Laman Webantu   KM2: 6315 File Size: 22.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 433: Worldnet: B1 - Rahsia Sejarah Anthrax
By H.P. Albarelli Jr.

8/11/2001 9:12 am Thu

[Kita usahakan penterjemahan artikel ini (bahagian dua akan menyusul sebaik sahaja artikel asal disiarkan di internet) atas beberapa sebab;

a) Propaganda Bush di Amerika dan di CNN menyebut hanya ada tiga negara yang mengeluarkan bakteria anthrax sebagai senjata perang: Russia, Iraq dan Afrika Selatan.

b) Bush berusaha mempengaruhi dunia luar sebelum menyerang Iraq sebagai balasan mahu menghancurkan makmal anthrax dan kimia, sedangkan pakar dunia termasuk Israel menyebut bahawa bakteria anthrax di Amerika itu adalah hasil bikinan dalam negeri di Amerika sendiri.

c) Saya menggangap 'anthrax' dijadikan modal untuk mengalihkan beberapa pemimpin di Amerika dan menutup pejabat mereka untuk sementara, untuk membolehkan segala kerja-kerja pembersihan wayar elektronik yang usang yang telah pernah terpasang sebagai alat pemantauan CIA. Mungkin juga pejabat yang dikosongkan itu dipasang dengan peralatan baru untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan CIA dan Bush Senior. Di Amerika sekarang ini semakin ramai penganalis politik yang sedar, betapa presiden sebenar Amerika sekarang ialah Bush Senior, yakni bapa kepada Bush yang menjadi presiden secara rasminya. Kerana itu Islam dan Iraq menjadi mangsa tekanan Amerika sekarang ini. Ada laporan lama yang memetik temubual Bush Senior sejurus selepas Amerika 'menang' dalam perang Teluk menjahanamkan Iraq, Bush Senior ada menyebut: 'Now that Iraq is gone, our next target is ISLAM....' Semoga dunia Melayu dan Islam berwaspada dengan ciri-ciri jijik ini. - penterjemah - SPAR.]


WorldNetDaily.com

Rahsia Sejarah Anthrax - Bahagian 1

(The secret history of anthrax)

Siri serangan anthrax di AS ekoran tragedi serangan udara yang mengerikan di Pusat Dagangan Dunia New York, dan Pentagon Washington, telah mencetuskan minat menyeluruh kepada apa yang ramai orang percaya sebagai satu jenis penyakit yang lama terpendam. Sejarah anthrax sebagai senjata biologi, mendedahkan satu kisah yang amat bertentangan kepada kepercayaan umum.

Dakwaan yang mula-mula dibuat terhadap penggunaan anthrax sebagai senjata biologi telah dihalakan kepada Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Agen Jerman dituduh ketika itu menggunakan bakteria anthrax kepada lembu dan kuda di Bucharest pada 1916 dan di Peranchis pada 1917. Mengikut satu dokumen rahsia tulisan George W. Merch pada 1943, hartawan industri farmasi dan penasihat peperangan-biologi kepada Presiden Roosevelt itu, AS dikatakan mempunyai 'bahan bukti yang amat jelas' bahawa 'seawal 1915' agen Jerman di pelabuhan New York telah 'menyuntik kuda dan lembu dengan bakteria yang mengeluarkan penyakit'.

Dr. W. Seth Carus, seorang pakar bioterrorism (keganasan biology/bio) dan penasihat khas kepada Jabatan Pertahanan, telah menulis satu kertas-kerja pada April 2000, bahawa pada 1915, agen-agen Jerman telah membawa beberapa botol yang berisi cairan anthrax untuk menyuntik kuda yang dipelihara di kandang yang terletak di Van Courtland Park Manhattan. Tujuannya ialah menyuntik binatang ternakan itu dengan jejarum yang berulukan kepingan gabus.

Beberapa dokumen simpanan tentera AS mendedahkan betapa pada 1916, satu operasi rahsia yang diusahakan oleh seorang doktor perubatan Prussia, Dr. Anton Dilger, telah membiak spora antrax dalam satu makmal rahsia di Chevy Chase, Md., untuk digunakan terhadap ternakan di pelabuhan Baltimore. Pada tahun yang sama, di Argentina, agen perisik Jerman telah menjelajah banyak pelabuhan untuk menyuntik kuda dan lembu yang bakal dihantar ke Eropah dengan ketulan gula yang sudah diadun dengan bakteria anthrax.

Dokumen risikan British dan pintasan mesej perutusan kebal daripada 1916-1918 mendedahkan betapa Jerman berjaya menyuntik hampir 5,000 lembu jantan dan kuda yang digunakan di Mesopotamia dan pada Ogos 1916 beberapa orang agen telah mengirim anthrax kepada Romania untuk dijangkiti bebiri yang dalam perjalanan menuju Russia. Beberapa dokumen British itu mendedahkan bagaimana seorang agen Jerman, Baron Otto karl Von Rosen telah ditangkap kerana cuba menyuntik rusa ternakan di Norway dengan bahan 'vial' yang mengandungi bakteria anthrax.

Dr. Theodor Rosenbury, bekas pakar mikrobiologi tentera AS, telah mendakwa dalam bukunya yang ditulis pada 1949, 'Peace or Pestilence,' betapa beberapa orang perisik Jerman yang berpusat di Switzerland ketika Perang Dunia Pertama, telah mencapai sedikit kejayaan menyebarkan antrax dan kolera di kalangan 'masyarakat di negara jiran'. Selain kisah yang dibuat oleh Rosenbury itu, tidak ada sebarang bahan bukti bahawa wujudnya sebarang negara yang mengambil pendirian yang serius menggunakan anthrax terhadap sasaran manusia ketika Perang Dunia Pertama.

Perkara ini boleh diterima akal kerana kesan yang mengkagumkan dalam penggunaan gas beracun ketika itu sudah lebih terkenal kepada kedua pihak yang berperang itu sehinggakan ia menyepikan sebarang pemikiran terhadap penggunaan kuman sebagai alat peperangan terhadap manusia. Namun, perkara itu berubah apabila munculnya pertengahan 1930-an.

Ada satu piagam antarabangsa bernama 'Geneva Protocol of 1925' yang menegah 'penggunaan kaedah bakteriologi sebagai alat peperangan,' dan piagam ini memang amat difahami oleh seorang pegawai tentera muda yang juga merupakan pakar bekteriologi, Dr. Shiro Ishii. Namun, dia berjaya meyakinkan ketuanya pada 1935, untuk dibenarkan beliau membuat kajian akan segala kemungkinan menggunakan kuman sebagai bahan senjata peperangan. Pada 1937, Dr.Ishii telah berjaya menyediakan satu kompleks ujian kuman yang besar di Pingan, sebuah perkampungan nelayan di pinggir kota Harbin di Manchuria. Kompleks yang dikenali dengan panggilan Unit 731, mengandungi 150 bangunan yang melindungi 3,500 para penyelidik dan kakitangannya.

Pakar sains pimpinan Ishii, menumpukan kajian mereka terhadap anthrax, dan juga typhus, hawar (plague), kolera, butilsm, sampak, tularemia dan encephalitis. Bakteria telah dibiakkan secara meluas dalam tangki aluminium merata tempat di kompleks itu. Pada 1940, adalah dianggarkan, Unit 731 telah berjaya mengeluarkan lebih lima ton anthrax yang sesuai untuk dibekalkan dalam sarung bom.

Kompleks kajian Ishii itu adalah sungguh besar disebabkan dakwaan tentera Jepun yang menyebut bagaimana tentera Russia pernah menyerang askar Jepun di China dengan anthrax dan kolera, hingga mengorbankan 6,000 askar dan 2,000 kuda.

Unit 731 mula membuat ujiannya sepanjang waktu dengan menggunakan anthrax. Beberapa jenis bom yang dibuat dengan menggunakan keluli sebagai sarung anthrax telah direka dan diuji secara meluas. Pada 198, Ishii sendiri telah mencipta satu prototaip bom tembikar yang mengandungi bakteria anthrax yang mudah pecah ketika terhentak, dan menyibarkan berjuta spora berbahaya di udara.

Untuk membolehkan agen Jepun berkeupayaan menyerang individu dalam hubungan dekat yang rahsia, para saintis Ishii telah mencipta cokelat dan getah-kunyah (chewing gum) yang diadun dengan anthrax. Kemudian dicipta pula batang pena, jarum rambut dan payung yang hujungnya dibekalkan bahan anthrax yang berbisa.

Dokumen yang didedahkan daripada Fort Derrick, sebuah pusat penyelidikan tentera di Frederick, Md., (nama pusat itu sudahpun ditukarkan selepas perang) menunjukkan secara samar satu senario yang sungguh menakutkan seandainya Perang Dunia Kedua berlanjutan lebih lama daripada yang sebenarnnya berlaku.

Bermula pada akhir 1944, pakar aeriobiologi di Kem Detrick, telah mengeluarkan beberapa amaran apabila munculnya beberapa laporan daripada negara barat akan kemunculan belon besar, yang ada mencapai 150 kaki bulatannya, dijumpai terapung-apung di udara di atas kawasan yang ramai penduduknya.

Walaupun pada tahap awalannya perkara itu dianggap satu bahan perlekehan sahaja, para saintis Kem Detri cepat menyedari bahawa ada sesuatu yang serius dan tidak kena apabila tiga buah belon besar itu jatuh mendarat di California, Montana dan Washington State. Semuanya menunjukkan benda yang ringan dan semacam sutera yang mempunyai tulisan Jepun sebagai tanda-namanya.

Hingga Mac 1945, lebih 250 buah belon telah dijumpai di sembilan wilayah di bahagian barat Amerika termasuk Hawaii, dan juga Kanada Barat. Beberapa dokumen yang didedahkan oleh tentera AS menunjukkan belon itu mengandungi bahan yang tidakpun diterangkan jenisnya kerana masih dianggap rahsia. Tetapi ada catatan yang mengatakan setiap belon itu mengandungi alat yang membolehkannya terbakar. Satu laporan rahsia pasukan Kimia tentera telah disediakan pada 1947 oleh Rexmond C.Cochrane. Laporan itu merakamkan kematian seorang wanita gara-gara belon yang gugur di Montana. Sebiji belon kimia yang gugur di Oregon telah 'membunuh satu pasukan lelaki yang pergi memburu,' dan pada Mei 1945, 'lima wanita dan kanak-kanak mereka di Georgia telah terkorban kerana mereka cuba bermain-main dengan alat peledak yang dipasang dalam belon yang jatuh ke bumi.'

Satu program kajian yang menyeluruh seprti yang dilaksanakan oleh Ishii sudah tentu memerlukan pelbagai bahan kajian seperti 'guinea pigs', dan sudah ada bahan bukti yang sungguh jelas dan menyeluruh bahayanya bahawa pasukan Ishii lebih berminat mahukan manusia sebagai bahan kajian mereka daripada binatang ternakan. Dua orang wartawan penyelidikan British, Peter Williams dan David Wallace telah menulis dalam buku mereka berjodol 'Unit 731' dan menyebut betapa 'Ishii sengaja mengasaskan kompeks ujiannya itu di satu kawasan yang sungguh terperusuk di Utara Manchuria untuk membolehkannya melakukan pelbagai kajian ke atas manusia.' Kajian Ishii dengan anthrax terhadap manusia, memang menghasilkan kisah yang sungguh menyeramkan.

Mengikut dokumen tentera yang didedahkan selepas perang, Unit 731 menggunakan manusia sebagai bahan ujian, ramai yang diambil daripada mangsa perang yang dipenjarakan di Kem tahanan perang di Mukden, termasuklah wanita dan kanak-kanak. 'Mereka diikat di tiang dan diberikan lindungan penyungkup kepala dan badan' tetapi 'kaki dan ponggong mereka sengaja dibogelkan untuk menyerap tikaman serpihan tajam hasil ledakan bom anthrax yang diletupkan beberapa ela jauhnya.' Hasil luka yang diterima daripada ledakan bom itu dibiarkan tanpa sebarang rawatan untuk membuat kajian berapa lama mangsa itu boleh bertahan sebelum mati. Beberapa dokumen menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh bertahan lebih lama daripada seminggu sebelum kojol di situ.

Beberapa manusia yang dijadikan bahan ujian untuk makan hidangan yang disuntik anthrax dan juga bakteria lain dan mereka diamati sehingga munculnya masa untuk mati. Ada mangsa ujian yang dipaksa meminum cairan yang diadun sebatian anthrax dan kuman 'typhoid' (tifoid = penyakit usus yang mudah menjangkit).

Mengikut majlis siasatan kongres di Washington,D.C., pada September 1986, ramai bekas tahanan perang Amerika yang menjadi bahan kajian Ishii.

Ahli Kongress Montana, Pat Williams pernah berkata pada awal siasatan itu: 'Manusia ini semuanya menjadi mangsa satu rahsia yang sungguh dahsyat bahananya, yang dirancang 44 tahun dulu di Manchuria di sebuah kem tahanan perang Jepun. Mungkin ini merupakan satu rahsia Perang Dunia Kedua yang begitu lama terperam begitu sahaja, dan begitu lama oleh Jepun dan juga oleh kerajaan Amerika.'

Majlis siasatan kongres itu telah mendengar pelbagai kisah ngeri yang diceritakan oleh bekas tahanan perang. Mereka yang terselamat daripada keganasan Jepun itu mengatakan selepas mereka dibebaskan di akhir perang itu, mereka telah dihantar pulang dengan arahan tegas 'tidak boleh menceritakan pengalaman yang mereka lalui.'

Ekoran siasatan itu, seorang jurucakap Tentera AS menyatakan bahawa AS 'tidak mempunyai sebarang bahan-bukti yang boleh memperakukan dakwaan tahanan perang itu' kerana semua rakaman yang ada hubungkait dengan kegiatan Ishii telah dipulangkan kepada kerajaan Jepun pada akhir 1950-an dan tidak ada sebarang salinan yang disimpan.

Disebabkan kekecohan pada bulan-bulan terawal kemunculan Perang Dunia Kedua, AS., Britain, Kanada dan Russia telah secara berahsia memulakan program penyediaan senjata kimia sebagai menyambut beberapa laporan risikan yang sengaja digembar-gemburkan yang mengatakan bahaya kajian yang sedang dilakukan oleh pakar sains Nazi. Yang peliknya, dokumen tentera Amerika yang didedahkan pada 1980-an, merakamkan bahawa masyarakat perisikan AS tidakpun mempunyai simpanan catatan aktiviti ganas dan kejam Unit 731 pimpinan Ishii sehingalah perang itu hampir tamat.

Sikap puak Nazi Jerman tidak pernah memberikan tumpuan kepada bahan kimia dan kuman sebagai alat peperangan telah memeranjatkan ramai pengkaji sejarah dan para wartawan. Mungkin, salah satu sebabnya ialah kerana Hitler, pernah menjadi satu mangsa serangan gas pada Perang Dunia Pertama yang hampir membunuhnya. Kerana itu dia amat membenci penggunaan gas dan kimia sebagai alat peperangan.

Tanggapan ini tidak pula mengatakan bahawa Nazi tidak pernah mengadakan ujian membabitkan kimia dan gas sebagai senjata perang. Mereka ada mengusahakan ujian itu. Sebagai yang dijangka, kebanyakan ujian mereka itu telah ditaja oleh 'Ahnnerbe Institute' ke atas tahanan perang. Kebanyakan ujian ini dilaksanakan di kem tahanan di Dacahau dan Ravensbrueck dan diawasi oleh Dr.Walter P Schreiber, seorang major-general dalam pasukan Nazi. Mengikut dokumen siasatan Nuremberg Tribunal, Schfreiber merupakan pakar anthrax terulung Jerman. Pakar sejarah dan bekas wartawan siasatan Linda Hunt telah mendedahkan betapa Schreiber pernah menjalankan ujian yang dahsyat dan mengerikan di mana orang tahanan perang di kem itu disuntik 'dengan phenol untuk mengkaji berapa lama mangsa dapat bertahan sebelum menemui kematian.'

Pada Julai 1998, akhbar Daily Telegraph di London telah melaporkan betapa pada Jun 1944, pasukan Special Operations Excutive Britain telah merencana satu usaha membunuh Hitler dengan menghantar seorang agen rahsia ke Jerman 'untuk menyuntik pakaian Hitler dengan bakteria anthrax.' Mengikut artikel itu, rencana itu gagal dieruskan kerana adanya kesangsian seandainya berjaya, ia akan menyebabkan kematian Hitler yang berkemungkinan dianggap sebagai seorang 'martyr'. Artikel itu menyebut seorang pegawai British yang menentang rencana itu sebagai berkata, 'Hitler akan pasti diberikan satu pengiktirafan yang tinggi, dengan satu andaian metos bahawa Jerman sudah pasti dapat diselamatkan seandainya beliau tidak mati.'

Para penyelidik Britain dan Kanada telah mempergiatkan usaha mencari kemungkinan menggunakan anthrax sebagai alat senjata peperangan yang dapat mencetuskan kematian yang besar. Pada musim panas 1942, setelah melakukan beberapa ujian dengan menggunakan beberapa kuman peperangan di pusat ujian mereka di Porton Down, England, British telah melancarkan beberapa siri ledakan bom yang mengandungi bakteria anthrax di Gruinard, sebuah pulau yang tidak berpenghuni di persisiran pantai Scotland. Bom yang pertama meletup, merebak dan membunuh sekitara 30 bebiri yang diuji dalam masa satu minggu sahaja. Ujian seterusnya telah membunuh lebih banyak kambing ujian lagi. Seorang pegawai perhubungan Cam Detrick yang ditugaskan berada di Porton Down, William Sarles, telah menjadi saksi kepada segala ujian di Pulau Gruinard itu.

Seperti yang telah dijanjikan, spora anthrax akhirnya ditiup angin memasuki tanah besar Scotland, menyebabkan merebaknya wabak anthrax. Ujian di Gruinard itu, menyebabkan pembiakan penyakit itu di seluruh pulau tersebut sehinggakan ia terpaksa menjadi pulau larangan kepada manusia. Selama beberapa tuahun kemudiannya, ada laporan yang mencatatkan perubahan sifat kepada haiwan yang masih hidup di pulau itu disebabkan pertukaran genetik yang mereka lalui.

Dokumen Porton Down yang telah dibuka untuk tatapan umum mendedahkan betapa sejak 1941 dulu lagi, Britain telah mengusahakan satu siri ujian anthrax dengan cara menyembur spora anthrax daripada pesawat udara.. Pada awal 1942, Britain sudahpun melancarkan beberapa ujian di Porton Down yang membabitkan semburan di angkasa, bakteria anthrax ke atas kumpulan kambing bebiri dan lembu. Beberapa ujian ini menghasilkan pengeluaran apa yang disebut oleh para penyelidik British sebagai 'Cattle cakes'. Kek tersebut berbentuk pejal, laksana 'wafers' yang disaluti anthrax dan sebatian kuman yang boleh menyebabkan penyakit mulut dan kuku. Para penyelidik Kanada itu hanya terkebelakang daripada kumpulan Britain dalam ujian menggunakan anthrax di kawasan yang disebut Suffield berdekatan Calgary dan Medicine Hat. Tidak banyak hasil kajian ini yang pernah diterbitkan.

Usaha memacu kajian melibatkan anthrax telah diarahkan daripada tahap pemerintahan yang paling tinggi. Penasihat sains yang paling rapat dengan Winston Churchill, Lord Cherwell, telah memberitahu perdana menteri itu pada awal 1944, disebabkan kemungkinan ciri-ciri anthrax yang menakjubkan, Britain tidak mempunyai pilihan selain memajukan bom yang boleh diisi bakteria itu. Winston Churchill bingkas, dan mengarahkan ketua pasukan tentera Britain mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 500,000 butir bom anthrax daripada Amerika Syarikat.

Sejak 1942, tentera AS telah menjalankan pelbagai ujian secara rahsia menggunakan anthrax, selalunya dengan kerjasama pakar sains perangsaraf biologi tentera Kanada. Kumpulan Kanada telahpun menghasilkan spora anthrax pada kadar 150 pound setiap bulan di satu lokasi terpencil di Gross He, di pinggir sebuah pulau St. Lawrence berdekatan Quebec. Sebelum dijadikan pusat kilang mengeluarkan spora anthrax, pulau itu merupakan pusat karantina untuk para pendatang yang mahu memasuki tanah besar Kanada.

Pengeluaran anthrax di Grosse Island berjalan denan lembab dan menyulitkan hingga menjemukan pegawai AS dan membuatkan mereka mengusahakan pengeluaran spora anthrax sendiri di sebuah pangkalan yang bernilai berjuta-juta dollar di Vigo, Indi., di bahagian selatan Terre Haute. Pada awalnya tempat itu direka pada 1942, sebagai tempat menyimpan peluru tentera, dan ini telah diubah untuk menempatkan 12 tangki air dengan muatan 20,000 gelen air setiap satu yang mampu menghasilkan dalam tempoh satu bulan, spora anthrax yang secukupnya untuk menghasilkan pula 500,000 biji bom. Pada Jun 1944, ekoran permintaan Britain agar dibekalkan setengah juta bom itu, AS telah membuat keputusan untuk menghasilkan satu juta bom anthrax kesemuanya. Setengah daripada keluaran ini disimpan di Amerika Syarikat untuk kegunaan masa depan (Ha.....apakah kemungkinnya bom ini sudah digunakan untuk ditembak ke udara Amerika???)

Dalam sebuah buku bertajuk 'The Biology of Doom', pengarangnnya Ed Regis ada menyebut bagaimana kelongsong yang membungkus bom anthrax di Vigo itu dikeluarkan oleh 'Electromaster Corporation, sebuah syarikat membuat bom di Detroit, Mich.,' sedangkan 'bahan peledak bom itu dikeluarkan oleh Unexcelled Manufacturing Company of Cranbury, N.J.'

Sebelum terbinanya kilang anthrax di Vigo, Amerika Syarikat sudahpun mengeluarkan spora anthrax dalam bentuk yang banyak - ada yang menyebut melebihi dua ton - di Camp Detrick. Kajian terhadap senjata untuk meledakkan spora itu bermula pada awal 1943 selepas Dr. Ira Baldwin daripada Universiti Wisconsin dilantik menjadi pengarah pusat penyelidikan di Frederick. Baldwin tidak berapa berminat menggunakan anthrax sebagai senjata perang, seghairah beberapa saintis pilihan yang diambil untuk membantunya. Yang kuat memihak kepada pendapat Baldwin ialah Dr. William A Hagen seorang ahli Jawatankuasa National Research Council's Biological Warfare. Hagan, adalah seorang pakar yang ada hubungan dengan New York Veterinary College, Cornell, dan berpendirian bahawa penggunaan anthrax adalah terlalu berbahaya kerana penyakit itu boleh bertahan lama setelah digunakan dan berupaya memeram diri di bumi dan di tempat lain dengan kemampuan bertahan terhadap perubahan suasana persekitarannya.

Pada tahap awalannya, Baldwin telah memberikan tugas utama penyelidikan itu kepada Lord Trevor Stamp, seorang pakar bakteria British yang berkahwin dengan seorang wanita Amerika. Stamp pernah berpengalaman bertugas di Porton Down, dan telah mebina satu makmal di satu kawasan yang diberi nama jolokan 'Old McDonald's Farm' oleh beberapa rakan sejawatan dengannya. Bekas penyelidik di Camp Detrik, yang kenal Stamp telah melaporkan kisah beliau kerap bertelagah dengan Baldwin mengenai penyelidikan di situ, tetapi selalunya dia yang menang kerana adanya ramai kawan-kawannya di peringkat atasan. Antara kawan-kwannya itu ialah Stanley Lovell, pengarah program SSS Research and Development, Merck, yang menjadi pelopor program 'biological warfare 'A.S., dan beberapa pegawai berpangkat tinggi dalam US Army Chemical Corps, yang memang menaruh minat mahukan jawatan yang dipegang oleh Baldwin sebagai pengarah Camp Detrick.

Seawal 1944, disebabkan oleh kepintaran kerja yang dilaksanakan oleh Lord Stamp, Camp Detrick telah berjaya melakar satu program besar memajukan alat senjata menggunakan anthrax dan ini telah menghasilkan pembiakan spora anthrax yang banyak dan tersimpan di pusat penyelidikan di Maryland itu. Kemudian, diwujudkan pula program untuk meneluarkan bom berangkai yang mengandungi beberapa ratus kuman bakteria anthrax, walaupun bersifat jenis prototaip sahaja pada awalanya. Operasi Vigo itu telah diberikan tumpuan untuk dibesarkan lagi sebagai satu langkah penting untuk bergerak maju seiring dengan sasaran ketenteraan di zaman berperang.

Para penyelidik di Fort Detrick di Vigo telah secara rasminya bertegas bahawa 'pusat itu tidak pernah mengeluarkan bahan pathogen' dan lokasi itu sudahpun ditutup pada akhir perang dulu dan dipajakkan kepada sebuah syarikat farmasi swasta untuk kegunaannya. Tidak adapun sebarang pengumuman apa jadinya kepada berjuta spora anthrax yang dibiakkan di situ dan beratus bom anthrax yang dikeluarkan serta tersimpan di situ. Kepada para sintis Camp Detrik sebelum bermulanya program memperbaiki kilang Vigo itu menjadi lebih canggih lagi.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6314