Laman Webantu   KM2: 6318 File Size: 10.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 435: Worldnet: Putera Arab dan Industri Media
By Joseph Farah

8/11/2001 9:52 am Thu

WorldNetDaily.com

Putera Arab dan Industri Media

(The Prince and the Media)

Beberapa minggu sudahpun berlalu sejak Putera Saudi Alwaleed bin Talal cuba menghulurkan derma sebanyak 10 juta dollar kepada datukbandar New York, Rudolp Giuliani untuk tabung yang berkaitan dengan serangan ganas di bandaraya itu.

Guiliani memang berhak memberitahu putera itu untuk mengambil balik cek itu dan menyoroknya terus di 'bahagian badannya di mana tidak dijenguk oleh matahari' (ini sebenarnya merupakan sindiran kesat di dunia Inggeris Amerika - penterjemah).

Kenapa? Kenapa beliau telah mengeluarkan satu pendapat yang tidak sesuai didengar ketika membuat sumbangannya itu. Dia mencadangkan serangan udara itu adalah hasil peranan Amerika dalam usaha menyelesaikan konflik di Timur Tengah. (Ini adalah satu pembohongan kerana putera itu telah mengedarkan surat 'flyers' kepada pemberita mengatakan Amerika harus menimbangkan cara ia menangani konflik di Timur Tengah, tanpa mengaitkan kisah serangan ngeri itu - penterjemah).

'Luka yang dibiarkan berterusan itu akan terus merebak,' demikian kata insan yang nombor lapan terkaya di dunia. 'Sebenarnya, selagi masalah Israeli-Palestin tidak diselesaikan, seluruh dunia akan menanggung risikonya.'

Ini adalah satu kenyataan yang haprak. Dan Giuliani sedar perkara itu. Sumbangannya itu adalah wang yang ada cengkoknya. Putera itu cuba membeli pengaruh, penghormatan dan juga simpati kepada perjuangannya.

Akan tetapi ketika dia disuruh pergi oleh Giuliani, putera itu telah berjaya membeli pengaruh di kalangan dunia kewangan dan terutama sekali media barat yang dikuasai oleh perniagaan besar.

Sebagai contoh, putera itu kini mempunyai saham bernilai $2.05 bilion dollar dalam AOL (American Online- penterjemah) AOL/Time-Warner, seperti yang anda sedar menguasai antara lainnya, banyak perusahaan media, CNN, jaringan berita global yang berpengaruh. Beliau juga memiliki sekurang-kurang $50 juta saham Disney, syarikat yang menguasai antara lainnya syarikat media, ABC. Beliau juga menguasai sekurang-kurangnya 3 peratus News Corporation, syarikat induk New York Post, Fox News Channel, the London Times dan bermacam lagi syarikat media seluruh dunia ini.

Dia juga mempunyai saham yang banyak dalam Compaq, Kodak, Xerox, Amazon, eBay, Internet Capital Group, Infospace, DoubleClick, Coke, Pepsi, Ford, McDonald's, Gillette dan Procter & Gamble.

Akan tetapi, pegangan putera itu dalam industri media yang amat menarik minat saya.

Inilah dia seorang manusia yang mahukan pengaruh dan telah menunjukkan bagaimana menggunakannya. Bagaimanakah pengaruh itu dapat diperkasakannya dalam pegangan saham di media barat itu?

Putera itu ada memberitahu London Times bagaimana dia kerap menelefon taukeh-taukeh syarikat besar di mana dia ada menanam pelaburannya.

'Saya selalu berhubungan dengan mereka, tetapi saya tidak memainkan peranan yang besar dan aktif,' katanya. 'Seandainya mempunyai sesuatu fikiran mengenai sesuatu, saya akan beritahu pengerusi ataupun ketua ekskutif sesuatu syarikat itu.'

Mujur juga dia tidak merupakan seorang pelabur dalam WorldNetDaily - dan tidak mungkin dia berjaya selagi saya mampu bertahan dengan syarikat yang saya tubuhkan ini.

Anda harus faham, saya tidak percaya kengerian di Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon dapat disemadikan mengikut cara yang diusahakan oleh putera itu. Lagipun, tidak ada seorangpun ahli warga intana Saudi mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Kalaulah dia mahu menggunakan pengaruhnya untuk berbuat sesuatu yang baik di dunia ini, putera itu seharusnya berbuat demikian di tanahair sendiri - yang secara tidak langsung ada kaitan dan tanggungjawab menyebabkan satu jenis keganasan Islam yang telah menyerang Amerika Syarikat pada September 11. (Sekali lagi ini merupakan satu propaganda kerana warga Saudi tidak bertanggungjawab dengan keganasan itu.)

Arab Saudi telah membesarkan Osama bin Laden. Arab Saudi telah memeram dan menyokongnya selama bertahun lamanya. Kini, Arab Saudi mahu menyorokkan kenyataan itu secara tipuhelah.

Ketika FBI cuba menemubual ahli keluarga Osama Laden di Amerika Syarikat, pegawai Saudi dengan spontan telah menerbangkan kesemua 24 ahli keluarga Laden pulang ke Arab Saudi dalam satu usaha untuk menggagalkan usaha FBI itu. Keluarga Saudi telah menyorokkan peranan Osama Laden ketika berlakunya pengeboman Khobar Towers, pangkalan tentera AS di negaranya. Arab Saudi enggan berkerjasama dalam siasatan yang melibatkan perampas pesawat terbang yang melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang warga Saudi.

Rakyat Saudi merupakan penaja utama penubuhan khemah putaran minda yang mereka sebut sebagai sekolah agama di Afghanistan dan Pakistan. Itulah pusat doktrinasi yang menghasilkan bakal pemimpin pasukan Taliban.

Arab Saudi bukannya sebuah negara yang bebas mengikut fahaman kebanyakan rakyat Amerika, tetapi merupakan sebuah negara yang zalim dan bersistem kepolisan yang totalitarian - di mana rakyat beragama Kristian boleh didakwa. Inilah negara yang tidak menghormati hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan akhbar dan beragama. Tidak ada satupun gereja Kristian di Arab Saudi dan Kristian dipenjarakan dan dihukum pancung seandainya sembahyang mengikut fahaman Kristian di rumah mereka sendiri. (hi...hi...hi...ini satu penipuan besar bah!!!!).

Kepada mereka yang mengongsi pendirian saya menyokong Datukbandar Guliani memulangkan semula wang derma itu, sudah tiba masanya anda menyoal diri sendiri apakah gunanya putera Arab itu menyebarkan pengaruhnya dalam dunia kewangan AS - terutama sekali dalam media AS itu?

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=25234


The prince and the media

It's been several weeks since Saudi Prince Alwaleed bin Talal attempted to donate $10 million to New York Mayor Rudolph Giuliani for costs associated with the terror attack on the city.

Giuliani rightly told the prince to take his check and stick it where the sun don't shine.

Why? Because of highly inappropriate remarks the prince made while making the contribution. He suggested the terror attack was a result of America's role in attempting to resolve the Mideast conflict.

"This untended sore will fester, spread," the eighth richest man in the world said. "The reality is that until the Israeli-Palestinian situation is resolved, the world remains at risk."

Nonsense. And Giuliani recognized it as such. This was money that was coming with strings attached. The prince was trying to buy influence, goodwill, even sympathy for his cause.

But while he was told to go packing by Giuliani, the prince has been more than successful at buying influence in the financial world and particularly with the western media that big business controls.

For instance, the prince now owns a whopping $2.05 billion worth of AOL stock. AOL/Time-Warner, as you know, controls, among many other media enterprises, CNN, the influential global news network. He also owns at least $50 million worth of Disney stock, the company that controls, among other media enterprises, ABC. He also controls at least 3 percent of News Corporation, the parent company of the New York Post, Fox News Channel, the London Times and many other media outlets around the world.

He also has large holdings in such American corporate names as Compaq, Kodak, Xerox, Amazon, eBay, Internet Capital Group, Infospace, DoubleClick, Coke, Pepsi, Ford, McDonald's, Gillette and Procter & Gamble.

But, it is the prince's media holdings of most interest to me.

Here's a guy who wants influence and has demonstrated his desire to use it. How will that influence be manifested in western media holdings?

The prince told the London Times he frequently makes calls to bosses of the companies in which he is invested.

"I am always in close touch with them, but I don't play an active role," he said. "If I feel very strongly about something, I convey a message directly to the chairman or the chief executive."

Thanks God he's not an investor in WorldNetDaily - nor will he ever be as long as the company I founded remains in private hands.

You see, I don't believe the massacres at the World Trade Center and Pentagon can ever be rationalized as the prince attempted to do. And, particularly, no member of the Saudi royal family has any moral authority to do so.

If he wants to use his influence to do some good in the world, let the prince begin in his own homeland - which, by the way, is not without some responsibility and culpability for having spawned the brand of Islamicist terrorism that struck the United States Sept. 11.

It bred Osama bin Laden. It incubated him. It supported him for years. Now it is in full cover-up mode.

When the FBI sought to interview members of the bin Laden family in the United States, Saudi officials immediately flew 24 family members home in a deliberate effort to subvert the inquiry. The Saudis covered up bin Laden's role in the bombing of the Khobar Towers, the U.S. air base in that country. The Saudis have refused to cooperate fully in the investigation of the hijackers themselves, at least 10 of whom were Saudi citizens.

The Saudis are the principal sponsors of the brainwashing camps they call Islamic schools in Afghanistan and Pakistan - the indoctrination centers that produce new bin Ladens and new leaders for the Taliban.

Saudi Arabia, far from being the moderate state most Americans have believed, is a brutal totalitarian police state - one that persecutes Christians and recognizes no rights to free speech, free press and freedom of religion. There's not a single church in all of Saudi Arabia, and Christians have been jailed and executed for worshipping in the privacy of their own homes.

For those, like me, who applauded Giuliani's decision to give the money back, it's time to ask yourself just how the good prince is using his influence in the U.S. financial world - and particularly in the U.S. media.

Don't miss Joseph Farah's exclusive report "Jihad in America" in the November issue of Whistleblower magazine, WorldNetDaily's monthly offline publication. Order your subscription now.

Joseph Farah is editor and chief executive officer of WorldNetDaily.com and writes a daily column.