Laman Webantu   KM2: 6246 File Size: 11.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 397: NYT - Kita Bersendirian
By Thomas L. Friedman

29/10/2001 12:36 pm Mon

[Sila maklum penulis ini agak pro Amerika. Menyerang membabi buta tanpa menghiraukan fakta, bukti, keadaan dan masa bukannya satu keadilan. Ia hanyalah satu lagi keganasan yang bertopengkan keadilan.

Dengan Ramadhan yang semakin menghampiri, ramai sudah mula berat hati untuk bekerjasama. Lagipun siapa mahu sial itu berpindah ke negara mereka? Bukankah AS dan Britain kini sedang dihantui oleh pelbagai ancaman pelik-pelik yang memeningkan kepala? Dan tidak semua itu kerja manusia. Alam sudahpun murka dan kali ini manusia mungkin tidak akan menemui ubatnya.... - Editor]


Kita Bersendirian

(We Are All Alone)

Oleh: Thomas L. Friedman

Biarlah saya fikirkan perkara ini dulu: Pakistan mengizinkan kita mengguna pangkalannya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat - dengan syarat kita mengebom hanya Taliban yang mempunyai nama bermula dengan 'Omar' dan yang tidak mempunyai saudara mara di dalam perkhidmatan risikan Pakistan. India menyokong kita pada hari Selasa dan Jumaat dengan syarat ia boleh mengebom pasukan Pakistani di Kashmir berselang hari. Mesir menyokong kita pada hari Ahad, dengan syarat kita tidak memberitahu sesiapa yang kita ada memberinya bantuan bernilai $2 bilion dollar setiap tahun. Yassir Arafat hanya menyokong kita selepas 10 malam pada hujung minggu, ketika orang Palestin yang telah menari di jalanraya ketika Pusat Dagangan Dunia sudahpun tidur lena. Pakatan Utara Afghanistan menyokong kita, dengan syarat kita bekalkan semua anggota tenteranya sandal baru dan berikan paspot Amerika Syarikat kepada 1,000 askarnya yang mula-mula tiba di kabul.

Israel menyokong kita dengan syarat kita tidak mempertikaikan kegilaan 7,000 peserta Israel yang menduduki perkampungan Palestin yang berjumlah satu juta di Bahagian Gaza. Kuwait memang bersedia bersama kita, kerana kitalah yang menyelamatkannya daripada Iraq. Itupun ada dua orang Islamis di Parlimen Kuwait yang menentang kita, kerana itu Emir tidak berani mengambil sebarang tindakan. Anda mesti faham perkara itu. Arab Saudi, memang bersedia bersama kita, tetapi mereka tidak berminat untuk berperang. Itu hanya mainan petugas istana. Tetapi jangan khuatir. Putera Alwaleed telah berjanji untuk menyewakan beberapa orang askar Bangladeshi melalui syarikat perkhidmatan Saudi - dengan menaikkan sedikit harga untuk mencari untung sahaja.

Keluarga diraja Saudi memang berminat menyerahkan fail polis mengenai 15 warga Saudi yang terlibat merampas pesawat, tetapi itu akan dianggap melanggar kedaulatannya, dan anda tentu sedar betapa Saudi amat memelihara kedaulatannya - seperti cara Kedutaan Saudi di Washington yang bertindak menerbangkan semua suku sakat Osama bin Laden keluar daripada Amerika sejurus selepas September 11, dengan menaiki jet khas Saudi, sebelum mereka dapat ditemu siasat oleh FBI.

Kemudian wujud pula pilihan peribadi saya: Semua negara sekutu Arab-Muslim memang berminat melihat Osama Laden ditangkap dengan cepat, tetapi bulan suci Ramadhan semakin dekat dan dunia Islam tidak akan merelakan peperangan musim Ramadhan. Tetapi, anda mesti ingat akan Perang Timur Tengah 1973, yang dilancarkan oleh Mesir dan Syria terhadap Israel? Masih ingat lagi apakah yang mereka namakan peperangan itu di kalangan dunia Arab? 'Perang Ramadhan' - begitulah namanya kerana waktu itulah ia bermula. Jadi, dunia Arab boleh melancarkan perang pada bulan Ramadan, tetapi tidak boleh diperangi pada waktu itu.

Saudaraku rakyat Amerika sekelian, aku amat tidak selesa menyebutnya, tetapi, tanpa sahabat kita Britain, kita terpaksa bersendirian. Di tahap akhirnya nanti, pasukan AS dan British yang terpaksa turun padang, dan menghapuskan Osama bin Laden (ataupun orang Osama Laden yang membinasakan tentera Amerika-British? - penterjemah)

Mungkin anda mahu bertanya, kenapakah kita mempunyai ramai sekutu ketika perang Teluk dulu melawan Iraq? Ketika itu Saudi dan Kuwait membeli keahlian sekutu itu. Mereka telah menyogok tentera Syria dengan berbilion dolar kepada Damshik. Mereka telah menyogok kita dan pasukan negara barat dengan janji-janji untuk mengagihkan kontrak pemulihan semula dengan pelbagai kosnya. Malahan, Jepun ada menyumbang wang, dan inilah yang memberikan kita keuntungan besar di peperangan Teluk dulu. Inilah yang dikatakan 'Coalition R Us'.

Pada kali ini kita terpaksa menanggung beban belanja sendiri, dan juga untuk orang lain. Malangnya, kehilangan 5,000 jiwa di New York masih tidak dapat meransang seluruh dunia datang membantu. Sebahagian kesilapan itu adalah disebabkan kesilapan kita sendiri. Mesej yang bersifat unilateralis yang diucapkan oleh Bush pada hari pertama ketika memegang jawatannya, - untuk mengenepikan Perjanjian Iklim Kyoto, telah terlupakan perjanjian biologi, pengawalan senjata, dan seandainya dunia tidak menyukainya tentulah sukar jadinya. Ini semua sudah muncul kini untuk menghambat kita.

Siapakah yang boleh menempelak negara lain yang mahu menggoncang pembayar cukai Amerika Syarikat sedangkan Dick Amey dan pasukannya yang rakus di parti Republikan membuat perkara yang sama - membentangkan rang-undang-undang yang memberi ruang kelegaan terhadap pencukaian kepada golongan kaya-raya, para pelobi dan syarikat besar, sedangkan tidak ada satu pun yang diperuntukkan kepada mereka yang akan bertarung nyawa dalam peperangan ini?

Nasihat saya: Cuba jangan pentingkan sebarang isu ini. Sebaliknya, tumpukan ingatan kepada para anggota bomba yang meluru memasuki bangunan yang sedang menyala tanpa menyoal, 'Berapa harganya?' Fikirkan nasib ribuan para sukarelawan AS yang telah tinggalkan pekerjaan mereka dan keluarga mereka untuk berjuang di Afghanistan tanpa menyoal, 'Apa yang ada untuk aku?' Berbeza dengan tukang tumpang tui dalam sekutu kita, anak-anak muda Amerika itu sedar bahawa September 11 adalah hari keramat kita - hari pertama dalam peperangan yang adil untuk mengekalkan kebebasan kita, kepelbagaian kita, dan masyarakat demokrasi. Saya tidak peduli apakah peperangan itu terjadi di waktu Ramadhan, Krismas, Hanukkah ataupun harijadi Buddha - perkara yang lebih bererti yang kita lakukan itu ilah satu peperangan sehinggalah keadilan itu tertunai.

Tamat
Terjemahan: SPAR
30 Oktober 01.




http://www.nytimes.com/2001/10/26/opinion/26FRIE.html ?ex=1005353099&ei=1&en=9267719dc851efff

October 26, 2001

FOREIGN AFFAIRS

We Are All Alone

By THOMAS L. FRIEDMAN

So let me see if I've got this all straight now: Pakistan will allow us to use its bases Mondays, Wednesdays and Fridays - provided we bomb only Taliban whose names begin with Omar and who don't have cousins in the Pakistani secret service. India is with us on Tuesdays and Fridays, provided it can shell Pakistani forces around Kashmir all other days. Egypt is with us on Sundays, provided we don't tell anyone and provided we never mention that we give the Egyptians $2 billion a year in aid. Yasir Arafat is with us only after 10 p.m. on weekdays, when Palestinians who have been dancing in the streets over the World Trade Center attack have gone to bed. The Northern Alliance is with us, provided we buy all its troops new sandals and give U.S. passports to the first 1,000 to reach Kabul.

Israel is with us provided we never question the lunacy of 7,000 Israeli colonial settlers living in the middle of a million Palestinians in the Gaza Strip. Kuwait would like to be with us, it really would, since we saved Kuwait from Iraq, but two Islamists in the Kuwaiti Parliament spoke out against the war, so the emir just doesn't want to take any chances. You understand. The Saudis, of course, want to be with us, but Saudis are not into war-fighting. That's for the household help. Don't worry. Prince Alwaleed has promised to rent us some Bangladeshi soldiers through a Saudi temp agency - at only a small markup.

The Saudi ruling family would love to cooperate by handing over its police files on the 15 Saudis involved in the hijackings, but that would be a violation of its sovereignty, and, well, you know how much the Saudis respect sovereignty - like when the Saudi Embassy in Washington rushed all of Osama bin Laden's relatives out of America after Sept. 11 on a private Saudi jet, before they could be properly questioned by the F.B.I.

And then there's my personal favorite: All our Arab-Muslim allies would love us to get bin Laden quickly, but the Muslim holy month of Ramadan is coming soon and the Muslim "street" will not tolerate fighting during Ramadan. Say, do you remember the 1973 Middle East war, launched by Egypt and Syria against Israel? Remember what that war was called in the Arab world? "The Ramadan war" - because that's when it was started. Oh, well. I guess the Arab world can launch wars on Ramadan, but not receive them.

My fellow Americans, I hate to say this, but except for the good old Brits, we're all alone. And at the end of the day, it's U.S. and British troops who will have to go in, on the ground, and eliminate bin Laden.

Ah, you ask, but why did we have so many allies in the gulf war against Iraq? Because the Saudis and Kuwaitis bought that alliance. They bought the Syrian Army with billions of dollars for Damascus. They bought us and the Europeans with promises of huge reconstruction contracts and by covering all our costs. Indeed, with the money Japan paid, we actually made a profit on the gulf war; Coalitions "R" Us.

This time we'll have to pay our own way, and for others. Unfortunately, killing 5,000 innocent Americans in New York just doesn't get the rest of the world that exercised. In part we're to blame. The unilateralist message the Bush team sent from its first day in office - get rid of the Kyoto climate treaty, forget the biological treaty, forget arms control, and if the world doesn't like it that's tough - has now come back to haunt us.

And who can blame other countries for wanting to shake down U.S. taxpayers when Dick Armey and his greedy band of House Republicans are doing the same thing - pushing a stimulus bill with more tax breaks for the rich, lobbyists and corporations, and virtually nothing for the working Americans who will fight this war?

My advice: Try not to focus on any of this. Focus instead on the firemen who rushed into the trade center towers without asking, "How much?" Focus on the thousands of U.S. reservists who have left their jobs and families to go fight in Afghanistan without asking, "What's in it for me?" Unlike the free-riders in our coalition, these young Americans know that Sept. 11 is our holy day - the first day in a just war to preserve our free, multi-religious, democratic society. And I don't really care if that war coincides with Ramadan, Christmas, Hanukkah or the Buddha's birthday - the most respectful and spiritual thing we can do now is fight it until justice is done.