Laman Webantu   KM2: 6331 File Size: 5.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 441: Reuters - Musharraf mahu pengeboman dihentikan
By Tom Heneghan

10/11/2001 9:06 am Sat

Musharraf mahu pengeboman dihentikan

(Musharraf says bombing should stop)

Oleh: Tom Heneghan

PARIS: Serangan udara yang diketuai oleh AS ke atas Afghanistan harus dihentikan secepat mungkin, kerana seluruh dunia melihatnya sebagai satu peperangan yang memangsakan manusia yang tidak berdosa. Demikian pendapat Presiden Pervez Musharaf pada hari Khamis.

Dia berkata mahu meminta Presiden Amerika George W. Bush menggantung operasi itu sepanjang bulan Ramadhan yang akan bermula pertengahan November.

Meneruskan kempen itu sepanjang Ramadhan akan mencetuskan huruhara di seluruh dunia Islam, katanya.

'Seluruh dunia akan menganggapnya sebagai satu peperangan terhadap golongan miskin dan yang tertekan di Afghanistan,' demikian pendapat Musharraf dalam satu persidangan akhbar selepas berbincang dengan pemimpin Peranchis di Paris.

Musharraf merupakan rakan sekutu yang utama dalam peperangan membasmi keganasan yang dipelopori oleh Washington, dan yang ditekankan oleh Bush sebagai usaha menghambat Osama bin Laden ekoran serangan September 11, yang menghenyak New York dan Washington.

Musharraf dijangka mendarat di London untuk perbincangan dengan Tony Blair, Perdana Menteri Britain, pada petang Khamis dan kemudiannya berlepas ke Amerika Syarikat untuk bertemu Bush sambil beliau menghadiri persidangan PBB.

Pakistan telah menawarkan banyak kemudahan ketenteraan kepada Washington untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat di Afghanistan di mana operasi pengeboman Amerika itu sudah memasuki bulan yang kedua.

Sokongan Musharraf itu telah memberikannya peluang untuk mengatur semula jadual pembayaran hutang lapuk Pakistan yang bernilai $36 bilion dollar semuanya.

Presiden Jacques Chirac telah memberitahu Pakistan ketika jamuan makan malam di Isana Elysee malam Rabu kelmarin, betapa Paris akan memberikan sokongan agar layanan baik diberikan kepada Pakistan dalam pengaturan jadual bayarbalik hutang lapuk itu yang membabitkan kumpulan Paris Club. (Inilah nama satu kumpulan yang melibatkan pemberi hutang Eropah yang menyalurkan hutang mereka kepada negara dunia ketiga, yang tidak melibatkan Amerika Syarikat, secara langsung - penterjemah).

Musharraf juga telah bertemu bual dengan Perdana Menteri Peranchis, Lionel Jospin pada hari Khamis.

'Memang wujud persefahaman dalam isu Afghanistan dan apa juga tindakan yang diambil untuk mengembalikan keamanan kepada Afghanistan,' kata Musharraf kepada wartawan di pejabat Jospin.

'Mengenai keganasan, ada sepakatan bagaimana beberapa masalah ekonomi yang dihadapai oleh Pakistan yang dapat diuruskan bersama dan telah dibincangkan dengan Perdana Menteri (Peranchis),' katanya.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://dailynews.yahoo.com/htx/nm/20011108/ ts/attack_musharraf_france_dc_2.html


Thursday November 8 6:03 AM ET

Pakistan's Musharraf Says Bombing Must Stop

By Tom Heneghan

PARIS (Reuters) - The U.S.-led military attacks on Afghanistan (news - web sites) should be stopped as soon as possible because the whole world sees them as a war against innocent civilians, Pakistan President Pervez Musharraf said Thursday.

He said he would ask President Bush (news - web sites) to suspend the bombing during the Muslim holy month of Ramadan, which starts in mid-November.

Continuing the campaign during Ramadan would cause trouble throughout the Muslim world, he said.

``It is being perceived in the whole world...as if this were a war against the poor, miserable and innocent people of Afghanistan,'' Musharraf told a news conference after talks with French leaders in Paris.

Musharraf is a key ally in Washington's war on terrorism, which Bush has waged to hunt down Afghan-based militant Osama bin Laden (news - web sites) following the September 11 hijacked airliner attacks on New York and Washington.

Musharraf was due to travel to London for talks with British Prime Minister Tony Blair (news - web sites) later Thursday and from there to the United States to meet Bush on the fringes of the United Nations (news - web sites) General Assembly.

Pakistan has put military facilities at Washington's disposal for search and rescue operations in neighboring Afghanistan, where the U.S.-led bombing of targets of the ruling Taliban and bin Laden's al Qaeda network is in its second month.

The United States has indicated it could continue its campaign during Ramadan, a month of dawn to dusk fasting.

Musharraf's support to date for Washington, against opposition to the war in his overwhelmingly Muslim country, has won him strong backing from Western countries in his bid to reschedule some of Pakistan's huge $36 billion debt.

President Jacques Chirac told him at a dinner at the Elysee Palace Wednesday that France would support ``a generous treatment for Pakistan's debt'' in the Paris Club group of Western creditors.

Musharraf also met French Prime Minister Lionel Jospin on Thursday.

``There was total unanimity of views on this issue of Afghanistan and whatever action we've been taking there to bring peace and normality to Afghanistan,'' Musharraf told reporters at Jospin's office.

``On the issue of terrorism there is a total unanimity of view and as far as our domestic environment is concerned, the economic difficulties that Pakistan is passing through were indicated to the prime minister,'' he said.