Laman Webantu   KM2: 6219 File Size: 12.8 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Anthrax dan peperangan di Afghanistan
By M.G.G. Pillai

23/10/2001 1:36 pm Tue

[Semakin lama semakin banyak masalah dan kesilapan telah timbul dalam peperangan ini sehingga memeningkan pihak yang merancang. Kegagalan bom mengena sasaran serta terkorbannya mereka yang tidak berkenaan telah mengaibkan Amerika. Amerika mungkin boleh menawan bumi Afghanistan tetapi ia tidak akan berjaya menawan hati rakyatnya yang beriman. Tanpa itu kerajaan bonekanya akan terus bergoyang....
- Editor
]



Anthrax dan peperangan di Afghanistan

(Anthrax and the war in Afghanistan)

Oleh: M.G.G. Pillai.

Beberapa hari kebelakangan ini berita yang diterima daripada Amerika ialah yang ada kaitan denGan peperangan di Afghanistan dan kisah Anthrax yang menakutkan sehingga Kongres terpaksa ditutup untuk sementara. Nampaknya sesuatu berita itu ada kesinambungannya antara kisah yang satu kepada yang lagi satu, dan inilah yang membuatkan Washington tidak berapa gembira.

Negara itu semakin ketakutan dan cemas dengan serangan 'bioterror' sehingga ada segelintir yang berani meneruskan siasatan mereka. CNN dan jaringan TV termasuk program 'talk shows' menjadi hangat dengan kisah ini sehinggakan merebak ke tempat lain.

Timbalan perdana menteri sudah pun mengeluarkan amaran untuk memenjarakan sesiapa yang menyebarkan berita mengenai anthrax ini.

Yang menjadi sasaran untuk tuduhan ialah Iraq, Syria, Libya, Osama bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda, dan sesiapa juga yang dapat menyumbang kepada kecelaruan dalam peperangan terhadap keganasan.

Yang tidak pernah dituduh ialah mereka yang mempujnyai segala kemampuan mencetuskan keributan itu: kumpulan sayap kanan di Amerika Syarikat, yang mampu dan berupaya membuatkan orang ramai menderita ketakutan seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Ketika bangunan kerajaan di Oklahoma dibom pada 1995, tuduhan yang pertama kerajaan Amerika ialah pengganas (pejuang?) Islam, mungkin juga ketika itu Osama bin Laden. Tetapi Timothy McVeign, yang telah pun dikenakan hukuman mati kerana keganasan itu, bukannya seorang fundamentalis Islam, tetapi adalah anggota kumpulan anarkis sayap kanan di Amerika.

Kisah anthrax yang menakutkan, sebaliknya menjadi satu bahan lencongan yang amat berguna kepada Washington sambil mereka mengendalikan peperangan. Anthrax memang berbahaya, hanya kalau disebarkan dengan alat senjata yang berpadan. Kerana itu ia mengecualikan kumpulan pengganas sebagai penyebarnya. (Tetapi CIA pun pengganas juga -penterjemah)

Sebelum ini memang ada satu kes anthrax yang digunakan sebagai bahan menakutkan di Amerika Syarikat. Ketika itu kumpulan Rajneesh Group yang dikatakan satu kumpulan fanatik Hindu telah menggunakan racun ini untuk menguasai sebuah bandar di Oregon. Rencana itu gagal dan dua orang yang merancangnya telah dipenjarakan. (Cerita sebenar waktu itu kumpulan itu sudah mengancam penyebaran agama Kristian TV - TV avangelical - dan ramai orang putih Amerika yang taksub mempelajari ajaran Rajneesh daripada pelusuk dunia datang ke Amerika -penerjemah)

Kemudian satu kumpulan di Jepun mendapati penggunaan anthrax sebagai bahan untuk menakutkan di Tokyo sebagai kimia yang leceh dan telah memilih kimia 'sarin' yang sama bahayanya tetapi tidak berapa mudah bertukar menjadi wap dan cecair. Itupun menyulitkan mereka, walaupun ada yang mati dan para perancangnya akhirnya merengkok dalam penjara.

Yang menakutkan

Media yang sepatutnya menumpukan usaha kepada pergolakan perang di Afghanistan menjadi kelamkabut kerana terpaksa memberikan gambaran yang menakutkan betapa wujudnya panik dan ketakutan disebabkan anthrax itu. Rakyat Amerika ditakutkan dan inilah yang memberikan peluang kepada pentadbiran Bush dan tukang canang perangnya kebebasan merancang peperangan di Afghanistan untuk menaklukinya.

Memang kita tidak payah diragukan kemampuan Amerika Syarikat mengedarkan sendiri anthrax, termasuk di negara asing, sambil menganggap perkara ini tidak terfikir oleh orang lain.

Kerana itu apabila diamati, jelas kepada kita bahawa pandangan kritis terhadap perpaduan sejagat untuk memerangi keganasan itu berada di tempat lain, terutama sekali di Britain. Muslihat ini adalah bertujuan mahu meningkatkan sokongan terhadap seorang presiden yang naik setelah dibantu dan diputuskan oleh mahkamah.

Tetapi jelas kini betapa ia sudah kecundang dalam peperangan propaganda, seperti juga yang dijangkakan kalau ia berperang di daratan nanti. Sudah ada lapuran berita Amerika yang memberi kiasan betapa kempen peperangan yang didasari oleh rangkaian Anglo-Saxon itu akan menghadapi banyak rintangan sebaik sahaja ia bermula.

Sudah ada satu usaha mendesak agar peperangan itu ditamatkan menjelang Krismas, tetapi apakah Afghanistan akan membiarkan kumpulan Anglo-Saxon selepas itu? Siapa pula yang akan menunjukkan muka untuk meredakan keadaan dengan sogokan barang makanan dan harta-benda.

Itu sudah menjadi satu kemestian, jika tidak ia akan membengkak menjadi satu konflik yang lebih besar untuk membisul di dunia Islam. Osama bin Laden sudah menjadi wira rakyat, laksana seorang yang bertaraf wali di Peshawar. Seperti yang ditulis oleh Robert Fisk, dalam akhbar 'Independent', lagi lama Osama Laden dapat bertahan, lagi mencangkam ngaumannya yang akan bergema di seluruh Timur Tengah. Mereka mahu jatuhkan Taliban daripada berkuasa. Mereka mahu Pakatan Utara membantu berjuang untuk mencapai hasrat mereka, tetapi tidaklah sampai Pakatan Utara itu dapat pula berkuasa.

Bekas raja Afghan yang sudahpun berusia 80-an, kini diusung ke hadapan daripada sarang persaraan setelah terhumban mendapatkan suaka di Itali dan dijadikan bahan umpan untuk menegakkan satu kerajaan sementara di Afghanistan. Tetapi dia telah digulingkan daripada takhtanya 40 tahun yang lalu dalam satu rampasan kuasa oleh adik iparnya berasaskan dalil yang sama yang membuatkan dia menjadi umpan semula.

Sejak penggulingannya itu Afghanisgtan telah diserang bertubi kali oleh beberapa kerjaan yang saling berganti tetapi bersifat pro-Soviet dalam pentadbiran mereka, sehinggalah Soviet Union telah disingkir lapan tahun yang lalu. Kumpulan yang menganggotai Pakatan Utara telah merampas kuasa, tetapi rekod sejarah menunjukkan betapa Taliban telah dapat merampas kuasa mereka dengan mudah sekali.

Semuanya Sama Sahaja

Amerika dan Britain tidak punyai pilihan lain sekarang, tetapi mengerakkan tentera daratnya, seandainya mereka mahu mengekalkan maruah dan kesatuan mereka di kalangan negara Islam, terus terpelihara.

Kedua negara kuasa besar ini mempunyai satu sejarah panjang yang merakamkan mereka mudah mungkir janji. Kali terakhir berlaku hanya satu dekad yang lalu. Waktu itu mereka mengajak semua negara Islam bersatu bersama mereka dalam Peperangan Teluk menentang Iraq.

Begitulah nampaknya di Afghanistan. Pengeboman selama ini mungkin sudah membunuh lebih 300 manusia mengikut dakwaan Taliban. Orang Afghan tinggal dalam kawasan bergua di pergunungan, dan segala bom itu, betapa tepat dan pintar, tentu akan mengena mereka, membunuh dan mencederakan sehingga menjatuhkan maruah mereka. Mereka tidak akan mudah ingat bahawa pasukan bersekutu telah 'menang' perang itu.

Itu sebabnya episod anthrax yang menakutkan itu muncul bertepatan dengan masanya untuk mengelakkan kerja-kerja membuat pengumuman mengenai dasar kerajaan yang menakutkan yang menyangkuti amalan politik dan perhatian global. Kini, pelencong itu telah berjaya, tetapi untuk berapa lama?

Segala bom yang digugurkan itu tidak akan menyelesaikan satu apa pun di Afghanistan. Inilah dia sebuah negara yang wujud selama ini dengan cara setiap kaum itu berpecah belah tetapi secara berpolitik, dapat besatu-padu apabila memerangi masyarakat lain dan penceroboh yang mahu menguasai mereka.

Begitulah juga dengan harapan besar kepada serangan darat nanti. Anda tidak dapat meneka manakah sebenarnya kesetiaan Afghan itu, setiap saat. Memang mudah untuk mengkucar-kacirkan kesetiaan sesuatu kaum itu, tetapi peribahasa bahawa 'musuh kepada musuh aku adalah kawanku' adalah satu panduan yang mesti difikirkan. Peperangan Afghan ini dilancarkan bermodelkan Peperangan Vietnam dulu, keputusannya nanti tidak akan berbeza jadinya.

Pentagon ada menyatakan bahawa struktur kepimpinan Taliban sudah pun dimusnahkan hingga hancur lebur. Tetapi, mengikut lapuran Independent pada hari Ahad (21 Okt. 01), struktur pemerintahan itu merupakan seorang manusia yang berbaring di atas sehelai permaidani, dengan sepucuk senjata usang disebelahnya, sebuah telefon yang tidak pernah berbunyi kerana tidak berfungsi dan 'sebuah tekoh yang paling besar di dunia.'

Beberapa landasan kapal terbang sudah dibom? Semua pesawat terbang telah terkandas dan tidak perlu bertempur di udara. Semua itu tidak perlu diambil kira. Apabila pasukan bersekutu menggugurkan tentera mereka, akan sedar betapa landasan tidak dapat digunakan oleh pesawat pejuang lagi. Walaupoun Pakatan Utara sekarang keseronokan kerana diberikan keutamaan untuk menggantikan Taliban, dalam kerajaan pasca perang nanti. Tetapi mereka akan tetap terpahat dalam ingatan Afghan sebagai boneka Barat.

Satu kesan yang paling ketara dalam peperangan ini ialah kesedaran di kalangan kaum Pashtun untuk menaruh keyakinan kepada puak Taliban yang akan dirombak pentadbirannya betapa pun besarnya kebencian dan ketakutan terhadap mereka. Inilah caranya untuk mengalahkan musuh mereka.

Menyungkup Masalah Yang Ada

Saya kerap mengesan adanya cemuhan di CNN betapa peperangan itu tidak dilancarkan dengan baik. Perasaan kurang puas hati itu terselindung di sebalik perbincangan mengenai anthrax yang sentiasa ditonjolkan dan beberapa komentari yang sengaja beragenda bagaimana keadaan sebenar peperangan itu.

Ada anggapan oleh semua pihak bahawa Amerika Syarikat dan Afghanistan adalah berada dengan kekuatan yang sama, dan menjadi satu perkara mudah untuk kekuatan Amerika menumpaskannya.

Tetapi, ada juga askar Anglo-Saxon yang sudah mati. Tidak ramai yang mati itu, kata Pentagon. Tetapi ramai juga yang sudah terkorban, kata Taliban. Kebenarannya tentu ada di antara dua angka, dan memang banyak jumlahnya untuk menggerunkan pentadbiran Bush seandainya ketakutan Anthrax itu menghilang pergi.

Sementara itu, Timur Tengah bergolak lagi. Serangan September 11 itu, telah menghenyak Amerika Syarikat untuk mengkaji semula sokongan padunya terhadap Israel, yang secara berani mengganyang Yasir Arafat dan pentadbiran Palestin.

Washington telah terkejut dengan serangan balas OIC yang membuat deklarasi mereka, yang meniru gelagat NATO bahawasanya serangan terhadap anggota pertubuhan adalah sama dengan serangan kepada seluruh perikatan itu. Kini, sekutunya yang paling setia di kalangan dunia Islam tidak lagi bersedia menjadi patung boneka dalam isu Afghanistan. Lagipun, kalau perkara ini reda, besar kemungkinan ada regim itu yang akan menghadapi bencana.

Gangguan Anthrax itu akan menghilang tidak lama lagi, terutama sekali apabila jumlah yang terkorban terus meningkat. Pentagon mempunyai cara pelik untuk menangani masalah mereka yang terkorban. Kalau lima orang dalam satu pasukan berjumlah 20 terbunuh, jumlah yang terkena malapetaka itu dianggap berat. Kalau 200 orang dalam satu pasukan menyerang berjumlah 10,000, jumlah yang kena kemalangan itu dianggap ringan sahaja. Jadi, muslihat politik ini dianggap dapat mengekalkan moral perjuangan dan menyembunyikan musibah malapetaka yang melanda.

Ketika saya menuntut di Harvard, mengikuti kursus Nieman, pada 1976, ada seorang veteran perang Vietnam yang memberitahu saya salah satu tugasnya dulu di Saigon, ialah mengeluarkan angka kecelakaan secara berdikit, supaya tidak mengejutkan rakyat Amerika sehingga ada pula yang jatuh sakit.

Dalam satu minggu katanya, lebih satu ratus askar Amerika yang mati, tetapi hanya lapan orang yang diumumkan. Yang lain itu disimpan dalam peti beku dan diumumkan setiap minggu untuk diberikan tabik-bormat apabila kerajaan menanam mayat.

Peperangan Afghanistan tidak akan memakan masa sepanjang itu. Tetapi ia akan berjalan sehingga seluruh dunia Islam naik marah melihatkan bumi mereka diserang secara berterusan.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1711

Asal: KM2 6210