Laman Webantu   KM2: 6264 File Size: 3.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 409: MUK: Perisik Membeloti Panglima Perang
By Charlie Bain

1/11/2001 4:50 pm Thu

[Barat mula sangsi kepada polis perisik Pakistan yang dipercayai telah menolong Taliban. Mereka tidak sanggup menganiaya rakan se Islam untuk menjadi robot seperti pasukan Bukit Aman...
- Editor
]


Mirror UK

Perisik Membeloti Panglima Perang

(Spies Betrayed Warlord):

Oleh: Charlie Bain di Peshawar

Almarhum Abdul Haq, seorang panglima perang Afghan yang telah digantung minggu lalu, telah dibeloti oleh beberapa orang perisisk Pakistan. Demikian dakwaan yang diketahui kelmarin.

Para pegawai risikan AS mengsyakki pihak militia telah menerima isyarat mengenai lokasi kedudukannya daripada perkhidmatan risikan Pakistan, demikian yang dilapurkan oleh Newsweek.

Ada pendedahan betapa CIA telah menolak permohonan terakhir daripada Haq 43, untuk bekalan senjata, bantuan pengangkutan sebuah helikopter, dan kelengkapan radio sebagai bekalan untuk usaha beliau berkempen menarik minat ketua kaum Pashtun agar belot terhadap kepimpinan Taliban.

Robert MacFarlane, bekas penasihat majlis keselamatan negara kepad Ronald Reagan, yang pernah menjadi penasihat kepada Haq, berkata dia telah mencuba selama dua jam untuk mendapatkan bantuan AS sebaik sahaja beliau mengetahui Haq menghadapi masalah.

Tetapi Haq sudahpun ditangkap sebelum pesawat AS dapat diuruskan.

McFarlane berkata bahawa CIA 'telah gagal segagalnya' dan menambah: 'Nampak sangat kurangnnya kepintaran dalam hal risikan.'

Polis Pakistan semalam telah menangkap 13 orang yang dikatakan ada kaitan dengan pembunuhan 15 orang penganut Kristian dan seorang pegawai polis beragama islam di sebuah gereja di Bahawalpur pada hari Ahad. Enam orang bersenjata telah menyemburkan peluru ke arah 100 orang yang berkumpul dalam satu majlis agama mereka.

Presiden Pervez telah berjanji untuk menangkap pihak yang terlibat ke muka pengadilan. Dia berkata: 'Taktik kebinatangan ini jelas melibatkan pengganas yang terlatih.'

Tamat.

Terjemahan: SPAR

(Gambar Abdul Haq bersalaman dengan Magaret Thatcher)




Asal:

http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/page.cfm? objectid=11396823&method=full

Taliban militia tipped off about Haq

From Charlie Bain in Peshawar

ABDUL Haq, the Afghan warlord hanged by the Taliban last week, was betrayed by Pakistani spies, it was claimed yesterday.

US intelligence officials suspect militia were tipped off about his whereabouts by the Pakistan intelligence service, it was reported in US Newsweek magazine.

And it was revealed the CIA turned down requests from Haq, 43, for weapons, a helicopter airlift and a field radio before his US-backed peace mission to urge Pashtun tribal leaders to rebel against the Taliban.

Abdul Haq with Margaret Thatcher at Number 10 in 1986

Robert McFarlane, former national security adviser to Ronald Reagan, who had been advising Haq, said he tried for two hours to get a US rescue launched when he knew Haq was in trouble.

But he was captured before aircraft were scrambled.

McFarlane said the CIA ''has failed miserably" and added: "There's an appalling lack of intelligence skills.''

Police in Pakistan yesterday arrested 13 men in connection with the massacre of 15 Christians and a Muslim police officer at a church in Bahawalpur on Sunday.

Six gunmen sprayed the 100-strong congregation with bullets.

President Pervez Musharraf has vowed to bring the culprits to justice. He said: "The inhuman tactics clearly indicate involvement of trained terrorists."