Laman Webantu   KM2: 6265 File Size: 3.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 409: MUK: Pasukan Bersekutu Mungkin Lancar Serangan Menyeluruh
By MirrorUK

1/11/2001 4:58 pm Thu

Mirror UK

Pasukan Bersekutu Mungkin Lancarkan Serangan Menyeluruh

(Allies May Launch Full Scale Invasion)

Oktober 31, 2001.

Peperangan membasmi keganasan akan memasukki tahap terbaru yang membabitkan serangan darat yang menyeluruh ke atas Afghanistan. Demikian munculnya berita terbaru mengenainya hari ini.

Ketua tentera dan risikan percaya penggembelingan ribuan askar mungkin merupakan jalan terakhir untuk mengasapkan Osama Laden dan penyokongnya.

Tetapi, tindakan itu tidak dapat dilaksanakan sebelum musim bunga kerana pihak bersekutu memerlukan masa ntuk mengumpul bahan risikan sebelum menghantar askar (menemui kematian - penterjemah)

Setiausaha pertahanan Donald Rumsfeld berkata musim sejuk di Afghanistan adalah terlalu dahsyat dan membantutkan usaha serangan menyeluruh itu sehinggalah tahun hadapan, tetapi satu pasukan kecil sudahpun beroperasi dalam negara Afghanistan.

Kata beliau: 'Keadaan musim sudah tidak membenarkan peluang kita melakukan operasi khusus dalam peperangan ini.'

'Memang kita akui tidak mempunyai pasukan tentera seperti yang pernah kita milikki ketika Perang Dunia Ke dua ataupun di Korea, di Perang Teluk, tetapi kita tidak menolak kemungkinan menyediakannya.'

AS juga memerlukan masa untuk menyediakan satu pasukan yang besar dalam serangan darat itu.

Setakat ini, serangan udara dan serangan kilat oleh pasukan khas elit telah gagal menumpaskan Taliban ataupun menangkap Osama bin Laden ke muka pengadilan.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/ page.cfm?objectid=11397845&method=full

ALLIES MAY LAUNCH FULL SCALE INVASION

The next phase of the war on terror may involve a full scale ground invasion of Afghanistan, it emerged today.

Military and intelligence chiefs believe deploying thousands of troops may be the only way of smoking out Osama bin Laden and his followers.

But an invasion could not take place before spring as the allies need more time to gather intelligence before sending in troops.

US Defence Secretary Donald Rumsfeld said the harsh Afghan winter would prevent a full-scale invasion until next year, but small numbers of troops are already operating inside Afghanistan.

He said: "The weather is closing in. It does limit the opportunity of certain kinds of operations.

"It is true we do not have anything like the ground forces we had in World War Two, or in Korea, or in the Gulf War, but nor have we ruled that out."

The US would also need time to assemble a big enough force to mount an invasion.

So far airstrikes and lightning raids by elite special forces troops have failed to topple the Taliban or deliver Osama bin Laden to justice.