Laman Webantu   KM2: 6235 File Size: 9.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 391: Pelarian Berpusu Di Sempadan, Orang Lain Kita Tuduhkan
By Robert Fisk

28/10/2001 11:02 pm Sun

Independent UK


Pelarian Berpusu Di Sempadan, Orang Lain Kita Tuduhkan

(As the Refugees Crowd the Borders, We'll Be Blaming Someone Else)

Oleh: Robert Fisk

'Memang jelas mereka tidak lari meninggalkan Taliban tetapi kerana takutkan bom dan peluru berpandu'.

Anak lelaki Mullah Mohammed Omar yang berusia 10 tahun sudahpun mati. Mengikut cerita para pelarian Afghan, dia melarikan diri daripada Kandahar, dibawa ke sebuah salah satu hospital yang teruk rosaknya oleh ayahnya yang merupakan 'Amirulmukmin' puak Taliban. Tetapi, budak itu yang diangkut dengan kereta milik ayahnya telah diserang oleh pesawat perang Amerika dan mati dengan luka yang ditanggungnya.

Tidak ada sesalan dalam hal itu. Begitu juga pada 1985, ketika pesawat perang Amerika mengebom Libya, mereka telah memusnahkan anak angkat-perempuan Kolonel Muamar Gadaffi yang baru berusia 6 tahun. Tidak ada sesalan dalam hal itu. Pada 1992, seorang juruterbang Israel yang memandu helikopter Apache buatan Amerika telah menggunakan peluru berpandu bikinan Amerika untuk menembak Said Abbas Moussawi, ketua tentera gurilla Hizbollah, di Lebanon. Turut terbunuh anak lelaki Moussawi yang berusia 10 tahun ketika itu.

Apakah anak-anak yang tidak berdosa mesti menerima kematian dalam pelukan ayah mereka dan di depan mata kita - dan tidak ada sesiapa yang menyesalnya. Kalau hidup bersandarkan pedang, mati pun dengan mata pedang, soalnya sekarang si anakpun kena bahananya. Pada 1991 dulu, akhbar 'The Independent' telah mendedahkan serangan tentera Amerika di Peperangan Teluk yang menjahanamkan kubu perlindungan keluarga Saddam Hussein - dan keluarga para penyokong kuat beliau. Ketika itu yang turut dibunuh oleh serangan Amerika itu ialah lebih 300 manusia yang berselindung di Ameriya, Baghdad. Bukannya anak-anak Saddam, tetapi manusia biasa. Kini, Presiden George Bush sudahpun meluluskan satu arahan kepada CIA untuk membunuh Osama bin Laden. Alangkah aibnya perkara ini, seolah-olah dasar yang sama dipakai lagi?

Bilangan yang tercedera semakin meninggi. Kita sudah mendengar kisah pilu betapa rakyat di Kandahar tertanam di bawah runtuhan batu, dan kanak-kanak yang bersepai dihunjam bom Amerika yang meledak berkecai-kecai. Puak Taliban masih menegah wartawan asing melawat tempat itu untuk mengesahkan tragedi yang berlaku, melegkan Amerika kerana orang luar tidak akan tahu. Jadi, apabila wartawan TV berjaya menjumpai 18 buah kubur yang baru di kampung Khorum di pinggir Jalalabad kira-kira satu minggu yang lalu, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld masih lagi mempersendakan kematian itu sebagai berita karut. Saya fikir dia tidak akan dapat mengarut lebih lama lagi.

Kalaulah setiap peperangan yang dicetuskan itu bertujuan membawa keadilan yang abadi dan kebebasan bepanjangan, mempunyai corak yang sama - di mana Amerika menunjukkan kehebatannya di udara, dengan menindas keupayaan lawan kerana kehebatan radarnya, setiap peperangan itu masih memamparkan beberapa musibah yang tidak diduga. Pada 1999, NATO mendakwa ia terpaksa berperang untuk membantu pelarian Albania-Kosovo pulang ke kampung halaman mereka - sedangkan kebanyakan pelarian itu masih lagi berkumpul di kampung halaman sendiri, ketika peperangan itu diisyiharkan. Kerana pengeboman keatas Serbia yang membuatkan mereka kehilangan kampung halaman itu. NATO sebenarnya bertanggongjawab kerana keperitan mereka, kerana Serbia memberi jaminan untuk bertindak terhadap puak Albania kerana keganasan pasukan NATO. Namun, kisah pembasmian kaum telah disalurkan keatas puak Serbia pimpinan Slobodan Milosevic. (Kini, rakyat Amerika pun sedar projek mengganyang yang ditaja oleh NATO itu adalah muslihat pentadbiran Clinton melencongkan kisah nafsu-syahwatnya dengan Monica Lewinsky- penterjemah).

Kali ini, tipu muslihat NATO tidak akan dapat memukau lagi. Apabila ribuan pelarian Afghan berpusu-pusu di sempadan, semakin jelas bahawa mereka bukannya melarikan diri daripada serangan Taliban tetapi mereka mahu mengelakkan serangan bom dan peluru berpandu kepunyaan AMERIKA. Takkan tergamak puak Taliban melancarkan pembasmian etnik bangsanya sendiri. Para pelarian bercakap akan ketakutan dan kengerian serangan bom kita yang mengena bandar dan kediaman mereka. Mereka itu menjadi gugup kerana 'peperangan membasmi keganasan' kita. Mereka adalah manusia yang tidak berdosa yang menjadi mangsa persis mereka yang mati di Pusat Dagang Dunia pada 11 September. Kemanakah kita selepas ini?

Inilah satu soalan yang penting, kerana, apabila angin pekat musim sejuk mula berhembus di banjaran pergunungan Afghanistan, akan bermula nanti satu tragedi, yang tidak mampu dihindari oleh setiap tukang canang dan tukang telek, lagi. Kita akan berkata betapa ribuan yang akan mati itu adalah mangsa kebuluran dan kesejukan yang sengaja dimangsakan oleh kedegilan Taliban. Ataupun mereka mati kerana sikap keganasan Taliban yang sengaja telah merampas dan mencuri bekalan makanan yang digugurkan.

Saya ingin membuat pengakuan - setelah diasak oleh propaganda Israel mengenai penggunaan perkataan 'keganasan' setiap kali seorang Palestian membaling seketul batu terhadap orang yang menakluk tanah halaman mereka - sehinggakan saya dapati perkataan 'keganasan' yang ditonjolkan oleh Israel itu sudah menjadi satu kepalsuan yang berbau fahaman rasis. Walaupun kita kerap disogokkan frasa 'Peperangan terhadap keganasan' yang ditaja oleh BBC dan CNN, keadaan sebenarnya adalah amat berbeza. Kita bukannya merancang untuk menyerang pasukan berani mati Tamil Tigers ataupun pembunuh ETA ataupun Real IRA atau gurilla KDP Kurdish. Sedangkan, AS telah berbelanja besar menyokong para pengganas di Latin Amerika, terutama puak Contra yang masih boleh kita ingat lagi. Bagaimana pula dengan sokongan AS dan bantuan wang dan kelengkapan perang yang diberikannya dulu kepada Taliban, yang kini mahu dimusnahkannya? Seperti yang pernah saya katakan dahulu, inilah dia peperangan terhadap musuh Amerika. Apabila tarikh 11 September itu semakin dihayun untuk menjadi satu tarikh keramat, kita sebenarnya menuntut balas terhadap jenayah yang menyanggah kemanusiaan di New York dan Washington. Tetapi tidak pula kita sibuk mewujudkan satu mahkamah tribunal untuk mengadili mereka yang bertanggungjawab.

Angka 6,000 itu masih menjadi perkiraan yang menakjubkan walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Tetapi apa jadinya apabila angka yang mati kerana kita penyebabnya semakin meniggi menjadi sama banyaknya? Para pelarian telah memberitahu saya di kawasan sempadan Pakistan betapa jumlah yang mati disebabkan pengeboman di Afghanistan sudah meningkat tinggi, daripada berdozen hingga beratus dan terus meninggi. Apabila pertubuhan PBB membuat laporan mereka yang mati kebuluran dan yang malang kerana lari dari serangan bom, masanya tidak akan mengambil lama untuk angka 6,000 keluar menjelma. Cukupkah nanti angka itu? Bolehkah 12,000 kematian orang Afghan melegakan perasaan marah kita, sedangkan mereka tidak ada kena mengena dengan Taliban ataupun Osama bin Laden? Bagaimana pula dengan 24,000 orang? Kalau kita fikir kita tahu apakah tujuan sebenarnya kita berperang membasmikan keganasan itu, apakah kita mempunyai keupayaan berfikiran waras?

Memang pasti, kita akan menuduh puak Taliban kerana tragedi yang akan terjadi. Seperti caranya kita menuduh mereka kerana pengekspotan najis-dadah daripada Afghanistan. Tony Blair telah menunjukkan keghairahan menyebut pembabitan Taliban dengan najis-dadah. Dan kita memeprcayainya sambil melupakan wujudnya satu pengumuman daripada UN Drug Control Program (Program kawalan dadah PBB) minggu lalu betapa pengeluaran dadah di Afghanistan sudah menurun sehingga 94 persen, terutama sekali kerana ketabahan Mullah Omar mengetatkan kawalan di kawasan pertadbiran Taliban. Kebanyakan keluaran 'opium' (candu dadah) di Afghanistan, seperti yang anda teka dengan tepatnya - ditaja oleh sahabat kita di Pakatan Utara. (ha.ha.ha. inilah kumpulan yang digembar-gemburkan oleh TV Mahahtir sebagai kumpulan wira yang gemilang dan disokong oleh kerajaan Malaysia. Duta Afghanistan di Malaysia datangnya daripada kumpulan dadah ini - penterjamah.)

Peperangan kali ini, kalau mengikut anggaran Mr. Bush adalah sesuatu yang 'tidak pernah terjadi sebelum ini' - tetapi tidak juga mengikut yang dia fikirkan. Peperangan ini bukannya megnenai keadilan, kerana itu bukan matlamatnya. Tidak juga mengenai kebebasan. Peperangan ini akan memuncak dengan kematian yang dahsyat dan berganda kengeriannya apabila dibandingkan dengan kengerian 11 September. Apakah kita mempunyai sebarang rencana menghadapinya? Mampukah kita memutarkan rentak kepalsuan 'peperangan memerangi keganasan' menjadi satu peperangan memerangi kebuluran dan kemiskinan dan kematian, walaupun ini bermakna kita perlu menangguhkan dulu hari penentuan untuk menghukum Osama bin Laden, yang telah kira rancang dulu.

Tamat.
Terjemahan: SPAR
25 Oktober 01.

Asal: KM2 6197

http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=100895