Laman Webantu   KM2: 6325 File Size: 9.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 439: LizM: B1 - Empayar Riak Yang Semakin Nazak
By Liz Michael

9/11/2001 4:26 pm Fri

[Awalkata: Artikel ini amat baik dan jitu. Kita terjemahkan kepada tiga ataupun empat bahagian, sebagai satu iktibar kepada orang Melayu dan Islam khasnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.

Perhatikan betapa banyak persamaan di Amerika dalam cara hidup yang dipelopori oleh orang yang angkuh, riak lupa daratan dengan cara hidup yang dirancang oleh pemimpin parti kerajaan UMNO pimpinan seorang malbari tua dan sebuah parti Melayu yang sama keadaan nazaknya. - penterjemah. ]


Sierra Times.com
6/11/01


Empayar Riak Yang Semakin Nazak - Bahagian 1

(The American Empire On Its Deathbed)

Oleh: Liz Michael

Terdapat satu teori kontroversi yang sengaja disebarkan dengan meluas selama bertahun lamanya, betapa wujudnya dalam pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat satu kuasa besar yang mampu mencetuskan beberapa peristiwa yang sengaja direncana seperti peristiwa ngeri September 11 (9-11), pengeboman Oklahoma City, dan sebagainya, untuk melaksanakan satu 'Rencana Besar' (Master Plan) ke arah penubuhan sebuah kerajaan totaliter (inilah bentuk kerajan persis Nazi Jerman dulu - hanya satu parti sahaja yang berkuasa. Di zaman moden ini sistem tersebut wujud di Iraq - penterjemah)

Kerajaan yang diimpikan itu adalah sebahagian kemestian satu usaha yang lebih besar oleh Dunia Order Baru (Konsep ini mula tercetus selepas Ronald Reagan digantikan oleh Senior Bush. Di Indonesia ia disebut Ode Baru - penterjemah), PBB, Kumpulan Illuminati (sila lihat tulisan Pak Marhaintua mengenai Zionisme), Ratu England yang bersekongkolan dengan Vatican, syarikat besar sejagat ataupun Multinational Corporation (MC), ataupun sesiapa sahaja yang dikambing-hitamkan pada sesuatu suasana ataupun pergerakan itu. Kebanyakan pengamal teori konspirasi ini mengemukakan andaian mereka seolah-olah semua itu berbentuk fait acompli (sesuatu yang berlaku dan tidak perlu dipertikaikan lagi) yang tidak boleh dirungkaikan lagi. Justru semua orang mendewakan raksasa ini yang mereka fikir tidak boleh dimusnahkan lagi.

Kebenarannya menunjukkann beberapa perkara yang lebih tidak menyenangkan beberapa ramai manusia setiap kali ia terlaksana.

Adalah satu hakikat yang benar bahawa kerajaan Amerika sudah menghampiri zaman keruntuhannya. Beberapa serangan terbaru di Amerika Syarikat tidak merupakan hasil kerjasama keluarga Bush yang bersekongkolan dengan keluarga Clinton dan beberapa individu liberal yang kemarukkan kuasa. Sebenarnya adalah serba mungkin betapa kuasa luar yang sebenarnya tidak ingin melihatkan kewujudan Amerika Syarikat yang totaliter, mahu mengenepikan AS daripada kedudukannya yang dianggap terunggul di dunia ketenteraan dan kuasa ekonomi, dan mahu mengusahakan kehancuran AS yang totaliter itu, seperti yang berlaku kepada kehancuran Soviet Union dan pemusnahan Nazi Jerman.

Kuasa Besar Yang Tumpul Bisanya

Segala pergerakan yang dilihat sekarang bukannya pergerakan seseorang yang 'sedang berkuasa'. Inilah dia pergerakan satu kumpulan manusia yang tiba-tiba tersedar bahawa mereka sudah kehilangan kuasa, dan sedang bertungkus lumus untuk mendapatkannya semula.

Kalaulah satu kuasa totaliter memegang kuasa sudah tentu ia tidak mudah dihenyak oleh sedikit serangan anthrax yang menggugat Washington D.C.. Kumpulan totaliter yang sebenar tentu mampu memasak langkah untuk melawan. Kongres tidakpun berani bersuara gagah untuk menyerang balas. Mereka cabut lari, dan laksana anjing kurap mereka lari lintang-pukang, sambil diikuti oleh bahagian kerajaan yang mengekori dari belakang. Inilah gelagat, manusia yang tidak lagi berkuasa ke atas rancangan besar mereka, tetapi menyerupai manusia yang tergugat dan ketakutan, Inilah manusia yang secara tiba-tiba mereka sedari tidak lagi dapat menguasai setiap gerak-geri yang menggugat dengan ngeri.

Apabila CIA diserang oleh anthrax, adakah mereka menunjukkan petanda mereka dapat menguasainya? Izinkan saya mengulanginya: kumpulan yang menakutkan kerajaan AS telah menghenyak CIA - Central Intelligence Agency. Inilah dia agensi yang sepatutnya serbatahu akan setiap perkara sebelum ianya berlaku. Inilah juga jabatan perisikan kerajaan yang telah diberitahu lebih awal dulu oleh pelbagai sumber bahawa 9-11 sudah semakin hampir. Tetapi, mereka sengaja memperlekehkan ugutan itu, ataupun tidak tahu menepati masanya bertindak sesuatu. Apakah anda fikir mereka sengaja merelakan diri mereka dihenyak begitu?

Gray Davis pernah menerima amaran ini dan memikirkan perkara itu kekurangan pengawasan, dengan mengumukannya sebagai satu ugutan keganasan sahaja.... yang tidak dapat diperakukan. Kerana itu, sumber berita itu dianggap sebagi satu desas-desus sahaja. Inilah juga perkaranya yang dinafikan oleh FBI. Jadi, kita dapati semua panglima negara cuba berlumba-lumba untuk meraba-raba... sedangkan mereka tidakpun mempunyai sebarang bayangan ..... mencuba menahan..... sedangkan mereka tidak tahu siapa itu. Dengan lain perkataan, mereka terkaku menjadi kematu. Mereka terpaku kerana mereka sudah tertipu.

Seorang wartawan Sacramento telah ditangkap polis di Los Angeles International Airport dan dipaksa memusnahkan gambar yang diambilnya untuk merakamkan beberapa petugas daripada National Guardsman. Sepatutnya sesuatu kuasa yang totaliter tidak perlu takut kalau gambar mereka dirakamkian. Baru-baru ini, seorang ahli utama Green Party telah dinafikan menaiki sebuah pesawat terbang kerana dia (wanita itu) adalah seorang ahli Green Party yang mahu menghadiri satu persidangan.

Mereka telah mencuba mengaitkan peristiwa serangan anthrax kepada semua pihak bermula dari Al-Qaida, kepada Iraq, kepada kumpulan militia tempatan yang rasis, kepada militia pembebasan, kepada kumpulan pagan: dan hanya masa yang akan menentukan bila pula mereka akan menuduh puak aktivis berfahaman kiri, kesatuan sekerja, kumpulan beragama, ataupun seperti yang dilakukan oleh Clinton dulu ketika tercetusnya peristiwa pengeboman Bangunan Murrah, menuduh 'kumpulan juruacara program 'talk show' yang berfahaman kanan dan radikal.'

Semua manusia ini bukan sahaja takutkan pelancong asing. Semua orang ini amat takutkan anda dan juga saya. Mereka amat takutkan pihak media. Mereka amat curiga akan aktivis politik. Mereka gerunkan kumpulan pasifis. Mereka amat takutkan bayang mereka sendiri. Mereka sudah tidak berjaya menguasai apa benda pun.

Apabila keadaan semakin mencabar, yang dicabar pergi berbelanja?

Kini, konsep 'Peperangan Membasmi Keganasan' sudah mempunyai corak gerak yang berbeza. Selepas September 11, mungkin terdapat banyak panggilan terhadap kumpulan militia, yakni semua orang dan bukannya segelintir mereka yang berleher merah di perkampungan dan mempunyai idealisma yang menyerlah (bukan semestinya ada cacat-cela menjadi kumpulan seperti itu) agar mereka terus berwaspada, mula melengkapkan senjata yang ada, mempelajari cara mempertahankan diri dan teknik berperang, dan mula mengawasi semua jambatan, stesen nuklear, sempadan dan pesawat udara. Apabila tidak ada sesuatu yang terjadi, kita mungkin diarahkan bersiap sedia dengan tempat persembunyian daripada serangan nuklear, ataupun serangan kimia. Mungkin kita diarahkan menyimpan sedikit makanan kering, bekalan perubatan, dan mempelajari cara penyelamatan CPR dan teknik rawatan. Mungkin terpaksa membeli senjata dan bersiap sedia dengan kereta sendiri kalau-kalau diperlukan ketika kecemasan ataupun untuk melarikan diri.

Tetapi sebaliknya apakah yang diarahkan oleh Rudy Giuliani untuk menyelamatkan New York? Apakah yang diarahkan oleh George W.Bush untuk menyelamatkan negara AS ini?

Mereka mahukan kita pergi ke kedai membeli-belah - shopping kata mereka.

Rudy mahukan kita pergi menonton teater di Broadway, walaupun kita tidak mampu memandu memasuki bandar tanpa ada penumpang dalam kereta, dan terpaksa melalui sekatan jalanraya dan pusat pemeriksaan yang lebih banyak dan lebih ketat berbanding yang dipasang di sempadan negara dengan Mexico.

Presiden kita mahu kita menggunakan pesawat udara yang dia sendiri tidak akan gunakan, kerana semua penerbangan itu belum menjanjikan keselamatan kepadanya. Selain dari mahukan kita berjimat, menyimpan, membeli barang makanan untuk disimpan, dia mahukan kita meneruskan aktiviti berbelanja sakan tanpa sebarang tujuan. Maafkan saya Mr. Presiden, bukankah anda juga orangnya yang berkata kita sedang berperang? Bukankah anda orangnya yang baru sangat mewujudkan satu jabatan baru yang bernama 'Homeland Security' kerana kita berkemungkinan diserang oleh agen-agen Al-Qaida di negara kita sendiri? Akan tetapi kita dimestikan berlagak selamba seolah-olah 9-11 tidak pernah terjadi? Kita juga diharuskan pergi membeli-belah?

Zaman berperang ialah masanya kita perlu berjimat ketika berbelanja. Kalau adapun manusia yang berbelanja sakan seolah-olah esok tidak akan ada, adalah manusia yang menjangkakan mereka akan mati tidak lama lagi. Kalaulah ekonomi negara Amerika Syarikat bergantung sangat kepada budaya rakyatnya mesti berbelanja, ini bermakna negara ini sudah semakin haprak keadaannya (seperti Malaysia?).

....bersambung....

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6324