Laman Webantu   KM2: 6319 File Size: 4.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 436: Pravda: Sebelum 1990 Bin Laden Insan Yg Berhemah?
By Pravda

8/11/2001 10:58 am Thu

[Sila maklum ini pandangan risikan Saudi yang sudah tentu akan menggelabah jika Osama bin Laden kembali. Inilah badan perisik yang menjemput tentera asing ke bumi Arab Saudi sedangkan itu tidak perlu kerana semua negara Islam memang mempunyai tentera sendiri. Kerajaan Saudi lebih percaya orang bukan Islam (dan sahabat karib Israel pula) dari orang Islam sendiri. - Editor]

Pravda.Ru

7/11/2001

Sebelum 1990 Osama Laden adalah Insan Yang Berhemah

(Before 1990 Bin Laden Was Not A Monster)

Sehinggalah 1990, Osama bin Laden merupakan seorang manusia "yang berhemah tinggi, tidak berapa suka menyebut pendiriannya secara terbuka dalam perbualannya." Inilah yang dinyatakan oleh bekas ketua perisikan Saudi, Putera Turki A-Feisal, yang pernah bertemu dengan Osama Laden tikda kali (dua kali di kedutaan Saudi di Islamabad dan sekali di Arab Saudi, sek mbalinya Osama Laden pada 1990).

Dalam wawancaranya dengan Saudi TV 'MBC', ketua perisikan diraja itu yang telah pun melepaskan jawatannya pada bulan Ogos dulu, mendapati Osama laden merupakan seorang insan biasa, sebagai antara beberapa ramai sukarelawan Saudi yang berjuang di Afghanistan. Mengikut beliau Osama Laden pernah menunjukkan riak-riak anti-Amerikan, di sekolah dan pertubuhan agama, walaupun dia tidak pula menonjol dalam tindak-tanduk pemberontakan. Kerana itu dia dibenarkan keluar daripada negara itu selepas diberikan sedikit nasihat.

Sejurus selepas pengunduran Soviet, al-Qaeda yang ditubuhkan oleh Osama laden pada 1989, tidak mempunyai tugas yang padu, melainkan satu tujuan tertentu untuk "mewujudkan keadilan", demikian kata Putera Turki.

Pada 1990, Osama Laden pernah mencadangkan agar Er-Riad (Riyadh) menggunakan pasukan tentera sukarelawan islam dan tidak menggunakan tentera AS untuk menyelamatkan Kuwait daripada penaklukan Iraq. Dia memang benci melihatkan askar asing bertapak di Arab Saudi di mana Islam telah dilahirkan dan dua masjid suci Islam terdapat di situ.

Osama Laden telah membantah satu fatwa ulama Saudi, yang menerima bantuan barat untuk membantu mempertahankan negara jirannya, Kuwait. Putera Turki beranggapan, sejak hari itu, Osama Laden telah bertukar perangaai dan menjadi seorang manusia seperti yang kita lihat hari ini. Pada 1992, Osama Laden telah pergi ke Selatan Yemen, untuk mengrekrut anak-anak muda untuk latihan ketenteraan dan menganggotai pertubuhan Al-Qaeda.

Tamat

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/11/07/20305.html

2001-11-07

BEFORE 1990 BIN LADEN WAS NOT A MONSTER

Up to the year 1990, Osama bin Laden made an impression of a 'well-mannered, gentle young man, not daring to express his opinion in a conversation'. This was told by ex-chief of Saudi intelligence, prince Turki Al-Feisal, who met with bin Laden three times (twice in Saudi embassy to Islamabad, and once - in the kingdom, where bin Laden returned in 1990).

In his interview to Saudi TV station MBC, the head of general intelligence of the kingdom, who resigned this August, noticed, that bin Laden had been an ordinary man, one of the not many Saudi volunteers fighting in Afghanistan.

According to prince Turki, bin Laden tried to appear with anti-American announcements in schools and religious organizations, though he was not noted of undermining actions, so after a strict reprimand, he was allowed to leave the kingdom. After Soviet troops were withdrawn from Afghanistan, Al-Qaida, organization created by bin Laden in 1989, did not have any concrete tasks, except a very indistinct aim of 'restoration of justice', the prince said. Though, according to him, in 1990, bin Laden proposed Er-Riad to use the army of Muslim volunteers instead of US troops to deliver Kuwait from Iraqi occupation. He was against foreign troops' presence in Saudi Arabia, where Islam had been born and where the two main Muslim sanctuaries were situated, RIA 'Novosti' reports.

Bin Laden was in opposition to fetva of Saudi ulems, who admitted acceptance of military help from the West to be possible for deliverance of the neighbouring country. Prince Turki supposes, that since that moment, Osama bin Laden has changed and has become so, as we know him now. In 1992, bin Laden went to South Yemen, where he recruited youth for military training in Al-Qaida's camps.