Laman Webantu   KM2: 6335 File Size: 4.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 445: IUK: Healey - Peperangan Tiada Peluang Hancurkan Keganasan
By Paul Waugh

10/11/2001 9:51 am Sat

Independent UK

Healey: Peperangan tidak ada peluang menghancurkan keganasan

(Healey says war has no chance of destroying terrorism)

Oleh: Paul Waugh (Timbalan Editor Politik)

Bekas Chanselor (menteri kewangan Britain) Lord Healey telah menjadi seorang pemimpin Labour Party yang terkanan mengkritik peperangan mengganyang Afghanistan semalam, apabila dia menyerang barat dengan berkata: 'mereka membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.'

Lord Healey pernah menjadi timbalan ketua parti, telah melaungkan kesangsian beberapa ahli parlimen Labour ketika dia meminta agar dihentikan pengeboman supaya bantuan kemanusiaan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Ketika bercakap di BBC Radio 4 dalam program 'Today' dia berkata: 'Yang banyak terbunuh ialah wanita dan kanak-kanak. Dari segi kemanusian, saya fikir ini adalah sungguh memalukan. Ini juga memberi ruang yang kuat dari segi perdebatan poilitik. Peperangan itu tidakpun dapat peluang membunuh Osama bin Laden ataupun menghancurkan pergerakan Al-Qaida. Malahan, ia akan mencetuskan kebangkitan lebih ramai pengganas, menyebabkan lebih ramai manusia dunia Islam yang akan membenci Barat.

'Inilah yang menjejaskan martabat kerajaan yang sekarang ini berhubungan baik dengan Barat dan amat penting dikekalkan terutama sekali Arab Saudi dan Pakistan.'

Lord Healey pernah menjadi Setiausaha Pertahanan parti Labour yang paling lama, antara 1964 hingga 1970. Beliau juga pernah menjadi menteri luar bayangan pada awal 1980-an. Ketika Perang Dunia Kedua dia pernah berkhidmat di Afrika Utara dan Itali dengan Royal Engineers, hingga berpangkat major pada 1944.

Jurucakap rasmi perdana Menteri Britain telah menyambut kritikan Healey itu dengan berkata: 'Sebenarnya kita tidak ada pilihan, kerana wujudnya ancaman pengganas yang aktif. Ini perlu ditangani. Kalaulah kritikan itu mencadangkan supaya tidak dilaksanakan kempen ketenteraan, kita sebenarnya terpaksa mengikut budaya diplomatik dan politik.

Setiausaha Pertahanan dalam Negara, Geoff Hoon, berkata: Adalah satu lambang demokrasi apabila suara kritikan seperti itu dapat didengar, sedangkan di Afghanistan 'sebenarnya ada manusia yang terbunuh kerana menyuarakan pendapat semacam itu.'

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://news.independent.co.uk/
uk/politics/story.jsp?story=103767

Healey says war has no chance of destroying terrorism

By PaulWaugh (Deputy Political Editor)

The former chancellor Lord Healey became the Labour Party's most senior critic of the war in Afghanistan yesterday when he attacked the West for "killing a lot of innocent women and children".

Lord Healey, who was once the deputy leader of the party, echoed the concerns of several Labour MPs when he called for a halt to the bombing so that more aid could reach refugees.

Speaking on BBC Radio 4's Today programme, he said: "It is killing a lot of innocent women and children. That humanitarian argument, I think, is overwhelming. The political argument is equally strong. [The war] hasn't got any chance of killing bin Laden or destroying his al-Qa'ida movement. It is, in fact, creating more terrorists, turning more people throughout the Muslim world against the West.

"And it is undermining governments which are presently friendly to the West and which it is very important to keep on-side, particularly Saudi Arabia and Pakistan."

Lord Healey was Labour's longest-serving Secretary of State for Defence, from 1964 and 1970. He was also the shadow Foreign Secretary in the early 1980s. During the Second World War, he served in North Africa and Italy in the Royal Engineers, rising to the rank of Major in 1944.

The Prime Minister's official spokesman responded by saying: "There is actually no alternative. There is an active terrorist threat. It has to be dealt with. If the criticism is that this shouldn't just be a military campaign, the fact is that we are also following diplomatic and political elements."

Geoff Hoon, the Secretary of State for Defence, said a hallmark of democracies was that such criticism could be voiced, while in Afghanistan "frankly people are killed for expressing their views in that way".