Laman Webantu   KM2: 6306 File Size: 1.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 429: 10 bungkusan mayat AS tiba di Pangkalan Shahbaz
By KOL

7/11/2001 1:53 am Wed

10 bungkusan mayat AS tiba di Pangkalan Shahbaz

(10 US troops' bodies reach Shahbaz Base)

Karachi (Online) Mayat 10 askar AS yang terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Taliban dilaporkan telah dibawa ke Markas Tentera Udara Shahbaz dengan helikopter tentera yang mendarat pada malam Ahad dengan lampunya tidak dinyalakan. Berita daripada Jacobabad menyebut bahawa mayat itu dibawa untuk persediaan membekukan mayat itu sebelum dihantar pulang ke AS.

'Helikopter besar kepunyaan tentera Amerika mendarat tanpa lampu dan dipandu oleh kilauan lampu suluh sahaja supaya penduduk setempat tidak dapat mengecam mereka,' demikian laporan sumber. Mayat itu kemudiannya diterbangkan ke Karachi untuk diterbangkan ke Amerika Syarikat. Pangkalan Shahbaz digunakan oleh AS. Walaupun Pakistan menafikannya. Laporan ini tidak disahkan oleh pihak rasmi kerana mereka tidak dapat dirujukkan untuk pengesahannya.

Terjemahan: SPAR.