Laman Webantu   KM2: 6334 File Size: 3.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 444: CRM: Anak Lelaki Mangsa Yg Terselamat di WTC Sertai Taliban
By Damon Johnston

10/11/2001 9:29 am Sat

Courier Mail News

Anak Lelaki Mangsa Yang Terselamat di WTC Menyertai Taliban

(WTC Survivor's Son Leaves NY To Fight With Taliban)

Oleh: Damon Johnston, New York.

Ketika menara Pusat Dagangan Dunia menyala dengan ganasnya, ibu Mohammed Junaid telah diselamatkan oleh ahli penyelamat bomba dan pegawai polis yang berani.

Akan tetapi, cara Junaid, yang berusia 26 tahun menyatakan terima kasih beliau itu telah memeranjatkan New York.

Sebagai membalas usaha menyelamatkan nyawa ibunya, warga Islam-Amerikan itu telah sanggup belot dan membeli sekeping tiket satu hala menuju Pakistan untuk mendaftar menganggotai Taliban dan membunuh orang Amerika.

Junaid berlepas dalam satu missi yang diangap berjihad seminggu selepas ibunya, seorang pekerja pejabat di tingkat sembilan di North Tower telah dapat diselamatkan. Lebih kurang 4500 yang lain tidak begitu baik nasibnya dan telah terkorban dalam serangan ngeri September 11.

'Ibu saya telah terselamat tetapi saya tidak merasa apa-apa terhadap peristiwa September 11 itu,' kata Junaid.

'Saya telah melihat bagaimana menara itu runtuh tetapi saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap warga Amerika yang terperangkap di dalam. Saya mungkin memiliki paspot Amerika, tetapi saya bukannya warga Amerika kerana saya adalah seorang (yang beragama) Islam.'

Junaid menawarkan perjuangan jihadnya terhadap negaranya sendiri ketika sampai di Islamabad, Pakistan, sambil menunggukan peluang memasuki Afghanistan untuk menganggotai Taliban.

'Saya tidak merasa sebarang sesalan kerana kematian orang Amerika,' demikian jawab Junaid kepada TV ITN, Britain.

'Saya bersedia membunuh orang Amerika. Saya akan membunuh setiap orang Amerika yang saya jumpai nanti di Afghanistan. Saya akan membunuh setiap askar Amerika yang saya temui nanti di Pakistan.'

Ibu bapa Junaid telah berhijrah daripada Pakistan.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.thecouriermail.news.com.au/common/ story_page/0,5936,3191386%255E954,00.html

New York survivor's son turns traitor

Damon Johnston in New York
06nov01

MOHAMMAD Junaid's mother was led to safety from the blazing World Trade Centre by New York's brave firefighters and policemen.

But 26-year-old Junaid's thank you has shocked New York.

In return for saving his mum's life, the Islamic-American has turned traitor and bought a one-way ticket to Pakistan to sign up for the Taliban and kill Americans.

Junaid left on what could be a suicide mission one week after his mother - an office worker on the ninth floor of the north tower - was among the survivors.

About 4500 others were not so lucky, and lost their lives in the terror strikes on September 11.

"My mother was in the north tower of the World Trade Centre but I still feel absolutely no remorse about what happened on September 11," Junaid said.

"I saw the towers collapse but felt nothing for the Americans inside. I may hold an American passport, but I am not an American - I am a Muslim."

Junaid offered his own personal jihad against his own country when in Islamabad, Pakistan, as he waited to cross the border into Afghanistan to join the Taliban.

"I did not feel any remorse for the Americans who died," Junaid told Britain's ITN television network.

"I'm willing to kill the Americans. I will kill every American that I see in Afghanistan. And I'll kill every American soldier that I see in Pakistan."

Junaid's parents migrated from Pakistan.