Laman Webantu   KM2: 6256 File Size: 6.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 403: TGraph - Sokongan Pada Bush Semakin Berkurangan
By Toby Harnden

31/10/2001 1:03 pm Wed

Sokongan Terhadap Bush Semakin Berkurangan

(Backing for Bush starts to weaken)

Oleh: Toby Harnden di Washington

Tahap sokongan yang sungguh menakjubkan di Washington terhadap Bush pada awal peperangan membasmikan keganasan sudah mula menurun setelah ahli politik Amerika secara berterus-terang menawarkan strategi alternatif untuk pertama kali sejak kengerian serangan Pusat Dagangan Dunia itu dulu.

Serangan bertubi bakteria anthrax yang dituruti kritikan pedas kerana kelemahan menanganai serangan tersebut, pentadbiran Bush kini mendapati pihaknya terpaksa berperang dengan pelbagai cadangan yang ia akan kehilangan arah untuk menangani peperangan itu.

Serangan September 11, telah membantu mencetuskan satu keadaan di mana rakyat Amerika menyatakan sokongan mereka untuk bersatu sehingga membabitkan semua pembangkang yang amat kritikal terhadap Presiden Bush. Tetapi, apabila kengerian itu semakin berkurangan ditelan zaman, suasana politik mula kembali dengan arus normalnya.

Sejak tercetusnya kempen Kosovo dulu sehinggalah Perang Teluk, terdapat perdebatan politik mengenai strategi ketenteraan. Kini, pentadbiran Bush mendapati kemungkinan mengendalikan peperangan yang serupa dengan latarbelakang yang sama. Pada waktu yang sama liputan mediapun sudah semakin kuat sindiran dan keraguannya.

Walaupun semua kritikan mereka itu bersifat tentatif, ahli kanan Kongres kini sudah lancar menyuarakan pendapat betapa beberapa perkara itu boleh dilaksanakan dengan cara yang pelbagai. Donald Rumsfeld, setiausaha pertahanan, nampak naik darah ketika menangani beberapa kritikan semalam. 'Seseorang yang bertanggung-jawab seharusnya tidak membuat spekulasi apa yang patut kami laksanakan seterusnya,' jawab beliau.

Tetapi nasihat semacam itu adalah dingin sahaja sifatnya berbanding kontroversi minggu lalu yang dicetuskan oleh kenyataan Senator Joe Biden, pengerusi Demokrat dalam jawatankuasa hubungan luarnegara. Beliau terpaksa mempertahankan dirinya setelah dia menyuarakan pendapat bahawa Amerika sudah menjadi 'hi-tech bully' dengan lagaknya melakukan serangan udara dalam peperangan itu.

Satu minggu kemudiannya, ulangan kenyataan yang sama menerima reaksi membisu sahaja. Tetapi sudah wujud satu kesedaran di Washington betapa satu minggu lagi berlakunya kehampaan di medan perang itu akan mencetuskan satu suasana yang semakin hebat kritikannya nanti. Tiga orang senator kanan seperti Mr. Biden, yang semuanya bertaraf layak menjadi bakal calon presiden Amerika, adalah antara mereka yang secara terang-terangan berjenaka di hujung minggu akan cara perjalanan perang itu dan cara dan kaedah ia dikendalikan.

'Saya fikir, beberapa sasaran serangan itu sepatutnya tidak boleh menjadi begitu, dan sepatutnya merupakan sasaran yang berbeza,' kata Sen. John Kerry, seorang ahli Demokrat. 'Apa yang saya maksudkan, apabila kita mulakan perkara ini kita ada tanggungan berat terhadap masyarakat untuk menyedarkan mereka hal peperangan itu.'

Sen. John McCain yang mencabar Mr. Bush untuk pencalonan menjadi presiden parti Republikan tahun lalu, berkata betapa Taliban itu 'mungkin telah disalah-tafsir oleh pentadbiran Bush.'

Mr. Rumsfeld berkata, dia percaya kecurigaan mengenai peperangan itu hanya terhad di kalangan orang media sahaja. ' Kalau diambil kira rakyat Amerika, saya dapat merasakan memang mereka banyak bersabar dan memahami kesulitan kita menanggung tugas ini.'

Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.




Asal:

http://news.telegraph.co.uk/news/main.jhtml? xml=%2Fnews%2F2001%2F10%2F30%2Fwwar130.xml

Backing for Bush starts to weaken

By Toby Harnden in Washington

(Filed: 30/10/2001)

THE startling level of support in Washington for President Bush's handling of the war against terrorism has begun to wane as American politicians publicly offer alternative strategies for the first time since the attacks on the World Trade Centre.

Already struggling with the spate of deadly anthrax attacks and reeling from criticism of its confused response, the Bush administration now finds itself battling against suggestions that it could be losing control of the war itself.

The September 11 attacks helped create an unprecedented national mood of unanimity that extended even to Mr Bush's fiercest opponents. But as the horror of that day recedes, politics as normal is slowly returning.

From the outset of the Kosovo campaign and the Gulf War there was intense political debate about military strategy. Now, the Bush administration is finding it will soon be conducting its war against a similar backdrop. Simultaneously, American press coverage has become more sceptical.

Although their criticisms have been tentative, senior members of Congress are now voicing their opinions on how things could be done differently. Donald Rumsfeld, the defence secretary, appeared exasperated by the mounting criticism yesterday. "It is not for anyone in a position of responsibility to be speculating about what we might do next," he said.

But this advice was mild compared to the controversy last week over remarks by Sen Joe Biden, Democratic chairman of the Senate foreign relations committee. He was forced to defend himself on the Senate floor after suggesting America could be seen as a "high-tech bully" for conducting an air war.

Even a week later, the airing of similar concerns is prompting a muted reaction, but there is a sense in Washington that another week of frustration on the battlefield could lead to a more vigorous political critique. Three senior senators, like Mr Biden, all potential presidential candidates, were among those who had been publicly musing over the weekend about the way the war was being conducted.

"Some of the targeting, in my judgment, might perhaps have been different," said Sen John Kerry, a Democrat. "I mean, you know when you begin this that you have an enormous public relations component of this war."

Sen John McCain, who challenged Mr Bush for the Republican presidential nomination last year, said the Taliban had been "perhaps, to some degree, underestimated" by the Bush administration.

Mr Rumsfeld said that he believed disquiet about the war was confined to the media. "In terms of the American people, I sense that there's a good deal of patience and understanding of the difficulty of the task."