang sama di kenderaan untuk melancarkan serangan ganas terhadap musuh mereka, walaupun ada kesangsian apakah perbuatan itu akan ditafsirkan sebagai membunuh diri.

Kesungguhan mengenakan bencana yang maksima terhadap askar Amerika dan proksi mereka daripada pakatan Utara nampaknya sudah meyakinkan Taliban memberikan keizinan menggunakan taktik yang mengorbankan banyak nyawa anggota pasukan keselamatan India di Kashmir.

Militan Islam yang memerangi wilayah Himalaya terhadap India telah melancarkan serangan ke arah pangkalan tentera India, sekatan keselamatannya dan pasukan rondaan dengan melancarkan serangan berani mati yang mengorbankan berdozen nyawa. Para pejuang yang sanggup berkorban seperti ini digelar sebagai anggota 'FIDAYEEN'.

Kumpulan Islam itu berlatih untuk menyerang di Afghanistan di bawah tajaan Taliban dan Al-Qaeda pimpinan Osama Laden. Mereka mengangap perjuangan menentang Amerika itu sebagai satu peperangan jihad.

Mengikut laporan pelarian perang, warga Arab dan Pakistan yang berani mati telah semakin menonjol memperkasakan benteng pertahanan Taliban, sambil mengenepikan pejuang Afghan yang lebih bersifat sederhana.

Jaish-e-Mohammad adalah satu kumpulan fundamentalis Pakistan yang disyaki melancarkan serangan pengeboman dengan menggunakan kereta, bulan lalu yang membunuh sekitar 38 orang di luar dewan perundangan di Kashmir. Ada laporan mengatakan kumpulan ini sudah memasuki Afghanistan dan akan menggunakan kaedah yang sama.

'Mereka berjuang menentang India, dan mereka akan berjuang menentang Amerika,' kata Mohammad Gul, yang telah melatih sukarelawan. 'Kami telah mengarahkan pejuang kami berpindah daripada Kashmir menghala Afghanistan.'

Sardar Ahmedia, seorang jurucakap Pakatan Utara yang berpusat di New Delhi, mendakwa pemimpin agung Taliban, Mullah Omar telah menggerakkan pasukan fidayeen di satu persidangan di Kandahar minggu lalu.

Setelah menjalani latihan komando, skuad relamati itu akan dihantar menyeberangi sempadan mencari sasaran pangkalan AS dan tempat pembekalannya di negara lain seperti Tajikistan, katanya.

Kenderaan seperti trak, kereta kebal, dan apa juga yang boleh bergerak akan dipasang bahan peledak dan bom, mungkin dipandu ke arah benteng tentera lawan di Mazar-i-Sharif untuk merampasnya semula. Demikian laporan beliau kepada majalah Defence Weekly.

'Mengikut sistem latih-tubi Taliban mengajar kader mereka bahawa perjuangan yang berakhir dengan kematian adalah satu kesucian dan membunuh musuh sehingga terkorban diri sendiri adalah dianggap perjuangan yang paling tinggi menghala ke syurga. Gambar-gambar para fiyadin yang terkorban dipasang di setiap masjid dan surau dan para pelatih digalakkan mencontohi perjuangan mereka yang syahid itu.'

Seorang Taliban yang berpaling tadah, memberitahu Guardian betapa dua orang juruterbang sudahpun bersedia memandu pesawat secara kamikaze dengan menggunakan pejuang usang SU yang telah disorokkan selama ini dan dapat mengelak serangan bertubi AS.

Akhbar Frontier Post kelmarin ada melaporkan sumber Taliban berkata di Kabul bahawa: 'skuad relamati 'fidayin' yang bersenjatakan sub-mesingan AK-83 dan memakai gelang kain berwarna hijau yang dilakar tulisan Al-Quran sudahpun mula bertugas di beberapa tempat.'

Para komando itu adalah warga Maghribi yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Palestin yang pernah menggerakkan pasukan relamati menentang sasaran Israel.

Malahan dalam pasukan Taliban, kumpulan fidayin itu merupakan pasukan yang penuh kontroversi kerana terdapatnya tanggapan ajaran Islam dan amalannya yang melarang membunuh diri.

Namun, ada tafsiran yang dikaitkan kepada Kashmir dan Israel, mengatakan seseorang yang menyerang itu adalah pasti menemui ajalnya dan tidak semestinya perbuatan itu bersamaan dengan membunuh diri sendiri. Inilah yang dikatakan mati syahid.

Pergolakan di Kashmir telah meledak pada 1989, ketika Soviet Union berundur daripada Afghanistan, memberi ruang kepada para pemberontak berkhemah di kawasan yang dikuasai oleh pejuang mujahidin dan mereka mempunyai segala kepintaran untuk mengganyang tentera India yang telah dituduh selama itu menekan dan mendera penduduk Islam Kashmir yang merupakan kumpulan yang majoriti.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.guardian.co.uk/Archive/
Article/0,4273,4294395,00.html

Taliban suicide squads primed for action

Tactics Hardliners vow escalation of conflict despite Islamic doubts

Rory Carroll in Islamabad Guardian

Thursday November 8, 2001

Taliban leaders have sanctioned suicide squads to seek and destroy US and Northern Alliance targets in a significant escalation of their resistance to ground assaults, it was claimed yesterday.

Teams of militants have allegedly been granted permission to strap explosives to their bodies and vehicles to launch potentially devastating attacks against enemy forces, despite unease over Islam's disapproval of suicide.

A determination to inflict maximum casualties against American troops and their Northern Alliance proxies has apparently convinced the Taliban to approve a tactic which has bloodied Indian security forces in Kashmir.

Muslim militants waging an insurgency in the disputed Himalayan territory have bombed Indian military bases, checkpoints and patrols in a series of spectacular raids which claimed dozens of lives. Fighters willing to make the ultimate sacrifice are known as fidayeen.

The Islamist groups trained for suicide attacks in Afghanistan under the sponsorship of the Taliban and Osama bin Laden's al-Qaida network, which see the fight against the US as a holy war.

According to refugees, Arab and Pakistani hardliners have in recent weeks taken an increasingly dominant role in organising Taliban resistance, elbowing aside those Afghans deemed too moderate.

Jaish-e-Mohammad, a fundamentalist Pakistani group suspected of last month's car bomb which killed at least 38 people outside a state assembly building in Kashmir, said its militants had infiltrated Afghanistan and would use identical methods.

"They work against India and they will work against the Americans," said Mohammad Gul, who trains volunteers. "We have redirected our members from Kashmir to Afghanistan."

Sardar Ahmedia, a spokesman for the Northern Alliance in New Delhi, claimed the Taliban's supreme leader, Mullah Omar, mobilised fidayeen at a meeting in the southern city of Kandahar last week.

After being drilled in commando tactics the squads would be slipped across the border to target US bases and supply depots in neighbouring countries such as Tajikistan, he said.

Trucks, tanks and other vehicles loaded with explosives could also be driven at opposition forces trying to retake the northern city of Mazar-i-Sharif, he told Defence Week magazine.

"The Taliban indoctrination system was such that death of their cadres is glorified and killing the enemy and losing one's life in the process is considered the ultimate ticket to heaven. Photographs of martyrs are pasted in mosques and recruits told to model their lives on them."

A Taliban defector told the Guardian that two pilots willing to fly kamikaze missions could do so in ageing SU fighter bombers which have been hidden and survived the US onslaught, unlike their MiG jets.

Yesterday's Frontier Post, a Pakistani newspaper, quoted a Taliban source in Kabul saying that "death squads" of fidayeen, armed with Russian-made AK-83 sub-machine guns and wearing olive-green chest bands inscribed with verses from the Koran, were operating in several areas.

Their commander was identified as a Moroccan with links to the Palestinian groups which have sent suicide bombers against Israeli targets.

Even within the Taliban movement the fidayeen are a controversial force because some interpretations of Islamic theology and practice conclude that suicide is forbidden.

But other interpretations, often cited in Israel and Kashmir, say an attacker going to certain death is not necessarily committing suicide but seeking martyrdom.

The Kashmir insurgency flared in 1989 just as the Soviet Union withdrew from Afghanistan, allowing rebels to set up camps in mojahedin-controlled areas and perfect skills to torment Indian troops who were accused of repressing Kashmir's Muslim majority population.