Laman Webantu   KM2: 6266 File Size: 8.2 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Keangkuhan DBKL Menyanggah Alam
By M.G.G. Pillai

1/11/2001 5:00 pm Thu

Chiaroscuro 29/10/2001.

Keangkuhan DBKL Menyanggah Alam

(City Hall's arrogance confronts nature)

Oleh: M.G.G. Pillai

Kelmarin, bandaraya Kuala Lumpur telah dibanjiri air setinggi tiga meter selepas hujan lebat yang melanda - seperti yang berlaku enam bulan yang lalu.

Ribuan kereta telah terperangkap di tempat letak kereta bawah paras bumi. Mereka yang berada di jalanraya, samada ada tuannya ataupun kosong begitu sahaja terperangkap sengaja mengejutkan sambil banjir terus mengalir. Kesesakan lalulintas yang saling mencium bampar tanpa perasaan kecintaan terus memburukkan keadaan. Apalagi setelah petugas pejabat terperanjat melihatkan kenderaan kesayangan terbenam dalam air ataupun terapung dihayun banjir.

Sejak banjir April dulu, banyak janji manis yang diberikan tetapi tidak banyak yang dilaksanakan. Penyebab banjir April dulu, masih juga merupakan penyebab banjir yang terbaru. Itu juga penyebab banjir yang akan melanda lagi.

Pagi semalam, Bandaraya (DBKL) membuat sidang akhbar memberitahu media rancangannya untuk mengawal banjir yang dijangkakan muncul bulan hadapan. Tiga jam kemudiannya, ia telah dirasuk bencana yang sama. Namun, bandaraya bertegas seperti gelagatnya Arpil dulu, bahawa ia memang mengawal semua itu. Tetapi bagaimana, sedangkan ia tidak berbuat apa-apa?

Gambar-gambar yang disiarkan oleh akhbar semalam, adalah bukti betapa pihak birokrasi sudah lalai, menunjukkan adanya putar-belit politik, korupsi, gelagat kronisme, ketidak-cekapan yang menyebabkan rakyat jelata terus merana.

Menyanggah Alam

Ada satu permainan kegemaran bandaraya yang membabitkan pembangunan. Inilah permainan menyanggah alam dan segala kuasanya yang sengaja diperlekehkan tanpa memikirkan penderaannya. Keangkuhan zaman ini, yang merupakan tunggak kepimpinan awal Mahathir, memang tidak tahu apa hadnya, dan sesiapa yang berani mempersoalkan mainan itu dan meramalkan serangan balas alam di hari muka memang menerima padahnya. Bandaraya menjadi kaku dan kematu setiapkali banjir melanda dan segala tenaga yang masih ada dikhaskan untuk penjelasan yang penuh temberangnnya.

Bandaraya tidak pernah menanya pendapat penduduk ataupun mencari nasihat rundingan mengenai pembangunan yang kini mencetuskan kebanjiran dan pelbagai bencana. Bandaraya tidak perlu meluluskan sebarang pembangunan yang ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai projek yang bagus sedangkan itulah projek yang akan mencekiknya.

Bandaraya tidak lagi merasa bertanggungjawab terhadap segala tindakannya, menepis dengan mudah segala cadangan yang bermutu yang dikemukakan oleh pihak yang tidak disenanginya, sehingga menjadi angkuh, tidak cekap, korup seperti jabatan kerajaan ataupun badan berkanun yang lain. Oleh kerana tidak ramai yang mengkritik bandaraya, seperti yang sepatutnya, dan kerajaan pula mudah melindungi kesilapannya, kebanjiran kelmarin adalah bukannya satu kemalangan kerana bandaraya yang menyumbang kepada bencana itu.

Inilah bencana alam yang menunggu masa untuk membaham manusia. Pada 1970-an dulu, Pelabuhan Kuantan telah dibina menyanggah peraturan ciri-ciri alam semulajadi. Tindakan politik telah mengabui cadangan teknikal mengenainya. Sehingga kini pelabuhan itu masih tidak digunakan sepenuhnya. Segala kerja-kerja pembaikan sudah pun menjangkau dua kali ganda kos pembinaannya. Segala anjuran teknikal sengaja ditolak-tepi, dan ratusan juta masih diperlukan lagi untuk membaikkinya.

Keangkuhan daripada kekayaan minyak belum melanda Malaysia dan para pemimpin politik termasuk perdana menteri ketika itu, masih mengira duit kecilan dan bersetuju sahaja dengan cadangan itu seperti orang lain, walaupun secara liat sahaja.

Masalah pengawalan banjir di Kuala Lumpur bermula sejak ketika itu. Ada kepercayaan bahawa keuntungan daripada hasil minyak akan menghindarkan cara yang betul, dengan segala tindakan terhadap bencana itu dikendalikan oleh segala keangkuhan bukan sahaja di bandaraya sahaja.

Tidak ada keazaman untuk membetulkan kesilapan dasar rasmi. DBKL faham perkara ini, demikian kita diberitahu, apa yang disebutnya setiap kali Kuala Lumpur banjir ataupun bencana melanda, ia akan bertegas semua itu mampu dikuasainya. Tetapi, ia tidak berusaha untuk membetulkan kerosakan. Masalah yang disebabkan banjir April dulu, hanya merupakan satu memori; DBKL berkata ia bersedia menghadapi banjir bulan hadapan, sedangkan ia terkejut melihatkan keadaan banjir kelmarin.

Bahana kecuaian yang amat dahsyat

Pendirian pemimpin politik menumpukan pembangunan Kuala lumpur sedangkan ia seharusnya menyelerakkan pembangunan itu merata 93 km keluasan bandaraya itu. Ini merupakan satu perbuatan untuk menyanggah alam semula jadi, semata-mata untuk menyenangkan selera dan nafsu serakah kumpulan musibat dalam parti yang mudah membuat kerja-kerja putarbelit untuk mengaut keuntungan yang berbukit.

Kecuaian beginilah yang mencetuskan bencana yang tinggi musibahnya. Apabila pusat pemerintahan kerajaan berpindah ke Putrajaya, Kuala Lumpur kini sudah tidak menjadi penting lagi berbanding segala struktur kemewahan yang dibina dan dirancang di sana. Ini merupakan dasar pemerintahan yang salah, tetapi siapakah yang berani menyanggah?

Ada satu masalah yang belum lagi dibincangkan oleh banyak pihak. Walaupun Malaysia menjanjikan banyak wang untuk membiayai pelbagai projek yang menggila harganya dan diumumkan secara gila-gila juga, sebenarnya negara sudah tidak mempunyai wang lagi. Apabila Petronas kehabisan simpanan dananya, tidak lagi ada bantuan kewangan untuk kita bernafas lega.

Pengeluaran minyak Petronas dijual ke hadapan (forwards sales), untuk 10 tahun dan lebih lagi, dan Petronas sudah menjadi penjamin kepada segala kos pembinaan Putrajaya yang memakan belanja leibh RM100 bilion. Setiap kementerian dibina dengan belanja puluhan bilion kosnya setiap satu. Mahligai kediaman Perdana Menteri dan timbalannya bernilai hampir RM500 juta. (Eh, Mahathir kata harga mahligai dia hanya RM17 juta sahaja?) Kita masih belum tahu berapa bilion diperlukan untuk menyelamatkan segala syarikat penswastaan yang telah hancur lebur.

Jadi, tidak ada yang akan berubah. Banjir akan datang melanda dua hingga tiga kali setiap tahun, mencetuskan bencana berharga berjuta ringgit nilainya setiap kali ia melanda. Syarikat insurans mengeluh memikirkan belanja gantirugi yang perlu dikeluarkannya, dan kini menganggap bnjir itu sebagai 'bencana alam' (Act of God) dan inilah kata-hikmah yang bererti mengecualikan mereka daripada membayar kerugian dan pampasan.

Apakah kerajaan dan DBKL memberikan pampasan kepada mereka yang menghadapi bencana disebabkan banjir kilat yang melanda seperti yang berlaku kelmarin? Kalau ia melanda dua hingga tiga kali setiap tahun, apakah tidak mungkin banjir kilat itu diterima sebagai satu perkara biasa tanpa perlu melakukan sesuatu untuk membenterasnya? Yang menjadi penyebab utama banjir kilat di DBKL sekarang ini ialah tiang-tiang besar yang ditanam di tengah-tengah tiga buah sungai yang mengalir di Kuala Lumpur untuk projek lebuhraya betingkat yang bertol. Inilah yang menyekat segala perjalanan licin aliran sungai disebabkan segala kekotoran dan sekatan itu.

Hujan yang turun dengan lebat dan kerap, mudah melimpahkan tebing sungai. Apabila DBKL tidak mengamalkan sikap memberikan ruang bebas bagi peraliran sungai, inilah yang menyebabkan setiap banjir kilat itu lebih mengganas daripada banjir yang lagi satu. Persisiran Sungai Kelang itu pernah dirancang untuk dibangunkan menjadi satu 'linear city' mengikut nafsu serakah seoang kroni kepada seorang malbari. Bayangkan apakah yang akan terjadi?

Tamat.

Terjemahan: SPAR-01-1741

Asal: KM2 6251