Laman Webantu   KM2: 6252 File Size: 5.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 399: Pravda - Amerika Tidak Mahu Komunis Dlm Kerajaan Afghan
By Irma Malenko

30/10/2001 11:49 am Tue

Pravda.ru

Amerika sudah membuat pendirian tidak ada komunis dalam kerajaan baru Afghan

(Americans Decided Beforehand There Would Not be Any Communists In Future Afghan Government)

Oleh: Irma Malenko

Mengikut laporan Hindustan Times, AS dan Pakistan telah menyenaraikan beberapa nama untuk menganggotai satu kerajaan Afghan yang baru. Senarai itu lengkap dengan pelabagai nama yang merupakan bekas loyalis, pemimpin agama, komander Mujahidin, fundamentalis dan nasionalis. Walaupun puak bekas komunis Afghan pernah memerintah Kabul daripada 1978-92, dan merupakan golongan yang memang berpengalaman untuk mentadbir, mereka telah diketepikan. 'Tidak ada sesiapa yang datang bertanya, dan berkemungkinan kami tidak akan diajak menyertai Loya Jirga' demikian pendapat seorang bekas menteri Parti Demokratik Rakyat Afghanistan. Keraguan ini memang ada sebabnya kalau diambil kira apa yang dilakukan oleh Taliban terhadap Najibullah selepas mereka merampas Kabul pada 1996.

'Sejak September 11, kami tidak bebas bergerak, kerana dikenakan kurungan di rumah,' kata bekas menteri itu. Demikian juga sekatan yang dikenakan kepada ahli parti komunis yang lain, (Vatan party).

'Dunia tidak suka apa yang kami katakan, terutama mengenai bahaya puak fundamentalis. Sebagai manusia yang kuat beremosi, kebanyakan orang Islam menganggotai parti keIslaman ini, dengan mengenepikan kuasa demokrasi dan kemajuannya. Sedangkan kami mampu mentadbir negara dan membawanya menuju ketamadunan.'

Pegawai komunis itu menyatakan bahawa Taliban hanya pandai berperang tetapi tidak tahu mentadbir Afghanistan selepas peperangan itu. 'Kita perlukan pemulihan, kerja-kerja pembangunan, membina ampangan air, membekalkan elektrik, sedangkan Taliban mana tahu semua itu.'

'Orang Taliban dan Pakatan Utara adalah dua muka berbeza dalam satu medal yang sama, Mereka adalah kumpulan yang kuat beragama.' Mengikut beliau, masalahnya bukanlah Taliban, tetapi, kumpulan fundamentalis di Pakistan, terutama sekali di Punjab.

'Dalam 1993, terdapat sebanyak 3,000 sekolah agama ataupun madrassah di Pakistan, tetapi sekarang jumlahnya sudah melonjak menjadi 14,000. Dari situlah Taliban menerima penyokong baru mereka. Di sana juga mereka menerima ajaran ideologi dan ajaran lain yang dibiayai oleh pemimpin Arab seperti Osama bin Laden. '

'Dalam keadaan begini, siapa nanti yang akan mentadbir Kabul' Bagaimana caranya mereka mahu mentadbir?' Mengikut bekas menteri itu, semua ini adalah disebabkan oleh pasukan risikan Pakistan. Dan anda tahulah siapa yang membiayai pasukan risikan ini.

Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.
2001-10-30




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/30/19567.html


IRINA MALENKO: AMERICANS DECIDED BEFOREHAND THAT THERE WOULD NOT BE ANY COMMUNISTS IN THE FUTURE AFGHAN GOVERNMENT

According to Hidustan Times, the US and Pakistan are already gathering a mixed group for a 'good' future Afghan government, a real assorti of ex-loyalists, spiritual leaders, commanders of Mojahed, fundamentalists, and nationalists. However, the Afghan communists who ruled Kabul during 1978-1992 and who seem to be the only group with administrative work experience are being ignored.

'Nobody asks us, nobody speaks with us, and they most likely will not invite us to Loya Jirga (traditional national council)', - ex-minister from People's Democratic Party of Afghanistan says, who does not want to introduce himself, being afraid of the Pakistani Special Services. This fear is not without reasons, especially taking into account what the Taliban did with Najibulla after it occupied Kabul in 1996.

'Since September 11, we cannot freely move; we are under house arrest," the ex-minister said, who is, as well as other communists, a member of Vatan party.

'The world does not like what we say, especially about fundamentalism's danger. Being emotional people, most of Muslims enter these Islamite parties, leaving democratic and progressive forces without help. While we could care for the country and make it able to march in step with civilization.'

The old communist says that the Taliban can only carry war, but it cannot care for Afghanistan during peace time. 'We need reconstruction, development works, dams, electricity, while the Taliban knows nothing about these things."

'The Taliban and the Northern Alliance are two sides of the same coin. The both are religious groups.' According to him, the main trouble is not the Taliban, but religious fundamentalism in neighbouring Pakistan, especially, in Punjab. 'In 1993, in Pakistan, there were 3,000 religious schools, while now there are already 14,000.

This is from where the Taliban's new supporters come, where they get ideological and other hardening financed by such Arabian figures like Osama bin Laden.? 'In such a situation, who will rule over Kabul' How will they be able to rule?' According to the ex-minister, all this is caused by Pakistani secret services. And you know who finances these secret services?