Laman Webantu   KM2: 6312 File Size: 8.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 431: Dawn: Chomsky Kutuk AS, dan Rekod Hak Asasi India
By Jawed Naqvi

8/11/2001 8:15 am Thu

[Nicaragua adalah bukti betapa AS adalah pengganas gergasi kerana langsung tidak menghormati PBB dan hak asasi manusia. Nicaragua hancur namun Amerika tidak pula dihukum sesiapa. Kesannya banyak negara lain seperti India dan Israel berkelakuan serupa. Sejarah tidak lupa telatah mereka. - Editor]


Chomsky Kutuk AS, dan Rekod Hak Asasi India

(Chomsky slams US, India's rights record)

Oleh: Jawed Naqvi

New Delhi November 5: Pengkritik AS dan seorang ilmuan terkenal Prof. Noam Chomsky telah mengutuk AS dan India kerana rekod hak asasi mereka, pada Isnin lalu, sambil menuduh satu pihak sebagai negara pengganas terbesar di dunia dan satu pihak lagi sebagai penghalang hak kebebasan berdemokrasi rakyat Kashmir.

Berucap kepada satu kumpulan pendengar yang tidak diduga besarnya di sebuah majlis persidangan anti-perang di New Delhi, yang mengandungi sekitar 3,000 pelajar universiti, ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial dan para ilmuan, Chomsky mengumumkan betapa keganasan yang sebenarnya dilaksanakan untuk mengganyang masyarakat Afghanistan yang tidak berdosa oleh kumpulan ganas sebenar itu. Beliau telah menyebut angka terbitan PBB yang menyebut sekitar satu hingga dua juta manusia akan terkorban disebabkan kebuluran yang dicetuskan oleh peperangan Amerika menganyang Osama bin Laden.

Kenyataan Chomsky ini mengekori lawatan Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld yang menjelaskan dengan tegasnya kepada New Delhi dan Islamabad semasa lawatannya itu yang mahukan pengeboman AS itu diteruskan sepanjang bulan Ramadhan yang akan dijadualkan akhir bulan ini. Walaupun Rumsfeld tidak mahu terbabit secara terbuka dengan perbincangan mengenai Kashmir, Chomsky telah menyatakan perasaan marahnya sekurang- kurangnya dua kali.

"Bagaimana pula kalau kita mengkritik kerajaan yang melaksanakan keganasan secara jelas?" tanya Chomsky ketika mengulas peranan media dalam menyiarkan berita sensasi bagi pihak kerajaan mereka. "Cuba kita andaikan beberapa kumpulan hak asasi manusia terkemuka dunia seperti 'Human Rights Watch dan Amnesty International' mempunyai berkajang-kajang maklumat dan berita mengenai gelagat keganasan India terhadap Kashmir dan di mana sahaja.'

Dia mengaitkan kempen pengeboman ganas Washington di Afghanistan kepada pelbagai dasar luar Amerika termasuk program pertahanan menggunakan pesawat anti-peluru berpandu, dengan menyebut betapa pengawalan udara dengan kekuatan tentera dan penyerangan ke atas Afghanistan adalah merupakan sebahagian satu rencana hegemonistik .

"Kalau kita menyorot abad ke-19, Britain merupakan satu kuasa bedebah yang utama. Di bahagian terakhir abad ke-20, AS menjadi terunggul dalam perkara ini dan bertindak sama kurang ajarnya semacam yang lain. Saya tidak fikir ia akan mudah terlepas daripada kerja bedebah itu," demikian Chomsky memberitahu Star TV sebagai sebahagian lawatan memberikan ceramahnya selama dua minggu

"Rekod sejarah sudah semakin terserlah. Kita boleh mengambil satu kes yang betul-betul tidak kontroversi kerana kita boleh merayu keputusan itu kepada pihak antarabangsa yang paling tinggi - Mahkamah Antarabangsa dan Majlis Keselamatan di PBB. Inilah dia kes yang tidak punyai kontroversi. Mahkamah dunia sudahpun mencela satu negara kerana keganasan sejagatnya, dan negara itu ialah Amerika Syarikat. Mangsanya dulu ialah Nicaragua. Ini bukannya kerja keganasan kecilan. Puluhan ribu manusia yang tidak berdosa terkorban dan negara itu punah-ranah dibuatnya sehingga tidak mampu untuk pulih semula."

Chomsky memberitahu pendengarnya di satu pertemuan terbuka, yang disertai bersama oleh pengarang disiden Arundati Roy dan aktivis sosial terkemuka Aruna Roy. Dia menyebut betapa keputusan India mengendos projek pertahanan missail Amerika telah disambut dengan keriangan di Washington oleh "satu kumpulan yang bernafsu besar yang ghairah dengan projek itu" yang merupakan penyokong kuat rencana hanya dua negara yang amat meminati program memperkasakan ruang angkasa dengan kekuatan tentera; mereka ialah Israel dan Amerika Syarikat.

Terdahulu, Chomsky memberitahu hadirin yang termasuk Menteri Pertahanan George Fernandez dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Ashraf Jehangir Qazi, betapa AS adalah sebuah negara pengganas yang telah meminjam segala peraturan anti-keganasan daripada kumpulan Nazi.

Versi propaganda keganasan itu adalah amat jelas di Amerika Syarikat seperti juga di tempat lain yang merencananya ke arah Amerika Syarikat dan negara sekutunyha. Hanya falsafah yang terselindung tidak begitu tercemar disebabkan pengaruh anti-demokrasi.

"Sebagai contohnya, kumpulan Nazi dulu, telah mengutuk keganasan dengan hebatnya tetapi pada waktu yang sama mereka melancarkan apa yang mereka iktiraf sebagai "gerakan anti keganasan" terhadap mereka yang memperjuangakan kebebasan" kata Chomsky.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.dawn.com/2001/text/top3.htm

Chomsky slams US, India's rights record

By Jawed Naqvi

NEW DELHI, Nov 5: American dissident and renowned scholar Prof Noam Chomsky took apart the United States and India for their human rights record on Monday , accusing one of being the world's biggest rogue state and the other of suppressing democratic freedoms in Kashmir.

Speaking at a surprisingly large non-religious anti-war congregation in New Delhi of some 3,000 students, teachers, trade union workers, social activists and intellectuals, Chomsky declared that the real terrorism was being perpetrated on innocent people of Afghanistan where he quoted UN figures to suggest a million or two could perish due to starvation induced by the US-led war against Osama bin Laden.

Chomsky's remarks came on the day visiting US Defence Secretary Donald Rumsfeld tersely told New Delhi and Islamabad during a brief hyphenated visit to the rival capitals that there was a need to continue the war during the month of Ramazan starting later this month. While Rumsfeld refused to be publicly drawn into a discussion on Kashmir, Chomsky vented his feelings at least twice.

"How about criticizing the government for outright terrorism," Chomsky said in a comment on the role of the media in manufacturing consent on behalf of their governments. "Say for example the major international human rights groups like Human Rights Watch and Amnesty International have reams of material on Indian state terrorism in Kashmir and in fact elsewhere."

He linked Washington's present bombing campaigns in Afghanistan to its other foreign policy quests including the anti-missile defence programme, saying militarization of space and the assault on Afghanistan were part of a hegemonistic design.

"If you go back to the 19th century, Britain was one of the major rogue states. In the latter part of the 20th century, the US is supreme in these respects and not surprisingly it behaves like the others. I mean it could get away with it, but it can't," Chomsky told Star TV as part of a two-week lecture tour.

"The record is extremely clear on that. We can take a case that is totally uncontroversial because we can appeal to the decisions of the highest international authorities - the International Court of Justice and the Security Council of the United Nations. So this is an uncontroversial case. The world court has condemned one state for international terrorism, namely the United States. The victim - Nicaragua. This was not a minor act of terrorism. This left tens of thousands of people killed and the country virtually destroyed. It may not recover."

Chomsky told his audience at the public meeting, which included dissident author Arundhati Roy and celebrated social activist Aruna Roy, that India's decision to endorse the American missile defence project had been applauded in Washington by "a lot of hawks and jingoists for its enthusiasm to join" the only other two countries that favour militarization of space, namely Israel and the United States.

Earlier, Chomsky told a gathering including Defence Minister George Fernandes and Pakistan High Commissioner Ashraf Jehangir Qazi, that the United States was a leading terrorist country which borrowed its anti-terrorism manual from the Nazis.

The propagandist version of terrorism was as clearly defined in the United States as anywhere else as it is that which is directed against the United States, its friends and allies. Only its underlying philosophy was not entirely untainted by completely anti-democratic influences.

"The Nazis for example bitterly condemned terrorism and conducted what they 'counter-terrorism' against terrorist partisans," Chomsky said.