Laman Webantu   KM2: 6247 File Size: 5.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 398: TGraph - Pasukan Khas AS 'bersedia mencuri kepala-ledakan Atom'
By Ben Fenton

29/10/2001 12:44 pm Mon

Pasukan Khas AS 'bersedia mencuri kepala-ledakan Atom'

(US special unit 'stands by to steal atomic warheads')

Oleh: Ben Fenton

Satu unit ketenteraan elit Amerika yang khas sedang bersiap untuk melakukan serangan menyerbu Pakistan untuk mencuri kelengkapan perang nuklear, demikian laporan yang disiarkan hari ini.

Unit khas tentera ini sedang menjalani latihan dengan pasukan anti-keganasan yang paling dipercayai di Israel, dan akan bertindak seandainya Panglima Pervaiz Musharraf kehilangan kuasa di Pakistan.

Pihak CIA percaya bahawa pegawai tentera Pakistan yang menyebelahi Taliban boleh menjadi satu ancaman kepada Jeneral Musharraf, dan beberapa butir kepala ledakan nuklear yang berjumlah 24, boleh dicuri oleh para penyeleweng di dalam khidmat risikan Pakistan (ISI) itu.

Seymour Hersch, soerang wartawan yang pernah melaporkan krisis pasca September 11 dengan tepatnya setakat ini, berkata bahawa ahli pasukan Israel daripada Unit 262, ataupun lebih dikenali sebagai 'Sayeret Matkal', telah tiba di Amerika sebaik sahaja berlakunya serangan itu dan berlatih dengan satu pasukan khas pilihan Pentagon.

Mr. Hersch telah menyebut betapa 'seorang pegawai tinggi' memperakukan adanya rencana untuk mencuri kepala-ledakan itu. Namun, masih ada kesangsian apakah CIA - ataupun agensi risikan lain, yang tahu lokasi sebenar kelengkapan nuklear Pakistan itu, yang pada mulanya diuji pada 1998, dan memeranjatkan agensi perisikan Amerika.

Sudah timbul kesangsian Jeneral Musharaf akan kehilangan kuasa dan digulingkan dan kemungkinan beberapa unit alat perang nuklear itu adalah bergantung kepada betapa rapatnya ISI dengan Taliban. Minggu lalu, Presiden Pakistan itu telah menolak dakwaan itu semua.

'Kami ada satu sistem pemerintahan dan kawalan yang baik yang telah teruji, dan tidak ada sebab ia boleh jatuh ke tangan pihak yang bersifat fundamentalis,' kata Musharraf. Pakistan memang diagak mempunyai beberapa peluru berpandu jarak sederhana yang mampu membawa senjata nuklear dan juga dengan melengkapkan jet pejuang F-16 kepunyaannya.

Memang terdapat beberapa target sasaran yang boleh digunakan oleh pihak yang bersimpati dengan Taliban dan kumpulan pelampau Islamik di Afghanistan. Antaranya teramasuklah India, yang juga merupakan suatu negara berkuasa nuklear, ataupun empat kapal induk Amerika dan beberapa kapal perang British yang kini berlabuh di persisiran pantai Pakistan. Semua itu digunakan sebagai pelancar serangan udara dan komando terhadap Taliban dan Al-Qaedah.

Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.




Asal:

http://portal.telegraph.co.uk/news/main.jhtml? xml=%2Fnews%2F2001%2F10%2F29%2Fwar129.xml

US special unit 'stands by to steal atomic warheads'

By Ben Fenton

(Filed: 29/10/2001)

AN elite American military unit is preparing for possible incursion into Pakistan in order to steal its nuclear weapons arsenal, it is reported today.

The special forces unit is training with Israel's most trusted anti-terrorist unit, and would be called into action in the event that Gen Pervaiz Musharraf lost power in Pakistan, the New Yorker magazine said.

The CIA believes that Pakistani army officers sympathetic to the Taliban could pose a threat to Gen Musharraf, and that some of the country's estimated 24 nuclear warheads could be stolen by renegades within Pakistan's intelligence service, the ISI.

Seymour Hersch, a journalist whose reporting on the post-September 11 crisis has been broadly accurate so far, said that members of Israel's Unit 262, or Sayeret Matkal, came to America soon after the attacks and have been training with Pentagon special forces.

Mr Hersch quoted a "senior military officer" as confirming that intense planning was going on for the "exfiltration" - theft - of warheads. But there are doubts about whether the CIA - or any other intelligence agency - knows the exact location of Pakistan's warheads, which were first tested, to the surprise of American intelligence agencies, in 1998.

The fear that Gen Musharraf could lose control of the country and some or all of the warheads is based on the close links between the ISI and the Taliban. Last week, the Pakistani president dismissed such concerns.

"We have an excellent command-and-control system which we have evolved, and there is no question of their falling into the hands of any fundamentalists," Gen Musharraf said. Pakistan is thought to have a number of intermediate-range missiles to carry its warheads as well as using F-16 fighter-bombers.

There are a number of possible targets for the use of these weapons by renegades sympathetic to the Islamic extremists in Afghanistan. These include India, itself a nuclear power, or the four American aircraft carriers and British vessels currently cruising off Pakistan's coastline as bases for air and commando attacks on the Taliban and al-Qa'eda.