Laman Webantu   KM2: 6255 File Size: 3.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 402: TOI - Taliban Mendakwa Menangkap Agen CIA
By TimesIndia

31/10/2001 12:21 pm Wed

Times of India

Taliban Mendakwa Menangkap Agen CIA

(Taliban claim to arrest CIA agent)

ISLAMABAD: Puak Taliban pada hari Sabtu lalu, mendakwa telah menangkap seorang agen CIA di pergunungan Spin Buldock dekat sempatan Pakistan. Seorang pegawai Taliban telah dapat mengecam perisik Amerika itu sebagai Major Mazhar Ayub.

Pegawai itu yang bernama Qari Abdul Wakil, telah memberitahu BBC, bahawa Ayub telah dicam daripada dokumen yang diperolehi padanya. Beliau berkata, agen CIA itu telah ditangkap ketika memasuki Spin Buldock daripada Chamman yang bersempadan dengan Pakistan. Dia memiliki peta Afghanistan ketika itu dan beberapa buku dan maklumat mengenai Afghanistan.

'Beliau juga memiliki beberapa alat kelengkapan elektronik dan mungkin telah memberikan maklumat kepada AS dan pasukan tentera yang lain,' kata beliau.

Ayub pernah berkhidmat dengan tentera AS daripada 1971 hingga 1991. Dia telah berkhidmat di Perang Vietnam dan pernah bertugas dengan CNN daripada 1992 hingga 1998. Wakil menyebut, selepas 1998 Ayub telah melawat Karachi, Lahor, dan Peshawar di mana dia baru sahaja bertugas dengan UNCHR di khemah pelarian.

Pegawai Taliban itu ada menyebut bagaimana Ayub memberikan maklumat kepada Amerika dan negara barat yang lain mengenai pergerakan tentera militia Taliban.

Wakil mendakwa ketika militia menangkap agen CIA itu, beliau memberikan jawatannya sebagai seorang wartawan.

'Apabila badannya diperiksa, beberapa barang telah dijumpai. Kerana itu Taliban mengsyakinya dan menangkap beliau,' katanya.

Ayub kini disorok di satu tempat rahsia. 'Dia sedang disoal-siasat,' kata beliau. Wakil telah berkata dua orang kawan Ayub daripada Amerika, John dan Mong, sedang menginap di sebuah hotel di Quetta dan mereka telah membantu beliau menyusup masuk ke Afghanistan.

Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.




Asal:

http://timesofindia.indiatimes.com/ articleshow.asp?art_id=1327012

Taliban claim to arrest CIA agent

ISLAMABAD: Afghanistan's Taliban on Saturday claimed to have arrested a CIA agent on the Spin Buldock mountains near the Pakistan border.

A Taliban official identified the arrested American intelligence agent as Major Mazhar Ayub.

The militia official, Qari Abdul Wakil, told BBC that Ayub was identified from the documents recovered from him.

He said the CIA agent was arrested when he entered Spin Buldock from Pakistan's border at Chamman. The militia recovered from him maps of Afghanistan and other information and books on Afghanistan.

"He also has some electronic equipment with which he might be providing information to the US and other military sections," he said.

Ayub served in the US Army from 1971 to 1991. He has also fought during the Vietnam war besides having worked for the CNN network from 1992 to 1998, Wakil said, adding that after 1998 Ayub visited Karachi, Lahore and Peshawar where he recently worked with the UNCHR in the refugee camps.

The Taliban official said Ayub was giving information to the Americans and other western countries about movements of militia troops.

Wakil claimed that when the militia caught the CIA agent, he described himself as a journalist.

"When his body search was carried out, some other materials were recovered from him. That is why, the Taliban suspected him and arrested him," he said.

Taliban have kept Ayub at a secret place. "He is now under interrogation," he said. Wakil said Ayub's two American colleagues, John and Mong, were living in a Quetta hotel and that they had helped the CIA agent enter Afghanistan. ( PTI )