Laman Webantu   KM2: 6320 File Size: 5.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 437: SHNS: Senjata Rahsia Taliban: Peparit Bawah Tanah
By Lisa Hoffman

8/11/2001 11:06 am Thu

Scripps Howard News Service

Senjata Rahsia Taliban: Peparit Bawah Tanah

(Taliban's Secret Weapon: underground channels)

Oleh: Lisa Hoffman

Sejak era Iskandar Zulkarnian pejuang Afghan telah menggunakan satu jaringan rahsia yang terselindung di bawah tanah yang juga merupakan perparitan rahsia untuk melancarkan serangan berbahaya mereka.

Walaupun tidak tercatat di sebarang peta dan diketahui hanya oleh orang tempatan, laksana lakaran tapak tangan mereka, peparitan ini ataupun "karez" nama tempatannya di Afghanistan adalah amat terkenal untuk menipu serangan askar daripada luar.

Inilah yang berkemungkinan menjadi masalah besar kepada tentara penggempur AS yang dihantar untuk memerangi askar Taliban dan pasukan pimpinan Osama bin laden serta pengikut al-Qaeda kerana mereka semuanya amat masak dengan putaran perparitan yang sungguh purba asalnya.

"Perparitan bawah tanah itu memang amat berguna kepada pergerakan gurilla," kata Charles Heymann yang merupakan editor kepada Jane's All the World's Armies, kepada para wartawan baru-baru ini. "Inilah satu isu besar yang mesti disedari oleh komander platun yang menyerang Afghanistan nanti."

Peparitan itu telah dicipta sejak 300 tahun BC (sebelum Masehi) untuk menjadi saluran parit yang mengalirkan air daripada bagian sungai di utara dan aliran air gunung kepada kawasan lembah yang sentiasa ketandusan air di kawasan lembah di selatan. Tiga tahun kemarau panjang bererti semua peparit itu adalah kering kontang sekarang ini.

Panjang peparit itu ialah beribu batu, dan tidak jelas daripada permukaan tanah menjadikannya amat sesuai untuk melancarkan serangan mengejut berbentuk "hentam dan lari" (hit and run) terhadap musuh yang tidak menyedarinya.

Ada tempatnya mempunyai kedalaman setakat 100 kaki dan luas benar untuk menjadi tempat simpanan kelengkapan perang dan peluru, makanan dan segala keperluan perang. yang lain memang tidak dalam, ada yang setakat 3 kaki sahaja, dan ini kerap digunakan sebagai tempat perlindungan seandai tercetusnya perbalahan di bandar-bandar. banyak lagi yang berhubungan dengan gua di pergunungan dan benteng pertahanan dan terowong.

Ketika Genghis Khan menakluki Afghanistan pada 1224 dulu, dia mendapati peparitan itu begitu kebal. Begitu jugalah yang dialami oleh Soviet dalam peperangan mereka 1979-1989 di Afghanistan.

Sebahagian besar dekad itu pejuang Afghan telah berkhemah di karez yang dikepung oleh penceroboh Soviet dan menduduki bandar utama di Khost. Soviet telah mencuba menyerang dengan meriam, bom, peluru berpandu Scud, helikopter dan pencurahan minyak untuk dinyalakan agar semua pejuang Afghan kelaur dari tempat persembunyian mereka. Semua itu sia-sia belaka.

Ramai penganalis percaya, Osama Laden telah menggunakan taktik yang sama di Khost ketika mengelakkan serangan peluru berpandu AS ketika AS menghunjam khemah latihan pada 1998 dulu sebagai serangan balas terhadap kemusnahan dua kedutaan AS di Afrika dulu.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.shns.com

INTERNATIONAL

Taliban's secret weapon: underground channels

By LISA HOFFMAN

Scripps Howard News Service
November 06, 2001

Since the time of Alexander the Great, Afghanistan's combatants have used a crisscross network of hidden irrigation channels as secret redoubts and routes for launching ambush attacks.

Unmarked on maps but known to locals like the palms of their hands, these "karez," as they're called in Afghanistan, are legendary for bedeviling outside armies.

They likely would pose a potential problem for any U.S. ground troops dispatched to battle the ruling Taliban army and terrorist kingpin Osama bin Laden's al Qaeda followers - all well acquainted with the ancient network.

"They have always proved a really good route for guerrillas," Charles Heymann, editor of the authoritative Jane's All the World's Armies publication, told reporters recently. "It's an issue that platoon commanders are going to have to be aware of."

Created around 300 B.C., the ingenious aqueducts were designed to carry water from mainly northern rivers and mountain streams to the often-parched fields in the country's valleys and southern plains. Three years of drought mean the channels are largely dry these days.

Stretching for hundreds of miles, the channels are essentially invisible from the ground, making them ideal for launching hit-and-run surprise raids on unsuspecting enemies or as unseen supply routes.

Some segments are as deep as 100 feet and spacious enough for storing quantities of ammunition, weapons, food and other war necessities. Others are far shallower, some only 3 feet deep; these are often used as shelter by civilians fleeing fighting in their towns. Still others connect to mountain caves and newer bunkers and tunnels.

Genghis Khan's invaders in 1224 found the tunnels formidable. So did the Soviets in their 1979-89 war in Afghanistan.

For most of that decade, Afghan rebels encamped in the karez besieged the Soviet invaders occupying the key town of Khost. The Soviets tried artillery, bombs, Scud missiles, helicopter assaults and fuel oil blazes to roust them from the channels, but never could.

Some analysts believe bin Laden also employed the network around Khost to evade U.S. missiles that pounded his nearby training camps in 1998 in retaliation for dual U.S. embassy bombings in East Africa.