Laman Webantu   KM2: 6323 File Size: 4.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 438: MUK: Kamilah Yang melakukannya !!!!
By W. Francis, A. Lines

9/11/2001 4:21 pm Fri

Mirror UK

Kamilah Yang melakukannya !!!!

(We Did It)

Oleh: Wayne Francis dan Andy Lines

Agen-agen anti-keganasan sedang menggeledah satu kenyataan internet oleh satu pasukan dajal yang mendakwa ia telah melaksanakan kerja ganas menyerang Pusat Dagangan Dunia. Demikian yang dapat diketahui oleh 'The Mirror'.

Scotland Yard dan FBI telahpun diberitahu selepas satu kenyataan disiarkan di internet yang dapat dikesan di London.

Satu kumpulan yagn menggelar diri mereka sebagai 'Secret Army for Justice' (Tentera Rahsia Untuk Keadilan =TRUK) telah menyebut pembabitan mereka pada 11 September dulu dan turut bertanggungjawab dengan serangan anthrax yang sedang berlaku.

Para penyiasat Mirror telah dapat membongkar satu dokumen sepanjang satu muka surat itu di internet - sejurus sebelum ia menghilangkan dirinya.

TRUK adalah satu kumpulan yang tidak dikenali sebelum ini, dan telah menjanjikan beberapa serangan ganas lagi.

Lamanwebnya dalam Bahasa Arab telah menerbitkan judul "Kenyataan Pertama oleh TRUK"

Ia mengisytiharkan Mohamed Atta, seorang yang disyaki menjadi pemimpin kumpulan relamati di kalangan perampas pesawat dulu, adalah merupakan ketua kepada kumpulan bawahtanah yang digelar dengan panggilan 'Cell 15'.

Kenyataan itu menyebut: "kami mengumumkan dengan segala kehormatan, kejayaan dan kegembiraan kematian para syahid daripada Sel 15 yang diketuai oleh Ikhwan Mohamed Atta yang telah mengorbankan nyawa mereka, masa dan wang untuk memperkasakan negara.

"Penyebaran anthrax dan operasi Sel 15 pada 11 September adalah merupakan permulaan satu usaha yang lebih memedihkan dan lebih meluas operasinya, di mana TRUK akan mempertahankan hak menggunakan senjata baru dan segala taktiknya."

Kumpulan pelampau Islamiah itu bertegas bahawa operasinya itu bebas daripa pengaruh pemimpin keganasan Osama bin Laden.

Kenyataan mereka menyebut: "haruslah diketahui bahawa TRUK tidak ada kaitan dengan Al-Qaeda... dan tidak pernah menerima sebarang arahan langsung daripada Osama bin Laden.

"Tentera kami bergerak bebas daripada al-Qaeda menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza dan juga taktiknya, dengan sasaran yang tertentu." TRUK menyebut bahawa kumpulan itu ditubuhkan melalui sel rahsia di seluruh dunia, bertujuan untuk "malancarkan serangan ganas terhadap Amerika Syarikat."

Serangan keganasan ini adalah membalas dendam, mengikut dakwaan mereka terhadap gelagat AS "mencampuri dan menafikan hak asasi rakyat Palestin dan tanahair mereka.'

Kenyataan itu menambah: "TRUK mengisytiharkan bertanggungjawab kepada operasi dan kesinambungan usaha melancarkan gerakan relamati syahid di New York, Washington, dan Pennsylvania. Kami bertindak mengeluarkan kenyataan ini untuk memberitahu seluruh dunia akan matlamat kami sebenarnya."

Kenytaan itu ditandatangani dalam tulisan Arab dengan satu logo yang menunjukkan sebilah pedang yang mempunyai kata hikmah di bawahnya: "Mata dibalas mata, dan sesiapa yang menumpahkan darah yang pertama adalah penindasnya."

Seorang pakar bahasa berkata tulisan klasik Arab itu adalah berunsurkan Timur Tengah. Berkemungkinan ia ada kaitan dengan al-Qaeda dan kumpulan radikal Mesir. Lagi satu klu ialah ejaan September yang lumrah digunakan di Syria, Lebanon, Jordan dan Palestin.

Pembantu Osama Laden dalam al-Qaeda ialah seorang warga mesir - Ayman al-Zawahiri bekas pemimpin Jihad Mesir, yang merupakan nama tersenarai dalam senarai FBI sebagai antara 22 manusia yang paling dicintai oleh Amerika.

Para penyiasat anti-keganasan kini percaya para perampas pesawat dulu adalah satu kumpulan pilihan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan al-Qaeda.

Adalah dipercayai Mohammed Atta adalah perancang utama sel tersebut. Seorang jurucakap skuad anti-keganasan berkata semalam: "Besar kemungkinannya inilah satu oraganisasi yang tulen dan merupakan satu ancaman besar. Memang banyak dakwaan wujudnya pasukan yang bertanggunjawab dengan kisah serangan itu di internet dan kebanyakannya itu semua adalah kerja orang persendirian yang sengaja mengada-ngada."

"Akan tetapi, dengan kerjasama pasukan FBI, kita terpaksa menjalankan siasatan dan mencari mereka seterusnya."

Paul Bresson, seorang pegawai FBI berkata: "Saya tidak pernah dengar perkara ini."

Dia meminta The Mirror menyerahkan segala butiran kenyataan itu dan berkata mahu menyiasatnya.

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6321 URL: http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/ page.cfm?objectid=11410821&method=full