Laman Webantu   KM2: 6257 File Size: 18.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 404: PG - B1: Osama Laden Adalah Tokohnya [Temubual]
By The Progressive

31/10/2001 1:06 pm Wed

http://www.progressive.org/webex/wxbin102401.html


Osama Laden Adalah Tokohnya

(Osama bin Laden Is a Sign of Things to Come)

Dari: The Progressive

Catatan Pengarang: Eqbal Ahmad, seorang aktivis terpelajar Pakistan meninggal dunia pada Mei 11, 1999. almarhum telah memberikan satu wawancara kepada David Barsamian pada November 1998 (kita-kira tiga tahun dulu) dan telah diterbitkan di akhbar 'The Progressive'. Berikut adalah petikan daripada temubual itu.


S: Anda berada di Pakistan ketika Amerika Syarikat mengebom Afghanistan dan Sudan. Apakah yang anda lihat daripada semua itu?

Ahmad: Amerika Syarikat ialah sebuah kuasa besar yang mendakwa mampu menjadi seorang hakim, pendakwa dan juga algojo. Anda tidak sepatutnya biarkan sistem itu membiak. Kita tidak membenarkan fenomena itu dalam sistem kita. Tetapi, kita biarkan sahaja ia membesar untuk menguasai negara. Kenapakah Amerika Syarikat tidak membentangkannya di forum antarabangsa dan dedahkan apa juga yang ia dapat terhadap Osama Laden sebelum mengebom Afghanistan dan kilang di Khartoum?

Kini sudah diketahui bahawa kilang yang dimusnahkan di Khartoum tidak pun mengeluarkan senjata kimia. Pada 1986, saya pernah melawat sebuah khemah di Afghanistan yang kemudiannya dimusnahkan oleh Amerika. Pada asalnya khemah itu dibina dengan tajaan CIA. Amerika Syarikat telah membelanjakan sekitar $8 bilion dollar untuk menonjolkan ketokohan Osama bin Laden.


Q: Apakah maksud anda sebenarnya?

Ahamad: Osama Laden telah dipikat oleh CIA dan dilatih oleh Amerika untuk mempercayai dengan penuh ketaksuban bahawa apabila seseorang asing melangkahkan kakinya ke bumi anda sendiri, anda harus mencurigainya. Osama Laden cuma menjalankan arahan missinya yang pernah merupakah akujanji utama beliau terhadap Amerika satu ketika dulu. Kini, dia melaksanakan missi itu terhadap Amerika kerana pada anggapannya, Amerika sedang menakluk tanahairnya. Itulah yang sebenarnya. Dia membesar melihatkan Arab Saudi dirompak di siang hari oleh syarikat besar Barat dan kuasa barat. Dia pernah melihat warga Saudi, yang merupakan sebuah keluarga bernegara, menyerahkan sumber minyak kepunyaan orang Arab kepada Barat. Sehinggalah 1991, dia merasa lega kerana tanahairnya tidak dijajah. Tidak ada tentera Amerika, Peranchis ataupun British yang berpangkalan di Arab Saudi. Namun, kelegaan yang secebis itu telah dinafikannya ketika tercetusnya Perang Teluk dan peristiwa susulannya.


Q: Apakah asal usul peranan CIA di Afghanistan?

Ahmad: Apabila Soviet Union masuk campur dalam perbalahan perkauman di Afghanistan, seorang diktator fundamentalis di Pakistan, Zia ul-Haq, telah ditonjolkan ke hadapan, dengan bantuan CIA dan pergerakan mujahidin. (Sedangkan Zia-ul-Haq dilantik oleh Presiden Bhutto sebagai ketua tentera yang kemudiannya merampas kuasa dan menjatuhkan hukum mati keatas Zulfikar Ali Bhutto - pengarang) Yang diwujudkan ketika itu ialah sebuah pergerakan fundamentalis Islamia yang terlalu pekat ketaksubannya untuk mengganyang apa yang disebut ketika itu oleh dunia barat sebagai 'The Evil Empire' (Empayar Keiblisan). Daripada Amerika sahaja, pergerakan ini menerima $8 billion dollar banyaknya. Kemudian, campurkan pula tambahan $2 bilion dollar daripada Arab Saudi yang disalurkan hasil galakan Amerika. Selepas itu, petugas Amerikan menjelajah merata dunia Islam mengrekrut orang Islam untuk berjihad di Afghanistan.

'Jihad' sebagai satu fenomena yang bersifat kebangkitan bersenjata seantero dunia tidak pernah wujud dalam dunia Islam sejak abad ke-10. Fenomena itu telah disuntik semula dan diberikan nafas baru untuk kembali bertenaga dalam bentuk pan-Islamia dengan kuasa biaya Amerika. Melalui peperangan di Afghanistan, Amerika Syarikat sudah nampak satu peluang keemasan untuk membangkitkan dunia Islam memerangi pengaruh komunis. Makanya, direkrut mujahidin daripada segenap pelusuk dunia dengan biaya Amerika yang tidak ada hadnya. Saya telah menyaksikan ketibaan mereka di lapangan terbang dengan pesawat yang tidak terkira banyaknya, daripada Algeria, Sudan, Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Palestin. Mereka dibawa masuk dan dipantak segala ideologi, betapa perjuangan bersenjata itu adalah satu kemestian bertaraf kerja-suci. Justru lahirlah apa yang dikatakan kebangkitan jihad bercorak antarabangsa dan sekaligus apa yang dianggap kini sebagai pengganas Pan-Islamia itu turut dilahirkan juga.

Mereka semuanya telah dilatih dan dilengkapkan dengan senjata oleh CIA. Hampir semua pertubuhan militan pergerakan Islamia di mana juga di dunia ini bermula daripada bumi Afghanistan. Orang CIA kini menggelarnya 'the Islamic blowback' (Lantunan Islamiah).


S: Pada pandangan anda kenapakah Barat terlalu bersedia menganggap Islam sebagai musuhnya?

Ahmad: Ketika berakhirnya Perang Dingin, Barat sudah ketandusan ancaman yang membolehkannya bertindak untuk membulatkan segala dasarnya. Semua kuasa pemerintahan, samada yang berbentuk imperial ataupun yang teristimewanya yang bersifat demokratik tidak dapat memperkasakan kuasa mereka berasaskan nafsu-serakah, semata-mata. Tidak ada orang yang menyokongnnya (kecuali Malaysia di bawah kukubesi seorang malbari tua - penterjemah). Mereka perlukan dua perkara: satu berbentuk momokan dan satu berbentuk missi peperangan. Orang British menonjolkan missi mereka sebagai pemikul 'Bebanan Orang Kulit Putih'. Orang Peranchis pula menonjolkan 'la mission civilisatrice' (missi ketemadunan). Orang Amerika, pada tahap awalnya mempunyai 'Manisfest Destiny' (Menifesto Takdir). Kemudian mereka impikan missi 'standing watch on the walls of world freedom' (missi polis dunia) mengikut ungkapan kata-kata John F. Kennedy. Setiap satu manisfesto itu terpaksa berhadapan dengan warna-warna 'Kehitaman', 'Kekuningan' dan akhirnya 'Kemerahan' yang dikaitkan kepada bahaya yang terpaksa mereka hadapi. (Yang pasti, walaupun tidak menyebutnya, Amerika kini dihantui oleh 'The Green Peril' - Bencana Kehijauan - satu kebangkitan tentangan Islam yang disebut akan berlanjutan selama setengah abad - penterjemah). Apabila ada momok yang menghantui, mesti ada missi untuk memeranginya, dan rakyat pasti merestuinya.

Buat masa ini, Amerika Syarikt dinafikan hak mewujudkan missi kerana ketiadaan hantu untuk diganyangnya. Ini merupakan satu missi yang anih apabila diambilkira Amerika sabagai sebuah negara yang selama hampir 100 tahun memberikan sokongan kepada kewujudan kerajaan kediktatoran, mula-mula di Latin Amerika dan kemudiannya di seantero dunia. Dalam pencarian mahukan sarang keganasan itu, Amerika telah berpaling kepada Islam. Pilihan ini dianggap mudah kerana barat sudah lama menghadapi penentangan di Algeria, kemudiannya di Mesir, Palestian dan revolusi Iran. Sebahagian sarang cabaran itu memang terletak di satu lokasi yang sungguh strategik: di situlah juga tersimpannya khazanah bumi berbentuk sumber minyak untuk keperluan Barat.


S: Apakah pandangan anda mengenai Taliban di Afghanistan?

Ahmad: Taliban itu adalah satu kumpulan yang mundur (fahaman kemodenannya - penterjemah) dan amat sukar untuk dijumpai. Tahun lalu (1996), saya telah berada selama dua minggu di Afghanistan. Pada satu hari, saya terdengar bunyi bising laksana gendang dipalu di rumah tempat saya menumpang. Saya keluar melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Terdapat seorang anak muda yang mungkin belum sampai 12 tahun usianya. Kepalanya botak dicukur, dan ada seutas tali yang digantung di lehernya. Dia sedang diseret dengan tali. Ada seorang lelaki yang mengekorinya di belakang sambil mengetuk gendang dengan perlahan.

Saya bertanya, 'Apa kesilapan budak itu'?

Ada orang menyahut bahawa budak itu telah ditangkap berbuat dosa.

'Apa dosanya?' soal saya.

'Dia telah ditangkap bermain dengan sebiji bola tenis.'

Saya pun pergi menemubual salah seorang pemimpin Taliban. Dia berkata, 'Kami melarang anak-anak lelaki bermain bola kerana ia dianggap satu punca nafsu kepada lelaki.' Jadi, logika yang sama membuatkan mereka mengurung kaum wanita di sebalik serungkup muka dan tembok rumah mereka, dan menghalang anak-anak muda daripada bermain. Ini yang saya sebut sebagai satu macam 'gila'.

Kumpulan ini (semacam) anti-wanita, anti-muzik, anti-kehidupan, sedangkan beberapa ramai pegawai tertinggi Amerika Syarikat pernah datang melawat mereka dan berbual serta berbincang dengan mereka. Keseluruhan tanggapan di rantau kami ini, AS telah memberikan sokongan padu kepada kumpulan ini.

(Ha..ha...ha...jadinya Taliban menjadi gila begini atas galakan dan tajaan Raja Iblis Seluruh Dunia - Amerika Syarikat. Kecuali setiap kali pegawai tinggi Amerika ini tiba, mereka dipukau dulu tidak melihat segala kegilaan itu? - penterjemah).


S: Apa sebabnya Amerika berlagak seperti itu?

Ahmad: Apabila Soviet Union hancur bekecai, semua republik jajahannya mendapat kemerdekaan mereka. Gagasan republik Asia Tengah, yang mempunyai penduduk secara majoritinya orang Islam, merupakan negara yang kaya raya dengan khazanah minyak dan gas asli. Semua minyak dan gas mereka dulu disalurkan melalui Soviet Union. Kini, bermulalah satu percaturan baru: Bagaimana cara yang terbaik untuk menyalurkan minyak dan gas itu untuk kegunaan dunia?

Di waktu inilah beberapa syarikat gergasi Amerika bersatu melangkah masuk ke situ. Texaco, Amoco, Unocal, Delta Oil - semua ini adalah gergasi minyak Amerika yang berlumba-lumba menyondol Asia Tengah untuk tumpang tui menonjolkan sekaki di pintu simpanan minyak dan gas di sana. Mereka tidak berminat membina satu saluran paip di Iran, kerana pada waktu ini Iran masih mereka diboikot. Lagipun Iran dianggap seteru ketat Amerika. Mereka memilih Afghanistan dan Pakistan sebagai tempat yang terbaik untuk menyalurkan paip bekalan. Apabila berjaya bererti Russia turut dipinggirkan juga.

Cuba bayangkan kisah ini: Presiden Clinton pernah menelefon beberapa presiden; Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Azerbaijan dan memujuk rayu agar mereka menyetujui menandatangani satu kontrak pembikinan paip saluran. Saluran paip itu akan merentasi Afghanistan. Dalam permainan catur politik ini, kedua-dua pihak di Pakistan dan Amerika bertukar pendapat siapakah yang merupakan puak yang lebih dipercayai untuk menentukan keselamatan paip yang akan terpasang nanti. Mereka telah memilih untuk melantik satu kumpulan fundamental Islamia yang sungguh ganas dan paling berani untuk menjamin keselamatan saluran paip itu nanti - Taliban.

Dalam keadaan ini, penelitian Amerika Syarikat tidak lagi tertumpu kepada titik-bengik siapakah yang paling fundamental dan siapa yang lebih bertamaddun, siapakah yang menyayangi kaum wanita mereka ataupun mendera mereka dengan zalimnya. Isu yang dipentingkan ialah, siapakah yang berkemungkinan dapat menjamin keselamatan saluran minyak dan gas itu nanti.

....bersambung....


Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.




Asal:


http://www.progressive.org/webex/wxbin102401.html

From the Archives:

Osama bin Laden Is a Sign of Things to Come

Excerpts from an Interview with Eqbal Ahmad

Editor's Note: Eqbal Ahmad, the Pakistani scholar-activist who died on May 11, 1999, gave a prescient interview to David Barsamian in the November 1998 issue of The Progressive. What follows is an excerpt from that interview:


Q: You were in Pakistan when the United States bombed Afghanistan and the Sudan. What did it look like to you?

Ahmad: The United States is a superpower that claims to be judge, accuser, and executioner. You don't allow that in your system. We don't allow it in our system. But we are allowing it on a world scale. Why didn't the United States go to international forums and present the evidence that it had against bin Laden before bombing Afghanistan and the factory in Khartoum? There is increasing evidence now that the factory was not producing any chemical weapons. The camp they hit in Afghanistan I visited in 1986. It was a CIA-sponsored camp. The United States spent $8 billion in producing the bin Ladens of our time.


Q: What do you mean by that?

Ahmad: He was socialized by the CIA and trained by the Americans to believe deeply that when a foreigner comes into your land, you become violent. Bin Laden is merely carrying out the mission to which he committed with America earlier. Now he is carrying it out against America because now America, from his point of view, is occupying his land. That's all. He grew up seeing Saudi Arabia being robbed by Western corporations and Western powers. He watched these Saudi princes, this one-family state, handing over the oil resources of the Arab people to the West. Up until 1991, he had only one satisfaction: that his country was not occupied. There were no American or French or British troops in Saudi Arabia. Then even that small pleasure was taken away from him during the Gulf War and its aftermath.


Q: What is the background of the CIA role in Afghanistan?

Ahmad: After the Soviet Union intervened in Afghanistan, an Islamic fundamentalist dictator in Pakistan, Zia ul-Haq, promoted, with the help of the CIA, the mujahideen resistance. Now what you had was Islamic fundamentalists of a really hardcore variety taking on the Evil Empire. They received $8 billion in arms from the U.S. alone. Add another $2 billion from Saudi Arabia under American encouragement. And, more than that, American operatives went about the Muslim world recruiting for the jihad in Afghanistan. This whole phenomenon of jihad as an international armed struggle did not exist in the Muslim world since the tenth century. It was brought back into being, enlivened, and pan-Islamized by the American effort. The United States saw in the war in Afghanistan an opportunity to mobilize the Muslim world against communism. So the United States recruited mujahideen from all over the Muslim world. I saw planeloads of them arriving-from Algeria, the Sudan, Saudi Arabia, Egypt, Jordan, and Palestine. These people were brought in, given an ideology, told that the armed struggle is a virtuous thing to do, and the whole notion of jihad as an international, pan-Islamic terrorist movement was born.

They were trained and armed by the CIA. The militants of the Islamic movement almost everywhere have all been trained in Afghanistan. The CIA people now call it "Islamic blowback."


Q: Why do you think the West is so ready to treat Islam as the enemy?

Ahmad: After the Cold War, the West had no viable threat around which it could organize its policies. All powers, all imperial powers-especially democratic ones-cannot justify their uses of power only on the basis of greed. No one will buy it. They have needed two things: a ghost and a mission. The British carried the White Man's Burden. That was the mission. The French carried la mission civilisatrice, the civilizing mission. The Americans had, first, Manifest Destiny, and then found the mission of "standing watch on the walls of world freedom," in John F. Kennedy's ringing phrase. Each of them had the Black, the Yellow, and finally the Red Peril to fight against. There was a ghost. There was a mission. People bought it.

Right now, the United States is deprived of both the mission and the ghost. So the mission has appeared as human rights. It's a very strange mission for a country that for nearly 100 years has been supporting dictatorship, first in Latin America and then throughout the world. And in search of menace, it has turned to Islam. It's the easiest because the West has encountered resistance here: Algeria, then Egypt, Palestinians, the Iranian revolution. And a portion of it is strategically located: It's the home of the oil resources for the West.


Q: What is your view of the Taliban of Afghanistan?

Ahmad: The Taliban is as retrograde a group as it is possible to find. Last year, I spent two weeks in Afghanistan. One day, I heard drums and noises from the house where I was staying. I rushed out to see what was going on. There was a young boy who couldn't have been more than twelve years of age. His head was shaved. There was a rope around his neck. He was being pulled by that rope. There was one man behind him with a drum. He slowly beat the drum.

I asked, "What has the boy done?"

People told me he was caught red-handed.

"Doing what?" I asked.

"He was caught red-handed playing with a tennis ball."

I went off to interview one of the Taliban leaders. He said, "We have forbidden boys to play with balls because it constitutes undue temptation to men." So the same logic that makes them lock up women behind veils and behind walls makes them prevent boys from playing games. It's that kind of madness.

These people are anti-women, anti-music, anti-life, and some of the highest officials of the United States have been visiting them and talking to them. The general impression in our region is that the U.S. has been supporting them.


Q: Why would the United States do that?

Ahmad: When the Soviet Union fell apart, its constituent republics became independent. The Central Asian republics, whose majority population is Muslim, happen to be oil-rich, gas-rich states. Their gas and oil used to pass through the Soviet Union. Now a new game starts: How is this oil and gas going to get out to the world?

At this point, American corporations move in. Texaco, Amoco, Unocal, Delta Oil-all of these are now going into Central Asia to get hold of these oil and gas fields. They don't want to take any pipelines to Iran because Iran is, at this moment, boycotted. It's an enemy of America. So Afghanistan and Pakistan become the places through which you lay pipelines. And you cut the Russians out. Just look at the story here: President Clinton makes personal telephone calls to the presidents of Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, and Azerbaijan, urging them to sign pipeline contracts. And the pipeline has to go through Afghanistan. In this game, both Pakistan and the U.S. get into the business of saying who will be the most reliable conduit to ensure the safety of the pipelines. And they pick the most murderous, by far the most crazy, of Islamic fundamentalist groups, the Taliban, to ensure the safety of the pipelines.

In this situation, the U.S. concern is not who is fundamentalist and who is progressive, who treats women nicely and who treats them badly. The issue is, who is more likely to ensure the safety of the oil and gas resources.

....to be continued....