Laman Webantu   KM2: 6313 File Size: 12.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 432: PCR: Penipuan Terbesar Abad Ini
By Dr. Omar Al Taher

8/11/2001 8:35 am Thu

Palestine Chronicle

Penipuan Terbesar Abad Ini

(The Fraud Of The Century)

Oleh: Dr. Omar Al Taher

Amman: Minggu ini genaplah 84 tahun berlakunya satu peristiwa yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah dunia ini. Britain, melalui Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Luar, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan menjanjikan masyarakat yahudi satu tanahairnya di Palestin.

Pengisytiharan itu berbentuk satu surat yang dikirimkan bertarikh Nov 2, 1917, oleh Balfour kepada Lord R thschild, seorang ahli terkemuka masyarakat Yahudi di Britain. Janji itu akhirnya menjadi terkenal seluruh dunia dengan 'Pengisytiharan Balfour' (Balfour Declaration) dan bertanggungjawab merobah corak sejarah Timur Tengfah sehingga hari ini. Tidak menghairankan apabila orang Palestin yang kehilangan tanah air mereka, bersatu mencemuh pengisytiharan itu dengan panggilan 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Adalah elok dicatatkan dengan jelasnya, ketika pengisytiharan itu diumumkan, Palestin ataupun Timur Tengah (kecuali Mesir) bukannya merupakan jajahan takluk British. Jadi di sini kita dapati sebuah negara asing (Britain) menjanjikan kepada orang lain sebahagaian tanah kepunyaan (Palestin) kepada pihak ketiga (masyarakat Yahudi).

Dalam hal ini terdapat say pelanggaran hukuman alam 'sesiapa pun tidak boleh memberi sesuatu yang bukan milikinya' (nemo dat quod non habet) . Jelas, pengisytiharan ini bukannya dilakukan oleh rakyat Palestin, ataupun dengan keizinan mereka, sepatutnya tidak boleh dikaitkan kepada rakyat Palestin. Professor Undang-Undang Antarabangsa Musa Muzzawi ada menyebut, dalam hal ini, pengisitiharan ini hanya laku sah terhadap Britain. Dia membuat satu analogi mengandaikan seorang pelancong yang telah 'dijual' kepada Istana Buckingham. Pelancung ini tidak ada kaitan undang-undang terhadap Ratu England tetapi boleh mendakwa si 'penjual' tadi.

Pada 1947, ekoran kemudahan yang disediakan oleh Britain, terdapat kemasukan lebih 600,000 Yahudi daripad negara Barat memasukki Palestin, sehinggakan PBB yang mempunyai tanggungjawab memelihara hak asasi manusia, keadilan, keamanan, hak kesamaan dan kuasa menentukan halatuju sendiri, telah membuat cadangan agar Palestin dibahagi kepada dua buah negeri, satu untuk orang Palestin dan satu untuk orang yahudi, dengan Jerusalem dijadikan satu tapak bertaraf antarabangsa (Resolusi 181 November 29, 1947)

Sudah tentu, orang Palestin menolak usaha memecahbelahkan tanahair mereka& bsp; dengan penempatan orang asing membuat kampung penempatan mereka. Sebaliknya, orang Yahudi, menerimanya, dan Israel telah diisytihakan pada Mei 14-15, 1948. Dengan ini muncullah apa yang disebut sebagai satu 'dunia selari': di mana pembohongan menjadi satu kebenaran, yang menjadi mangsa menjadi orang yang mendera, pembunuhan menjadi alasan mempertahankan diri, pembuangan menjadi peralihan, dan pembunuhan kanak-kanak dianggap sebagai 'sambutan tegas' sahaja.

Proses ini yang digelar oleh orang Israel sebagai 'peperangan menegakkan kemerdekaan' sedangkan masyarakat Palestin menyebutnya sebagai 'Al Nakba' (bencana besar). Lebih 750,000 orang Palestin dibuang negara, ataupun diancam dengan ganas sehingga mereka melarikan diri dan melepaskan kampung halaman mereka, sehinggakan perkampungan mereka diganyang oleh kumpulan keganasan Yahudi yang lebih dikenali sebagai Irgun, Haganah, Stern Gang (antara lainnya). Ironisnya dua ketua pemimpin pertubuhan ganas ini (Menachem Begin danYitzak Shamir) menjadi termasyhur dan menjadi perdana menteri Israel akhirnya.

Selama 20 tahun berikutnya dengan pengistiharan Israel itu, dunia luas sudah melihat betapa Palestin telah kehilangan tanahair mereka, disebabkan dasar Israel mengembang dan merampas tanah orang. Pada 1967, Israel menyerang Tebing Barat dan Gaza Strip, menyebabkan lebih 500,000 rakyat Palestin melarikan diri mereka.

Kini, 53 tahun selepas kelahiran Israel dan 84 tahun selepas Balfour memberikan janjinya, seluruh anak-pinak Palestin yang berjumlah 1,.2 juta dan hidup dalam buangan itu menyumbangkan kepada jumlah seluruhnya yang berjumlah sekitar 5 juta di dunia ini.

Mereka kini merempat di empat penjuru dunia anpa kewarganegaraan dan tanah kampung halaman.

Yang berbaki sejumlah 3 juta itu, terus hidup merempat di tanah kelahiran mereka sebagai rakyat kelas dua ataupun dibawah penjajahan pentadbiran tentera Israel.

Israel telah terus menolak penerimaan warga Palestin, walaupun sudah ada 60 resulusi PBB mendesak perkara itu dilaksanakan. Malahan, syarat penerimaan Isrrael menganggotai PBB adalah bergantung kepada kesediannnya menerima semula kepulangan warga Palestin itu. Israel terus menyangak, bukan sahaja arahan bersurat PBB itu, malahan setiap resolusi PBB tidak diperdulikannya, kerana perbuatannya itu disokong oleh Amerika Syarikat dan masyarakat dunia yang tidak bertimbang rasa.

Kedudukan Palestin semakin berkecamuk. Setiap kali ia cuba mengingatkan dunia akan keaiban yang ditanggun nya, dan betapa ia kehilangan hak ke atas kampung halamannya, merka terus dituduh berfahaman anti-Semitik, neo-Nazis dan pembenci peristiwa Holokos. Tetapi, Palestin tidak pun mempunyai sebarang sifat seperti itu. Mereka tidak boleh bersifat anti-Semitik kerana mereka sendiri adalah tergolong dalam mereka yang menerima Kitab ajaran wahyu; mereka tidak bersifat neo-Nazis kerana mereka adalah mangsa keganasan dan amalan neo-nazis, dan sudah tentu mereka tidak pernah memepertikaikan kewujudan Holokos. Tetapi, apabila dinafikan hak merka dan dipisahkan daripada tanahair mereka, orang Palestin menolak mereka yang merencana tragedi itu semua.

Natalie Sarruate, seorang novelis Peranchis pernah menulis: 'Aku bencikan mangsa yang menghormati algojo ereka.' Apakah tangapan dunia erhadap orang Palestin? Apakah mereka mesti berterima kasih kepada Britain kenapa merampas tanahair mereka? Apakah mereka mesti berterima kasih kepada Israel kerana merampas kampung halaman mereka dan melakukan penghapusan etnik terhadap kaum Palestin? Seluruh dunia seharusnya tahu membezakan antara anti-Yahudi dan anti-Israel. Seseorang mungkin mampu menghormati orang Yahudi, agama yahudi dan budaya Yahudi, tetapi membenci keganasan Israel dan keangkuhannya.

Yang dikisahkan di atas adalah sinario kepada apa yang ditayangkan di TV sejak 13 bulan yang lalu. Warga Palestin generasi ketiga sedang mencuba membetulkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Balfour, 84 tahun selepas beliau membuat pengisytiharan itu.

*****

Penulis ialah pemegang ijazah PhD dalam halehwal antarabangsa dan LLB daripada UK dan kini bertugas sebagai seorang pelatih di firma perundangan di Am an. Artikel ini adalah sumbangannya di Jordan Times.

Tamat.

Terjemahan SPAR.




Asal:

http://palestinechronicle.com/
article.php?story=20011102162306342

Friday, November 02 2001 @ 04:23 PM GMT


The Fraud Of The Century

By Dr. Omar Al Taher

Amman - IT IS exactly 84 years ago tomorrow that an unprecedented event in the history of the world took place. Britain, through its Secretary of State for Foreign Affairs Arthur Balfour, issued a declaration promising the Jews a homeland in Palestine.

The declaration took the form of a letter sent on Nov. 2, 1917, by Balfour to Lord Rothschild, a leading member of the Jewish community in Britain. This promise became universally known as the "Balfour Declaration" and is indeed responsible for radically changing the history of the Middle East until the present day. No wonder that Palestinians, whose land was promised away, collectively refer to it as the "Ominous Declaration".

It is worth noting right from the outset that at the time of the declaration, neither Palestine nor the Middle East (save Egypt) were under British colonial control. So here we have a country (Britain) promising to give somebody else's country (Palestine) to a third party (world Jewry).

The legal position in this regard is depicted by the well-known legal maxim "no one can give that which he has not" (nemo dat quod non habet). Obviously, this declaration, not having been given by the Palestinians, or acquiesced in by them, cannot be legally or morally binding on the Palestinian people. International Law Professor Musa Mazzawi contends, in this regard, that this declaration could only be valid against Britain. He draws an analogy of an unsuspecting tourist who had been "sold" Buckingham Palace. This tourist would have no redress against the queen, but may have a claim against the "seller".

By 1947, following the facilitation by Britain of the influx of well over 600,000 European Jews into Palestine, the United Nations, whose preamble talks about human rights, justice, peaceful cooperation, equal rights and self-determination, recommended the partition of Palestine into two states, one for the Palestinians and another for the Jews, with an internationalised Jerusalem (Resolution 181 of Nov. 29, 1947).

Naturally, Palestinians rejected the partition of their homeland with what they rightly saw at the time as a foreign colonial settler community. Jews, on the other hand, accepted it, and Israel was founded on May 14-15, 1948. This ushered in the beginning of what could accurately be described as a "parallel universe"; where lies became truths, victim became aggressor, murder became self-defence, expulsion became transfer, and the killing of children is a mere "tough response".

In the process of what Israel calls its "war of independence" and what Palestinians refer to as "Al-Nakba" (the catastrophe), over 750,000 Palestinians were either expelled from, or were terrorised into fleeing, their homeland by Jewish terrorist organisations such as the Irgun, the Haganah, and the Stern Gang. Ironically, two of the leaders of these terror groups (Menachem Begin and Yitzak Shamir) excelled to prominence and became prime ministers of Israel.

In the 20 years that followed the creation of Israel, the world saw Palestinians lose even the areas allocated for them by the partition plan, thanks to Israel's expansionist and belligerent policies. In 1967, Israel invaded the West Bank and Gaza Strip; over 500,000 Palestinians were forced to flee.

Today, 53 years after the creation of Israel and 84 years after Balfour gave his promise, the descendants of the 1.2 million exiled Palestinians number around 5 million.

They are scattered in all four corners of the globe, with no nationality and no homeland.

The remainder, around 3 million, continue to live either as second class citizens or under Israeli military occupation.

Israel has continuously refused to allow the repatriation of Palestinians, despite over 60 UN resolutions requiring it to do so. In fact, Israel's very admission to the UN was conditional upon it permitting Palestinians to return. Israel continues to flout, not only the letter but also the spirit of, every UN resolution with impunity, thanks to the United States and the guilt-ridden conscience of the world community.

The Palestinians' position is somewhat awkward. Whenever they attempt to remind the civilised world of the injustice of not only being dispossessed of title to their homeland, but also of being denied the right to live on their soil, they are automatically accused of being anti-Semitic, neo-Nazis and Holocaust deniers. Well, Palestinians are none of the above. They cannot be anti-Semitic because they themselves are Semites; they cannot be neo-Nazis because they are the victims of Nazi-like atrocities and practices, and obviously they do not deny the Holocaust. But, having been dispossessed and uprooted from their homeland, Palestinians resent those who authored their tragedy.

Natalie Sarruate, a French novelist, once said: "I hate victims who respect their executioners." What does the world expect of the Palestinians? To be thankful to Britain for giving their country away? Or perhaps to be grateful to Israel for dispossessing them and ethnically cleansing Palestine of Palestinians? The world should be able to distinguish between anti-Jewish and anti-Israeli. One could have the highest respect for Jewish people, Jewish religion and Jewish culture, yet abhor Israel's brutality and arrogance.

The above is a backdrop to the images we've been seeing on TV during the past 13 months. Third generation Palestinians are still trying to right the wrongs committed by Balfour, 84 years after he issued his declaration.

The writer, a holder of a PhD degree in international affairs and an LLB degree from the UK, is currently a legal trainee at a law firm in Amman. He contributed this article to The Jordan Times.