Laman Webantu   KM2: 6261 File Size: 2.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 406: TOI: Musharraf Berkemungkinan Digulingkan: Putera Saudi
By TImesIndia

1/11/2001 3:58 pm Thu

[Catatan Penterjemah: Mungkin Putera Turki tidak faham sangat akan politik di rantau sini. Kalau dia faham tentu dia akan menyebut kemungkinan penggulingan kerajaan itu akan menular di Malaysia lebih awal lagi daripada di Indonesia. Ini berlaku tanpa ada kaitan keagamaan, tetapi kerana kebangkitan rakyat Malaysia yang multi-kaum tetapi sedar betapa pilihanraya yang dijangka pada 2004 adalah terlalu lama untuk ditunggu kalau kerajaan yang ada sekarang ini mahu disekat daripada terus membazirkan harta rakyat kepada projek yang membazir. Lihatlah nanti!!!!!. ]


Times Of India

Musharraf Berkemungkinan Digulingkan: Putera Saudi

(Musharraf may be toppled: Saudi Prince)

Washington: Putera Saudi, Turki as-Sudari khuatir bahawa Presiden Perves Musharraf mungkin digulingkan seandainya Amerika Syarikat meneruskan pengeboman Afghanistan ketika bulan Ramadhan. Demikian yang dilapurkan oleh Wall Street Journal.

Putera Turki yang merupakan penerbit akhbar Al Riyadh, dan beberapa ahli keluarga istana (As Saud) khuatir akan berlakunya ketidakstabilan di dunia Islam gara-gara peperangan terhadap Afghanistan berterusan sepanjang Ramadhan ataupun seandainya AS mula mengebom pula negara lain seperti Iraq, kata akhbar itu.

'Ramadhan adalah bulan penting,' kata Putra Turki. 'Semangat keIslaman akan terus meninggi dan sokongan terhadap kumpulan Islamia akan meninggi juga. Beberapa kerajaan mungkin digulingkan kerananya.'

Apabila ditanya apakah negara yang dimaksudkannya, putera itu menjawab: 'Pakistan, Indonesia. Kami khuatir akan peperangan saudara di Pakistan. Kesannya akan sungguh menakutkan.'

Terjemahan: SPAR





Asal:

http://timesofindia.indiatimes.com/
articleshow.asp?art_ID=891815230

Musharraf may be toppled: Saudi prince

WASHINGTON: Saudi Prince Turki as-Sudairi fears that Pakistan President Pervez Musharraf may be toppled if the United States continues to bomb Afghanistan during the holy month of Ramzan, reports Wall Street Journal.

The prince, the publisher of Al Riyadh newspaper, and other members of the royal family fear destabilisation of the Islamic world if the war against Afghanistan continues during Ramzan or if the US begins striking other nations such as Iraq, says the journal.

"Ramadan (Ramzan) is very important," said Prince Turki. "Emotions will run high. There will be more support for Islamic groups. Some governments can be toppled."

Asked what countries he was referring to, the prince said: "Pakistan, Indonesia. We worry about civil war in Pakistan. The impact will be dramatic." ( PTI )