Laman Webantu   KM2: 6240 File Size: 5.8 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Malaysia Akan Membeli Kereta-kebal
By M.G.G. Pillai

29/10/2001 9:21 am Mon

[Satu alasan yang logik selain untuk menyamun komisen yang tinggi-tinggi ialah keretakebal ini mahu dipertontonkan kepada dunia setiap kali Malaysia menggunakannya apabila menyertai pasukan keselamatan dunia tajaan PBB. Siapakah di kalangan menteri dan pemimpin politik yang mahu ambil kira bagi setiap keretakebal canggih dan tidak berguna itu, kerajaan boleh menyediakan rumah yang selesa untuk satu kompeni anggota tentera? Siapakah yang mahu ambil-pusing bahawa harga sebuah keretakebal adalah sama nilainya dengan program melengkapkan setiap markas tentera di Malaysia ini dengan cybercafe untuk warga tentera? Mungkinkah satu hari nanti, kalau ada menteri Islam yang mati dan mayatnya tidak mahu diterima oleh bumi, mayatnya boleh di'simpan' dalam salah satu keretakebal ini? - penterjemah. ]



Malaysia Akan membeli kereta-kebal

(Malaysia to buy heavy military tanks)

Oleh: M.G.G. Pillai

Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak, yang diminati oleh Mahathir untuk menjadi penggantinya, telah membuat satu pengumuman yang aneh sebaik sahaja selesainya expo pertahanan LIMA, bulan lalu. Beliau menyebut hasrat Malaysia membeli keretakebal untuk tenteranya. Tetapi, tidak pula disebut apa makna sebenarnya, ataupun kenapa dan berapa harganya, ataupun apakah keretakebal itu bersesuaian dengan keadaan persekitaran kita yang mengandungi hutan tebal tropika.

Jenis keretakebal yang disebutnya itu adalah jenis berat yang sesuai untuk digunakan di kawasan yang tidak ada di Malaysia ini. Amerika Syarikat mempunyai jenis A-1 M-1, dan Russia mempunyai jenis T-72. Kedua-dua jenis ini tidak sesuai digunakan untuk hutan tropika di Malaysia. Jadi, apa gunanya Malaysia berminat dengan keretakebal yang tidak bersesuaian di sini? Keretakebal mempunyai fungsi yang lebih cenderung untuk tujuan menyerang daripada untuk bertahan. Siapakah agaknya musuh kita nanti? Apakah musuh itu Singapura ataupun Thailand? Bagaimana pula keputusan itu akan dibuat?

Keretakebal jenis Penhard yang digunakan di Malaysia sekarang ini telah dibeli 30 tahun yang lalu dan perlu diganti kerana ia bukannya sesuai untuk dataran Malaysia. Malahan jenis Caddilac yang digunakan oleh polis tidak sesuai untuk tindakan anti-komunis kerana keadaan bumi yang terlalu lembik untuk mereka harungi. Kini, Malaysia memikirkan keretakebal besar pula. Dalam pembelian kelengkapan perang, bayaran sogokan adalah tinggi, terutama sekali di Malaysia dan inilah sebabnya Malaysia amat mesra menerima tawaran sesiapa yang mempunyai 'cadangan' yang sesuai untuk kita membeli kelengkapan mereka.

Tentulah memeranjatkan kita apabila menteri pertahanan, seiring pendapat dengan kabinet, menunjukkan minat kepada isu geopolitik dan pertahanan, dan tidak melihat kelemahan keputusan membeli keretakebal perang itu. Siapakah yang membuat keputusan dalam pembelian ini? Selalunya majlis Angkatan Tentera yang membuat keputusan itu. Majlis ini diketuai oleh Perdana Menteri. Tetapi, tentu ramai pakar tentera yang menganggotai majlis itu yang seharusnya mengemukakan bantahan terhadap pembelian itu. Berlakukah perkara seperti itu?

Jadi, kini muncul persoalan apakah kita memerlukan semua keretakebal ini? Pembeliannya, walaupun begitu tidak sesuai kepada topografi kita, ia memberikan satu isyarat yang silap kepada jiran kita, Singapura dan Thailand. Hubungan kita dengan dua buah negara itu bukanlah seindah yang sepatutnya. Keretakebal itu sepatutnya dipertimbangkan seandainya pembeliannya tidak mencetuskan perasaan kecurigaan di kalangan jiran kita semua. Jika tidak, kedua-dua negara ini akan memperkasakan pertahanan mereka dengan lebih teliti lagi untuk tujuan pertahanan dan serangan. Ini akan membuatkan pertahanan kita terdedah kepada serangan. Malaysia telah membuat keputusan untuk membeli submarin (kapalselam). Mereka berlengah-lengah tanpa mampu membuat keputusan yang tegas, sedangkan beberapa cadangan daripada ramai jurujual kelengkapan perang yang selalunya merupakan pegawai tinggi tentera dan ahli politik mereka yang turut mesra (ataupun sebaliknya?) Jenis yang dibeli itu selalunya bergantung kepada jumlah komisen yang akan dapat diperah daripada setiap pembelian itu. (Malaysia sudah mula menghantar pegawai tentera untuk membawa pulang submarin sejak pertengahan 80-an dulu, pada tahap awalannya di Brussels, Belgium. Ramai pegawai itu sudahpun bersara dan ada yang sudah pulang ke alam baqa, agaknya -penterjemah).

Sementara itu, jiran-jiran kita telah memerhatikan semua ini, dan dengan senyap-senyap telah memperkasakan ketumbukan ketenteraan mereka sebagai satu jalan berhati-hati. Malaysia yang terkejut dengan perkembangan ini cuba membeli kelengkapan perang yang tidak berguna (kecuali untuk mengisi kocek orang tertentu - penterjemah) Kecanggihan teknologi dan kehebatan sesuatu kelengkapan perang ketenteraan itu tidak diambil kira dan tidakpun ada tenaga manusia yang terlatih untuk menyelia kelengkapan yang telah dibeli, seperti yang banyak berlaku di Malaysia selama ini. Menteri pertahanan sepatutnya memberikan penjelasan kenapa Malaysia memerlukan keretakebal jenis berat dan lasak ini, kepada Parlimen dan negara keseluruhannya. Keputusannya itu akan menjentik perasaan pihak tertentu di bahagian utara dan selatan Malaysia dan mereka berkemungkinan bertindak balas pula.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1721
30 Oktober 01.

Asal: KM2 6220