Laman Webantu   KM2: 6288 File Size: 10.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 420: TimesUK: Keangkuhan FBI dan Sikap Berahsia Yg Menjijikkan
By D. Kennedy, D. McGrory

4/11/2001 4:07 pm Sun

Times UK

Keangkuhan FBI dan Sikap Berahsia Yang Menjijikkan

(FBI arrogance and secrecy dismays US)

Oleh: Dominic Kennedy dan Daniel McGrory

Sesiapa pun belum didakwa kerana menyerang Amerika. Ketua FBI bercakap mengenai beberapa agen yang dikerahkan dalam kes ini, mengenai pintu rumah yang diketuk setiap hari, ribuan orang yang disyakki yang mereka tangkap dan sehingga kini mereka tidak pun memberi penjelasan kenapa mereka gagal untuk memerangkap sesiapa yang bertanggungjawab.

Kerana tertekan oleh segala kegagalan, Presiden Bush berura-ura membuat ucapan di TV minggu hadapan memberitahu apa yang sedang dilakukan untuk mempertahankan Amerika daripada serangan keganasan. Para datuk bandar, pemimpin kongress dan semakin ramai golongan rakyat Amerika dapat merasakan perlunya keyakinan in disuarakan mengenai apa yang sedang dijalankan oleh CIA dan FBI dalam hal ini.

Kegagalan siasatan in semakin menyenak. Himpunan bahan risikan menunjukkan betapa agensi risikan itu tidak pun tahu apa-apa mengenai kewujudan puak pelampau di antara mereka sebelum September 11 melanda, sehinggakan kini mereka tidak berupaya mengheret sesiapa ke medan penghakiman. Yang lebih mengkhuatikan ialah kepercayaan popular bahawa rangkaian Osama Laden masih utuh dan bebas merencana serangan terhadap Amerika.

Inilah sebabnya Paul Wolfowitz, Timbalan Setisusaha Pertahanan, menyampuk spekulasi apakah sasaran pengeboman Amerika seterusnya untuk memberi amaran: 'Keutamaan kita ialah peperangan membasmi keganasan di tanahair sendiri.'

Dalam hal ini banyak perasaan yang mengatakan Amerika sedang dihenyak, sebenarnya.

Dengan turut mengorbankan nyawa mereka dulu, 19 perampas pesawat dulu telah sengaja merencana keperitan di pihak penyiasat kesan-kerja mereka dengan menyediakan apa yang kini diakui pula sebagai kesan kerja yang mengelirukan sambil membuat penentuan tidak yang masih bernyawa untuk mendedahkan siapakah ketua mereka.

Tertuduh utama masih dalam tahanan AS - seorang pelajar di Lonodon, Zacarias Mousaoui 31, sedang 'dituduh menjadi perampas nombor ke-20' tetapi dia enggan memecahkan rahsia sejak dia menjerit kesukaan melihatkan tayang TV yang menunjukkan pesawat yang menhunjam dua menara di New York. Warga Peranchis itu telah ditahan oleh pihak imigresen pada bulan Ogos tetapi FBI tidak membenarkan perisiknya menyelidik bahan isian komputer laptop miliknya yang mengandungi beberapa jawapan kepada persoalan mengenai missi September 11.

Scotland Yard (agen risikan British) telah merungut betapa sejak awal siasatan lagi, FBI telah sengaja berahsia dan membuat banyak angkara. Scotland Yard telah diberikan 400 nama orang untuk disiasat tetapi senarai itu mengandungi banyak kesilapannya dan FBI tidak pula menyebut kenapa orang-orang itu mesti diselidikki. Penangkapan yang paling penting ialah membabitkan Lotfi Raissi, 27, seorang juruterbang Algeria. Ketika pasukan anti-pengganas dihantar untuk menangkapnya, tidak ada sesiapa memberitahu mereka bahawa dia telah menjadi pelatih kepada empat orang pejuang relamati dulu untuk menjadi juruterbang.

Setakat ini, Mr.Rissi telah dikenakan tuduhan hanya kerana gagal memberi maklumat pda borang permohonan untuk mendapatkan lesen juruterbang bahawa dia pernah menjalani pembedahan lutut dan pernah dihukum kerana mencuri sebuah beg.

Robert Mueeler, Pengarah FBI, memperakukan bahawa agensi beliau itu perlu diperbetulkan. 'Memang jelas kami perlu lakukan sesuatu yang lebih bercorak proaktif dan bersifat lebih cenderung kepada penahanan,' katanya.

Mueller menyebut bahawa seorang antara setiap tiga orang agennya ditugaskan menyiasat maklumat yang diterima, tetapi dia enggan menyebut berapa ramaikah agennya yang ditugaskan dalam kes anthrax dan siasatan September 11. Sudah wujud perasaan kehampaan apabila para saintis tidak mampu membuktikan apakah jenis bakteria anthrax yang sama telah digunakan dan FBI masih tidak tahu siapakah yang mengirimkan surat melalui pos.

Yang menaikkan kemarahan penguatkuasa tempatan ialah keangkuhan FBI tidak mahu mendapatkan pertolongan. Martin O'Maalcy, datukbandar Baltimore , berkata: 'FBI mempunyai seramai 7,000 petugas yang menyiasat. Kami mempunyai 650,000 petugas yang bersedia membantu.' Ketua jabatan polis mengadu bahawa FBI enggan mengongsi maklumat dengan mereka.

Minggu lalu, tercetus kegemparan di kalangan agensi siasatan di Eropah, apabila FBI membuat pengumuman bahawa ia telah hilang-punca dalam siasatan mereka dan semakin yakin bahawa kunci operasi utama kumpulan Al Qaeda wujud di Jerman. Namun, segala penangkapan di Britain, Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Jarman menunjukkan hampir semua sel kumpulan itu tidak pun tahu-menahu akan kejadian September 11.

Presiden Bush cuba berlagak wujudnya aktiviti yang rancak apabila dia membuat pengumuman terhadap orang yang disyakki sebagai musuh ketat Amerika, yang diketuai oleh Osama Laden, bulan lalu. Kerancakan muslihat itu akhirnya terdedah dengan kegagalan FBI menyebut di manakah mereka yang ditangkap itu sedang ditahan.

Ketika Condoleezza Rice, penasihat majlis keselamatan negara, ditanya kelmarin kenapa Presiden Bush mahu berucap mengenai 'keselamatan tanahair', dia menjawab: 'Dia beranggapan adalah penting meyakinkan rakyat Amerika agar mereka sedar bahaya serangan yang mengancam kita dan segala kemajuan usaha kita menanganinya.' Pungutan suara pendapat (opinion polls) menunjukan betapa sebilangan besar rakyat Amerika sedang dihantui ketakutan apa pula yang akan dilakukan oleh orang-orang Osama Laden kepada Amerika selepas ini.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.thetimes.co.uk/article/
0,,2001380014-2001382187,00.html


SATURDAY NOVEMBER 03 2001

FBI arrogance and secrecy dismays US

BY DOMINIC KENNEDY AND DANIEL MCGRORY

NOBODY has yet been charged over the attacks on America. FBI chiefs talk about the agents they have on the case, the doors they have knocked down, the thousand and more suspects they have arrested, but they do not explain why they have failed to catch anyone responsible.

Troubled by these failures, President Bush is to make a televised statement next week on what is being done to protect America from another atrocity. Mayors, congressional leaders and a growing number of Americans clearly feel in need of reassurance about what the FBI and CIA are up to.

The failure of their investigation is doubly alarming. The dearth of intelligence suggests that the agencies knew next to nothing about the Muslim extremists in their midst before September 11 so it hardly surprising that they can not swiftly bring them to justice. The bigger worry is the popular belief that Osama bin Laden's network is still in place and free to carry out more attacks in America.

This is why Paul Wolfowitz, Deputy Defence Secretary, interrupted speculation over what American jets would bomb next to warn: 'Our priority is the war against the terrorists at home.'

On that front the feeling is that America is losing.

By killing themselves, the 19 hijackers deliberately sought to frustrate the investigation by laying false trails and ensuring there would be no survivors to betray their terrorist controllers.

The main suspect in US custody - a former London student, Zacarias Moussaoui, 33 - is accused of being 'the 20th hijacker' but he has refused to say a word since he cheered television pictures in prison of the jets hitting the twin towers. The Frenchman had been picked up by immigration authorities in August but the FBI refused to let its field agents search his laptop computer which contained clues as to the September 11 mission.

Scotland Yard officers complain that from the start of this manhunt the FBI have been secretive and chaotic. Scotland Yard was sent over 400 names to investigate but the list was littered with mistakes and the FBI did not make it clear why those people were wanted. The most important arrest here was Lotfi Raissi, 27, an Algerian pilot. When the anti-terrorist branch was sent to get him, it was not told that he had trained the four suicide pilots how to fly.

So far Mr Raissi has been charged only with failing to disclose on his pilot's licence application that he had undergone knee surgery and that he had been convicted of stealing a bag.

Robert Mueller, the FBI Director, has acknowledged that his agency needs overhauling. 'We clearly have to be more proactive and more prevention-orientated,' he said.

Mr Mueller says that one in three of his agents is tracking terrorism tips but he will not say how agents are divided between the anthrax and September 11 investigations. There is exasperation that scientists still cannot prove if the same strain of anthrax has been used and that the FBI do not know who posted the mail.

What angers local authorities is that the FBI will not ask for help. Martin O' Malley, Mayor of Baltimore, said: 'The FBI have 7,000 people on the job. We've got 650,000 if only they would call.' Police chiefs complain the FBI refuses to share basic information.

There was consternation among European security agencies last week when the FBI announced that it had exhausted most of its leads and was convinced that the key to al-Qaeda's operations lay in Germany. But arrests made in Britain, France, Belgium, Spain and Germany showed that in almost every case these cells knew nothing about the September 11 hijacks.

President Bush gave the impression of feverish activity when he announced America's most wanted terrorist suspects, headed by bin Laden, last month. This flourish concealed, however, the absence of FBI clues as to the whereabouts of the fugitives.

When Condoleezza Rice, the National Security Adviser, was asked yesterday why President Bush wanted to talk about 'homeland security', she replied: 'He thinks it's vitally important to make certain that the American people are kept informed about the nature of the threats that we face and the progress of our response.' What the opinion polls show is that the vast majority of Americans are scared about what bin Laden's men in America will do next.