Laman Webantu   KM2: 6322 File Size: 7.8 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Pendedahan Aset Menteri Besar Yang Tersorok
By M.G.G. Pillai

8/11/2001 11:32 am Thu

[Ramai pihak tertumpu kepada 'skandal' Khir Toyo sedangkan bukan itu yang sepatutnya dihidu. Sebaliknya reaksi beliaulah yang perlu diteliti kerana itulah yang akan mendedahkan pintu yang berkunci... Khir Toyo sudah tersilap menangani isu ini dan begitu juga beberapa pihak pro reformasi. Sekarang semua perlu menelan ludah sendiri. - Editor]


Pendedahan Aset Menteri Besar Yang Tersorok

(A Transparent Mentri Besar's Hidden Assets)

Oleh: M.G.G. Pillai

Sekarang ini bukan merupakan masa yang menyenangkan golongan menteri besar. Di Johor, menteri besar Abdul Ghani Othman telah berdegil mahukan ujian AIDS dikenakan terhadap pasangan Islam yang mahu berkahwin. Dia ditentang secara terang-terangan sehingga terpaksa berlembut dengan ketegasannya itu. Di Selangor Mohamed Khir Toyo sedang dihantui sanggahan seorang wartawan mengenai kerja-kerja rasuah yang dilakukannya. Kalaulah sebahagian yang saya dengar itu ada kesahihannya, memang tepatlah pengalamannya sebagai tukang cabut gigi itu amat cocok dengan kerjanya sekarang. Beberapa soalan yang dikemukakan di dewan negeri dia disebut sedang hebat cabut-mencabut untuk menafikan pelbagai tuduhan rasuah yang ditujukan kepadanya.

Seperti biasa, semua menteri besar menerima sokongan setiap kali mereka dikenakan tuduhan kerana korup. Ini merupakan satu tanggungjawab bersama kata mereka, jadi takkan mereka dituduh korup? Malahan, oleh kerana kasih dan sayangnya para peniaga yang besar-besar dengan menteri besar membuatkan mereka gemar membawa buah tangan berupa jumlah sogokan wang dan bungkusan yang tidak bertanda sebagai cenderamata. Hanya beberapa lama kemudiannya baru ada orang yang mengetahui betapa ada buah tangan yang bertukar menjadi buah mulut orang. Ketika itu tidak siapa yang tahu siapa yang membawa wang itu, maklumlah mereka bertemu ramai muka setiap hari, termasuk waktu bercuti, sehingga menyulitkan kepada siapa mesti dipulangkan hadiah yang tidak bertanda itu. Kalaulah wang itu dipulangkan kepada Khazanah, tentu banyak soal yang akan menyanggah dan wang itu berkemungkinan disauk ke dalam saku orang yang sama bernafsu serakah. Lebihan lagi, kalau dia memang terkenal kerana tinggi rasuahnya, semua itu tidak akan dapat diselesaikannya.

Untuk menghindari segala masalah ini, semua menteri besar tidak punyai jalan lain selain berbelanja sakan - bukan untuk diri mereka, tetapi untuk orang-orang yang melantik mereka dulu - untuk kemajuan keinsanan, negara dan sudah tentu sekaligus secara tidak langsung kata mereka, untuk diri mereka juga. Apabila si isteri mahukan sebentuk tiara berlian bernilai RM500,000 untuk perhiasan diri menghadiri majlis harijadi sultan, tentu mereka tidak boleh menyungkit wang hak perbendaharaan negeri? Semua simpanan wang yang tidak terurus itu memang ada gunanya, untuk menjaga martabat negeri kerana isteri si menteri besar tadi memakai intan berlian laksa seorang permaisuri, walaupun itulah gelaran yang lama diperam dalam mimpi.

Mengikut suasana politik sekarang, adalah satu perkara biasa dan lumrah sahaja melihatkan menteri besar bersikap korup sekorupnya. Bukankah begitu yang terjadi kepada orang yang mendahului Khir Toyo yang bernama Taib yang mampu bersantai ke Australia dengan wang asing bernilai RM2.5 juta yang tidak pun diisytiharkannya, tetapi dia terus dilantik untuk jawatan seorang naib presiden UMNO, walaupun gegak gempita kisah penyelewengannya itu. Malaysia diisytihar sebagai sebuah negara Islam dan sudah tentu menteri besarnya mengamalkan ajaran Islam juga, setidak-tidaknya setakat beristeri lebih dari satu sebagai memenuhi salah satu syarat pengisytiharan itu. Itu pun membuatkan simpanan dana yang diterima bertimbun itu menonjolkan kegunaannya.

Akan tetapi, ada hadnya yang mesti sama-sama dihormati: jangan dituduh melakukan kerja seksual yang titek-bengik, tidak kiralah samaada anda seorang yang dimanjakan oleh Perdana Menteri, ataupun tuduhan itu rekaan semata-mata, ataupun perempuan yang terlibat sama itu membohong sahaja, ataupun nindanya memang berminat mahu menjatuhkan Rahim Tamby Chik daripada jawatan ketua menteri Melaka, sehingga dia kecundang juga akhirnya. Yang lebih dahsyat lagi kalau anda dituduh cenderung di bidang homoseksual: tidak kiralah betul ataupun palsu, kalau mahkamah memutuskan anda bersalah, anda akan kehilangan jawatan dan kebebasan, walaupun harga diri masih tetap dihormati. Kalaulah menteri besar mengekalkan sikap memegang jawatan mereka, anda aka berada di tempat yang selamat dan bebas.

Mungkin satu ketika dulu, begitulah anggapannya, tetapi keadaan sudah berbeza sekarang ini. Walaupun ini bukannya kesalahan mereka, mereka sudah menjadi bahan perbalahan politik yang lebih besar kerana rakyat Melayu yang sudah tidak gemarkan Perdana Menteri yang ada. Kerana itu, apabila seorang wartawan melayu yang menjadi terkenal di media alternatif menuduh seorang menteri besar berkelakuan korup dalam urusan tanah, dan menjadikannya satu isu besar dalam dewan perundangan negeri Selangor yang baru sahaja tamat sidangnya, Khir Toyo sudah semakin sedar betapa dia menjadi sasarannya. Tidak kiralah kalau dalam hal ini segala tuduhan itu mempunyai asas yang benar Dia adalah insan berpangkat ciptaan Perdana Menteri, yang perlu dihantui dengan dakwaan yang mempunyai asas yang mungkin sepatutnya dipertikaikan tahun lalu.

Khir Toyo memang amat jelas pendiriannya, dan begitulah yang diceritakan kepada jongos dan teman-temannya, betapa dia merupakan wakil rakyat satu musim sahaja dan amat takut kalau-kala tidak mampu berlagak hidup mewah apabila melepaskan jawatan yang dipegangnnya sekarang. Oleh kerana dia hanya berusia empat dekad sahaja, dan berkemungkinan lebih lama lagi bernyawa, bayangkan kegusaran kalau terpaksa hidup selama itu lagi tanpa sebarang jawatan yang boleh menyauk rasuah lagi. Saya diberitahu betapa akaun simpanan beliau mencanak naik setiap bulan setaraf jumlah wang yang mahu diperah oleh seorang peniaga bertaraf antarabangsa dan tidak ada tolok tandingnnya. Cerita itu mungkin satu dongengan yang sengaja dicanang oleh mereka yang cemburukan sikap kelurusan beliau berpolitik. Kali terakhir saya melihatnya, dia masih belum bertongkat lagi, dan namanya pun bukannya Ali. (Mungkin dia kena kacip seorang perempuan yang namanya Fatimah - penterjemah)

Akan tetapi semua desas-desus ini amat memburukkan martabatnya. Sepatutnya dia marahkan tukang sebar cerita dongeng itu dan lakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh menteri besar, samada Barisan Nasional ataupun pembangkang, yang berani melakukannya. Seharusnya dia tidak menganggotai jawatankuasa yang menentukan kelulusan tanah kepada para peniaga dan tukang ampu politik yang besar-besar. Malangnya mereka ini bertegas mahu menganggotai jawatankuasa itu untuk menentukan para exco beliau tidak korup. Sepatutnya hanya seorang sahaja dibiarkan korup dalam kerajaan, ungtuk membolehkan beliau menerima semua sogokan rasuah. Kalau terlalu ramai yang rasuah tentulah ia akan mempercepatkan pihak permbangkan naik berkuasa. Yang lebih menakutkan ialah apabila semua sogokan rasuah itu berpindah ke tempat lain. Inilah yang tidak direlakan oleh UMNO, bukankah begitu? Kerana itu, menteri besar seperti Khir Toyo terpaksa meneruskan atas nama kepentingan negara, mengekalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk terus korup juga. Alangkah sedihnya tragedi itu!!

Terjemahan: SPAR-01-1751

Asal: KM2 6304